Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 5 Februari 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


Calon Merlimau ; jangan 'tekan' Najib - Syed Ali

Posted: 05 Feb 2011 05:34 AM PST

"JANGAN beri tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siapa calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, serahkan kepada beliau buat keputusan terbaik untuk parti dan rakyat," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Presiden UMNO sudah semestinya akan membuat pertimbangan dengan mengambilkira kepentingan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau kesal setiap kali berlaku pilihan raya kecil, soal siapa calon mula digembar-gemburkan seolah-olah membelakangkan keputusan Presiden UMNO.

Katanya, tidak perlu untuk mana-mana sayap UMNO khususnya Pergerakan Wanita menagih supaya calon mereka diketengahkan.

"Najib yang juga Perdana Menteri tahu siapa yang buat kerja untuk parti dan rakyat, tak perlu mendahului keputusan pucuk pimpinan," katanya.

Apa yang penting jelas beliau ialah semua pihak harus bekerja keras bagi mamastikan kemenangan kepada calon Barsian Nasional (BN) tanpa mengambil kira siapa calonnya.

Beliau percaya Najib dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mempunyai formula sendiri dalam menentukan calon terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat khususnya di DUN Merlimau.

"Serahkan kepada Presiden untuk tentukan calon berkelayakan, tak payah kita sibuk desak beliau dan tonjolkan orang tertentu sebagai calon," tegasnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu awal mengumumkan mereka mahukan calon wanita bertanding di DUN Merlimau pada 6 Mac depan, seperti disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini.

"Terlalu awal dan saya lihat kenyataan tersebut seperti satu tekanan kepada Najib yang boleh menyebabkan beliau berada dalam keadaan serba salah dan tidak selesa," ujarnya.

Tambah beliau lagi, tindakan itu juga seperti tidak menghormati Ali Rustam selaku pemimpin UMNO negeri berkenaan.

Semalam Shahrizat memberitahu media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, dekat Jasin supaya calon daripada Wanita dipertimbangkan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang turut menjelaskan beliau bersedia untuk menerima tanggungjawab sekiranya dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Menurut Syed Ali lagi, kenyataan tersebut dilihat 'tidak manis' kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi di kalangan pemimpin tempatan terutama di peringkat bahagian.

"Semua ahli UMNO bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan parti, bukan hanya terpikul di atas bahu satu kumpulan sahaja," ujarnya.

"Saya khuatir berikutan kenyataan tersebut akan berlaku rasa serba salah dan kecewa sesetengah pihak dan ini kemungkinan akan memberi impak yang kurang baik kepada parti.

Dalam hal ini, beliau percaya Najib dan Mohd. Ali akan mengambil kira daripada pelbagai aspek sebelum menentukan siapa calon yang berkelayakan untuk diketengahkan di DUN Merlimau.

"Siapa calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan kita harus sokong, Apa yang penting ialah kita harus mencipta kemenangan selepas keputusan terbaik di Tenang," katanya.


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian