50 kerusi dalam tangan..... Posted: 20 Mar 2011 06:29 PM PDT Pilihanraya Sarawak: 50 kerusi 'dalam tangan'
Oleh: ROSLI ISMAIL
Ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak diumumkan hari ini untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri itu bulan depan tandatanya yang paling popular berlegar tentunya mampukah Sarawak kekal sebagai 'simpanan tetap' Barisan Nasional.
Bagi kebanyakan orang di semenanjung percaturan politik di bumi kenyalang itu terasa begitu asing sekali hingga sukar untuk memahami rentak tarinya.
Sebaliknya ramai yang merasa lebih dekat lagi dengan Sabah kerana publisiti mengenai politik di negeri itu lebih meluas dengan adanya UMNO di negeri itu.
Persamaan antara Sarawak dan Sabah yang semua sedia maklum ialah kedua-duanya tidak terjejas langsung dengan tsunami politik yang dihadapi oleh BN semasa pilihanraya umum Mac 2008.
Pegangan kerusi Parlimen BN di Sarawak mantap dengan 30 dari 31 yang dipertandingkan.Satu-satunya kerusi dimenangi pembangkang ialah menerusi DAP di Bandar Kuching.
Begitu juga halnya di Sabah.Dari 25 kerusi BN menang 24.DAP menang satu di Kota Kinabalu.
Juga persamaan kedua-dua kawasan ialah majoriti pengundinya orang Cina.
Setback kecil dihadapi oleh BN Sarawak cuma tewas di pilihanraya kecil Parlimen Sibu tidak lama dulu.Ini menjadikan DAP pegang dua kerusi Parlimen di negeri itu.Sibu juga kawasan majoriti orang Cina.
Bagi kerusi negeri pula berbeza dengan Sabah,Sarawak tidak berdepan dengan ujian tsunami 2008 kerana pilihanraya negeri diadakan pada tahun 2006.
Pegangan BN tetap mantap setelah menang di 63 DUN dari 71 yang dipertandingkan.
Kedudukan kerusi tidak begitu jauh berbanding dengan pilihanraya negeri tahun 2001 dimana BN menang 60 dari 62 kerusi.
Teka teki kini mampukah pakatan pembangkang merobek pegangan dua per tiga BN dalam DUN Sarawak?
Kita boleh mendapat jawapan kepada persoalan ini jika rajin merisik dikalangan kalangan pimpinan politik kanan negeri itu.
Jawaban yang Agendadaily dapat jelas menunjukan BN tidak gabra langsung tentang soal pegangan dua pertiga kerusi DUN.
"50 kerusi boleh kira dalam tangan lah...cuma 21 kerusi lagi tu kena berentap" kata seorang Ahli Parlimen BN Sarawak.
Kata-katanya yang senada dengan beberapa orang lain adalah gambaran bagaimana mereka sedar tentang kekuatan dan kekurangan BN dalam menghadapi pilihanraya negeri kali ini.
Ia lebih melibatkan faktor undi orang Cina – fenomena sama yang dihadapi oleh BN di semenanjung selepas PRU 2008.
Mereka tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang dapat menambah beberapa kerusi dari 7 yang ada sekarang (6 DAP dan 1 PKR) .Satu lagi ialah bebas yang menyertai Parti Cinta Malaysia.
Namun yang pasti ia tidak mungkin dapat langgar benteng penguasaan dua pertiga di DUN.
Sebenarnya otai DAP Lim Kit Siang secara tidak langsung sudah mengakui pakatan pembangkang tidak mungkin dapat menumbangkan BN di Sarawak.
Ini boleh dilihat dari fokus kenyataannya lebih kepada sasaran hendak mengagalkan BN dari mendapat majoriti dua per tiga.
Nadanya berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seperti biasa cuba buat gempak macam pakatan pembangkang boleh telan Sarawak menerusi ceramah-ceramah panasnya.
Semua orang tahu impian Ketua Umum PKR itu hendak menjadikan Sarawak sebagai dominonya untuk meredah jalan ke Putrajaya dalam PRU13.
