Selasa, 1 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Risalah panas di Kerdau buat PAS mengelabah.

Posted: 01 Mar 2011 02:14 AM PST

Saya dikhabarkan, PAS hari ini akan membuat laporan Polis berkenaan satu risalah pilihanraya yang tersebar meluas di kalangan masyarakat Dun N28 Kerdau.

Risalah yang menggambarkan DAP melompat kegembiraan sekiranya program 100 hari Pakatan Rakyat dilaksanakan itu, telah disifatkan sebagai satu cubaan hasutan melampau oleh pihak PAS.

Pengarah Pilihanraya PAS bagi Dun Kerdau ini, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa pihak UMNO sebenarnya takut dengan Program 100 Pakatan Rakyat. Sebab itulah cubaan jahat seperti penyebaran risalah sebegini terpaksa dilakukan, kata Tuan Ibrahim.

Kalau kita tengok betul-betul, siapa yang takut sebenarnya dengan penyebaran risalah ni? PAS lah yang dilanda ketakutan kerana khuatir masyarakat Kerdau tahu siapa sebenarnya yang untung disebalik perlaksanaan janji buku Jingga.

Sebab itulah PAS cepat-cepat nak membuat laporan Polis supaya penyebaran risalah panas ni dapat ditarik balik. PAS tahu mereka pasti akan menerima malu jika masyarakat Kerdau mengetahui siapa sebenarnya yang berkuasa didalam Pakatan Rakyat.

Selama ini PAS sibuk mengatakan bahawa mereka yang paling dominan didalam gabungan PR. Tapi hakikatnya, PAS hanyalah dijadikan alat oleh DAP dan Anwar Ibrahim untuk memecah belahkan bangsa melayu didalam negara.

Apa taknya, PAS melalui fatwa-fatwa menyeleweng para ulamaknya telah secara berleluasa menghukum rakyat yang memberikan sokongan kepada pihak kerajaan.

Lihat saja sebelum ni di PRK Tenang. PAS dengan secara membuta tuli menjahiliyahkan pengundi yang memberi undi kepada calon Barisan Nasional. Inilah yang dimahukan oleh pemimpin DAP dan PKR supaya kekuatan politik bangsa melayu didalam negara tergugat.

Disebalik semua ni, PAS sebenarnya semakin dipinggirkan oleh bangsa melayu sendiri di seluruh negara. PAS yang menjadi barua kepada DAP dan tunggangan kepada Anwar bukan lagi menjadi satu rahsia.

Ini semua bakal menghancurkan PAS dari dalam jika mereka masih berdegil untuk meneruskan sumbang mahram dengan DAP serta PKR.

Saya yakin, PRK Kerdau akan menjadi permulaan kehancuran PAS dimata bangsa melayu keseluruhannya.

SYURGA PAS MAKIN JAUH

Posted: 01 Mar 2011 01:58 AM PST

Perjuangan PAS suatu ketika dahulu menjadikan Islam, al Quran dan al Hadis sebagai tajuk penting. Dan untuk memastikan mereka mendapat sokongan meluas daripada orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan umat Islam majoriti negara ini, PAS menggunakan isu-isu agama sebagai daya tarikan. Maka bermula dari situlah, kedengarannya cerita tentang hukum hudud dan qisas yang dijadikan sandaran bagi mengukuhkan pandangan mereka bahawa UMNO perlu ditolak dan digantikan oleh PAS yang seringkali ditampilkan sebagai faham agama dan pelaksana hukum Islam.

Namun keadaan itu sebenarnya sudah berubah sama sekali. PAS tidak lagi menjadikan Islam sebagai objektif perjuangannya. Sekalipun masih lagi mendabik dada mengatakan, dasar perjuangan PAS tidak berubah, yang berubah cuma cara, namun hakikatnya PAS sebenarnya sudah melepaskan 'syurga' mereka yang mereka sangat agung-agungkan sebelum ini.

Barangkali generasi baru pemimpin PAS menyedari, mereka tidak akan ke mana-mana dengan perjuangan yang bermula dari tahun 1951 itu. Istiqomah mereka terhadap Islam sudah luput apabila mereka sentiasa gagal untuk mengubah struktur politik negara. Tawakkal mereka kepada Allah Taala juga beransur-ansur berkurangan sebaliknya digantikan dengan tawakkal kepada parti-parti politik yang menjadi rakannya (DAP dan PKR).

Beberapa pilihanraya kecil dan yang terbaru adalah Merlimau dan Kerdau memperlihatkan sisi-sisi lemah PAS yang sebelum ini berjaya ditutup dan disembunyikan daripada pihak musuh.

Dalam kedua-dua pilihanraya berkenaan, begitu jelas bagaimana PAS bersendirian tanpa dibantu oleh PKR dan DAP. Sungguhpun PKR dan DAP ada menghantar pemimpin pada hari penamaan calon, ternyata begitu jelas, jentera kempen kedua-dua parti tersebut langsung tidak membantu.

PAS kehilangan syurga yang mereka idam-idamkan. PAS terpaksa bergelut sendirian meskipun pada masa yang sama, masih lagi mewar-warkan tentang kesungguhan mereka untuk berada di dalam Pakatan Rakyat.

Para pemimpin PAS sendiri pun seperti kehilangan sumber dan punca. Nik Abdul Aziz masih lagi bercakap tentang perkara-perkara kontroversi di dalam agama bagi menunjukkan betapa dia lebih pandai daripada segala manusia di Malaysia bahkan di dalam dunia tentang hukum-hakam Islam. Pada masa yang sama, Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan, Kerdau tidak memerlukan pandai agama, sebaliknya seorang profesional memandangkan calon UMNO adalah seorang pandai agama yang gagal ditandingi oleh calon bahkan tokoh-tokoh PAS sendiri. Di Merlimau pula, PAS awal-awal lagi sudah tenggelam punca dengan memilih seorang calon yang serba bermasalah, termasuklah masalah di tempat kerja lamanya selain penipuan Diploma Tasawwur yang dimilikinya.

Mungkin masih ramai penyokong PAS terutama anak-anak muda yang baru belajar nak bertaubat, kelihatan sangat teruja dan tidak menghiraukan segala macam faktor yang menunjukkan PAS telah ditolak oleh pengundi, namun para pemimpin PAS sudah mula mempamerkan keresahan. Sehinggakan pemimpin PAS yang paling tongong seperti Mahfuz Omar pun sudah dapat melihat, PAS sekadar menyertai pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau sebagai syarat kerana PAS adalah parti politik, namun kemenangan yang dicari-cari oleh PAS sebenarnya semakin jauh untuk digapai.

Itulah natijah daripada tindakan PAS bermain-main dengan 'fatwa' dan hukum agama, sehingga akhirnya mereka sendiri yang terpukul dek hukum agama yang cuba dilawak-lawakkan!

PRK Merlimau – Cikgu Mala Datang Lagi

Posted: 28 Feb 2011 09:50 PM PST

Cikgu Mala datang lagi? Ya, Cikgu Mala malam tadi datang memberikan ceramah di Merlimau Pasir sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PAS Merlimau. Cikgu Mala sekarang kan penganggur, jadi memang ada banyak masa untuk memberikan ceramah politik.

Tak dapat dipastikan sama ada suaminya Cikgu Mansur tu menipu MC atau tidak untuk menghantar dan mengiringi Cikgu Mala berceramah di Merlimau.

Tapi yang penting nak kita ceritakan hari ini ialah bagaimana cara Cikgu Mala cuba menyembunyikan kelemahan PAS yang menyebabkan kekalahannya di Tenang tempoh hari. Menurut Cikgu Mala, kemenangan BN menyebabkan bala kepada penduduk Tenang sebab Tenang dilanda banjir besar terburuk sejak 2006.

Oleh itu kata Cikgu Mala, jangan lah undi BN, nanti banjir.

Nak gelak pun ada tengok cara Cikgu Mala ni. Banjir dah berlaku sebelum BN menang lagi pun. Beberapa kali dirakam gambar Cikgu Mala mengangkat kain meredah banjir bersama suaminya untuk berkempen. Itu menunjukkan apa? Itu menunjukkan banjir takde kena mengena dengan kemenangan BN sebab ia berlaku sebelum keputusan keluar pun!!

