Isnin, 17 Januari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


CALON PRK TENANG.

Posted: 16 Jan 2011 04:09 PM PST


"Apa guna jika calon dikemukakan itu tua, tapi tak boleh menang. Apa guna juga jika mereka calon baru yang muda jika tak boleh menang"

Najib Razak
Perdana Menteri

Pembangkang ketandusan modal

Posted: 16 Jan 2011 04:03 PM PST

Isu NCR taktik lapuk pembangkang
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/01/17

Rakyat perlu bijak buat perbandingan, usah terpengaruh dakyah mengenai dasar tanah

ISU tanah bukan perkara baru dalam politik Sarawak. Setiap kali pilihan raya negeri mahu pun Parlimen, isu yang dianggap lapuk ini sering dijaja dan 'dikitar semula' oleh pembangkang. Apa saja usaha kerajaan bagi membantu pemilik tanah di Bumi Kenyalang, ada saja silapnya di mata pembangkang, semata-mata untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan, sekali gus memenangi cita-cita politik mereka.
Apabila kerajaan mengajak pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) membangunkan tanah secara perladangan komersial, ia dianggap pembangkang sebagai cubaan merampas tanah penduduk pribumi. Begitu juga usaha kerajaan mengarahkan kerja mengukur dan mendaftar dijalankan bagi memudahkan surat hak milik tanah dikeluarkan, terutama di perkampungan Melayu, proses itu diputar belit pembangkang sebagai taktik kerajaan merampas tanah rakyat.
Pada masa sama, pengambilan balik tanah tidak dapat dielakkan bagi memberi laluan projek pembangunan demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Kanun Tanah Negeri (Bab 81) mempunyai peruntukan jelas dan mencukupi bagi menangani hal berkaitan tanah termasuk menghormati dan melindungi hak pemilik tanah yang terbabit dalam pengambilan tanah.

Realitinya, sejak 1968 kerajaan negeri melaksanakan kerja pengukuran tanah NCR dan mengeluarkan surat hak milik mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri. Setakat ini, 190,000 surat hak milik tanah individu dikeluarkan mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi tanah NCR seluas 270,000 hektar.

Dalam tempoh sama, 2,577 lot berkeluasan 29,144 hektar diukur dan diwartakan menjadi Rizab Gunasama Bumiputera mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, untuk pelbagai kegunaan seperti rumah panjang, kampung, pertanian dan tanah perkuburan.

Bagaimanapun menerusi inisiatif baru sejak Julai lalu, kerajaan negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan bersetuju meneruskan kerja pengukuran dengan lebih meluas untuk memastikan rakyat Bumiputera daripada pelbagai kaum di seluruh Sarawak akan dapat turut serta menikmati faedah.
Sepanjang tahun lalu, 27 kawasan NCR seluas 21,286 hektar diluluskan kerajaan untuk diukur dan diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Rizab berkenaan membabitkan 10,880 penuntut tanah NCR dari 16 kampung dan 68 rumah panjang.

Bagi 2011 dan 2012, peruntukan RM60 juta diluluskan bagi membolehkan lebih banyak kawasan tanah NCR yang dimiliki pelbagai kaum di Sarawak diukur di bawah inisiatif baru berkenaan.

Dasar tanah dilaksanakan Kerajaan Negeri Sarawak jauh lebih baik dan tidak membebankan rakyat berbanding di negeri yang diperintah pembangkang.

Mengambil contoh Dasar Baru Pembaharuan Tempoh Surat Hak Milik Tanah yang dilaksanakan di Sarawak berbanding di Pulau Pinang dan Selangor, sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-akhir tahun lalu dimaklumkan, kerajaan kedua-dua negeri itu tidak mengamalkan dasar pembaharuan tempoh surat hak milik tanah secara automatik seperti digembar gemburkan pembangkang.

Di Pulau Pinang dan Selangor, pemilik tanah mesti membuat permohonan jika mahu memperbaharui tempoh surat hak milik mereka. Jika pemilik mengemukakan permohonan selepas tamat tempoh surat hak milik, mereka akan dikenakan penalti.

Berbanding di Sarawak, tiada penalti dikenakan biarpun permohonan dibuat selepas tamat tempoh surat hak milik atau bagi setiap permohonan lewat. Malah Kerajaan Sarawak mempunyai peruntukan menimbangkan bayaran premium yang lebih rendah berdasarkan merit kes tertentu. Begitu juga daripada segi premium yang dikenakan di Selangor dan Pulau Pinang berlipat kali ganda mahalnya berbanding di Sarawak.

Menurut Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kajian terperinci sudah dibuat berpandukan data nilai transaksi sebenar tanah di kedua-dua negeri berkenaan, yang mana jumlah premium akan dibayar dikira dengan membuat andaian tanah itu masih mempunyai tempoh berbaki 20 tahun dan akan diperbaharui kepada 99 tahun.

Di Sarawak, bagi pembaharuan tempoh surat hak milik kepada 60 tahun, dasar kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium sebanyak RM1,000 seunit bagi rumah teres, RM3,000 seunit untuk rumah berkembar dan RM6,000 seunit untuk rumah sebuah. Manakala bagi tempoh surat hak milik kepada 99 tahun, bayaran premium hanyalah sebanyak RM1,300 seunit bagi rumah teres, RM3,900 seunit bagi rumah berkembar dan RM7,800 untuk rumah sebuah.

Berdasarkan kajian, rumah teres yang mempunyai baki pegangan selama 20 tahun di Gelugor, Pulau Pinang, dianggarkan pemiliknya perlu membayar RM12,000 seunit untuk memperbaharui surat hak milik tanah kepada 99 tahun. Di kawasan sama, premium pembaharuan surat hak milik bagi rumah berkembar dianggarkan RM36,000 seunit dan RM61,000 seunit untuk rumah sebuah.

Ini membuktikan pemilik rumah kediaman di Pulau Pinang sebenarnya perlu membayar premium bagi pembaharuan tempoh surat hak milik tanah lebih lapan kali ganda berbanding jumlah premium yang dikenakan di Sarawak.

Di Shah Alam, tanah kediaman yang tempoh surat hak miliknya berbaki 20 tahun dan dibaharui kepada 99 tahun, dianggarkan premium sebanyak RM25,000 seunit rumah teres, RM55,000 seunit rumah berkembar dan RM71,000 untuk rumah sebuah.
Ini bermakna pemilik tanah di Shah Alam perlu membayar 19 kali ganda untuk rumah teres, 14 kali ganda bagi rumah berkembar dan lebih sembilan kali ganda untuk rumah sebuah, berbanding rakyat Sarawak.

Justeru, dasar tanah kerajaan pembangkang atau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya membebankan rakyat? Tepuk dada tanya selera. Rakyat sendiri harus bijak menilai antara kaca dan permata, antara putar belit pembangkang dan fakta sebenar.

Tiada ulasan:

Pengikut