Merlimau: Lagi hal calun PAS, kali ini menipu Pakcik Posted: 02 Mar 2011 11:31 PM PST KERDAU: Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah bukan saja terpaksa berhadapan dengan calon BN tetapi kini berhadapan 'serangan' daripada bapa saudara tirinya pula, Ahmad Ismail. Hari ini Ahmad, 63, sudah mula melancarkan kempen mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang memilih Yuhaizad sebagai calon di kawasan DUN Merlimau ini. Semuanya gara-gara masalah kewangan yang terjadi sewaktu Ahmad, Yuhaizad dan abangnya terlibat dalam satu perniagaan ladang getah di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira tiga empat tahun lepas. " Dia tuduh saya tidak membayar balik wang Bank Rakyat yang diberikannya pada saya untuk perniagaan ini sedangkan saya sudah pun membuat pembayaran ke dalam akaunnya, resit-resit semuanya ada sebagai bukti. " Saya difitnah hingga dipinggirkan di dalam keluarga, orang macam ni tak layak jadi wakil Pas, apatah lagi hendak jadi wakil rakyat," katanya ketika ditemui di Kampung Chin Chin, Jasin petang tadi. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafar Atan menegaskan, Pas sepatutnya menyelidiki latar belakang ahli yang hendak dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya. Kegagalan Pas berbuat demikian hanya akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai agenda mereka. " Mana boleh fitnah orang sesuka hati, budaya begini tidak boleh diamalkan apatah lagi kalau hendak jadi seorang pemimpin. " Saya kesal kerana masalah kewangan telah menyebabkan pepecahan dalam keluarga seperti mana yang dialami Ahmad, ia cukup menyedihkan dan Yuhaizad perlu menjelaskan perkara ini kerana ia telah menjejaskan maruah orang," katanya Malaysia Instinct/ MyNewsHub Posted by The Unspinners |
|
Diploma Ekspress di Merlimau Posted: 02 Mar 2011 11:15 PM PST
khabarnya calon pas merlimau ada DIPLOMA dalam jurusan tasawwur islam. bila masa dia belajar ? diploma celup saja ke ? LAN tak pernah iktiraf kolej calon ini belajar, so maknanya diploma kangkung dari kolej bayam saja lah !
sijil kemahiran MARA kejuruteraan mekanikal juga satu penipuan memandangkan tiada bukti jelas dari IKM cawangan manakah dia dianugerahkan sijil tersebut.
rupanya pas ada kilang buat diploma sekarang. kenapa perlu tipu rakyat ! |
|
Ceramah DAP tak dapat sambutan masyarakat Cina… Posted: 02 Mar 2011 10:55 PM PST Bagi yang berkenderaan dari Merlimau Inn menghala ke Politeknik, akan melalui satu jalan deretan rumah kedai yang cukup strategik berhampiran SJKC Merlimau. Di padang sebelah sekolah itu, ketika lawatan Perdana Menteri ke Merlimau tempoh hari 1000 masyarakat bukan Melayu berjaya dikumpulkan. Di deretan rumah kedai itu juga ada satu bilik gerakan DAP yang dibuka untuk bantu PAS. DUN Merlimau ada 2,225 pengundi kaum Tionghua, jumlah kedua terbesar selepas orang Melayu sebanyak 6,850 pengundi. Biasanya DAP akan all-out bantu PR kempen habis-habisan di kawasan bandar dan tempat orang Tionghua, tapi di Merlimau, ceramah di depan bilik gerakan DAP sendiri kehadirannya tak sampai 100 orang. Hingga hari keempat kempen, belum ada tokoh besar DAP yang turun. Kalau ada pun semua pergi ke kawasan Melayu. Kawasan Cina macam tak boleh masuk. Barangkali kerana tak dapat sambutan bilik gerakan DAP itu sendiri tutup awal. Jam 12.30 malam dah kunci grill dan tak ada sesiapa yang 'melepak' macam selalu. Kalau mood ini kekal, jangan terkejut PAS akan kalah besar pada 6 Mac ini. |
|
Kuarters guru…Ini jawapan untuk Yuhaizat…. Posted: 02 Mar 2011 10:53 PM PST Kuarters guru rumah isteri calon PAS tingkat satu sebelah kanan gambar "Mana punya sekolah calon PAS ini?" kata seorang blogger semasa kami bersembang kosong di Pusat Operasi BN Merlimau. Soalan itu boleh keluar bukan apa, apabila kami cerita fasal kenyataan Yuhaizat Abdullah, "Saya mencabar UMNO untuk buktikan kuarters dibina oleh UMNO," dalam sidang akhbar harian PAS. Jika tidak, kata Yuhaizat, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika ditanya berkenaan cabaran calon PAS itu berkata, Yuhaizat seharusnya mengiktiraf usaha kerajaan menyediakan tempat tinggal kepada pegawai kerajaan. "Itu bukanlah duit UMNO tapi beliau mesti faham kerajaan BN dibentuk dengan UMNO sebagai parti peneraju. Kalau tak mahu bersyukur atau berterima kasih pun tak apa, cuma saya harap dia iktiraf usaha kerajaan." "Beliau tinggal di kuarters yang bukan dibina oleh duit UMNO tapi itulah kuarters yang disediakan untuk guru dan kakitangan awam yang dibuat melalui kerajaan yang ditubuhkan oleh BN," katanya. - 2/3/2011 |
|
YANG MENUNGGU DAN YANG DITUNGGU Posted: 02 Mar 2011 10:16 PM PST |
AKIBAT BERI BUNGA SEWAKTU BERKEMPEN... Posted: 02 Mar 2011 10:05 PM PST |
YANG "OK" DAN YANG "KO" Posted: 02 Mar 2011 09:54 PM PST DUA-DUA OK PADA HARI PENAMAAN CALON.
MACAM DAH NGAKU KALAH JE?Put your stuff here |
|
PR 'Bakar '1Malaysia Posted: 02 Mar 2011 09:52 PM PST Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,Saya Duk Perhati Permainan Politik PR Yg Melaungkan Laungan Politik Baru, Harapan Baru, Hapuskan Rasuah, Kronisme, Nepostisme, Kejam Dan Mcm2 Lagi. Soalan Disini Mrk Tu Sedar Atau Tidak Apa Yg Mereka Laungkan Itu Sebenarnya Ditujukan Kembali Kepada Mereka. PR BAKAR 1MALAYSIA Dgn Kebencian Dan Pemusnah Perpaduan Negara. Politik Baru, Tapi Cara Pendekatan Yg Digunakan Cara Politik lama Iaitu Mengunakan Pendekatan Politik Kebencian. PR Suka Menanam Kebencian Kepada Penyokong2nya Utk Melihat Semua Perkara Negatif. Kita Lihat Mereka Menanam Kebencian Pada Yg Dilihat Tidak Sealiran Ngan PR. Mereka Menanamkan Kebencian Pada Polis Dgn Memanggil Benda2 Yg Kotor Dan Pelbagai2 Tohmahan, Menanam Kebencian Pada Sistem Kehakiman Bila Keputusan Tidak Menyelebahi PR Dan Sebagainya. Menanam Kebencian Pada Mufti2 Dibawah Kerajaan Bila, Bila Mufti Menegur Akan Perbuatan Dan Fatwa2 Yg dilihat Tidak Berlandaskan Pada Al-Quran, Hadis Dan Sunnah. Ini Jelas Berlaku Dihadapan Mata Kita. Paling Ketara Adalah Menanam Kebencian Pada Kerajaan, Pemimpin2 Yg Tidak Menyelebahi Mereka. Mereka Kata Kerajaan BN Rasuah, Nepostisme, Kronisme, Moral, Salah Guna Kuasa....Dan Macam2 Lagi Apa Yg Mereka Tak Tuduh Kerajaan, Sehingga Mengajar Penyokong2nya Tidak Perlu Bersyukur Apa Yg Kerajaan Lakukan. Kita Buka Mata Kita, PKR Penasihat DSAI, Presiden PKR. Wan Azizah (Isteri) DSAI, Timbalan Presiden. Azmin Ali(Bekas Setiausaha Politik) DSAI, Naib Presiden Nurul Izzah (Anak) DSAI...Bukankah Ini Dikatakan Nepostisme Dan Kronisme. DAP Setiausaha Agung Lim Kit Siang, Ketua Menteri Penang Guan Eng (Anak) Kit Siang, ADUN Di Melaka Betty Chew ( Menantu/Isteri Guan Eng) Kit Siang. Pengerusi DAP Karpal , 1Anak (Ahli Parlimen Puchong) Dan 1Anak Adun (Di Penang), Ngar Dan Ngeh ( Ahli Parlimen Dan ADUN di Perak, Sepupu) PAS TGNA (MB Klate ) Byk Syarikat2 Kerajaan Negeri Mempunyai Nama Anak Dan Menantu Beliau. Ni Baru Sikit Byk Lagi... Isu Moral, Kita Ketepikan Isu DSAI. Lihat Isu Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong Yg Kantoi Gmbr Lucah Bersama2 Teman Lelaki Beliau, Tidak Diarahkan Letak Jawatan Malah Diberikan Terus Kerusi Exco Negeri Selangor Pada Beliau. Isu Cerita Maksiat Pemimpin PAS Kini Lagi Menjadi2 Baik Drpd Kepimpinan Pusat (Mat Sabu) (DIN Pudu) Hingga ADUN Selinsing Yg Kantoi, Kenapa Diam Seribu Bahasa. PR Kata Perjuangkan Dasar Keterbukaan, Dasar Kebebasan Berakhbar, Kebebasan Bersuara...Mcm2 Lagi. Tapi Hanya Ckp Jer Saya Lihat. Contoh : Bila Isu Altantuya Heboh Satu Msia PR Minta Perbicaraan Terbuka Kerana Rakyat Perlu Tahu, Tapi Bila Kes Pemimpin Utama PR Isu Liwat, Jelas Dan Pelik Buat Perbicaraan Tertutup Dan Duk Tangguh2...APA BARANG, Buat Lar Perbicaraan Terbuka , RAKYAT Perlu Tahu Kebenaran Kenapa Takut???? Isu Kebebasan Berakhbar, Kelakar Masa Konvesyen PR Tidak Lama Dahulu Block Beberapa Akhbar Drpd Buat Liputan Dan Tidak Lama Dahulu Di Ibu Pejabat PKR Sehingga Menyerang Wartawan Yg Buat Liputan, APA BARANG...Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Lihat Jelas Ramai Pemimpin2 Utama PKR Keluar Parti, Bila Keluar Dikatakan Dibeli Dengan Duit, Hilang Perjuangan Dan Sebagainya. Sedangkan Bila Kita Tanya Kepada Yang Keluar Tu Rata2 Mengatakan PKR Sudah Lari Drpd Asas Perjuangan Di Mana Kepentingan Individu Lebih Utama Drpd Kepentingan RAKYAT, Maka Yg Berpegang Pada Prinsip Perjuangan Dan Sedar Mereka Tersasar Maka Amik Keputusan Utk Keluar PKR.. PR Ini Sebenarnya Yg Main Politik Perkauman Dan Racist, 54 Tahun Kita Merdeka Lihat Masyarakat Negara