Khamis, 13 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


“Bukan minta maaf, Suhaimi yang perlu letak jawatan ADUN ‘ – Syed Ali

Posted: 12 Jan 2011 07:15 PM PST

BUKAN sekadar minta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya Suhaimi Shafie perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda kerana perbuatannya turut menghina institusi Raja-Raja Melayu.

"Maaf senang dilafazkan bila tersepit tetapi perbuatan biadapnya turut menyinggung hati seluruh umat Melayu di negara ini," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Jalan penyelesaian kepada krisis tersebut kata beliau adalah dengan melepaskan jawatan sebagai ADUN supaya dfijadikan tauladan di masa depan.

Beliau bimbang perbuatan Suhaimi itu akan dijadikan contoh kepada pihak-pihak tertentu untuk memperlekehkan kedudukan dan intergriti Sultan dan Raja-raja Melayu.

Sepatutnya jelas beliau, ADUN Sri Muda itu dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan kerana perbuatannya boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Malah katanya, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) telah membuat laporan polis terhadap beliau.

"Kerana kepentingan politik pembangkang, beliau sanggup menyanggah perkenan Sultan Selangor," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, apabila menimbulkan kemarahan rakyat, dengan mudah sekali ingin minta maaf.

Sikap ini kata Syed Ali, jelas menunjukkan Suhaimi bukan wakil rakyat yang bertanggung dan mempunyai prinsip.

Beliau mengulas usaha PAS Selangor untuk menasihati Suhaimi membuat permohonan maaf berhubung kenyataan blognya yang didakwa mempertikaikan kuasa Sultan Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baru.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali semalam dilaporkan berkata beliau secara peribadi akan bertemu Suhaimi bagi mencari penyelesaian menamatkan isu tersebut.

Mengulas usaha tersebut, Syed Ali menyifatkan PAS Selangor sengaja cuba menutup pekung Pakatan Rakyat (PR) berhubung kontroversil yang dimulakan oleh suhaimi.

"Kalau benar PAS ikhlas dan menghormati Sultan Selangor, sejak awal lagi mereka menegur perbuatan Suhaimi yang mencetuskan kemarahan luar biasa rakyat Selangor," tegasnya.

Dalam hal ini jelas beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sebenarnya sekadar perkakas kepada DAP dalam usaha mereka melenyapkan ketuanan Melayu.

Tiada ulasan:

Pengikut