Ahad, 6 Februari 2011

DunSemarang

DunSemarang


Ziarah kasih Tahun Baru Cina Dun Semarang.

Posted: 05 Feb 2011 09:10 AM PST




Pekan Ayer Hitam 5 Feb - Sempena menjelang tahun baru cina pada 1 Feb. 2011, YB Datuk Samsol Bari Jamali ( YB DSBJ )ADUN Semarang membuat lawatan Ziarah Kasih ke Kg. Baru dan Pekan Ayer Hitam untuk bertemu warga emas dan peniaga gerai pekan Ayer Hitam bagi tujuan mengucapkan selamat tahun baru cina. Pada sesi tersebut rombongan YB DSBJ sempat ziarah seramai lima belas orang warga emas dan puluhan gerai kaum Tiong Hwa di pekan Ayer Hitam. Pada masa yang sama beliau memeriksa sistem pengairan di kawasan tersebut dan meminta Ketua Kampung ( En Lau Kim Hwat ) dan Mr Ong ( Ahli Majlis Daerah Yong Peng ) sentiasa memantau dan meningkatkan mutu sistem pengairan supaya kesihatan penduduk terpelihara dan mengelakkan banjir kilat.(Sumber Berita dari S/UBAH ABDULL HALID)By M69.

Tiada ulasan:

Pengikut