Kita Yg Berbilang Kaum, Agama , Bangsa Boleh Hidup Ngan Aman Damai. Cuma 1kali Sahaja Yg Jadi Sejarah Hitam Negara Kita Iaitu 13 Mei. 2 Tahun Kebelakangan Ni Api Permainan Politik Kebencian Di Mulakan Oleh PR Kembali Dgn Politik Perkauman, PR Yg Mula Memanggil BN Parti Didalam Nya Amalkan Politik Perkauaman Dan Sebagainya, Butakah Mereka BN Yg Mula2 Gunakan Politik Perpaduan Dimana 14Parti Komponen Dlm BN Bole Duduk Bersama Utk Memajukan Negara. Dlm BN Hak Semua Kaum Dijaga Baik Hak Melayu, Cina, India, Iban. Kadazan, Asli Dan Kepentingan Seluruh Rakyat Msia Dijaga Sejak Merdeka. 54 Tahun Ada Salah Silap Utk Adat Dlm Kerajaan Tapi Langkah Utk Memperbetulkan Mana Yg Salah Di Buat Dan Diubah Utk Menjadi Kerajaan Yg Lebih Baik Drpd Yg Baik..TRANSFORMASI KERAJAN Sedang Berlaku Dimana Rakyat Di Dahulukan.. Ada Banyak Lagi Saya Nak Citer, Tak Per Lar Kita Sambung Hari Lain Pulak...Ni Buat Artikel Ni Pun Sambil Tunggu Buat Name Kad Di The Mall, Lepas Baca Akhbar Saya Tulis...Saya Yakin, Sahabat2 Semua Matang Dan Bijak Utk Menilai Mana Yg Baik Dan Mana Yg Tidak.. Buat Kata NABIL " LU PIKIR LAR SENDIRI" |
|
Fatwa Menyeleweng Nik Aziz : Menjawab Kononnya PAS Tidak Pernah Sesatkan UMNO Posted: 02 Mar 2011 09:48 PM PST Saya tertarik untuk mengupas kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (di sini) yang cuba mempertahankan fatwa-fatwa Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang selama ini tidak hanya mengelirukan masyarakat Islam, bahkan terlalu banyak fatwa Nik Aziz yang sebenarnya merupakan fitnah dan andaian jijik lagi kotor terhadap UMNO. Fatwa-fatwa liar Nik Aziz sudah pun ditegur oleh ulama-ulama yang sezaman dengannya termasuklah ulama-ulama pondok di Kelantan dan terbaru Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Pada saya cukuplah tiga fatwa hanyir Nik Aziz di bawah ini sebagai bukti bahawa Mursyidul Am PAS itu - sama ada sedar atau pun tidak, beliau telah pun menyesat dan mengkafirkan ahli-ahli UMNO. Terdahulu Nik Aziz mencabar Tun Mahathir agar membuktikan bilakah beliau telah mengkafirkan orang-orang UMNO (baca di sini)Bukti-bukti di bawah ini saya petik daripada sumber kitab paling sahih dan utama PAS - iaitu Harakah Daily. Maka, tidak timbul lagi dakwaan kononnya kenyataan atau fatwa Nik Aziz di bawah ini telah diselewengkan oleh UMNO atau BN. Pada hemat dan kajian saya - riwayat fatwa-fatwa Nik Aziz di bawah ini adalah berstatus Shahih Mutawatir Maknawi dan Lafazi - sekali gus menjadikan ia sebagai sandaran dan bukti bahawa PAS - melalui lidah Nik Aziz memang mengkafir dan menyesatkan UMNO. Untuk makluman pembaca, saya sedang menyusun sebuah kitab yang khusus berkenaan fatwa-fatwa Nik Aziz yang menyeleweng dan meragukan umat Islam - kitab tersebut berjudul, "Shahih Azli Shukri". Di bawah ini saya paparkan terlebih dahulu sebahagian kecil daripada kandungan kitab saya tersebut di bawah bab : Nik Aziz Nik Mat Dakwa UMNO Sesat.Fatwa ke-37 Nik Aziz Nik Mat :37. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009. 38. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Harakahdaily, 3 Oktober 2010. Fatwa ke-32 Nik Aziz Nik Mat :32. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.Fatwa ke-38 Nik Aziz Nik Mat :38. "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman." – Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009. |
|
PAS TIDAK MAHU UNDI ORANG INDIA DI MERLIMAU.... Posted: 02 Mar 2011 09:43 PM PST Pas eyeing swing among Chinese voters JASIN: Pas is aiming for a massive 75 per cent support from the Chinese community in the Merlimau by-election but the DAP, which is in charge of wooing Chinese voters, has set a lower target of 70 per cent.
DAP's Merlimau by-election chief Tey Kok Kiew said this was because the opposition needed to work harder in some MCA stronghold areas such as Ayer Merbau.
"Before this we seldom visited the area, so we need to beef up our machinery. "We already have about 60 per cent support from the Chinese community and hope to push it to 65 or 70 per cent," he told the New Straits Times. Pas on Sunday had said that it hoped to get between 45 per cent and 40 per cent of votes from the Malay and Indian voters respectively but was targeting as high as 75 per cent votes from the Chinese.
Pas candidate Yuhaizad Abdullah will contest against Barisan Nasional's Roslan Ahmad in the March 6 polls.
Voters in the state constituency consist of 6,927 Malays, 2,208 Chinese and 1,512 Indians.
DAP Malacca deputy youth head Khoo Poay Tiong too admitted that Ayer Merbau and Chin Chin were two of MCA's strongholds. |
|
KEMPEN POLITIK MAYA PATUT DIJADIKAN AMALAN PARTI ... Posted: 02 Mar 2011 09:31 PM PST Roslan guna Facebook tarik pengundi muda
2011/03/03 Penggunaan laman sosial popular jana komen, pendapat
MERLIMAU: Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, berkata beliau akan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial Facebook untuk berhubung dengan golongan muda bagi menerangkan isu semasa dan aktiviti hariannya, termasuk lawatan kempen bagi menambat hati golongan itu menyertai dan menyokong kerajaan. Selain itu, katanya, penggunaan laman sosial popular berkenaan juga dapat menjawab segala soalan yang diketengahkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau tanpa mengira masa dan sebagai calon yang dipilih, beliau boleh berkomunikasi dengan golongan terbabit pada setiap masa. "Ini adalah kaedah terbaru digunakan saya untuk menemui lebih ramai pengundi di kawasan DUN Merlimau.
"Menerusi cara ini, saya akan mendapat idea baru daripada penduduk di sini terutama membabitkan golongan muda seperti pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi kerana golongan itu dilihat mempunyai idea yang kreatif dan berinovasi.
"Segala isu yang ingin diketahui boleh dijawab di laman sosial ini dan melaluinya (Facebook) juga, golongan berkenaan berpeluang menyuarakan komen dan pendapat mereka mengenai situasi tempoh berkempen, isu semasa yang berkaitan dengan golongan itu, selain melihat perkembangan aktiviti yang dianjurkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan laman Facebook 'Roslan Ahmad' di rumahnya di Jalan Batu Gajah dekat sini, semalam. Terdahulu, Roslan bersama isterinya, Zalifah Omar, 38, turut bersarapan pagi bersama wakil media yang hadir ke rumahnya bagi membuat liputan. Roslan berkata, faktor alam siber menerusi Facebook yang ada pada hari ini begitu mudah diakses oleh generasi muda.
"Hari ini saya lihat perang politik mengambil bentuk baru iaitu maklumat adalah kuasa.
"Siapa yang menguasai maklumat menguasai kuasa. Mereka yang menggunakan kaedah di dalam dunia siber ini akan memenangi hati dan jiwa rakyat dan inilah pendekatan yang dilakukan oleh saya," katanya.
Sementara itu, selepas memasuki hari keenam berkempen, Roslan semakin berkeyakinan tinggi apabila berjaya menambat hati pengun-di DUN Merlimau, khususnya golongan muda.
Roslan berkata, beliau terhutang budi dengan jasa pengorbanan pemimpin terdahulu yang sebelum ini sudah mendapat kepercayaan sepenuhnya dari penduduk di DUN berkenaan.
Katanya, melalui sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen, beliau juga yakin BN masih mendapat tempat di hati setiap pengundi di DUN Merlimau.
"Alhamdulillah... setakat ini saya dapat rasakan sokongan daripada masyarakat terutama golongan muda terhadap BN semakin meningkat dan yakin mereka akan terus bersama dengan kita menjelang hari pengundian, 6 Mac ini.
"Terdapat kira-kira 40 peratus golongan muda di kawasan DUN ini daripada jumlah keseluruhan yang mendaftar sebagai pengundi. Jadi, saya bersyukur sambutan yang diterima setakat ini amat memuaskan dan ia terbukti mereka masih mahukan pucuk pimpinan daripada parti pemerintah di sini, " katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama kira-kira 200 golongan muda pada majlis Pentas Pemuda yang dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Bilik Gerakan Pemuda BN di Merlimau Pasir dekat sini, malam kelmarin. |
|
CUBA BAYANGKAN JIKA KERJASAMA INI DITERUSKAN Posted: 02 Mar 2011 09:28 PM PST AL FATEHAH, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG BERIMAN. Calon BN dan PAS bersama usung jenazah pengundi… Oleh: HELME HANAFI Demi menghormati jenazah, kedua-dua calon yang bertanding dalam PRK Merlimau mengetepikan fahaman politik ketika bersama-sama mengusung jenazah Allahyarham Ali Bashah, 63, ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, Rabu. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.-2/3/2011 |
|
UNDI POS HARI INI DAN KEMPEN DITERUSKAN Posted: 02 Mar 2011 09:24 PM PST Merlimau postal voters cast ballots today JASIN: Postal voters of the Merlimau state by-election, polling for which is on Sunday, cast their ballots on Wednesday at the Jasin District and Land Office here.
All the 36 postal voters are police personnel. Thirty-one police personnel, among them four women, cast their ballots from 11.30am. Five police personnel, who are on outstation duty, will have their ballots posted to them, said Returning Officer Roslan Eusoff. "The voting proceeded smoothly," he told reporters. Roslan Ahmad, the Barisan Nasional candidate in the by-election, took some time off from his campaign rounds to visit the voting centre.
Roslan, 44, is engaged in a straight fight with Yuhaizad Abdullah, 38, of PAS in the by-election, which is being held following the death of the BN assembly Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, on Jan 20. - BERNAMA
Put your stuff here |
|
KEMARAHAN PAS TAK BERTEMPAT.... Posted: 02 Mar 2011 09:17 PM PST Pas marah yang 'bukan-bukan'
Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
Penyokong Pas bersemangat dengan mengenakan penutup mulut sebagai tanda sokongan kepada parti itu pada penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Melaka.
JIKA sesiapa ke Merlimau ketika ini, pastinya mereka akan berasa kagum. Ini kerana di markas-markas BN dan Pas di tepi- tepi jalan dan lebuh raya, bendera dan sepanduk parti masing-masing berkibar megah dengan kelibat petugas dari kedua-dua parti dilihat bercampur gaul.
Di warung-warung, mereka menghirup teh dan kopi bersama-sama. Soal ideologi politik diketepikan sementara. Di lot-lot kedai di pekan Merlimau, demikian juga. Tidak ada peniaga mengambil peluang menaikkan harga. Kedai dobi pun ada yang ditutup. Kehidupan harian berjalan biasa, meskipun kempen pilihan raya kecil (PRK) memasuki hari keempat semalam.
Begitupun dalam politik, lawan tetap lawan. Biarpun aura persaingan di Merlimau dikatakan lesu dan 'direntap' oleh PRK Kerdau, dakwa sebahagian penduduk 'Melemau', Pas yang menjadi pesaing BN mula menampakkan 'taring sebenar'. Meskipun pada peringkat awal, agak 'panas punggung' dibuatnya dalam mencongak isu, Pas dikatakan telah merancang strategi yang 'bukan-bukan' untuk menidakkan keupayaan BN.
Bermula dengan mengaitkan isu 'dinasti' membabitkan keluarga calon BN, Roslan Ahmad, Pas beralih pula kepada 'skuad kameranya', konon untuk mengintip 'perlakuan rasuah' jentera kempen BN. Tidak seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mendedahkan strateginya untuk memerangkap pelaku rasuah, tindakan Pas pula sebaliknya.
Demikian juga dengan tuduhan kononnya jentera BN 'mengedarkan' risalah berserta 'gambar lucah' beberapa pemimpin pakatan itu di sekitar Merlimau. Namun semua dakwaan itu dibalas oleh kepimpinan BN sebagai taktik mahu 'menterbalikkan pemikiran' pengundi atau reverse pyschology.
Semalam, Pas 'kembali' lagi mengaitkan kononnya ganjaran Anugerah Tawaran Baru RM7,500 seorang kepada 586 guru besar dan 12,141 guru (RM1,800 seorang) sebagai cubaan meniru buku jingga. Malah 'lebih menarik lagi', Pas menjanjikan pula jika pihak pembangkang berkuasa, hampir 500,000 guru akan menikmati ganjaran yang serupa.
Dan paling ketara yang begitu digeramkan oleh parti itu ialah peneroka Felda. Golongan peneroka itu dilabelkan sebagai 'stok penimbal' UMNO. Orang Melayu di pedalaman dan kampung-kampung pula dituduhnya sebagai 'deposit tetap' UMNO.
Marah benar Pas dengan peneroka Felda. Mengapa? Rakyat tahu dan sedar peneroka Felda begitu dekat dengan UMNO. Ini dibuktikan di Galas, Tenang dan Hulu Selangor yang menyaksikan sokongan peneroka Felda membantu kemenangan calon BN.
Marah betul Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kepada peneroka Felda yang diungkapkan di Merlimau kelmarin, barangkali lebih cenderung kepada golongan itu di Kerdau. Ini kerana daripada keseluruhan 8,999 pengundi di Kerdau, 7,988 orang adalah kaum Melayu (88.77 peratus) dengan sejumlah 3,011 merupakan peneroka di Jengka 22, 23 dan 25.
Realitinya dari peringkat bawah hingga visi masa depan, peneroka dan keluarga Felda tidak pernah diketepikan kerajaan. Malah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Felda yang sebelum ini berasaskan getah dan kelapa sawit kini menuju ke era masa depan dengan menumpukan kepada tiga perkara baru, iaitu Felda bermatlamat memainkan fungsi sebagai gedung makanan negara dengan menjadi pengeluar lembu daging, ikan air tawar serta sayur-sayuran dan buah-buahan negara.
Selain itu, Felda kini merupakan pengeluar utama gula negara dengan menguasai 70 peratus kepentingan dalam Malayan Sugar Manufacturing Co. yang dimiliki jutawan Tan Sri Robert Kuok. Selama setengah abad Felda memainkan peranan penting untuk masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial dan di bawah pentadbiran Najib, Felda meneroka bidang bioteknologi tinggi. Felda memiliki pusat bioteknologi terbesar di Nilai dengan mengeluarkan klon-klon kelapa sawit baru yang bagus.
Felda turut mengeluarkan elektrik daripada biomas iaitu bahan-bahan buangan sawit. Penjanaan elektrik turut dijalankan di Felda Sahabat, Lahad Datu (6 megawatt) yang akan dilaksanakan juga di Jengka 9 (12 megawatt). Malah tidak lama lagi, akan dinaiktaraf penjanaan elektrik di Felda Sahabat kepada 35 megawatt. Namun usaha Felda untuk pembangunan peneroka masih menghadapi halangan yang bukan sedikit daripada pihak tertentu. Malah, pembangkang yang mendalangi ini semua memomokkan Felda kononnya akan bankrap.
Namun tanggapan itu salah. Felda yang kini mempunyai nilai aset bersih berjumlah RM12.2 bilion mampu membayar cukai serta zakat melebihi RM1 bilion dan tidak begitu mudah akan diisytiharkan bankrap. Demikian juga Felda merupakan satu-satunya organisasi di negara ini menjamin pendapatan minimum sebanyak RM1,000 kepada peneroka di bawahnya dan tiada agensi lain yang berbuat demikian untuk kumpulan individu di bawah mereka.
Realitinya, marah Pas kepada peneroka Felda dan cubaan memutarkan 'pita rakaman' isu yang bukan-bukan khususnya di Merlimau mungkin bersebab. Ini kerana jika ada pun negeri yang begitu 'kalis' kelibat Pas dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri, ia tidak lain tidak bukan adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.
Sejak negara merdeka pada 1957 lagi, Pas gagal meraih sebarang kerusi di negeri Hang Tuah itu sekalipun jenuh meletakkan calon pada siri Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK. Parti itu tidak pernah menang sehinggalah pada Rabu lepas apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merayu pengundi agar menerima calon parti itu untuk 'menemani' lima ADUN dari DAP dalam dewan negeri itu.
Mengapa Pas ditolak oleh anak Melaka? Di negeri itu hakikatnya tidak ada isu pembangunan yang boleh dipolemikkan. Tanyalah sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Tidak ada kemiskinan tegar, sampaikan timbul tanggapan ideologi perjuangan yang dilaung-laungkan pihak pembangkang begitu 'lemau'.
Nak disentuh isu Islam di sini, takut-takut Pas akhirnya malu sendiri. Isu negara berkebajikan, Melaka sudah jauh ke depan membela golongan asnaf fakir dan miskin. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) baru-baru ini memperuntukkan RM1.225 juta daripada keseluruhan pungutan zakat tahun lepas untuk kedua-dua golongan itu di seluruh negeri.
Daripada jumlah itu, seramai 8,861 orang layak menerimanya termasuklah 294 orang warga miskin dan saudara baru dari kawasan DUN Merlimau. Hendak dikatakan dalam agenda membela rakyat kurang berkemampuan, Melaka realitinya jauh meninggalkan Kelantan.
Malah, penduduk Merlimau turut menerima tempias Program Nur Kasih - program khidmat masyarakat di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sejumlah 20 keluarga di DUN Merlimau turut menerima peruntukan RM5,000 bagi pembiayaan membaiki rumah rosak dan daif.
Banjir! musibah dari hukum alam? Umum maklum bencana itu melanda beberapa negeri termasuk Melaka tempoh hari. Melaka mencatatkan bilangan mangsa sebanyak 9,089 orang melibatkan 2,235 keluarga. Apa yang dilaksanakan Ketua Menteri ialah melaksanakan program mengurangkan risiko bencana itu. Antaranya projek tebatan banjir dan pembinaan kolam takungan serta penerapan teknologi hijau. Bukankah itu cara yang dituntut Islam?
Mengimarahkan masjid? Melaka telah pun melakukannya. Malahan Masjid Al-Azim di Ayer Keroh sendiri akan direntasi landasan trem bernilai RM272 juta. Landasan trem sejauh 40 kilometer itu bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh melalui 23 lokasi termasuk tempat-tempat bersejarah sehingga ke Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir. Caj bayaran kemudahan trem tersebut juga mesra rakyat. Ia antara terendah di dunia iaitu RM2 untuk sekali perjalanan manakala RM5 bagi perjalanan sehari. Semua dan segalanya disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk kepentingan kebajikan rakyatnya. Justeru, Pas tiada isu langsung untuk dijaja dalam kempen PRK Merlimau ini. |
|
FORMULA 3 P DAN 1 D DALAM POLITIK MALAYSIA Posted: 02 Mar 2011 09:15 PM PST Persamaan 3P dan 1D dalam politik Malaysia
Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad
TULISAN ini cuba membincangkan formula yang membawa persamaan dalam sistem politik negara Malaysia. Tentunya pembaca tertanya-tanya maksud atau singkatan 3P dan 1D.