Namun tidak ramai para pemerhati politik yang nampak retorik politiknya akan sampai ke mana berdasarkan senario politik semasa di Sarawak dimana pengaruh BN masih utuh di kebanyakan tempat di negeri itu.
Ramai yang sudah awal-awal menduga Sarawak bakal mengkaburkan lagi impiannya nak ke Putrajaya. - 21/3/2011
|
|
RAKYAT US BENCI PERANG Posted: 20 Mar 2011 05:39 PM PDT |
TARAF PAS HANYA SEBAGAI BUDAK SURUHAN SAHAJA. Posted: 20 Mar 2011 05:34 PM PDT
Tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya betul tanggapan kami bahawa "PAS adalah keldai" kepada PKR dan DAP di dalam hubungan terlarang,
Pakatan Haram! Ini adalah memandangkan kepada keputusan PAS Kelantan untuk mengkaji semula keputusan Kerajaan PAS itu tentang pengharaman judi loteri di negeri "Serambi Maksiat" itu.Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di"belasah" oleh Anwar Ibrahim dan DAP.Anwar dan beberapa pemimpin DAP mengkritik keras keputusan PAS Kelantan kerana mengharamkan judi loteri di negeri itu dan meminta Nik Aziz supaya merujuk kepadanya dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan di negeri yang dijajah oleh Pakatan Rakyat.Yang menariknya, kritikan itu dibuat Anwar dihadapan beberapa pemimpin PAS dan DAP pada satu sidang akhbar. Lebih menarik lagi, pak-pak lebai PAS yang ada bersama Anwar ketika itu hanya "bisu seribu bahasa", bak "lembu di cucuk hidung" pula, mereka hanya mengiyakan kata-kata Anwar itu.Pelik bin ajaib apabila sesuatu yang sangat bersangkutan dengan hukum Islam perlu dirujuk kepada DAP terlebih dahulu. Perkara tentang Islam perlu dirujuk kepada mereka-mereka yang menolak Islam secara total? Nampaknya Anwar sememangnya lebih sayangkan DAP berbanding PAS.Insiden ini jelas menunjukkan Pakatan Haram "jadah" ini mengamalkan sistem "kasta" di dalam pakatan mereka. PKR dan DAP tentunya berada di kasta paling atas dan mulia. Manakala PAS yang terkenal dengan "tidur atas jalan sambil pegang bendera" itu mungkin berada di kasta paling hina! |
|
SPR KATA PRN SARAWAK MUNGKIN LEBIH AWAL Posted: 20 Mar 2011 05:31 PM PDT Pilihan raya Sarawak mungkin lebih awal: SPR Oleh Haspaizi Mohd Zain
2011/03/21 KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membayangkan kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diadakan sebelum pertengahan bulan depan, iaitu lebih awal daripada tarikh yang diramal ramai pemerhati politik.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. "Selepas mesyuarat itu, kita boleh mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari yang sama atau pada satu tarikh ditetapkan. "Kita tidak perlu mengambil masa lama, sebaliknya ia akan dilakukan secepat mungkin walaupun SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 diadakan.
Mengikut prosedur, sehari selepas surat kuasa diberikan kepada pegawai pengurus pilihan raya, SPR perlu mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya negeri.
Penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula boleh diadakan empat hari selepas notis itu dikeluarkan. Ini bermakna penamaan calon boleh diadakan pada 28 Mac, tetapi berdasarkan amalan SPR sebelum ini, penamaan calon biasanya diadakan pada Sabtu. Oleh itu, penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kemungkinan besar diadakan pada 2 April.
Dengan mengambil kira tempoh kempen yang mesti diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari, maka hari pengundian dijangka diadakan pada 9 April.
Desas desus sebelum ini menyatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian pada 16 April.
DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban (19), Cina (15), Orang Ulu (tiga) dan Bidayuh (enam).
Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri, iaitu pada 1969-1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006. |
|
SAYANG SARAWAK Posted: 20 Mar 2011 05:25 PM PDT
Berkuatkuasa Isnin, 21 Mac 2011, jam 12.01 tengah malam, Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar secara sah.
Pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengenai pembubaran DUN Sarawak bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Turut hadir beberapa pemimpin BN Sarawak; PBB, SUPP, PRS dan SPDP.
Pembubaran DUN Sarawak sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Sarawak memandangkan beberapa petanda Pilihan Raya DUN Sarawak semakin hampir. Petanda ini termasuklah kepadatan program Ketua Menteri Sarawak yang menjelajah ke seluruh Sarawak dan keputusan Perdana Menteri memulakan penjelajahan ke seluruh Malaysia bermula di Sarawak.
Sebaik sahaja pengumuman pembubaran DUN Sarawak, Pakatan Pembangkang mengambil keputusan akan mengumumkan senarai calon-calon mereka. Sebelum ini, SNAP yang dahulunya sebahagian Pakatan Pembangkang dan kini berdiri atas nama Pakatan Pembangkang Tempatan telah mengumumkan senarai 16 calon.
SNAP yang mahu bertanding di 40 kawasan DUN memberitahu pengumuman 16 calon itu adalah permulaan atau fasa pertama manakala selebihnya akan diumumkan kemudian. Yang pasti, calon SNAP mensasarkan kawasan yang akan ditandingi PKR.
PKR dan DAP Sarawak sebelum itu tidak gentar dengan tindakan SNAP yang telah mengumumkan calon-calonnya. Malah, PKR yang bertanding di 52 kawasan DUN dan DAP mensasarkan bertanding di 20 kawasan DUN. PAS dahulunya hanya bertanding di 2 kawasan, tetapi berminat untuk bertanding di 6 kawasan DUN seperti Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak dan Senadin.
Melihat kepada jumlah kawasan, pastinya jumlah kawasan yang akan ditandingi PKR, DAP dan PAS ini melebihi jumlah 71 kawasan. Pertelingkahan kawasan DUN melibatkan PKR-DAP dan PAS-PKR.
Berasaskan kepada situasi ini, PKR, DAP dan PAS masih belum dapat menyelesaikan masalah pembahagian kerusi. Bagaimana pula Pakatan Pembangkang dapat menyelesai dan mengumumkan calon-calon mereka pada minggu depan? Apakah masing-masing mahu berkrompomi antara satu sama lain?
Pakatan Pembangkang bukan sahaja berdepan dengan pertindihan kawasan yang dijangka tiada penyelesaian malah berhadapan dengan calon Bebas. Calon Bebas ini merupakan calon PKR yang tidak dipilih. Terdapat beberapa buah kawasan DUN yang mempunyai lebih daripada satu calon PKR yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN. Terdapat juga calon-calon PKR dan PAS yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN yang sama.
Apakah Pakatan Pembangkang mampu mengharungi situasi ini khususnya di beberapa kawasan DUN majoriti Dayak?
Pakatan Pembangkang juga tidak sepakat dalam mengetengahkan isu dan lebih kepada kesesuaian dan kepentingan parti dan kaum. Ternyata PKR-DAP-PAS mempunyai ideologi berbeza dan bercanggah.
Berteraskan idealogi tunggal untuk berkongsi kuasa, BN Sarawak yang dianggotai 4 kompenan utama, PBB, SUPP, PRS dan SPDP bersepakat bersatu dalam memberikan bantuan dan berkhidmat kepada rakyat.
BN Sarawak yang dianggotai rakan-rakan parti tempatan Sarawak perlu diberi mandat memandangkan rakyat Sarawak yang memerintah, tetapi tidak Pakatan Pembangkang kerana mereka akan dibayangi wakil-wakil rakyat luar daripada Semenanjung.
Apakah rakyat Sarawak rela diperintah orang-orang luar Semenanjung yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan menghapuskan budaya tempatan Sarawak? Usah rela menggadai masa depan anak cucu cicit kita pada masa depan hanya kerana tersilap pangkah dan marah kepada parti tempatan Sarawak. Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/03/parti-tempatan-diutamakan-parti-luar.html#ixzz1HBmtDbdt |
|
SARAWAK JANGAN JADI SELANGOR KE DUA ? Posted: 20 Mar 2011 05:23 PM PDT Sarawak milik siapa? Hari ini DUN negeri dibubarkan. Kempen Pilihanraya telah mula dihidupkan. Rakyat Sarawak bakal menjadi penentu kerajaan penaungnya. Pilihanraya kali ini akan menjadi catatan dalam sejarah. Tidak pernah berlaku sebelum ini komponen BN ditentang PR dalam percaturan satu lawan satu di semua 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PR akan melancarkan kempen pilihanraya secara besar-besaran. 99% daripadanya merupakan serangan, memfokuskan kelemahan pemimpin dan dasar kerajaan untuk meraih sokongan rakyat. Cukup bijak mereka 'divert isu' bagi menutup kekurangan sendiri, yang kita sedia maklum tidak memerlukan modal dalam berbuat kebajikan kepada rakyat.
Inilah yang dipraktikkan dalam semua kempen-kempen pilihanraya di semenanjung, mengharapkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan falsafah 'PR kurang buruk berbanding kerajaan'. Di Sarawak, mereka mengharapkan keajaiban untuk menang dengan cara ini. Itulah bakal menentukan hidup mati PR dalam impian untuk merampas Putra Jaya pada PRU13 nanti.
Pandangan rajahmas, dua sebab utama mengapa PR MESTI menang pilihanraya di Sarawak.
- Memantapkan sokongan moral ahli-ahli mereka dan untuk meyakinkan perjuangan PR relevan dan diterima rakyat.
- Dapat menggunakan hasil kerajaan negeri untuk persiapan PR menghadapi PRU13 yang kini mengalami masalah kekurangan dana.
Faktor moral dan hasil kekayaan negeri telah memberi peransang kepada PR untuk menjadikan Sarawak sebagai sasaran penting jentera kempen mereka. Bukan kerana hendak membela nasib Dayak. Jangan terkeliru, PR sekali-kali tidak berniat mengekalkan hak tanah NCR untuk masyarakat pribumi. Ia tidak pernah termaktub walau satu bahagian pun dalam agenda mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat.
Secara logiknya bagaimana DAP mengiktirafkan hak bumiputra masyarakat Dayak? Bukankah jelas DAP menuntut hak kesamarataan? Siapa yang sebelum ini melabelkan bumiputra sebagai Aparthied Malaysia? Dan dari mana datangnya tanggapan bahawa PKR mengutamakan kaum Dayak sedangkan pemimpin berbangsa Dayak tidak seorang pun layak menjadi ahli Majlis Tertingginya?
Mereka (PKR pusat) itulah wakil semenanjung yang ingin menguasai Sarawak secara mutlak tanpa perlunya pemimpin tempatan. Atas sebab itu, Baru Bian dilantik untuk mengepalai gerakan PKR Sarawak sekalipun tidak mempunyai apa-apa jawatan melainkan sebagai ahli PKR sahaja.
Kita telah menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim digugurkan daripada jawatan Ketua PKR negeri dalam sekelip mata oleh Azmin Ali sekaligus menjadikannya seorang MB yang tidak berkuasa melainkan hanya atas kapasiti PKR sebagai ketua kerajaan di Selangor. Dari sini kita membuat satu kesimpulan, Baru Bian juga telah dirancang untuk disingkirkan oleh pakatan Anwar, Azizah dan Azmin apabila PKR mengambil alih kerajaan negeri Sarawak kelak.
PKR tidak pernah mengiktiraf kepimpinan pemimpin tempatan, apa lagi yang tidak sehaluan dengan Anwar dan Azmin. Lihat pembangkang SAPP di Sabah dan SNAP di Sarawak. Di mana kedudukan parti itu dalam PR sekarang? Kemudian fikirkan bagaimana Wan Azizah boleh menjadi ketua PKR Sabah (setelah keluarnya Pajuddin Nordin) dan Azmin Ali sebagai ketua PKR Selangor? Inilah perancangan mereka....
Masa depan negeri Sarawak ditentukan oleh rakyat Sarawak. Merekalah yang akan menentukan siapa yang layak menjadi ketua kerajaan sendiri. Bukan ditentukan oleh parti daripada Semenanjung seperti PKR yang daripada awal-awal lagi sudah melantik diri sebagai 'Bakal CM pengganti Taib'. Berambuslah pembangkang Melaya daripada tanah Sarawak.
Semoga Negeri Sarawak akan terus dipegang dan dilindungi daripada kepimpinan parti yang tercemar dengan amalan korupsi, budaya samseng, kronisme dan nepotisme seperti yang berlaku di Selangor sekarang |
|
TEORI 'STATE' UNTUK SARAWAK ? Posted: 20 Mar 2011 05:10 PM PDT Bagi tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta, umpamanya teori STATE yang berinspirasikan teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi merasionalkan peluang Effendi. Menurut mereka, S merujuk kepada Ketua Menteri pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan, T merujuk kepada Datuk Penghulu Tawi Sli (Ketua Menteri kedua), A merujuk kepada Tun Abdul Rahman Ya'kub (Ketua Menteri ketiga), T merujuk kepada Abdul Taib dan E pula merujuk kepada Effendi. Begitulah kreativiti tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta namun hakikatnya Sarawak hanya memerlukan seorang sahaja Ketua Menteri dan dalam politik sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk naik ke atas. Ia telah berlaku di peringkat kepimpinan Pusat dan negeri-negeri lain, sudah acap kali pemimpin yang tidak dijangka dilantik sebagai pemimpin nombor satu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu. Kerana itu, soal kepimpinan yang bakal berubah tidak sepatutnya mengalihkan fokus Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk berhadapan dengan 'perang besar demokrasi' yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang lebih penting ialah kemenangan BN kerana ia akan menjadi indikator sokongan rakyat kepada kerajaan di peringkat nasional. Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof turut berkongsi sentimen yang sama apabila meminta kepimpinan pemuda parti itu menyelami ingatan Perdana Menteri bahawa perubahan mesti dibuat secara teratur dan berhati-hati. "Sama ada di peringkat pusat dan negeri, peralihan kuasa mesti berlaku sebaik mungkin. Paling utama ialah kesinambungan perancangan pembangunan. "Apabila berlaku perubahan, ia mestilah memperkukuhkan apa yang telah dibina baik dari segi politik mahupun sosio ekonomi dan pemimpin baru itu mestilah menerima penghormatan dari semua sektor, bukan sahaja politik bahkan ekonomi," tegasnya. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Abdul Taib perlu diberi ruang untuk membuat keputusan dan beliau sebagai ahli politik yang amat berpengalaman pastinya akan melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Sarawak. "Kita berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan jangan ada mana-mana pemimpin baik dalam BN mahupun dari luar membuat desakan. "Sudah pasti satu hari nanti kita akan bertemu pemimpin yang baru, bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti," katanya yang merupakan Ketua Setiausaha Politik Abdul Taib. Mengulas mengenai antara cabaran pemimpin baru kelak, Abdul Karim berkata ia adalah berkaitan mempertahankan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Sarawak. "Beliau (Abdul Taib) amat hebat menyatukan rakyat baik Melayu, Cina, Dayak dan Orang Ulu sehingga tiada satu pun yang tersisih. "Sukar untuk mencari pemimpin sebegini, sesiapa yang mengambil alih kelak perlu mencari formula untuk mengekalkan apa yang telah berjaya dilakukan Pehin Sri (Abdul Taib)," katanya. Turut mengulas hasrat pengunduran itu ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan harapan supaya pemimpin baru nanti tidak mengetepikan landasan pembangunan negeri yang telah dirangka Abdul