Isnin, 10 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


DATUK AHMAD MASLAN MEMINTA SIVANANDAN FIKIR DAU KALI !!!

Posted: 10 Jan 2011 05:00 PM PST


Pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW),G. Sivanandan disaran melupakan hasratnya menjadi calon Bebas pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana hala tuju perjuangan Sivanandan, 50, hanyalah untuk membela nasib segelintir pekerja ladang di DUN Tenang berbanding Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib semua golongan di kawasan berkenaan.Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, beberapa isu pekerja ladang yang diketengahkan Sivanandan seperti taraf hidup dan gaji rendah telah diambil tindakan selanjutnya oleh kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia.

"Penduduk di DUN Tenang sudah pastinya mahukan kepimpinan yang membantu mereka menyelesaikan pelbagai isu yang menyeluruh dan bukannya terhadap isu tertentu sahaja.Justeru,saya sarankan Sivanandan agar lupakan sahaja hasrat bertanding,sebaliknya bersama-sama menyokong kepimpinan kerajaan," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan hasrat Sivanandan bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar dalam kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan bergiat aktif dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.Sivanandan berkata,sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.

Ahmad menegaskan,BN yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Tenang pada berdasarkan rekod perkhidmatan yang baik di DUN itu selama ini selain sokongan padu daripada rakyat berbilang kaum di kawasan berkenaan.Mengulas isu Felda, beliau berkata, pihaknya akan lebih kerap turun sehingga ke peringkat akar umbi berjumpa dengan peneroka dan anak- anak peneroka untuk menjelaskan beberapa isu berbangkit termasuk isu Felda Plantation Sdn. Bhd.

Ini kerana, katanya, masih ramai peneroka dan anak-anak mereka yang belum mendapat gambaran jelas mengenai isu berkenaan menyebabkan mereka mudah terpengaruh kata-kata pihak pembangkang yang sengaja memutarbelitkan isu itu.Ahmad berkata, janji parti pembangkang untuk membahagikan tanah Felda Plantation di seluruh negara kepada anak peneroka hanya janji kosong yang digembar-gemburkan oleh parti berkenaan semata-mata untuk meraih sokongan.

"Pembangkang tahu ia tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana keuntungan daripada syarikat itu sebenarnya diberikan semula kepada peneroka Felda melalui komisen, kemudahan, program pembangunan dan banyak lagi," katanya.

Ahmad berkata, ladang tersebut sebenarnya telah 51 peratus dimiliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda yang memberi pulangan kedua terbaik di negara iaitu sebanyak 14 peratus.Selain itu, janji pembangkang juga tidak praktikal kerana segala usaha tanah seluas 330,000 hektar itu digunakan untuk membayar gaji kakitangan Felda dan 40,000 pekerja ladang selain RM1 bilion daripadanya digunakan bagi tujuan program pembangunan Felda.

sumber dari utusan malaysia

POST BY DR.ME...

MISBUN BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK....

Posted: 10 Jan 2011 05:27 AM PST


KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek memberi bayangan anaknya, Misbun Ramdan, 20, yang dikaitkan antara punca beliau nekad meletak jawatan sebagai jurulatih negara, mampu menawan dunia dalam tempoh tiga tahun lagi jika mendapat bimbingan dan latihan terbaik.

"Beri dia tempoh tiga tahun lagi," katanya yang yakin Mis-bun Ramdan mampu menyaingi pemain dunia berikutan kejayaannya menundukkan pemain lebih ternama, Sony Dwi Kuncoro 21-13, 10-21, 21-16 pada pusingan pertama Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Indonesia, pada Oktober lalu.
"Itu adalah sasaran yang ditetapkan ke atasnya. Saya pasti kemenangan itu adalah satu titik tolak dan permulaan baik kepadanya. (Lee) Chong Wei juga terkejut dan hairan bagaimana dia boleh menewaskan Sony dalam pertemuan kali pertama, sedangkan berdasarkan pengalamannya, dia mengakui sukar menewaskan pemain Indonesia itu," katanya.
Misbun berkata, sama seperti Hafiz Hashim yang dibentuknya daripada 'kosong' tetapi selepas tiga tahun mendapat bimbingannya, pemain kelahiran Kelantan itu menyerlah dengan menjuarai Seluruh England dan kemudian Sukan Komanwel.

"Daripada ranking 400 lebih, dia kini (Misbun Ramdan) berada pada ranking 100 lebih dunia," kata Misbun yang melakukan kejutan sehari sebelum tahun baru apabila menghantar surat peletakan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Namun, jurulatih kontroversi yang genap 51 tahun bulan depan itu bagaimanapun tidak menyatakan alasan di sebalik keputusan drastik itu. Antara andaian punca beliau berbuat demikian kerana keengganan BAM memenuhi permintaan supaya anaknya yang disenaraikan dalam skuad pelapis dikendalikan Hendrawan, dimasukkan dalam skuad elit bagi membolehkannya membimbing anaknya itu.

Bagaimanapun, BAM tidak mahu melayan permintaan itu kerana Misbun Ramdan belum layak disenaraikan dalam skuad elit, selain tidak mahu dilihat pilih kasih kerana ada empat lagi pemain pelapis yang mempunyai ranking lebih baik daripada anaknya itu.

-BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Pengikut