Tapi inilah orang yang dihantar PAS untuk berkempen bagi pihak mereka. Macam mana calon kalah nak tolong memenangkan calon yang lain? Dia sendiri pun gagal, lagi mau tolong orang ka?

Memang berapi ceramah Cikgu Mala semalam, maklum, seorang penganggur cuba nak memenangkan seorang penganggur yang lain.

Turut sama berceramah malam tadi ialah ADUN Sekincan, Ng Suee Lim yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar UiTM berhampiran UNISEL.

Ng Suee Lim juga yang menuduh rumah Dr Khir Toyo berharga RM 24juta sebelum bukti menunjukkan rumah tersebut hanya berharga RM 3 juta – itupun pinjam duit bank. Kedua kes tersebut menyebabkan Ng Suee Lim dilabel sebagai pemabuk dan penipu. Dan sekali lagi, PAS bergantung kepada orang-orang yang tidak ada moral ini untuk berkempen bagi pihaknya.

Tidak banyak yang disentuh Ng Suee Lim melainkan air percuma 20 meter padu pertama yang bukan dinikmati oleh semua rakyat Selangor ini, yang duduk rumah pangsa tak dapat. Retorik air percuma ini dibayangkan di Merlimau seolahnya kalau PAS menang, penduduk Merlimau juga akan menerima air percuma.

Kita semua pun tahulah semua itu bohong.

Macam mana Suee Lim nak cerita air percuma di Merlimau kalau di Selangor pun tak semua rakyat yang merasa?

Tidak ketinggalan Suee Lim meneruskan kutukannya ke atas Dr Khir Toyo setelah fitnah rumah berharga RM 24 juta terdahulu tidak boleh dibuktikan. Sedih betul, Dr. Khir Toyo tidak ada kena mengena dengan pilihanraya di Merlimau, kes tersebut juga sedang dibicarakan di mahkamah tapi Suee Lim yang bakal bangkrap tak lama lagi kerana di saman Dr. Khir, masih berterusan memfitnah beliau.
Bukan setakat itu, nama arwah ayah Dr. Khir pun dipermain-mainkan, mentang-mentang pandai cakap jawa.

Nampak sangat PAS ketandusan isu yang boleh dimainkan di Merlimau sehinggakan isu yang tidak ada kena mengena dengan calon dan permasalah penduduk setempat diangkat sebagai bahan ceramah. Rakyat dah lali dengan pembohongan sebegini dan penduduk Merlimau bertuah kerana berpeluang untuk membuktikan kepada pembangkang kemuakan itu.

Undilah BN.

Nik Aziz tak bina masjid kerana ikut Rasulullah…

Posted: 28 Feb 2011 07:30 PM PST

Dalam satu kenyataan akhbar Harakah, Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan telah menempelak DS Najib kerana mempertikaikan PAS yang tidak membina masjid di negeri Serambi Mekah tersebut.

DS Najib yang mempersoalkan perjuangan Islam PAS apabila hanya membina 2 masjid sahaja sepanjang 20 tahun lebih memerintah di Kelantan, telah dilabelkan sebagai JAHIL oleh Mursyidul Am PAS itu.

Malah, Nik Aziz juga menyifatkan DS Najib berpemikiran sekular seperti pemimpin Turki, Mustafa Kamal Attarturk.

Menariknya, Nik Aziz bukan mahu memberikan jawapan yang munasabah kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Perdana Menteri, tetapi pemimpin PAS itu bermuka-muka dengan menyamakan pentadbirannya di Kelantan dengan pemerintahan Nabi Muhammmad SAW di Mekah dan Madinah.

Nik Aziz membayangkan bahawa pentadbiran PAS tak jauh bezanya dengan corak yang dilakukan oleh Rasulullah pada zaman dulu.

Ini kerana, jika mengikut apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, Rasulullah hanya membina sebuah sahaja Masjid pada zaman pentadbirannya.

Jadi, dengan kenyataan ini, Nik Aziz mungkin mahu memberitahu semua bahawa pemerintahan PAS di Kelantan lebih baik dari zaman pemerintahan Nabi kerana Nik Aziz membina dua buah Masjid, sedangkan Nabi Muhammad hanya membina satu masjid sahaja.

Dan apakah wajar Nik Aziz menyamakan pemikiran DS Najib yang dikatakannya seperti pemimpin sekular Turki Mustafa Kamal Attarturk tanpa sebarang bukti yang kukuh? Jika benarlah DS Najib berfikiran sekular, PAS pasti tak akan panjang nyawanya di bumi Malaysia ini.

Ini semua menunjukkan bahawa Nik Aziz langsung tak matang didalam berpolitik walaupun susah lebih 20 tahun menjadi pentadbir di negeri Kelantan. Dia hanya tahu menyalahkan pihak lain didalam semua kesilapan pentadbiran yang dilakukan.

Selain itu, Nik Aziz juga sering mengelirukan masyarakat Islam keseluruhan apabila mempergunakan sirah Nabi untuk menghalalkan apa yang dilakukannya. Padahal, ia langsung tiada kena mengena dengan apa yang diperkatakan dan diperbandingkan oleh pemimpin politik tersebut.

Nik Aziz sebenarnya bukan tahu memerintah, tapi dia sebenarnya hanya tahu mencari alasan yang tak masuk akal untuk kekal berkuasa dengan menipu rakyat!

Sikap taksub terhadap DAP bakal merugikan PAS di Kerdau.

Posted: 28 Feb 2011 03:40 PM PST

Memang sangat memalukan perangai pengikut-pengikut PAS ini semua tak kiralah di manapun mereka berada. Terutamanya jika ada majlis-majlis ceramah mereka, ataupun di kempen-kempen Piilihanraya Kecil di seluruh negara.

Selain dari menyemai sifat taksub melampau didalam diri mereka sendiri, mereka juga sanggup untuk mendoktrinkan sikap taksub melampau itu kepada anak-anak kecil mereka yang masih tak mengenal apa pun. Mungkin mereka berasa bangga apabila anak-anak mereka berkelakuan seperti mereka.

Gambar anak kecil yang mengusung bendera Roket diatas dirakam di Felda Jengka 22 sewaktu Datuk Seri Najib datang melawat ke situ kelmarin. Ketika Datuk Seri Najib merasmikan Gelanggang Serbaguna di dalam kawasan Felda tersebut, dua beranak PAS ini berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Tanpa segan silu dua beranak tersebut melintas dikawasan tersebut sambil diperhatikan oleh ramai masyarakat Felda yang hadir untuk menyambut kedatangan Datuk Seri Najib.

Tak tahulah apa yang bermain didalam kepala bapak kepada budah tersebut. Bangga agaknya bila anak dia mengusung bendera cap Roket.. Dan mungkin juga dia bangga kerana mampu mentarbiah anaknya supaya berani mengusung fahaman politik komunis DAP.

Apa lagi yang hendak kita gelarkan kepada pengikut-pengikut PAS seperti ini kalau bukan pentaksub buta tuli parti. Bukankah DAP itu dengan secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan juga jelas dari golongan kafir.

Tapi kumpulan kafir yang terang-terang tolak negara Islam macam DAP inilah yang sangat dibanggakan oleh pak lebai PAS. Mungkin bagi mereka, acara usung bendera DAP ini dapat memberikan pahala kepada mereka.

Disebabkan tingkah laku sebeginilah, PAS semakin ditolak oleh bangsa melayu di Kerdau ini mahupun di seluruh negara. Satu Negara sudah tahu siapa sebenarnya DAP dan juga dasar perjuangan parti chauvinist tersebut, tapi parti itu tetap menjadi pilihan PAS didalam perkongsian kerjasama mereka.

PAS hendak berkuasa menggantikan UMNO, tetapi mereka tak bijak didalam mengatur strategi. Apakah dengan membuatkan bangsa melayu jengkel kerana ingin mengambil hati DAP itu dapat menguatkan PAS? Inilah yang dilakukan oleh PAS sekarang.

Sebab itulah di PRK Kerdau ini bakal menyaksikan PAS kehilangan sokongan dari bangsa melayu sendiri. Pasti PAS akan menyesali "perkahwinan campur" diantara mereka dengan DAP yang akhirnya merugikan parti mereka sendiri.



Tiada ulasan:

Pengikut