Sabtu, 15 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


MAJLIS PERKAHWINAN ABDUL TAIB MERIAH !!!

Posted: 15 Jan 2011 05:00 PM PST


Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya,semalam.Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

Meskipun diadakan secara tertutup,majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal,Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri,Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri,Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.

Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

CINA JOHOR TIDAK 'TENANG' PENIPUAN PAKATAN !!

Posted: 14 Jan 2011 08:11 PM PST

BERNAMA melaporkan bahawa terdapat perubahan di kalangan pengundi Cina untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang kali ini, dan diperakui sendiri oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Khamis.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, angin perubahan pengundi Cina terhadap BN kali ini memungkinkan ia memenangi DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,500 undi pada pilihan raya umum 2004.

"Saya melihat daripada laporan yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008," katanya selepas melawat Kampung Baru di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, BN walaupun menang dengan majoriti 2,492 tetapi tewas di ketiga-tiga peti undi di mana majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina. Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Jan ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil terbabit akan dijalankan pada 22 Jan ini.

Ahmad melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Cina akan menolak Pas pada pilihan raya kecil ini, kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada pengundi di segi pembangunan tempatan, kerana pihak yang berkemampuan untuk membawa pembangunan adalah BN.

"Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka bukan kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Sia-sia jika menyokong pembangkang kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa, perabih beras saja," katanya.

Pembangkang katanya, tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan untuk menjalankan projek pembangunan di Johor. Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang disukai oleh pengundi dan berkemampuan untuk membawa kemenangan besar terhadap BN. Selain itu katanya, calon itu juga mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap semua kaum di DUN Tenang.


POST BY DR.DOL...

Tiada ulasan:

Pengikut