Hendak dikatakan keputusan STPM tidak juga, tarikh pilihan raya tidak juga, apatah lagi formula matematik. 3P merujuk kepada parti Pas, PKR dan Pilihan raya, manakala 1D merujuk DAP. Apa pula perkaitannya.
Selepas SPR melaksanakan tugas dengan penuh gigih, sedar tidak sedar sudah 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) menjadi medan ujian politik sejak pasca 2008. Boleh dikatakan purata dua bulan sekali, PRK dijalankan dalam tempoh hampir tiga tahun ini. Ini bukan kerja mudah dalam konteks negara demokrasi berparlimen yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat majmuk untuk menjalani siri pilihan raya yang tidak pernah sunyi dalam sistem pentadbiran negara!.
Perkara yang menarik perhatian adalah penglibatan parti-parti pihak pembangkang yang bertanding dalam PRK yang berlangsung sejak PRU-12 lagi. Kelihatan tiada surutnya persaingan politik yang menjadikan PRK sebagai medan perjuangan dan perhitungan bagi setiap parti yang bertanding. Parti 2P dan 1D (pembangkang) mempunyai semangat yang tinggi untuk membawa perubahan dalam sistem demokrasi Malaysia yang memperjuangkan ideologi masing-masing. Hari demi hari, parti-parti ini dihambat pelbagai isu yang mencalar imej mereka sebagai parti politik yang mampu memberi persaingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).
Namun begitu, sejauhmana kekuatan parti-parti 2P dan 1D ini bertahan untuk memastikan kedudukan mereka terpelihara dan memperoleh sokongan undi dalam PRU-13 yang bakal tiba. Persoalan ini bukanlah satu masalah yang membelenggu parti 2P dan 1D untuk mengatur strategi mereka. Strategi dan pendekatan psikologi dan fizikal yang dimiliki oleh parti-parti tersebut semakin dicabar oleh BN yang mempunyai kebolehan dari segi wakil pencalonan, kekuatan sumber, struktur parti yang lebih kuat dan lain-lain. Walaupun BN ada kelebihan, namun pihak pembangkang juga berkebolehan membuktikan mereka setanding dengan pihak lawan.
Sayang seribu kali sayang, isu kerajaan DAP di Pulau Pinang, konflik dalaman kerajaan negeri di Selangor, isu pembentukan ahli PKR di Sabah, isu peribadi calon pilihan raya di Tenang sehinggalah isu percanggahan pendapat antara kerajaan negeri dan pemerintah negeri, sedikit sebanyak merencatkan budaya politik pihak pembangkang. Keadaan berjaga-jaga dan membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum semakin giat dijalankan, di samping melakukan persediaan bagi PRK yang sedang dan akan berlangsung tidak lama lagi.
Sungguhpun setiap parti politik sibuk berusaha mengasah strategi masing-masing, tugas hakiki mereka dan setiap calon yang dipilih perlu dipertingkatkan lagi kerana keputusan sudah dibuat oleh rakyat dan mereka mahu janji yang ditabur sudah dikotakan. Jika tidak, kesan mungkin akan dapat dilihat dalam pilihan raya yang bakal menjelang.
Bersediakah semua parti politik tidak kira 2P, 1D atau 1B (BN) untuk berkhidmat demi masyarakat sebelum, pada dan selepas PRU nanti? Ada formula yang boleh dijadikan tips kemenangan mereka pada kali ini dan tidak menjadi kesalahan jika berkongsi rahsia demi memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pertama, bekerja sebagai sebuah pasukan walaupun bertanding atas tiket parti yang berbeza. Kedua, rakyat adalah raja pada setiap pilihan raya dan 'perhambakan' diri untuk menjalankan amanat yang diamanahkan rakyat.
Ketiga, bermuafakat dan bermusyawarah sesama ahli parti dari setiap lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka demi kebaikan parti dan ahli. Keempat, kikis pemikiran skeptikal, iri hati, hasad dengki di kalangan ahli terutamanya para pemimpin parti supaya perjuangan menjadi lebih ikhlas dan bersih. Ini kerana tidak kira apa-apa agama yang dianuti dan dipegang oleh kita, semestinya semua agama mengajar kita melakukan kebaikan. Renung dan fikir dengan mendalam ideologi perjuangan sebenar setiap calon dan parti kerana bimbang akan terpesong daripada ideologi yang sebenar.
Manakala yang terakhir, anggaplah pilihan raya sebagai medan untuk menguji kekuatan parti atau calon yang bertanding kerana tanpa persaingan atau pertandingan, kita tidak akan sedar di mana kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dicadangkan di sini tetapi perkara yang asas perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang lebih rumit dan kritikal. Penulis sekadar berkongsi pandangan supaya setiap parti yang terus berkhidmat untuk rakyat pada hari ini supaya tidak meninggalkan ideologi perjuangan asal masing-masing.
Sememangnya semua perkara itu tidak dapat dilakukan dengan jayanya tanpa kerjasama ahli lain dan pada masa yang sama peluang perlu diberikan kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama berbakti kepada parti. Jangan disekat mereka yang berkelayakan dan berkemampuan untuk membantu parti menjadi lebih baik kerana ia merupakan satu kerugian sekiranya hasil yang baik tidak dapat dikongsi beramai-ramai.
Generasi muda pada hari ini, umpamanya komuniti yang sangat 'luar biasa' kerana zaman kini adalah zaman mereka bersinar. Malah parti-parti politik di Malaysia mengiktiraf bahawa generasi muda juga boleh membawa kelainan dalam mempertingkatkan mutu kerja sesebuah parti politik itu dengan penubuhan komponen Pemuda, Puteri, Dewan Muslimat dan sebagainya.
Kepimpinan politik negara turut dibarisi pemimpin-pemimpin belia yang mempunyai ketokohan yang amat membanggakan.
Sehubungan itu, PRU-13 mungkin dianggap sebagai cabaran yang getir dan medan perhitungan bagi sesebuah parti politik. Selain itu, PRU-13 adalah medan permuafakatan semua parti politik yang bertanding yang berjuang untuk rakyat dan kemajuan negara. Ia kelihatan seperti terlalu idealistik, retorik dan angan-angan mat jenin tetapi ia boleh dicapai melalui amalan 'konspirasi politik' yang sihat. Bertindak atas maklumat dan berfikir dengan akal yang bijak!
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Jabatan
Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya |
|
Buku Jingga kelirukan rakyat Posted: 02 Mar 2011 09:12 PM PST SHAH ALAM 2 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap pelbagai janji manis yang ditabur parti pembangkang dalam Buku Jingga hanya helah politik untuk memancing undi.
Bekas Perdana Menteri berkata, segala janji itu sengaja dibuat-buat untuk mengelirukan rakyat kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sesiapa yang memerintah negara ini.
"Mereka ialah orang politik yang memang gemar menabur janji manis," katanya ketika melawat Universiti Antarabangsa Al-Medinah (Mediu), di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang janji parti pembangkang dalam Buku Jingga iaitu rancangan 100 hari jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, janji-janji manis pembangkang ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka merupakan sesuatu retorik.
"Jika menang di kedua-dua kerusi itu, mereka masih tidak mampu membentuk kerajaan dan jika berjaya menubuhkan kerajaan Pusat sekalipun, belum tentu mereka mampu melaksanakan janji-janji itu," katanya. |
|
Pengundi tolak calon luar Posted: 02 Mar 2011 09:08 PM PST
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR pengarang@utusan.com.my
JASIN 2 Mac – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mahukan wakil rakyat mereka seorang calon tempatan yang tulen dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan tersebut.
Penduduk Merlimau, Arshad Aman, 63, berkata, wakil rakyat yang dipilih nanti harus datang daripada kalangan penduduk tempatan yang tentu dapat memahami masalah di kawasan tersebut.
"Ketulenan seseorang calon itu boleh diukur dengan melihat di manakah beliau berdaftar sebagai pengundi, kita tahu (calon Barisan Nasional) Roslan Ahmad bakal mengundi di Merlimau Pasir tetapi bagaimana dengan Yuhaizad?
"Jadi, saya minta Yuhaizad tampil menjelaskan di mana beliau akan membuang undi pada pilihan raya kecil Ahad ini atau adakah beliau tidak 'mampu' mengundi dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Yuhaizad berdaftar di DUN Bemban.
Sebaliknya calon BN merupakan pengundi berdaftar di Merlimau dan akan membuang undinya di peti undi Merlimau Pasir.
Suri rumah, Hamidah Abdul Rahman, 50, pula mempersoalkan profil Yuhaizad sebagai seorang usahawan seperti dikemukakan oleh pentadbiran Pas.
Ini kerana, Pas tidak menyatakan dengan jelas dalam borang pencalonan jenis perniagaan yang diceburi Yuhaizad.
"Selain itu melalui laporan yang dikeluarkan, Yuhaizad juga pernah mengatakan beliau seorang ahli politik sepenuh masa, jadi siapa sebenarnya beliau," katanya.
Bagi pengundi muda, Mohd. Sah Jusman, 36, beliau lebih selesa memilih calon dikenalinya kerana ia memudahkannya untuk mengemukakan sebarang masalah pada masa depan.
"Seperti Roslan, kita tahu beliau memang merupakan anak tempatan yang mempunyai darah politik mengalir dalam dirinya.
"Roslan juga sering ditemui di pekan Merlimau, waima sebelum pengumumannya sebagai calon BN, manakala Yuhaizad pula muncul secara tiba-tiba sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Pas," katanya.
Peniaga kuih, Aishah Md. Filus, 37, pula menyifatkan pemilihan Yuhaizad mewakili Pas sebagai sesuatu yang pelik kerana penduduk Merlimau kurang mengenalinya.
"Melalui perbualan harian saya dengan pelanggan, mereka sering tertanya-tanya siapa sebenarnya Yuhaizad, namun saya tidak ada jawapannya," katanya. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan