Isnin, 21 Mac 2011

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang


Video Klips Seks : Konspirasi Dalaman Tutup Isu DNA??

Posted: 21 Mar 2011 10:42 PM PDT

Oleh: Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Menurut mereka yang berkesempatan untuk melihat klip video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin utama pakatan pembangkang.. pusing ikut mana 360 darjah sekalipun memang ternyata wajah pemimpin tersebut.

Ternyata kehadiran video klip seks itu telah meletupkan negara hingga heboh diperkatakan pelbagai pihak dengan pelbagai teori dan pendapat.

Malah video klips yang diletupkan semalam juga sama sekali menutup isu DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini mendapat tumpuan hangat seluruh rakyat.

Reaksi yang sama juga diberikan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed yang mahu semua pihak berhati-hati dalam memperkatakan perihal video seks yang dikatakan membabitkan Anwar itu.

Jelasnya ada pelbagai kemungkinan kemunculan video klip itu di tengah kehangatan rakyat mempersoalkan tindakan Anwar yang terus berdolak dalih dari memberikan sample DNA dalam kes liwatnya.

Tegas beliau hakikat sebenarnya reputasi Anwar sudah lama tercalar dengan pelbagai cerita negatif.

"Saya percaya, isu ini ditimbulkan semata-mata untuk menutup isu DNA. Cerita rakaman video ni biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan sekiranya benar.

"Isu DNA pun belum habis, dah timbul cerita baru. Tunggu je la apa lagi alasan yang hendak diberikan nanti. Terbukti dia memang tidak layak bergelar pemimpin," katanya kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas isu video klips tersebut.

Namun kata beliau lagi perkara utama yang perlu diselesaikan adalah tindakan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang berputar belit dalam isu DNA.

Malah beliau turut menyifatkan tindakan Timblan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mengatakan bahawa Anwar tidak perlu menyerahkan DNAnya kerana akan disalahguna untuk meletakkan semua kesalahan kepada Anwar adalah satu alasan bagi melindungi kebenaran.

Tegas beliau sekiranya benar Anwar tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut menyerahkan sampel DNA untuk dijadikan bukti di mahkamah.

"Kalau betul Anwar tidak bersalah dan berada di pihak yang benar, mengapa dia harus takut. Serah sahajalah DNA. Pepatah Melayupun ada sebut, berani kerana benar, takut kerana salah.

"Sekiranya Anwar teragak-agak, ini membawa maksud dia takut dan ada yang mahu disembunyikan. Mereka melaungkan keadilan, tetapi mengapa dalam hal ini, keadilan seakan cuba disembunyikan.

"Mereka seakan mahu terus menipu rakyat….. terus mahu memanipulasi orang ramai. Sekarang, rakyat sudah sedar dan muak dengan perangai Anwar. Rakyat mahu kebenaran", ujarnya.

Justeru beliau yakin isu DNA ini tidak akan terpadam begitu saja kerana rakyat semakin jelas permainan yang cuba dimainkan pembangkang yang sehingga ini gagal memberi tumpuan terhadap perkara sebenar dalam kes liwat Anwar.

Sumber: http://umno-online.com/?p=34339


Tiada ulasan:

Pengikut