Ahad, 16 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


10 soalan mudah perlu Anwar jawab sebelum berdebat

Posted: 16 Jan 2011 12:21 AM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SUASANA politik di Selangor masih panas ekoran sikap derhaka Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu SUK yang baru.

Khalid yang dicucuk hidung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak sedar diri betapa dirinya juga dilantik sebagai Menteri Besar atas perkenan Sultan Shariffudin Idris Shah.

Pada hemat saya, perbuatan Khalid adalah satu penderhakaan kepada Sultan dan jalan penyelesaiannya adalah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Saya beranggapan demikian kerana diperkuatkan dengan desas-desus yang tersebar di Lembah Klang sekarang ini ialah pemimpin PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bakal dilantik sebagai Menteri Besar.

Walaupun DAP merupakan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tetapi perlembagaan negeri itu mensyaratkan Menteri Besarnya adalah orang Melayu beragama Islam.

Kerana itu, khabar yang diterima ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang difahamkan tidak ada masalah dengan pihak istana dikatakan layak menggantikan Khalid.

Perkembangan politik di Selangor itulah yang menyakitkan hati Anwar selaku Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau dikatakan terlalu kecewa kerana jerat yang dipasang untuk menonjolkan Azmin Ali dengan mengkambinghitamkan Khalid tidak berjaya.

Azmin pilihan Anwar sebagai calon pengganti Khalid seperti tidak mendapat restu banyak pihak terutama daripada PR sendiri.

Lalu, untuk menutup perkembangan tersebut daripada menjadi tajuk perbualan rakyat, maka secara-tiba dia melontarkan cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Umum sudah mengetahui bahawa topiknya adalah berkisar kepada cerita dongeng 10o hari yang kepada pakar ekonomi menyifatkan program Mat Jenin Anwar itu akan menjadikan negara bangkrap dan rakyat merana jika dilaksanakan.

Anwar sendiri barangkali sudah sedia maklum bahawa Najib tidak akan melayan cabarannya itu, tetapi untuk mencipta supaya dirinya popular, dia tetap berkeras mahu berdebat.

Saya sendiri sudah beberapa kali menegaskan, cabaran Anwar itu tidak perlu dilayan kerana hanya menghabiskan masa dan tidak bermanfaat untuk faedah rakyat.

Lagipun, siapalah Anwar. Beliau bukan tokoh politik yang hebat sehingga apa sahaja permintaannya dilayan. Maruah dirinya sudah tercemar dengan isu moral.

Anwar pada pandangan saya seperti ada udang disebalik batu apabila tidak berganjak mahukan Najib, walaupun Khairy Jamaluddin sedia tampil ke hadapan.

Kenapa Anwar tidak mahu berdepan dengan anak muda UMNO yang tidak berjawatan seperti Khairy itu ?

Itulah sebabnya saya tegaskan berkali-kali bahawa Anwar ada niat tidak ikhlas apabila mahu berdebat dengan Najib.

Saya pasti, ianya bukan berkisar kepada isu ekonomi seperti yang dicanangkan Anwar, sebaliknya kemungkinan ada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

Itulah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang cukup pintar berdolak-dalik, berbohong dan memanipulasikan keadaan supaya rakyat simpati kepada beliau.

Banyak pihak memberitahu kepada saya bahawa Anwar sebenarnya tidak layak untuk berdebat dengan mana-mana pihak pun, apatah lagi dengan Najib.

Mereka memberikan 10 pertanyaan mudah yang memerlukan Anwar menjawabnya secara terbuka terlebih dahulu sebelum ingin berdebat.

10 pertanyaan mudah yang menuntut jawapan Anwar ialah :

1. Beranikah beliau bersumpah al-quraan di masjid bahawa dia tidak meliwat Mohd. Saiful.

2. Jelaskan kepada rakyat bahawa dia bukan talibarut dan alat kepada kuasa asing khususnya rejim Yahudi.

3. Nyatakan kepada rakyat bahawa dia tidak bersubahat dengan DAP untuk hancurkan Melayu.

4. Beranikah beliau bersumpah bahawa dia tidak berbohong dalam isu politik di Selangor dan Perak.

5. Benarkah pengakuan Karpal Singh yang dibuat di Parlimen bahawa dia terbabit dalam kes liwat.

6. Jelaskan secara terbuka bahawa beliau berpakat dengan DAP untuk ketepikan PAS dalam PR.

7. Mengaku bahawa beliau selama ini menggunakan media asing untuk memburukkan imej negara dan merosakan nama baik kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

8. Mengaku bahawa beliau tidak pernah terbabit sebagai agen dan alat kepada Amerika Syarikat.

9. Nyatakan pendirian secara terbuka bahawa beliau tetap mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu daripada diperlekehkan oleh DAP.

10. Mengaku bahawa beliau bukan petualang untuk menghakis ketuanan Melayu dan agama Islam di negara ini.

Saya bersetuju dengan pertanyaan yang dilontarkan itu dan jika Anwar ikhals dan jujur, beliau sebenarnya tidak perlu untuk mencipta isu debat sebaliknya menjawab pertanyaan tersebut.

Sepatutnya, beliau harus jujur menjawab beberapa pertanyaan yang dilontarkan oleh rakyat supaya dirinya dilihat bersih.

Sehubungan itu, apabila diri masih lagi tidak bersih maka tidak layaklah untk beliau berdebat dengan Najib.

Saya pernah menegaskan sebelum ini, apakah Perdana Menteri perlu melayan kerenah Anwar yang pintar berdolak-dalik itu ?

Jawabnya sudah tentulah tidak kerana Penasihat Umum PKR itu adalah Mat Jenin yang bukan sahaja gemar bermimpi di siang hari, tetapi suka sangat memusingkan fakta.

Apabila selalu sangat memusingkan fakta, rakyat akhirnya akan menyifatkannya sebagai tidak benar dan berbohong !

Tiada ulasan:

Pengikut