Jumaat, 11 Mac 2011

DunSemarang

DunSemarang


Pen Datang Menghina MELAYU...

Posted: 10 Mar 2011 08:21 AM PST


HinaNya Melayu di mata mereka. Mereka bersekongkol menindas dan mempersenda Melayu..
Apa tindakaN KITA.. Lakaran ini akan di pertonton oleh generasi yang akan datang...dan di mana melayu ketika itu...kalau Sang Nila Utama mereka boleh ubah apatah lagi...Pulau Pinang dan akan merebak seperti Teori DOMINO 1970an...ByM68

10 March 2011 Tarikh Keramat Penduduk PT Lapis Khalid

Posted: 10 Mar 2011 02:52 AM PST


AYER HITAM Khamis 10 MAC 2011. Hari ini menjadi Tarikh Keramat bagi peduduk Kg Pt Lapis Khalid Mk 7 Semberong Batu Pahat.
Seramai 69 orang( 116 ekar ) pemohon tanah kerajaan Kg Parit lLpis Khalid mk 7 Tg Semberong Batu Pahat telah menerima tawaran memiliki tanah ( borang 5 a ) setelah diteroka oleh generasi pertama pada tahun 1940. Kesemua penerima hak milik tanah yang dikurniakaan ini merupakan generasi ke 3. Permohonan secara rasmi di buat pada tahun 1970 ke Pejabat Tanah Batu Pahat dan setelah melalui proses tapisan yang begitu teliti akhirnya tawaran telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kepada waris mereka untuk memiliki tanah dengan mengisi borang 5 a..
Majlis penyampain sijil dan Borang 5A telah disempurnakan oleh YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN KAWASAN SEMARANG.
Dalam ucapannya,Beliau menyeru agar,
Jadikan kurniaan ini sebagai satu warisan kekal. Jangan di jual dan jadikan sebagai pegangan berterusan.
Kurniaan ini sangat patut disyukuri kerana Kg Lapis Khalid ini merupakan kampung tradisi bertuah mendahului kampung-kampung tradisi sekitar untuk menerima kurnaiaan melalui borang 5a.
Semua penerima kurniaan ini supaya sentiasa meningkatkan permuafakatan masyarakat untuk melahirkan satu generasi yang produktif, bersyukur dan dapat bersama-sama membina negara yang aman, makmur dan selamat.
Semua penerima borang tawaran 5a supaya menyempurnakan bayaran primium dalam lingkungan rm 250.00 – rm 1500.00 seorang sebagai tanggung jawab kepada kerajaan kerana kerajaan yang ada hari ini telah menunaikan tanggunggng jawabnya kepada rakyat dengan penuh iltizam dan sangat teliti demi kesejahteraan rakyat. (Foto dan sumber dari S/U Halid Saat) ByM

Tiada ulasan:

Pengikut