Isnin, 21 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam Karpal Singh cuba heret PM ke mahkamah dalam isu DNA Anwar.

Posted: 20 Mar 2011 11:16 PM PDT

TIDAK ada mana-mana pihak yang cuba menekan mahkamah berhubung desakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dalam perbicaraan kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pelbagai pihak termasuk orang awam mahukan Anwar menyerahkan sampel DNA kerana 'lelaki Y' yang dikaitkan dalam kes tersebut masih menjadi tanda tanya.

"Orang ramai sekadar ingin tahu siapa lelaki 'Y' itu, benarkah itu Anwar atau orang lain ? kalau Anwar berasakan dirinya tidak bersalah beliau sepatutnya menyerahkan sampel DNA itu bagi memuaskan hati semua pihak," tegasnya.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Rabu ini keputusan terhadap permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.

Kata Syed Ali lagi, disebabkan Anwar adalah pemimpin pembangkang dan seorang Ahli Parlimen, sudah tentu kewibawaan dan masalah moralnya menarik perhatian rakyat.

Desakan itu katanya, bukan bermakna orang ramai memberi tekanan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicraan kes liwat Anwar.

Rakyat sekadar nak tahu sipakah sebenarnya lelaki 'Y'

Menurut beliau, beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut memberi pandangan bahawa jika benar, kenapa perlu berasa takut atau gementar.

"Ini bukannya desakan atau campur tangan, orang luar sekadar memberi pandangan, sepertimana Anwar juga pernah menggunakan isu liwatnya secara terbuka dalam ceramah politiknya dengan mendakwa sebagai konspirasi," tambahnya.

Beliau mengulas tindakan peguam Karpal Singh yang sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa individu termasuk Najib atas sebab menghina mahkamah kerana turut mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Katanya, Karpal Singh sebenarnya tidak layak untuk membela Anwar kerana beliau sendiri masih menyimpan banyak rahsia mengenai perilaku Anwar.

Sebaliknya kata beliau, Anwar yang sebenarnya cuba memberi tekanan kepada mahkamah apabila seringkali mengaitkan kes liwatnya sebagai perbuatan dirancang oleh pemimpin UMNO.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sengaja untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar kes liwat Anwar, Syed Ali menegaskan Karpal Singh sepatutnya terlebih dahulu bercakap benar di mahkamah.

Karpal Singh sembunyikan rahsia perilaku Anwar

"Kenapa beliau tidak mendedahkan mengenai aktiviti liwat Anwar sepertimana dinyatakan di Parlimen suatu ketika dulu, sekarang dia pula yang berhempas pula untuk membuktikan Anwar tidak terbabit dalam kes liwat," tegasnya.

Beliau berkata, setiap hujah Karpal Singh akan dilihat daripada sudut politik walaupun dia seorang pengamal undang-undang kerana masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen.

"Kita lihat daripada perspektif politik dan ini menunjukkan Karpal Singh sengaja membuat kecoh dalam isu liwat Anwar dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri kerana kepentingan politik pembangkang," ujarnya.

Syed Ali yakin jika Anwar bukan seorang wakil rakyat dan tidak diberikan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), sudah tentu Karpal Singh juga tidak berminat untuk 'mengusung' kes kedua kali Anwar dituduh meliwat.

Mengenai tuduhan seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa yang mendakwa UMNO bertanggungjawab mengadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan sample DNA, Syed Ali berkata itu adalah tuduhan liar pembangkang.

"Peguam pembangkang ini jelas menggunakan isu DNA untuk meraih sokongan politik, ini merupakan satu tuduhan disengajakan untuk mengaitkan UMNO dalam kes liwat Anwar," katanya.

Beliau menjelaskan, UMNO tidak ada masa untuk melibatkan dirinya dengan kes liwat, satu perbuatan tidak bermoral yang menjijikkan dan dilaknat oleh Tuhan.

Tiada ulasan:

Pengikut