Isnin, 17 Januari 2011

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Isu arak: Pas tumpas sekali lagi kepada DAP

Posted: 17 Jan 2011 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia tumpas sekali lagi kepada DAP dalam isu arak di Selangor.

Ia berikutan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui exconya, Ronnie Liu membatalkan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang orang Islam berkerja di premis menjual minuman keras dengan alasan tidak adil.

Menurut Zulkifli, larangan tersebut meskipun disokong Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tetapi, ternyata DAP lebih berkuasa mempengaruhi kerajaan negeri.

Malah, lebih malang katanya, terdapat segelintir pemimpin Pas Selangor yang sanggup bersekongkol dengan menyokong langkah Ronnie semata-mata mahu membodek DAP apabila turut mendakwa, prosedur tindakan yang diambil MPSJ salah serta tidak Islamik.

"Nampaknya Pas tumpas lagi, pendirian Hassan dan Pas Selangor dalam isu arak langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri walaupun tindakan yang diambil itu bertujuan untuk mengekang kegiatan maksiat dalam kalangan umat Islam, sebaliknya mereka membatalkan larangan MPSJ.

"Bagaimanapun teman (saya) tidak hairan kerana yang menentang larangan itu ialah Ronnie dan DAP. DAP memang terbukti sejak dahulu dan sentiasa konsisten dengan pendirian menentang Islam, menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud," katanya.

"Tapi yang teman (saya) pelik, dalam isu ini ada juga 'pak jangoat' yang menyokong DAP walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam diharamkan bekerja, menjual, membuat, menyediakan, membawa dan menghidang kerana hukumnya sama seperti peminum arak," katanya.



Bookmark and Share

Umno Kedah mahu siapkan 672 'bilik perang'

Posted: 16 Jan 2011 04:18 PM PST

Umno Negeri Kedah akan mula menggerakkan jentera pilihan rayanya bulan depan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan pada tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno perlu bersedia dan bersiap dengan segera bagi memperlihatkan kesungguhan untuk menawan semula Kedah kerana masa sudah suntuk.

Katanya program Gelombang Merah akan dikerahkan bulan depan dan melakukan penambahbaikan terhadap program-program sebelum ini dengan slogan "BN Menang Kedah Senang".

"Kena gerak betul-betul. Kita juga kena siapkan "bilik perang" yang dulu dikenali sebagai bilik gerakan. Kita akan wujudkan di setiap 672 daerah mengundi. Bilik ini peringkat bahagian pun ada, negeri pun ada," katanya kepada pemberita selepas mengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri malam tadi.

Ini merupakan mesyuarat pertama sejak rombakan bagi dua jawatan tertinggi dalam Umno negeri yang menyaksikan Ahmad Bashah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Timbalannya berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Ahmad Bashah berkata persediaan untuk menghadapi pilihan raya ini juga akan diselaraskan dengan parti-parti komponen BN yang lain kerana mereka juga ada perancangan masing-masing.

Sementara itu, katanya, beliau belum merancang untuk melakukan rombakan kepada jawatan-jawatan lain dalam Umno negeri dan hanya berbuat demikian selepas mendapatkan pandangan ibu pejabat dan Presiden Umno.

"Jika rasa perlu, baru buat perubahan. Kita jumpa presiden dulu, sekiranya perlu perubahan kita akan adakan satu lagi mesyuarat. Bagi jawatan bendahari, masih dipegang oleh Datuk Mukhriz," katanya.

Beliau berkata Umno negeri bersedia memberi peluang kedua kepada calon-calon yang kalah pada pilihan raya umum 2008 jika mereka dilihat mempunyai peluang yang baik untuk menang pada pilihan raya akan datang.

"Mungkin dulu ada tsunami...mereka kalah. Kalau keadaan lepas ni mereka dilihat boleh menang, mereka boleh dicalonkan. Apa yang diputuskan... calon mestilah orang yang boleh menang," katanya.

--Bernama



Bookmark and Share

Pembangkang Patut Malu, Janji Lama Tak Tunai Ini Pula Pelan 100 Hari

Posted: 16 Jan 2011 02:42 PM PST



Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menyelar pakatan pembangkang yang tidak berasa malu apabila mengutarakan Pelan 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.

Katanya, manifesto mereka pada PRU-12 pun tidak ditunaikan tetapi sekarang mereka mahu menyajikan janji-janji lain pula.

"Pembangkang patut sedar bahawa janji-janji mereka yang diutarakan dalam PRU-12 adalah satu akujanji yang termetrai antara para pengundi dengan mereka sekiranya mereka menang dalam PRU, justeru akujanji tersebut perlu dilaksanakan kerana rakyat membuat penilaian atas apa yang berlaku," katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi, sewajarnya pemimpin-pemimpin pembangkang yang bijak berkata-kata ini memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan janji-janji lama yang gagal ditunaikan dan bukan mengaburi rakyat dengan kata-kata manis yang baru pula.

"Mereka (pakatan pembangkang) seharusnya memohon maaf kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi yang telah memberi mandapt kepada mereka untuk mentadbir dan mempunyai kuasa politik kerana rakyat bukanlah patung yang tidak bernyawa."

"Pembangkang telah melakukan satu penganiayaan kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada mereka sedangkan sebelum ini rakyat dijanjikan pelbagai tawaran, imbuhan, hadiah dan macam-macam lagi"

Abdul Halim yang juga pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata demikian ketika mengulas berkaitan Pelan 100 hari pakatan pembangkang yang dikecam oleh kerajaan sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

"Pembangkang telah melakukan satu penganiayaan kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada mereka sedangkan sebelum ini rakyat dijanjikan pelbagai tawaran, imbuhan, hadiah dan macam-macam lagi.

"Samalah seperti kononnya mahu menawan Putrajaya pada 16 September tapi lihatlah sudah berapa kali September berlalu namun kerajaan Barisan Nasional (BN) makin kukuh sedangkan pakatan pembangkang pula yang kucar-kacir," ujarnya.

Tambah beliau lagi, PKR, Dap dan Pas yang membentuk pakatan atas satu nama mengeluarkan satu kenyataan baru dalam usaha mereka untuk mengekalkan populariti dan mengaburkan pengundi.

"Rakyat yang mengundi pembangkang pada PRU lalu hauskan janji-janji yang sebelum ini dilaungkan oleh para pemimpin mereka ketika meraih perhatian untuk mendapatkan kuasa pada PRU lalu tetapi apa yang diberikan oleh pembangkang kepada para pengundinya?"

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang antaranya menjanjikan penghapusan kutipan tol di semua lebuh raya di negara ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti selain merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.- MediaUMNO






Bookmark and Share



Tiada ulasan:

Pengikut