Isnin, 17 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Apakah Anwar tidak salahguna kuasa semasa jadi Menteri Kewangan ?

Posted: 16 Jan 2011 10:54 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee sekali lagi mengulangi desakannya terhadap Penasihat Umum Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengakui bahawa beliau tidak pernah mengamalkan budaya kronisma dan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat Menteri Kewangan ketika berada di dalam UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, rakyat masih tertanya-tanya sejauhmana kejujuran dan keikhlasan Anwar untuk membantu rakyat semasa beliau berada di dalam kabinet.

"Saya ditanya oleh rakyat di bawah, bersih sangatkah Anwar ketika dia berada di dalam UMNO dulu ?.

"Kalau beliau mengaku dengan ikhlas tidak pernah membudayakan amalan kronisma dan penyalahgunaan kuasa semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, bolehlah dia berdebat dengan mana-mana pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri dalam isu ekonomi," tegasnya.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bagaimanapun jelas beliau tidak perlu melayan kerenah dan putarbelit Anwar yang menggunakan program 100 harinya sebagai gula-gula politik.

"Itu semua muslihat Anwar untuk menegakkan benang basah dan beliau sudah semestinya bukan calon yang layak untuk berdebat dengan Najib," ujarnya.

bersih sangatkah Anwar ?

Semalam, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Pesrekutuan mengemukakan 10 soalan mudah yang disuarakan oleh rakyat yang memerlukan Anwar menjawabnya terlebih dahulu sebelum meneruskan cabaran debatnya terhadap Najib.

Dalam perkembangan lain, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyambut baik ingatan Najib yang mahukan komponen Barisan Nasional (BN) memilih calon yang boleh menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, ingatan Najib yang juga Pengerusi BN perlu diberikan perhatian oleh seluruh pemimpin bagi memastikan tidak ada unsur melobi untuk menjadi calon.

"Seseorang calon BN itu pada hemat saya hendaklah yang disenangi oleh masyarakat walaupun tidak popular, yang penting calon itu bersih dan terhindar daripada sebarang kontroversil," uajrnya.

Katanya, keputusan pada PRU ke-12 lalu sedikit-sebanyak ada kaitannya dengan soal pemilihan calon yang tidak tepat dan menimbulkan rasa tidak puashati pengundi.

"Hakikat itu hendaklah diakui apabila BN kehilangan beberapa kerusi walaupun pada asalnya menjadi milik mereka, sepertimana berlaku di Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berharap ingatan Najib itu akan menjadi panduan kepada pemimpin BN untuk benar-benar menamakan calon yang sesuai dengan memberi keutamaan bagi memenangi pilihan raya.

Tiada ulasan:

Pengikut