umno bahagian cheras |
“Jawab dulu tuduhan liwat sebelum berdebat ‘ – Syed Ali Posted: 13 Jan 2011 11:35 PM PST KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu terlebih dahulu menjawab pelbagai tuduhan yang dihadapinya terutama kes liwat sebelum meneruskan hajat untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, debat yang menjuruskan isu ekonomi terutama program 100 hari pembangkang hanya sia-sia dan membuang masa. Katanya, jika Anwar ikhlas beliau sepatutnya terlebih dahulu mengaku atau berrsumpah bahawa dia tidak pernah terbabit dalam kes liwat Mohd. Saiful Bukhari. "Ini semua helah (debat) Anwar untuk alihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat beliau, yang pada sesetengah orang barangkali sudah terlupa kes tersebut," tegasnya. Anwar juga katanya, bukan pakar ekonomi yang layak untuk membicarakan isu ekonomi, malah dirinya dilihat sebagai pengacau dan pengkhianat kepada bangsa Melayu. Katanya, rekod Anwar sepanjang menjawat jawatan Menteri Kewangan di zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa banyak pihak sebagai terlalu buruk. Beliau mendakwa, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk mensejahterakan kehidupan rakyat sebaliknya lebih banyak dicampur adukkan dengan kepentingan politik peribadi. Oleh sebab itu jelas Syed Ali, Anwar tetap berkeras ingin berdebat dengan Najib walaupun beliau sedar permintaannya itu tidak akan dilayan semata-mata untuk mencari populariti politik. "Saya percaya, kesempatan itu (menerusi debat) akan dipergunakan oleh Anwar untuk mempertahankan dirinya dan dalam masa yang sama melemparkan pelbagai fitnah tidak berasas," tegasnya. Semalam, Anwar tetap dengan pendiriannya untuk berdebat dengan Najib selaku Menteri Kewangan dan menolak hasrat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri untuk berdebat. Mengenai tindakan pembangkang mengedarkan 'Buku Jingga' yang mengandungi program 100 harinya ke seluruh negara, Syed Ali berkata UMNO tidak gusar mengenai perkara tersebut. "Buku jingga atau hitam pun ianya sekadar retorik dan janji palsu pembangkang untuk menagih simpati rakyat. Itulah kebijaksanaan Anwar memperbodohkan rakyat," katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan