Khamis, 13 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ANWAR AKAN TETAP TERUSKAN NIATNYA UNTUK BERDEBAT !!!

Posted: 13 Jan 2011 05:00 PM PST


Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya meneruskan cabaran beliau terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya,ini berdasarkan kapasiti Najib selaku Menteri Kewangan selain merupakan individu yang mendakwa Pelan 100 Hari pembangkang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan negara bankrap.Katanya, keputusan meneruskan cabaran itu dibuat dengan persetujuan pemimpin ketiga-tiga parti pembangkang dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang.

"Tuduhan bahawa program itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara bankrap datang daripada Perdana Menteri.Justeru,kita mahu dapatkan reaksi terus daripada beliau.Ia juga berkaitan ekonomi yang terletak di bawah Menteri Kewangan.Bukannya urusan ahli Parlimen yang hendak bersara.Khairy sebenarnya cuba menyelamatkan bos beliau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Pas,Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP,Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.Sementara itu,Anwar memberitahu, pakatan pembangkang akan mengedarkan 'buku jingga' yang mengandungi program 100 harinya ke seluruh negara melalui kepimpinan pembangkang di setiap negeri dalam tempoh sebulan.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

JENTERA BN TERUSKAN MENDAMPINGI PENGGUNDI DI DUN TENANG !!!

Posted: 13 Jan 2011 05:00 AM PST


Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu terus mendampingi para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan bukannya berasa selesa dengan sokongan sedia ada, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Katanya segala rintihan mereka perlu didengar dan segala masalah yang dibangkitkan perlu diselesaikan.

"Kita yakin dengan keupayaan jentera kita.Kita akan pastikan dengan kerjasama antara komponen parti dan berusaha mendekati rakyat, pastinya kemenangan akan berpihak kepada kita," kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,kepada pemberita.

Mohd Shafie berkata BN sudah membuktikan kemampuannya untuk membela nasib penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum, sekaligus menolak dakwaan parti itu mengabaikan kaum tertentu dalam bidang tertentu.Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Jan dan hari pengundian pada 30 Jan.Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

Mengenai langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui setiap wakil rakyat BN Sabtu lalu,beliau berkata ia adalah satu transformasi politik bagi memastikan kepentingan rakyat terus terbela.

"Langkah ini jelas menunjukkan Perdana Menteri memberi ruang kepada wakil rakyat BN untuk berbincang dan mengenal pasti masalah rakyat di kawasan masing-masing, sekaligus akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaja 25,000 pelajar daripada pelbagai bidang terutamanya Sains dan Matematik pada tahun ini, bagi melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera cemerlang.Daripada jumlah itu,MARA mensasarkan untuk menghasilkan 10,000 profesional,500 pemimpin perniagaan dan awam, 500 teknoprenur dan 4,000 pelajar cemerlang, yang merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan modal insan agensi itu.

"Tahun ini, saya mahu memastikan MARA dapat menjadi peneraju pembangunan modal insan. Walaupun ia adalah bidang utama MARA sejak dulu, tetapi ia perlu diperluaskan supaya dapat melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti," katanya.

Katanya selain sektor pendidikan dan latihan kemahiran, agensi itu juga perlu memperbaiki tiga lagi sektor utamanya iaitu keusahawanan, pelaburan dan pengurusan sebagai langkah transformasi ke arah status Bumiputera berpendapatan tinggi.

sumber dari Bernama

POST BY DR.ME...

HAPUSKAN SIFAT CANTAS MENCANTAS !!!

Posted: 13 Jan 2011 03:00 AM PST


Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

"Insya-Allah boleh(menang)kalau tidak ada cantas mencantas,memang boleh menang(pilihan raya).Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik,yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun," katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali,Pengerusi GiatMara,Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara,Meriyam Abdul Majid.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.Melalui rombakan tersebut,Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.Menjawab satu soalan Dr. Mahathir menegaskan,beliau tidak pernah campur tangan dalam menentukan kedudukan anaknya,Mukhriz dalam politik negara.Malah katanya,semasa menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya daripada terlibat dalam politik kerana bimbang ia akan disalah tafsir oleh rakyat.

"Saya tak campur tangan sama sekali berkenaan dengan nasib baik buruk anak saya,daripada dulu pun saya tidak pernah campur tangan. Semasa jadi perdana menteri.saya larang anak saya daripada terlibat dalam politik,takut orang kata kerana bapa dia perdana menteri.Sekarang ini bapa dia tak jadi perdana menteri,masih lagi bapa tak ada kacau.Ini urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang menentukan," ujarnya.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan:

Pengikut