Khamis, 3 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Hentikan bawa masuk pekerja India “ – Syed Mehdhar

Posted: 02 Mar 2011 10:40 PM PST

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Cheras mendesak kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat tempatan daripada meneruskan pengambilan 45,000 pekerja asing terutama daripada India.

Ketuanya, Syed Mehdhar Syed Abdullah menegaskan, jika kerajaan tetap meneruskan cadangan tersebut dikhuatiri akan mencetuskan konflik di kalangan rakyat tempatan.

"Saya minta Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berikan penjelasan mengapa wajarnya sebegitu ramai rakyat India yang hendak di bawa masuk ke negara ini," tegasnya.

Beliau berkata, rakyat tempatan akan terus terhimpit dan kehidupan mereka akan menjadi bertambah susah kerana peluang pekerjaan telah disempitkan dengan kebanjiran rakyat asing.

"Kerajaan selalu bercakap akan utamakan rakyat tempatan, tetapi dalam masa yang sama masih mahu mengambil begitu ramai pekerja asing terutama pekerja India," katanya.

Disamping itu tegas beliau, permintaan guna tenaga di negara ini bukan sesuatu yang mendesak sehingga terpaksa mengimport pekerja asing terutama daripada India untuk bekerja di dalam pelbagai sektor perniagaan kecil.

"Kerajaan perlu berikan peluang kepada rakyat tempatan, bukannya mengambil begitu ramai pekerja India, apakah kebanjiran mereka boleh memenuhi permintaan tenaga kerja secara keseluruhannya?," soal beliau.

Syed Mehdhar juga melahirkan rasa bimbang kebanjiran pekerja India ke negara ini akan menimbulkan masalah sosial dan akan berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.
Percanggahan kenyataan antara Subramaniam - Hishamuddin

"Pertembungan budaya daripada dua negara yang berbeza latar belakangnya dikhuatiri akan mencetuskan suatu keadaan yang tidak diingini," tegasnya.

Beliau juga hairan bagaimana Subramaniam boleh mengumumkan kerajaan telah meluluskan pengambilan 45,000 pekerja asing terutama daripada India tetapi semalam, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan masih terlalu awal untuk meluluskan kemasukan tersebut.

Ahad lalu Subramaniam mendakwa, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat sektor perniagaan kedai runcit, restoran dan industri tekstil sukar mendapat khidmat pekerja tempatan.

Dalam hal ini kata Syed Mehdhar, orang ramai menjadi keliru dan menimbuklkan tanda tanya apakah motif sebenar Subramiam membuat pengumuman tersebut tanpa ada kesepakatan antara kementerian terbabit.

"Membawa masuk rakyat asing adalah isu yang menyentuh soal keselamatan negara dan masa depan rakyat negara ini. Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang mudah," tegasnya.

Beliau bimbang percanggahan kenyataan membabitkan dua menteri tersebut akan menimbulkan tanggapan negatif di kalangan orang ramai berhubung isu tersebut.

Mengaku tidak musuhi UMNO, tetapi Anwar masih ‘lontar batu sembunyikan tangan ‘ – Syed Ali

Posted: 02 Mar 2011 08:10 PM PST

MENYEDARI hayat politiknya semakin berkubur, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bertukar nada apabila membuat pengakuan beliau tidak memusuhi UMNO, sebaliknya menentang individu zalim yang rasuah.

"Bagaimanapun kenyataan tersebut merupakan pembohongan besar bertujuan mengalih perhatian rakyat terhadap isu liwatnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya jelas beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah perancang utama dalam gerakan menyerang dan menghina kepimpinan UMNO apabila dipecat daripada parti.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai gula-gula politik pembangkang, beliau mendakwa Anwar juga yang mempelopori budaya politik rusuhan di jalanan.

"Beliau adalah perancang gerakan reformasi yang menyaksikan bendera UMNO di pijak dan di bakar manakala pemimpinnya dilemparkan pelbagai tuduhan fitnah tidak berasas," ujarnya.

Menurutnya, sehingga sekarang budaya songsang dan demontrasi dipelopori Anwar menjadi ikutan sebahagian kumpulan yang tidak berpuashati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti dilakukan pelampau Hindraf baru-baru ini.

Anwar perancang serang peribadi pemimpin UMNO

Tidak cukup dengan itu kata Syed Ali, Anwar menggunakan media alternatif dan kuasa asing memburukkan imej Malaysia dan mencerca pemimpin UMNO di luar negara.

"Jika bukan petualang dan tidak memusuhi UMNO, mengapa beliau sanggup menggunakan pihak Barat termasuk kumpulan Yahudi untuk merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara ini," soal beliau lagi.

Menurutnya, Anwar yang sedang berhempas pulas membebaskan dirinya daripada tuduhan meliwat terpaksa mencari helah baru untuk mengemis simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau mengulas kenyataan Anwar di Merlimau, Melaka semalam bahawa dia tidak bermusuh dengan ahli-ahli UMNO tetapi hanya wujud dengan individu yang zalim dan mengamalkan rasuah dalam negera.

Anwar dalam ceramah politiknya di Jalan Pahlawan, Merlimau juga menjelaskan beliau tidak bermusuh dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad masih menyerang beliau dengan pelbagai tohmahan berunsur fitnah.

Dalam hal ini kata Syed Ali, mungkin benar Anwar tidak 'memusuhi' Najib, tetapi bertanggungjawab merancang pelbagai strategi dan perangsaraf yang digerakkan oleh pengikutnya menyerang kepimpinan UMNO termasuk peribadi Perdana Menteri.

"Dia pergi ke luar negeri, jumpa pemimpin Yahudi dan media Barat hanya untuk cemarkan imej Malaysia dengan memburuk-burukkan pemimpin UMNO dalam usaha mendapat sokongan politik," tegasnya.

"Siapa yang tak kenal Anwar ? kaki putar belit, cakap tak serupa bikin, perancang gerakan memecahbelahkan rakyat dan bersikap lontar batu sembunyikan tangan.

Demokrasi subur di M'sia, bekas masuk penjara masih boleh jadi wakil rakyat

Syed Ali turut membidas Anwar kerana masih menyalahkan Dr. Mahathir ekoran pemecatannya daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya kata beliau, Anwar perlu melihat ke dalam dirinya sendiri dengan apa yang berlaku dan tidak membuat tuduhan melulu terhadap Dr. Mahathir.

"Sebagai Perdana Menteri ketika itu, tentulah Dr. Mahathir memikirkan maruah dan masa depan UMNO lebih penting daripada menyimpan seorang pemimpin politik yang terbabit dalam isu moral," jelasnya.

Anwar kata Syed Ali, sepatutnya bersyukur kerana masih ada lagi segelintir rakyat negara ini memihak kepada beliau walaupun pernah menjalani hukuman penjara atas sabitan penyalahgunaan kuasa.

"Inilah suburnya demokrasi di negara ini, mereka yang pernah meringkuk didalam penjara, berdepan dengan isu moral yang menjijikkan tetapi masih lagi berpeluang menjadi pemimin parti politik dan memegang jawatan wakil rakyat," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut