Isnin, 10 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali gesa Karpal Singh tarik diri bela Anwar

Posted: 09 Jan 2011 06:34 PM PST

PENGERUSI DAP, Karpal Singh perlu menarik diri daripada mengetuai barisan peguam bela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sendiri mempunyai maklumat mengenai pembabitan Penasihat Umum Parti Keadilan (PKR) itu dalam kes liwat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, jika Karpal Singh masih kekal mengetuai barisan peguam bela, ia akan dilihat mempunyai kepentingan kerana merahsiakan kebenaran kepada mahkamah.

Justeru itu katanya, pihak mahkamah boleh memanggil Karpal Singh sebagai saksi pendakwaan kerana beliau sendiri pernah mengakui mempunyai maklumat mengenai pembabitan Anwar dalam kes liwat.

"Sebelum ini, saya sudah tegaskan menerusi laman blog bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu pernah memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau ada maklumat mengenai perlakuan Anwar dalam kes liwat," katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh di Parlimen pada 22 Oktober 1997 , Syed Ali menjelaskan ia merupakan pengakuan benar dan tercatat dalam hansard Dewan Rakyat.

"Ini bermakna Karpal Sing tidak berbohong, maka beliau sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes liwat Anwar," katanya.

Katanya, sikap membisu Karpal Singh terhadap pendedahan beberapa laman blog sebelum ini bahawa beliau mempunyai maklumat mengenai pembabitan Anwar dalam kes liwat membuktikan pemimpin DAP itu mempunyai agenda peribadi.

"Saya tidak menolak kemungkinan rahsia yang disembunyikan oleh Karpal Singh digunakan sebagai senjata untuk memperalatkan Anwar bagi mencapai cita-cita politik DAP," tegasnya lagi.

Anwar relakan dirinya jadi 'keldai politik' DAP

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas pandangan beberapa pengamal perundangan di negara ini yang berpendapat Karpal Singh wajar dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini dipetik sebagai berkata, proses perundangan negara tidak menghalang mana-mana pihak dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri sekalipun, apatah lagi Karpal Singh yang merupakan peguam bela kepada Anwar.
Sehubungan itu, Syed Ali mahu mahkamah mengeluarkan sepina terhadap Karpal Singh untuk beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menegaskan Anwar terpaksa merelakan dirinya menjadi 'keldai politik' kepada DAP terutanma Karpal Singh kerana bimbang rahsianya akan terbongkar.

Bagaimanapun katanya, rakyat semakin sedar siapa sebenarnya pembohong dalam kes tersebut sambil turut menyifatkan Anwar terpaksa merangka pelbagai helah untuk menonjolkan dirinya masih bersih.

"Oleh sebab itu Anwar dan PKR terpaksa mencari pelbagai helah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut