Jumaat, 11 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Politik jubah dan serban PAS makin tak laku..

Posted: 11 Mar 2011 03:03 AM PST

Sedar tak sedar, PAS yang selama ni berlagak kononnya dapat sokongan dari pengundi muda, dah hilang hampir separuh dari pengundi tersebut di kesemua 6 pilihanraya kecil yang kebelakang ni

Dulu bukan main eksyen lagi puak-puak ni berkata, kalau SPR berani dan daftarkan semua pengundi muda yang berjumlah 700K tu, UMNO/BN mesti akan tumbang di setiap kali pilihanraya diadakan.

Sekarang ni macam mana? Masih nak berlagak lagi ke wahai pemimpin dan penganut fahaman PAS?

Cuba analisis keputusan pengundian di setiap saluran yang diwakili oleh generasi muda setiap pilhanraya kecil sejak akhir-akhir ni.., dah lebih 60 peratus pengundi saluran 3-4 beralih arah dari sokong pembangkang.

Angka ni makin meningkat di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Kerdau dan jugak Merlimau. Semua ni adalah tempat yang PAS bertanding. Dan semua tempat ni PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dari PRU12 dulu.

Kenapa jadi macam ni? Takkan PAS tak mau sedar lagi kot yang pengundi muda khususnya dari bangsa melayu dah meluat dan loya dengan pembohongan pemimpin-pemimpin PAS?

Spy tengok, pengundi muda zaman sekarang ni bijak-bijak belaka. Semuanya celik huruf dan jugak celik komputer. Ini bermakna, semua pengundi baru kita ni lebih terpelajar dan lebih berpengetahuan. Bukan senang nak bohong dorang semua ni.

Golongan muda kita tak akan terpedaya dengan politik jubah dan serban PAS. Dorang tengok Islam yang ada pada Nik Aziz, Hadi Awang dan juga Harun Taib bukan sekadar di serban dan jugak jubah.

Pengundi baru ni akan menilai retorik Islam PAS melalui sikap amanah, perjuangan ikhlas dan jugak kesungguhan untuk memartabatkan Islam dalam negara. Masalahnya sekarang ni, dorang tak jumpa semua tu dalam PAS…, jadi macam mana nak sokong PAS?

Cuba korang bagitau kat Spy, Nik Aziz tu dikenali sebab apa…? Sebab sifat amanah dia ke ataupun jubah dan serban dia? Nik Aziz dikenali sebab kuliah dia yang mahsyur ke atau pun "fatwa" mengarut dia yang tersohor?

Orang muda sekarang lebih kenal Ibnu Sinna dari Nik Aziz. Pasal apa? Pasal Ibnu Sinna bagi manfaat kepada umat keseluruhannya tapi Nik Aziz hanya bermanfaat didalam PAS. Sapa yang masuk PAS, dapatlah syurga Nik Aziz…, dan kalau tak join PAS…, alamat melepas lahh..

Jadi kesimpulannya…, orang muda ambik kira semua ni bai…, dorang bukannya macam orang tua yang cari jalan mudah nak masuk syurga. Contohnya si Bob Lokman tu, dah tua baru nak terhegeh-hegeh nak cari syurga…, dan malang bagi dia sebab dia ingat PAS boleh bawak dia masuk syurga. Syurga kerajaan langit boleh la kot.

Dan.., yang ni lah jadi masalah besar dalam PAS sekarang ni. Pemimpin dorang semakin tak raelistik didalam memperjuangkan Islam. Lagi teruk, dorang ni punya angan-angan dan matlamat langsung tak berpijak di bumi nyata bai…

Sapalah nak percaya angan-angan mat jenin dan temberang Pak Pandir macam yang pemimpin PAS dok gebang sekarang ni? Kalau orang tua bangka macam Spy ni pun tak teringin kat PAS…, apatah lagi orang muda…

Sebelah mata pun dorang tak akan pandang bai… Kalau macam ni keadaannya, ingat PAS boleh menang ke di PRU13 nanti? Silap-silap haribulan, satu negeri pun tak akan dapat ke tangan PAS.

Tiada ulasan:

Pengikut