Jumaat, 11 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu Tengku Zafrul hina Najib ; Syed Ali desak Wahid letak jawatan

Posted: 10 Mar 2011 08:36 PM PST

HAMPIR sebulan berlalu, tetapi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar bawah) masih membisu berhubung desakan pelbagai pihak supaya Tengku Zafrul Abdul Aziz disingkirkan daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Invenstment Bank Bhd.

Ini memberi gambaran jelas bahawa Wahid dilihat bersengkongkol dengan Tengku Zafrul yang memperlekehkan kewibawaan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendesak Khazah Nasional (Khazanah) memecat Wahid daripada bank berkenaan kerana sikap beliau memalukan peneraju syarikat milik kerajaan (GLC).

"Sikapnya yang berdiam diri seperti bersubahat dengan Tengku Zafrul untuk memalukan Perdana Menteri amat serius dan beliau perlu meletakkan jawatan dengan segera," tegasnya.

Katanya, pelbagai pihak sebelum ini termasuk tokoh korporat dan pemimpin kerajaan serta UMNO mendesak Wahid mengambil tindakan terhadap Tengku Zafrul yang sengaja mempertikaikan kewibawaan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda yang dilantik oleh Najib.

"Sudah hampir sebulan isu ini menjadi perhatian umum, tetapi masih juga tidak nampak sebarang tindakan, jadi jika Wahid takut untuk bertindak keatas Tengku Zafrul, maka beliau sepatutnya berundur," katanya.

Dalam satu forum ekonomi di Kuala Lumpur baru baru ini, Tengku Zafrul melemparkan kritikan pedas bahawa perlantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur bersandarkan alasan bekas Menteri Besar Sembilan Negeri Sembilan itu pernah tercalar dalam isu politik wang.
Wahid & Tengku Zafrul berpakat malukan Najib ?

Kritikan Tengku Zafrul itu mengundang kecaman banyak pihak kerana beliau disifatkan 'teralu pandai' sehingga sanggup memperlekeh dan menghina Najib selaku Perdana Menteri yang berkuasa melantik Mohd. Isa.

Syed Ali juga dalam reaksinya bulan lalu turut mendesak Pengarah Urusan Khazah, Tan Sri Azman Haji Mokhtar memberi perhatian serius dalam isu tersebut kerana perbuatan Tengku Zafrul mengaibkan seluruh penerajui GLC.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata Wahid sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank perlu memikul tanggungjawab tersebut.

"Jika beliau takut untuk memikul tanggungjawab akibat daripada perbuatan pegawai dibawahnya yang telah menyinggung Perdana Menteri, maka beliau sepatutnya meletakkan jawatan secara terhormat," ujarnya.

Ini kerana jelas beliau, Wahid seperti merestui perlakuan Tengku Zafrul memperlekeh dan merendahkan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

"Saya khuatir, mereka ini (Wahid dan Tengku Zafrul) ada niat tidak baik terhadap Najib yang berkemungkinan mahu imej Perdana Menteri tercalar di kalangan pelabur asing," tegasnya.

Katanya, perbuatan Tengku Zafrul yang disokong oleh Wahid mencerminkan bahawa beliau juga sudah tidak lagi sealiran dengan pentadbiran Najib.

Tiada ulasan:

Pengikut