Taib. Katanya, jika mahu melakukan perubahan sekalipun ia hanya dalam aspek pelaksanaan, bukannya misi yang digariskan. "Kalau tidak ada kesinambungan, akan hilanglah hala tuju Sarawak yang telah dirancang dengan baik selama ini," tegasnya. Beliau juga berharap tiada tekanan diberikan kepada Abdul Taib untuk berundur kerana sesuatu perkara yang penting tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. "Saya selalu berkata dalam persidangan antarabangsa berkaitan demokrasi, jangan paksa kita (Malaysia) untuk berbuat sesuatu. "Negara kita ada program tersendiri, begitu juga dengan Pehin Sri, beliau ada program dan tempoh masa yang ditetapkan," katanya yang melahirkan keyakinan bahawa Sarawak tidak pernah tandus kepimpinan yang berkualiti. |
|
Kenduri asam pedas 1Malaysia Posted: 20 Mar 2011 05:05 PM PDT Kenduri asam pedas 1Malaysia menjana perpaduan kaum.Oleh NAS NORZIELA NASBAH utusanmelaka@utusan.com.my
| RAIS Yatim (dua dari kiri) bersama Mohd. Ali Rustam menikmati hidangan asam pedas pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia di Pengkalan Samak, Merlimau, kelmarin. |
JASIN 20 Mac - Kebiasaannya pekarangan rumah milik sepasang suami isteri di Pengkalan Samak, Merlimau di sini meriah dengan majlis kenduri dan kegiatan gotong-royong bagi meraikan keluarga mereka, saudara mara dan penduduk sekitar kampung berkenaan. Namun, keadaan sedikit istimewa baru-baru ini apabila pekarangan rumah milik Wan Syed Hashim Wan Mohammad, 63, dan isteri, Zainah Cheku, 57, menerima kunjungan hampir 1,000 tetamu pelbagai kaum sempena program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia Melaka. Tetamu yang datang pada 'Kenduri Asam Pedas' anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan calang-calang orang kerana ada di kalangan mereka merupakan pemimpin berjiwa seni dan terkenal dengan caranya yang memartabatkan kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidak ketinggalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut berkunjung bagi memeriahkan kenduri bercorak 1Malaysia itu. Tanpa mengira penduduk Melayu, India dan Cina, tiada kerusi dan meja disediakan untuk para tetamu bagi menikmati hidangan itu sebaliknya mereka makan bersila termasuk tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin jika dilihat pada mata kasar mereka kelihatan kekok, namun semangat 1Malaysia ternyata tidak menjadi penghalang semua masyarakat di sini berhimpun bagi memeriahkan 'Kenduri Asam Pedas' yang sememangnya cukup sinonim dengan nama negeri Hang Tuah ini. Berbalik kepada keistimewaan masakan itu, sebut sahaja asam pedas pastinya terbayang dalam fikiran tentang masakan istimewa negeri Hang Tuah ini. Dengan hidangan yang diberikan secara percuma, program anjuran kementerian itu menyediakan tiga jenis gulai asam pedas iaitu ikan pari, ikan parang dan tetel. Sambil menikmati hidangan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dondang sayang. Rais ketika berucap berkata, kehadiran rakyat pelbagai kaum menikmati masakan tradisi masyarakat Melayu secara bersila jelas membuktikan kesepakatan pelbagai kaum di negara ini. "Keadaan ini juga menunjukkan perjuangan 1Malaysia kita selama ini sudah berkesan di hati masyarakat. Ia dapat dilihat dari segi keramaian, gotong-royong dan penglibatan masyarakat pada malam ini," katanya. Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' yang bermula pukul 8 malam itu mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung berkenaan. Bagi Wan Syed Hashim, walaupun hanya mengetahui program berkenaan akan diadakan di rumahnya kira-kira dua minggu lalu, dia langsung tidak berasa bimbang program itu tidak dapat dijayakan. "Rumah saya sering dijadikan lokasi aktiviti masyarakat di sini. Dalam setiap aktiviti, penduduk kampung akan bergotong-royong membantu saya. Asam pedas ini juga dimasak secara gotong-royong membabitkan penduduk kampung dan ahli keluarga saya," katanya. Zainah yang dipertanggungjawabkan memasak asam pedas dan lauk-pauk untuk tetamu berkata, sejak pagi kelmarin penduduk kampung termasuk keluarganya bersama-sama membuat persiapan bagi memasak hidangan itu. "Selain asam pedas kami juga menyediakan ikan sepat