Isnin, 10 Januari 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PUTERI UMNO JEJAKI PENGUNDI MUDA

Posted: 09 Jan 2011 07:12 PM PST


Menjejaki pengundi muda antara usaha yang sedang dilakukan oleh Puteri UMNO Labis sebagai persedian menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari nanti.

Ketua Puteri UMNO Labis, Norrulhuda Marsidin berkata, berdasarkan daftar pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat kira-kira 1,200 pengundi muda berumur antara 21 hingga 40 tahun layak mengundi pada PRK kali ini.

"Ramai di kalangan pengundi muda bagi DUN Tenang tinggal di luar Labis, di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Kuala Lumpur malah ada juga yang merantau hingga ke Sabah dan Sarawak.

"Sebab itu, gerak kerja yang dilakukan oleh Puteri UMNO Labis adalah untuk menjejaki pengundi terbabit dan meminta mereka pulang untuk membuang undi pada hari pengundian nanti," katanya kepada UMNO-online.

PRK DUN Tenang berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lalu, pada pilihan raya umum ke-12 beliau Berjaya mempertahan kerusi itu apabila menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Hari pengundian akan diadakan pada 30 Januari 2011 jika ada pertandingan dan penamaan calon akan diadakan pada 22 Januari 2011.

Seramai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pemilih pos. Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171 berdasarkan

Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Norrulhuda berkata, sehingga kini pihaknya sudah pun mengesan pengundi muda itu dan menghubungi sebahagian daripada mereka supaya pulang ketika hari pengundian nanti dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

"Hasil kajian dan bancian sikap yang dijalankan, rata-rata yang dihubungi menyatkan sokongan kepada kita, dan di DUN Tenang ini tiada isu besar," katanya.

Menurutnya, Puteri Labis akan bekerjasama dengan Puteri UMNO Johor dan dibantu oleh Puteri UMNO Malaysia untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRK nanti.

Sumber Berita -MediaUMNO.


Tiada ulasan:

Pengikut