Sabtu, 5 Februari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INFO N 27 MERLIMAU, ...

Posted: 04 Feb 2011 06:00 PM PST

UMNO-BN LANCAR JENTERA PENERANGAN HARI INI

MELAKA, 3 Feb – Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu.
"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional. Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," Kata Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. - UMNO Online

TERKINI : CALON PAS DI MERLIMAU....

Posted: 04 Feb 2011 05:52 PM PST

WANITA TETAP PILIHAN PAS...

Walaupun PAS kalah di Dun Tenang dengan calonnya yang dilihat sungguh ayu dan manis, mampu menawan hati pengundi. Namun seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka tidak pernah ketandusan pemimpin terutama di kalangan wanita, kali ini di DUN Merlimau, dikhabarkan wanita juga mendapat tempat sebagai calon mereka.

Di antara yang dikhabarkan ialah bekas pengetua sekolah yang pernah berkhidmat di Dun Merlimau. Jika benar, pasti bekas pengetua sekolah itu seorang yang lebih matang dan meningkat usia. Apakah calonnya seperti ini?


Kedengaran juga, calon yang bakal dipertandingkan ialah seorang doktor yang mempunyai klinik persendirian di Dun Merlimau.

Adakah ini satu kesinambungan sketsa PRK Dun Tenang? Guru dan Klinik!!!

Hanya pada 7 Februari, Isnin akan datang, bakal mengetahui samada PAS atau PKR yang akan bertanding di DUN Merlimau setelah pemimpin2 Pakatan bermesyuarat.

Mengikut perkiraan Salahuddin PAS seharusnya meletakkan calon mereka sekiranya status quo 2008 dikekalkan seperti yang dilaporkan  Malaysia Insider

MELAYU BOLEH BERSATU.......

Posted: 04 Feb 2011 05:08 PM PST

TUN M: KETUK KEPALA NIK AJIS DAN ANWAR, BARU MELAYU BOLEH BERSATU

Apakah benar ni gambar tok guru ketika berkahwin mengikut  lapuran satu blog, kalau benar hebat n dahsyat budaya Islam tah kemana budaya Melayu tah kemana? Jubah n kopiah ala ala pope yang tajam kat atas hilang dan baju mak yong mek kelate pun tak nak. Baju kot n gown lagi. Mana tudung? ala-ala mat saleh pulak Kelassss gitu, bila kena batang hidung semua halal kalau orang semua kafir.Eh kata bersanding tu kan syirik, budaya hindu,yg gambar kat atas tu apa berzanji atau berkhatam,oh peninglah tak paham


Tun M: Ketuk Kepala Nik Ajis Dan Anwar, Baru Melayu Boleh Bersatu.



"Cara mudah, ketuk kepala nik ajis dan anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka," kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

"Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. anwar dengan dasarnya untuk sampai ke putrajaya dan nik ajis adalah seorang 'opportunist'. tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,"

Tun mahathir mendakwa orang melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang melayu singapura.


Tun juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, nik ajis dan anwar untuk ke arah itu. klik disini

Tiada ulasan:

Pengikut