masak kuning. Berkat gotong-royong, semua hidangan ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah," katanya. Seorang pesara, K. Mahdhavan, 78, berkata, dia teruja semua lapisan masyarakat hadir dan masing-masing menikmati masakan asam pedas. Menurutnya, program itu dilihat dapat menjalinkan hubungan lebih rapat di kalangan penduduk di sekitar Pengkalan Samak. "Saya harap program ini tidak terhenti setakat ini tetapi lebih elok jika diadakan sebulan sekali kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini. Bagi pesara, Hassan Saad, 62, program 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri melihat pada hubungan mesra pelbagai kaum dalam sebuah majlis serta mendekatkan masyarakat dengan pemimpin. "Pemimpin yang datang duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya. Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, berkata, program itu membuktikan masyarakat di negara ini hidup aman dan damai walaupun berlainan agama. Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin. "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat berlainan bangsa dapat menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya. Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat. "Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri. "Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya. Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. ''Saya harap program ini diteruskan dan peluang patut diberikan untuk orang India pula menyediakan masakan bagi dirasai oleh semua masyarakat," katanya. |
|
RM2.4 bilion untuk Kelantan Posted: 20 Mar 2011 04:58 PM PDT
RM2.4 bilion untuk Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.
Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.
"Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.
"Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat," katanya.
RM700,000 baik pulih Masjid Gual Ipoh
IKMAL Hisham Abdul Aziz (dua, kiri) menyerahkan surat kelulusan kepada Pemangku Pengerusi Masjid Gual Ipoh, Mohamad Daud Yaakub di Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH 20 Mac - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM700,000 kepada Masjid Gual Ipoh di sini untuk tujuan membaik pulih masjid tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pada permulaannya, permohonan yang dikemukakan hanya berjumlah RM500,000 tetapi jumlah itu telah ditambah sebanyak RM200,000 lagi.
Katanya, beliau menerima surat kelulusan yang ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kelulusan peruntukan itu, baru-baru ini.
''Justeru penduduk Gual Ipoh merupakan golongan bernasib baik kerana mendapat perhatian daripada pemimpin atasan yang memahami keperluan mereka," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan peruntukan untuk Masjid Gual Ipoh, di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau berkata, UMNO Bahagian Tanah Merah sedang memantau lebih 20 buah masjid dan kira-kira 300 madrasah di kawasan Parlimen Tanah Merah untuk diperbaiki. |
|
Mahu jadikan Malaysia sebagai negara republik - Ummi Hafilda Anwar bercita-cita jadi presiden Posted: 20 Mar 2011 04:53 PM PDT
Oleh RADHUAN HUSSAIN dan FAUZI MOHD. utusanterengganu@utusan.com.my
BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.
Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.
Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa. |
|
BELIA SARAWAK SOKONG BN. Posted: 20 Mar 2011 04:46 PM PDT Pemuda BN raih sokongan belia Sarawak
MUAR 20 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) menumpukan usaha mendapatkan sokongan golongan muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, jentera Pemuda BN diketuai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof telah mengatur perancangan mencapai matlamat berkenaan.
"Saya dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin sentiasa berkomunikasi dengan Fadillah dan kita sudah mengagihkan tugas sejak Perdana Menteri meminta kita bersedia.
"Kita akan beri sokongan dalam apa jua perkara kepada Pemuda BN Sarawak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Asas Haji di Parit Kadhi di sini hari ini. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan