umno bahagian cheras |
PERTIKAI KEPUTUSAN PM ; MENGAPA WAHID OMAR MASIH MEMBISU ? Posted: 28 Feb 2011 10:24 PM PST DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mempersoalkan kenapa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar sehingga kini masih membisu berhubung isu krtitikan terbuka Tengku Zafrul Abdul Aziz terhadap perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. "Rakyat mahukan penjelasan dan tindakan Wahid, mengapa beliau masih juga berdiam diri, seolah-olah merestui tindakan biadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd melemparkan kritikan pedas yang sekaligus memperlekehkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya. Katanya, tindakan Tengku Zafrul mempertikaikan perlantikan Isa secara terbuka jelas menunjukkan beliau mempersoal kemampuan dan kebijaksanaan Najib membuat keputusan sebagai seorang Perdana Menteri. "Sekali lagi saya mencabar beliau (Tengku Zafrul) supaya segera meletakan jawatan jika tidak menyenangi pentadbiran Najib, tidak perlu melarikan diri dengan membisu seribu bahasa," tegasnya. Dalam hubungan ini kata beliau, adalah terlalu malang kepada Perdana Menteri jika Wahid turut bersekongkol dengan Tengku Zafrul untuk mencemarkan reputasi Najib berhubung isu perlantikan Isa selaku Pengerusi Felda. Wahid sekongkol dengan Tengku Zafrul cemarkan imej Najib ? "Peneraju GLC seperti Wahid sepatutnya bertanggungjawab dan ikhlas kepada pentadbiran Perdana Menteri, bukannya bisu dan seperti cuba melarikan diri," ujarnya lagi. Beliau kesal sehingga sekarang Wahid dilihat seperti lepas tangan dan tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab berhubung isu tersebut yang menjadi perhatian banyak pihak. Serentak itu, Syed Ali sekali lagi mendesak Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Seri Azman Haji Mokhtar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul. Pada 24 Februari lalu, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu telah mendesak Wahid dan Azman supaya megambil perhatian serius berhubung tindakan Tengku Zafrul mempertikaikan tindakan Najib melantik Isa sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Seri Dr. Mohd. Yusoff Noor. Menurut Syed Ali lagi, Azman perlu mengambil tindakan tegas bagi menyelesaikan isu tersebut yang bukan sahaja merendahkan kewibawaan Isa malah turut mengaibkan Perdana Menteri. "Apakah Azman dan Wahid bersetuju dengan Tengku Zafrul yang memperlehkan Isa dan mempersendakan Najib selaku Perdana Menteri ? soal beliau. Katanya, tindakan tegas perlu diambil segera supaya menjadi teladan kepada peneraju GLC agar tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dan mempunyai niat tidak baik terhadap peneraju GLC yang lain. |
Hindraf : Syed Ali bidas pemimpin India Posted: 28 Feb 2011 09:19 PM PST DATUK Wira Syed Ali Alhabshee membidas pemimpin India terutama pemimpin politik pembangkang di Selangor yang mempertahankan kumpulan Hindraf mengadakan demontrasi haram sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau menolak tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan penindasan terhadap masyarakat India di negara ini. Sambil menyifatkannya sebagai strategi jahat pembangkang , beliau menjelaskan penyokong Hindraf sengaja mencetuskan keadaan tidak tenteram dengan harapan mendapat perhatian media barat. "Ini helah mereka untuk memberitahu dunia bahawa keadaan di Malaysia sudah teruk, sepertimana berlaku di Timur tengah," katanya. Bagaimanapun kata Ketua UMNO Bahagian Cheras itu, terbukti bahawa majoriti masyarakat India di negara ini tidak terikut-ikut dengan 'perangai bodoh' segelintir pemimpin India yang berkepentingan. Beliau mengulas kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar yang mendakwa rakyat berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menangkap penyokong Hindraf di KLCC baru-baru ini. Dalam sebuah laman blog pro-pembangkang semalam, Jayakumar dipetik sebagai berkata " tindakan tersebut bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India". Menurut Syed Ali lagi, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana demontrasi anjuran Hindraf itu tidak mendapat sambutan daripada masyarakat India. "Tak ada pun yang sokong kerja gila itu, malah rakyat pelbagai kaum mengutuk perbuatan tersebut kerana menyusahkan pergerakan harian mereka," tegasnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau menjelaskan, yang menolak BN hanyalah segelintir masyarakat India yang pemikiran mereka sudah 'dirosakkan' oleh pembangkang terutama PKR di Selangor. Sehubungan itu, beliau menasihati Jayakumar supaya memberi perhatian terhadap nasib masyarakat India di Selangor yang terus tertekan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). "Mereka yang marahkan kerajaan hanyalah sedikit, sedangkan majorirti kaum India menikmati pelbagai kemudahan dan kelesaan hidup di bawah kerajaan BN," tegasnya. Katanya, Hindraf sudah tidak ada isu lagi untuk diketengahkan sebagai umpan untuk menarik perhatian masyarakat India di negara ini. "Oleh sebab itu, mereka (Hindraf) jadikan novel Interlok sebagai batu loncatan untuk popular, bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat India," tegasnya. Katanya, mereka sengaja melakukan perhimpunan haram di sekitar ibu kota dengan harapan pihak berkuasa (polis) bertindak aggresif supaya dirakamkan oleh wartawan luar negeri. "Malangnya strategi bodoh mereka tidak menjadi apabila polis mengambil tindakan berhemah mengawal keadaan disamping menahan mereka yang terbabit," ujarnya. Sebaliknya jelas beliau, ramai yang tertawa melihat telatah pemimpin Hindraf yang menjerirt-jetrit dan meronta seolah-olah dikasari polis sedangkan mereka hanya berlakon sepertimana aksi filem Tamil dan Bollywood. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan