Ahad, 6 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


CAKAP BETUL-BETUL, 10 ATAU BERAPA ?

Posted: 06 Feb 2011 03:57 AM PST

10 pemimpin DAP Tawau keluar parti

06/02/2011 3:04pm

TAWAU 6 Feb. - Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).
Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan, di sini hari ini. - Bernama

INFO PRK N 27...

Posted: 06 Feb 2011 03:56 AM PST

Berikut adalah Status Terkini SPR Daftar Pemilih

Jumlah Pengundi2 di dalam Dun Merlimau terkini sehingga Suku Tahun ke3 mengikut kaum

1. Melayu = 64.15% seramai 6,907 orang pengundi.

2. Cina = 20.87% seramai 2,247 orang pengundi.

3. India = 14.64% seramai 1,576 orang pengundi.

4. B/P Sabah = 0.08% seramai 9 orang pengundi.

5. B/P Sarawak = 0.11% seramai 12 orang pengundi.

6. Orang Asli = 0.01 seramai 1 orang pengundi

7. Lain2 = 0.140 seramai 15 orang pengundi

APA STRATEGI PR KALI NI?

APA YANG TAK KENA ?

Posted: 06 Feb 2011 03:54 AM PST

Ada yang tak kena dengan PKR, kata Najib

06/02/2011 7:27pm

MIRI 6 Feb. - Tindakan Pajudin Nordin melepaskan jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu semalam menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak, di sini, hari ini. - Bernama

PRK MERLIMAU : PAS ATAU PKR?

Posted: 06 Feb 2011 03:48 AM PST

Berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Umum N27 Merlimau pada tahun 2008:


Pergerakan Undi Semangat 46/Pas/PKR (1995-2008)

N27 Merlimau mula diwujudkan hasil pertambahan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1994.Sebelum itu,Dun Merlimau terletak di bawah Dun Sungai Rambai.Ketika mula diwujudkan,Dun Merlimau memegang kod Dewan Undangan Negeri N23.

Setelah diwujudkan hampir 17 tahun yang lalu,Pilihanraya Umum pertama di Dun Merlimau adalah dalam Pilihanraya Umum 1995,yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Semangat 46 dan Umno. Kemudiannya,dalam Pilihanraya Umum 1999,Dun Merlimau mula ditandingi oleh calon Pas,Mejar(B) Jasme Tompang sebelum diberikan laluan kepada calon PKR,S.Jayathas dalam PRU 11.

Di bawah diperturunkan pergerakan undi calon pembangkang sepanjang empat penggal di Dun Merlimau:

klik imej jika tidak jelas

MERLIMAU CATAT SEJARAH PRK

Posted: 06 Feb 2011 03:40 AM PST

Merlimau Catat Sejarah PRK Ke-15

Share|

Oleh: ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka bakal menghadapi pilihan raya kecil (PRK) ke-15 bagi musim ini yang tentunya menambahkan lagi jumlah siri PRK selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Siri PRK ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara sejak Pilihan Raya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955.

Ini bermula dengan PRK P. 44 Permatang Pauh yang diadakan berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Ogos 2008 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi 26 hari kemudian.

Seterusnya, ia beralih ke Pantai Timur apabila P.36 Kuala Terengganu kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 2 Disember 2008 dan pengundian diadakan pada 17 Januari 2009.

Selepas itu, tiga PRK berlangsung serentak pada 7 April 2009 apabila wakil rakyat P.59 Bukit Gantang, Perak Tuan Haji Roslan Shahrum dan Datuk Dublin Unting Anak Ingkot iaitu wakil rakyat N.29 Batang Ai, Sarawak meninggal dunia sementara penyandang N.25 Bukit Selambau, Kedah V.Arumugam meletak jawatan.

Dalam PRK Bukit Selambau juga telah menyaksikan rekod pertandingan apabila seramai 15 calon telah menawarkan diri untuk bertanding terdiri daripada seorang calon Barisan Nasional (BN) dan PKR manakala 13 orang adalah calon bebas.

Tidak habis di situ, wakil rakyat N.12 Penanti, Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan pada 19 Mac 2009 yang mengakibatkan wujudnya PRK pada 31 Mei. Dalam PRK ini BN tidak meletakkan sebarang calon sebaliknya PKR ditentang oleh tiga orang calon bebas.

Menyusul selepas itu, satu lagi PRK diadakan di N.14 Manek Urai apabila penyandangnya Ismail Yaacob meninggal dunia 22 Mei 2009 dan SPR menentapkan hari pengundian pada 14 Julai 2009.

PRK berterusan berlangsung berturut-turut selepas itu ekoran kematian wakil rakyatnya iaitu N.11 Permatang Pasir iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (meninggal 31 Julai 2009; PRK 25 Ogos 2009), N.31 Bagan Pinang Azman bin Mohammad Noor (meninggal 4 September 2009; PRK 11 Oktober 2009), P.94 Hulu Selangor Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (meninggal 25 Mac 2010; PRK 25 April 2010).

PRK juga turut diadakan di P.212 Sibu berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010 (PRK 16 Mei 2010), diikuti PRK N.45 Galas, Kelantan apabila wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010. PRK Galas berlangsung serentak pada 4 November 2010 dengan PRK P.185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Datuk Ir. Chong Ket Wah yang terlibat dalam nahas jalan raya pada 9 Oktober 2010.

PRK terdekat yang bakal diadakan di DUN N.05 Tenang, Johor pada 30 Januari ini juga berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa berapa banyak sekalipun PRK berlangsung pada musim ini namun ia tetap membuktikan sistem demokrasi negara ditegakkan dan berjalan dengan lancar. - MediaUMNO

05/02/2011 - PRK DUN Merlimau Jentera Penerangan BN

Posted: 06 Feb 2011 03:37 AM PST



Semoga semangat ini berkekalan sehingga 6 Mac 2011.

PRK N 27 MERLIMAU : PAS ADA 3 PILIHAN.

Posted: 06 Feb 2011 03:10 AM PST

Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.
Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.
(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.
Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

PANDANGAN PPUBJ : AGAK-AGAK YANG MANA SATU PR NAK PILIH SATU DARIPADA 3 PILIHAN. ATAU PUN INI STRATEGI MEREKA KALI NI....

WELCOME YB GOBALA

Posted: 05 Feb 2011 06:11 PM PST

Monday, January 31, 2011


Selamat TInggal Pakatan Kuda Rakyat - Gobala


Tiada lagi orang kuat PKR di Padang Serai, itu lah yang berlaku di sana yang mana Gobala telah pun menyatakan akan keluar parti semalam.

Beberapa temannya yang terdiri daripada peguam, jurutera, doctor dan lain-lain lagi akan mengikut jejak langkah beliau keluar parti dan akan menubuhkan satu (NGO) yang baru bagi memperjuangkan nasib Parlimen Padang Serai.

Gobala mengatakan beliau sudah tidak tahan lagi dengan lakonan yang ditunjukan oleh Ketua Umum PKR Dato Sri Anwar Ibrahim dan suka menabur janji palsu sehinggakan kesumua ahli PKR naik meyampah dengan janji tersebut.

Beliau berkata selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapai cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.- petikan dari Agenda Daily

Gobala sendiri yang cakap Anwar Ibrahim memperkudakan Orang Melayu, dimana kah letaknya martabat orang melayu? Sungguh memalukan orang melayu yang mempunyai seorang bangsa melayu yang bernama Anwar Ibrahim.

BN VS PAS

Posted: 05 Feb 2011 05:27 PM PST

UNDI BN

Parti Kencing Rakyat @ Parti Kian Rapuh @ Parti Koyak Rabak?

Sunday, February 6, 2011



Apa lagi nak cakap mengenai Parti Koyak Rabak ni? Sudah habis benda satu persatu yang kami dedahkan buat rakyat untuk menilai Parti Kian Rapuh ni. Emmmm Kesannya semakin jelas bila makin ramai yang keluar dari Parti Kencing Rakyat ni.


"PKR Sabah yang sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila ketua perhubungan negerinya, Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.
Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang tadi.


Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.


"Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'.
"Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... Maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti," katanya.


"Setelah melihat perkembangan politik, saya seterusnya memohon untuk menyertai Umno dan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa kerana hanya BN yang telah lama memperjuangkan hak rakyat dan banyak menyumbang kepada rakyat," jelas beliau.




Katanya beliau telah mengemukakan surat perletakan jawatan lewat petang tadi melalui faks, SMS, dan e-mel ke PKR pusat dan percaya ramai lagi ahli PKR terutamanya ketua-ketua dan ahli jawatankuasa cabang akan turut serta meninggalkan parti kerana ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap cara kepimpinan pusat.

"Saya percaya keputusan untuk keluar dari PKR akan disusuli oleh ramai lagi rakan-rakan kepimpinan yang berada dalam PKR Sabah bila melihat senario politik PKR yang kita anggap sebagai satu parti yang sudah kucar-kacir, tidak ada hala tuju dan tidak ada pembelaan daripada pemimpin-pemimpin di peringkat pusat," tambahnya lagi.

INFO PRK MERLIAMU

Posted: 05 Feb 2011 05:24 PM PST

26 January 2011
DOKTOR DAN BEKAS PENGETUA ANTARA DIJANGKA CALON PAS DI MERLIMAU
Pas Melaka dijangka tidak ketandusan tokoh berwibawa untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Merlimau. Antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Pas di Merlimau ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri di Dun Merlimau.

Beliau seorang yang cukup dikenali dan disenangi oleh penduduk tempatan serta sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Bekas calon Pas sebelum ini ialah Mejar (B) Jasmee Tompang yang merupakan pimpinan Pas Kawasan Jasin.

Selain itu, seorang bekas pengetua perempuan yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Dun Merlimau sebelum ini turut dicanang dan bakal dipertimbangkan sebagai calon.

Kedua -dua calon ini dijangka bakal memberikan saingan sengit serta imej positif kepada pengundi untuk merealisasikan impian Pas untuk menghantar wakil ke DUN Melaka.

Tiada ulasan:

Pengikut