Rabu, 19 Januari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TERKINI ISU DEBAT: ANU WAR KELENTONG LAGI......

Posted: 19 Jan 2011 06:01 AM PST

Rabu, Januari 19, 2011

"Saya bukan Ajak Perdana Menteri Berdebat, Cuma Berbincang": Anwar




ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi. "Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi .

Wednesday, January 19, 2011

Baca Woi !! Anwar kata, mana ada saya ajak Najib berDEBAT !! memang kaki busuk & kaki spin la hang anwar!!

DEngar woii kawan-kawan, Anwar tak mengaku pulak dah dia ada ajak Najib berdebat pasal Pelan 100 Hari. Walaupun cabaran beliau tertera di akhbar-akhbar rasmi Harakah, keadilan dan tabloid politik 99% pro pembangkang hatta di medium ceramah dihadapan penyokongnya,tetapi pada hari ini, dengan selamber bongoknya beliau tak mengaku pulak.

Bimbang dengan amaran Najib yang akan mendedahkan rahsia sampai terlondeh kain, Anwar yang sudah merasa demam kura-kura terus mengambil U Turn kat Highway Penang Bridge yang sesak menterbalik kan kenyataannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

" Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Kata kawan..buat penyokong dan fanatik beliau yang tahap gaban..

1. Kenapa dia takut sangat dengan rahsia terlondeh kain yang Najib cakap tu? Besar sangat ke rahsia tu?

2. Korang yang jadi saksi masa Anwar kutuk Najib pengecut, tak der telor sebab tak nak berdebat dengan nya, apa perasaan korang bila 'anugerah tuhan' korang buat spin pulak. Korang tak pelik ker?

Klik tajuk untuk sumber artikel
       

TERKINI :PRK DUN TENANG

Posted: 19 Jan 2011 05:53 AM PST

 

BN VS PAS


Kedua2 calun sudah di perkenalkan bermula lah perdebatan tentang mereka ini yang mana buruk lah yang mana baik lah yang penting undi dulu.

Nampaknya orang muda akan pemimpin rakyat, ini baru dikatakan pemuda yang berwawasan, saudara Mohd Azhar bin Ibrahim berumur 39thn berpendidikan kelulusan luar negara, menjadi calon Barisan Nasional (BN) beliau merupakan anak kepada seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi wakil rakyat pada lewat tahu 80an dahu, bapa beliau amat dihormati dan disegani semasa menjadi wakil rakyat dahulu.

Mohd Azhar akan berentap dengan sorang bekas guru yang meletak jawatan dalam masa 24jam kerana telah dicalonkan oleh PAS untuk menjadi wakil rakyat.

TERKINI: PRK DUN TENANG.

Posted: 19 Jan 2011 05:50 AM PST

PRK TENANG : SEMUA PANGLIMA BLOGER MULAKAN SERANGAN !

 saranan dan gesaan kepada seluruh barisan bloger yang ada dalam link blog GAP.

bangkit dan teruskan serangan terhadap pakatan. 

godak semula sejarah mereka.
korek semula segala kepincangan mereka.
beritahu pengundi tenang, jangan ulangi kesilapan rakyat selangor.

fokuskan kepada serangan bersepadu.
DAP,PAS dan PKR wajib dihancurkan !

TOLAK PAS BERMAKNA 
KITA TELAH MENYELAMATKAN ISLAM !

PRK TENANG : SELAMAT BERTANDING

Posted: 19 Jan 2011 05:39 AM PST

Azhar ADO Calon BN Tenang

Share|

LABIS 19 Jan. – Penolong Pegawai Daerah (ADO) Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis adalah anak bekas ADUN Tenang, allahyarham Ibrahim Daud.

Beliau bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

Sebelum ini, Pas menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai
calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran
dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina,
1,780 India dan selebihnya kaum lain.

Saya Anak Tempatan, Janji Beri Khidmat Terbaik – Azhar

Share|

LABIS, 19 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan," katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.

Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.

Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.

Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.

Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di
sesuatu tempat.

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.

"Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan," katanya.

Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya
Merah, Labis.

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

TERKINI : KELANTAN CIPLAK 1 MALAYSIA?

Posted: 18 Jan 2011 04:31 PM PST

Wednesday, January 19, 2011
China town sudah ada di Kelantan
KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar hotel berkenaan, Iby Quek.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai "China Town".

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri. – Bernama

TERKINI : BILA NAK KELUAR PAS?

Posted: 18 Jan 2011 04:27 PM PST

Wednesday, January 19, 2011

GEMPAR! ADUN SELINSING KEMALANGAN DAN BAKAL KELUAR DARI PAS!

Jangan terkejut! Jangan gempar! Ini berita benar walaupun ianya tidak ada kena mengena dengan berita berzina, bermain kemaluan di dalam koc keretapi, atau pun serangan ke atas saksi yang menangkap tertuduh! Jauh sekali daripada cerita tentang 'Allah Taala dah ampunkan dio'...

ADUN Selinsing kemalangan dan diberitakan akan keluar dari PAS tidak lama lagi...



Jangan terkeliru. ADUN Selinsing, bukanlah ADUN Selising. ADUN Selinsing adalah Haji Husin bin Haji Din, manakala ADUN Selising pula adalah Drs. Saipul Bahrin bin Mohamad. DUN Selinsing terletak di Perak dan di dalam Parlimen Bagan Serai. Manakala DUN Selising pula terletak di Kelantan dan di dalam Parlimen Machang.

Cerita tentang ADUN Selinsing yang dikatakan bakal keluar dari PAS dan 'bebas' daripada baiah taqlid cerai talak tiga terhadap isteri, ada di dalam BLOG TAIPING MALI. Juga gambar-gambar kemalangan membabitkan ADUN tersebut.

TERKINI : PROPAGANDA ATAU REALITI?

Posted: 18 Jan 2011 04:23 PM PST


Sukar menang di Tenang, kata Kit Siang
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tidak mudah bagi Pakatan - DAP, PKR dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang pada 30 Januari nanti.

Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat BN.

"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti Umno dan BN, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita," katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, di Labis malam tadi.

Kejayaan di Tenang, katanya akan menjadi penentu ukur sokongan kepada parti pakatan dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada majlis itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, yang merupakan bekas guru sebagai calon pilihan raya kecil Tenang.

Dalam pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi dalam pilihan raya umum ke-12.

Pengundi di Tenang terdiri daripada 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

TERKINI UMMI HAFILDA VS KARPAL SINGH

Posted: 18 Jan 2011 04:19 PM PST

Put your stuff here

TERKINI : ISU DEBAT - SELESAIKAN MASALAH SENDIRI DULU....

Posted: 18 Jan 2011 04:14 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

najib having lunch"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan "tidak" oleh para hadirin.

Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.
"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.
Kes liwat

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai,"katanya.

NONENajib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu," katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas," kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

"Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain," kata Najib.
NONENajib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana BN akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden Umno melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.
Calon terbaik

"Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya," katanya.

NONESehubungan itu, Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab pengundi di Tenang untuk memastikan mereka memilih calon yang terbaik untuk kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti bagi memastikan kesejahteraan dan keutuhan ekonomi dapat dikekalkan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan ini dan pengundian pada 30 Jan.

Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis telah dinamakan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu manakala pengumuman calon BN akan dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan esok.

TERKINI : KISAH ANWAR

Posted: 18 Jan 2011 04:09 PM PST

Jangan Cabar Debat, Nanti 'Demam', Kata Najib Kepada Anwar



LABIS, 18 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.
"Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.
"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, di sini hari ini.
Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 Sept dan masalah "peribadinya" ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang.
"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.
"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan),"
"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.
Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.
Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden UMNO melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
"Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada 'current'. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.
"Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya," katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab pengundi di Tenang untuk memastikan mereka memilih calon yang terbaik untuk kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti bagi memastikan kesejahteraan dan keutuhan ekonomi dapat dikekalkan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan ini dan pengundian pada 30 Jan.
Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimah PAS Labis telah dinamakan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu manakala pengumuman calon BN akan dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan esok.

TERKINI : LAWATAN PM KE DUN TENANG.

Posted: 18 Jan 2011 04:03 PM PST

Put your stuff here

TERKINI : APA SUDAH JADI?

Posted: 18 Jan 2011 03:52 PM PST

Pas Sudah Boleh Kompromi Sebahagian Hukum Allah



Banyak isu ciptaan Dap-PKR mutakhir ini agak memeningkan kepala Pas. Mahu disokong nampak sangat salah. Mahu disanggah apa pula akan terjadi kepada persefahaman @ persubahatan yang telah dimeteri bersama. Pakatan ini berhasrat sangat untuk ke Putrajaya selepas PRU13.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh Dap-PKR mutakhir ini banyak yang boleh membelit Pas jika tidak di atasi dengan bijaksana.
Dalam isu perlantikan SUK Selangor, jika Pas bersekongkol dengan Dap-PKR, maka Pas akan bermasalah dengan pihak istana. Pas tidak mahu timbulkan masalah dengan istana.
Isu pekerja Islam bekerja sebagai pelayan jual arak yang dipertahankan oleh PKR juga memeningkan Pas.
ISU Dap-PKR yang mempertikaikan laungan azan juga menyulitkan kedudukan Pas. Tindakan wakil rakyat DAP yang melakonkan watak 'mesra masjid' seolah-olah prihatin dan tertarik dengan Islam juga seolah-olah telah dikompromi oleh Pas.
ISU Dap-PKR yang mempertikaikan laungan azan juga menyulitkan kedudukan Pas. Tindakan wakil rakyat DAP yang melakonkan watak 'mesra masjid' seolah-olah prihatin dan tertarik dengan Islam juga seolah-olah telah dikompromi oleh Pas.
Isu Mat Sabu sebagai pemimpin Pas pertama yang menggelar Syeikh Anwar Al-Juburin tetapi akhirnya bersengkongkol dan mempertahankan Al-juburin apabila kes tersebut benar-benar diambil tindakan oleh DS Dr.Mahathir juga boleh menimbulkan kesangsian ramai tentang keikhlasan Pas dalam menentang kemungkaran.
Bekas Imam Masjid Negara, Taib Azamuddin juga telah diminta nasihat oleh salah seorang mangsa liwat Anwar terlebih awal sebelum Anwar dipecat dari kerajaan, akhirnya turut mengambil pendirian yang sama dengan Karpal Singh dan menyokong Anwar.
Apabila isu ini dibangkitkan kembali oleh Ummi Hafilda, kita lihat Pas sangat berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan. Hj Hadi pun hanya boleh memberi komen yang bertujuan untuk menutup wartawan dari mengemukakan soalan demi soalan.
Boleh pula dia tamsilkan dengan cerita nyamuk. Bukankah kenyataan ini melambangkan Pas bukanlah beria-ia sangat mahu berjuang menegakkan al-quran dan as-sunnah seperti yang sering dilafazkan.
Begitu juga dengan isu ketuanan Melayu yang telah diistihar perang oleh Anwar-Azmin-Azizah. Sehingga kini Pas tidak berani sangat untuk menyentuh isu ini kerana ia berkait dengan kedudukan Raja-raja Melayu.
Isu-isu ini sebenarnya menuntut sesuatu kenyataan tegas dari Pas yang sentiasa 'claim' bahawa parti merekalah satu-satunya parti yang benar-benar menegakkan kalimah Allah di Negara ini.
Bagi Pas, 'nak diluah mati anak, ditelan pulak mati bapak.
Jika diikutkan saja kerenah sesat pemimpin PKR, maka Pas akan terjerat dengan pertanggungjawaban mereka kepada Allah kerana mereka telah memaklumkan kepada Allah swt bahawa mereka berpolitik kerana mahu menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia.
Pas meyakinkan Allah swt bahawa mereka tidak cinta kepada kuasa. Mereka inginkan kuasa hanya semata-mata untuk menegakkan syiar Islam di Negara ini. Itulah sumpah dan janji mereka kepada Allah yang telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia sejak awal penubuhan Pas lagi.
Tetapi masalahnya, jika Pas terus berpendirian secara istiqamah mempertahankan idealism perjuangannya, maka akan timbul pula masalah jurang perbezaan fahaman yang melebar di antara Pas dengan Dap-PKR.
Apabila keadaan ini timbul, akan terjejas pula persefahaman @ persubahatan sesama rakan pakatan @ konspirasi yang sedang dilakonkan.
Perjuangan Pas amat terdedah kepada 'opportunity loss & opportunity gain'.
Jika Pas sanggup bersekongkol dan mengangguk saja terhadap kesesatan yang sedang dilakukan oleh DAP-PKR, maka Pas akhirnya akan terpaksa berhadapan dengan pertanggungjawaban mereka terhadap Allah.
Keikhlasan dan kejujuran perjuangan mereka dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi akhirnya pasti akan terpaksa berhadapan juga dengan KPI di sisi Allah.
Jika Pas benar-benar istiqamah dan tidak bertolak ansur @ bersubahat dengan sebarang kemungkaran yang dilakukan oleh Dap-PKR, Pas akan berhadapan pula dengan kemungkinan wujud pertentangan sesama rakan pakatan @subahat kerana dasar perjuangannya yang jauh berbeza.
Akhirnya akan menyebabkan berlakunya krisis keyakinan di kalangan penyokong dan simpatisan Pas. Pas sudah masak dengan pengalaman. Pas dan Dap sedar majoriti penyokong mereka tidak pernah dapat menerima perkongsian kuasa antara Dap dan Pas, kecuali pada dan selepas PRU-12.
Ia berlaku setelah Pas mengkaburkan sedikit agenda menegakkan syiar Islam mereka dengan menukar tagline 'Membangun bersama Islam' kepada 'Negara Berkebajikan'.
Untuk peringatan, nabi tidak pernah menegakkan syiar Islam dengan cara mengkaburkan dakwah-ilallah baginda bagi tujuan untuk menarik kalangan kafir kepada nur Islam.
Apa yang baginda lakukan berdakwah secara sulit ketika peringkat awal perjuangannya. Baginda tidak pernah sesekali melakukan pendekatan 'berjuang dengan cara mencari titik persamaan dan elakkan perbezaan' dengan kaum kafir Mekah, seperti yang sedang diusahakan oleh orang tengah 'Syeikh Anwar Al-Liberal.
Inilah dilemma Pas sebenarnya. Tersepit di antara kecintaan dan perjuangan yang istiqamah kepada Allah dengan kecintaan kepada kuasa yang bersifat sementara.
Pas bersedia berkompromi dengan sebahagian dari dasar yang jelas bertentangan dengan hukum-hakam agama yang dilakukan oleh rakan subahatnya demi untuk mendapatkan kuasa.
Pada perkiraan Pas, pendekatan yang mereka lakukan ini mungkin salah satu dari ijtihad yang terpaksa dilakukan demi mendapatkan kuasa. Kononnya selepas berkuasa, barulah Islam dapat ditegakkan.
Allah hanya wujudkan syurga dan neraka. Tiada pilihan ke 3, iaitu penempatan untuk golongan yang mengambil hukum Allah separuh dan hukum syaitan separuh.
Pas sangat terkenal dengan penentangan terhadap gejala politik suku agama suku. Tetapi kini Pas sendiri sudah terbelit dengan kata-kata mereka.
Apa agaknya yang akan diperjelaskan kepada Allah bagi menghalalkan pemakaian 'hukum Allah separuh, hukum syaitan separuh' yang sedang dilakukannya?
Mungkin Pas akan jawab.."inilah pendekatan bil-hikmah" yang dibolehkan oleh agama.
Kamarulzaman Kamdias

TERKINI : PENGKHIANAT ROSAKKAN WARGA FELDA

Posted: 18 Jan 2011 03:49 PM PST


Halau "Penabur Fitnah" Rosakkan Warga Felda – Isa

Share|

Oleh : Tg Azman Tg Abas

LABIS, 18 JAN – Warga Felda disaran "menghalau" pengkhianat dan penabur fitnah yang dijangka akan bermaharajalela menabur fitnah menjelangnya pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

ISA SAMAD-PENGERUSI FELDAPengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata langkah berkenaan amat penting agar keharmonian dan keamanan yang dikecapi oleh warga Felda hari ini terpelihara daripada dimusnahkan oleh anasir yang irihati dengan kejayaan yang dicapai oleh Felda hari ini.

Menurut beliau kemajuan yang dikecapi oleh Felda hari ini sepatutnya dikongsi bersama dan bukannya difitnah dengan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal dengan tujuan untuk memperalat peneroka.

"Kenapa mereka baru sekarang kononnya prihatin dan peka dengan warga peneroka. Kenapa daripada dulu tidak mengambil apa-apa tindakan. Dan kenapa setelah Felda meningkat maju dan peneroka menikmati hasil serta pendapatan yang begitu tinggi, terdapat anasir luar yang cuba menggagu gugat kejayaan ini.

"Golongan seperti ini perlu dihalau daripada Felda agar masyarakat Felda dapat hidup dengan aman," katanya ketika berucap pada majlis "Kenduri Sekampung" di Felda Tenang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut serta Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman, pengurusan Felda dan kepimpinan BN yang lain.

Isa yang baru dilantik menjadi Pengerusi Felda selepas Tan Sri Yusoff Noor seterusnya menambah, janji yang ditabur oleh pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah mainan politik semata-mata.

"Anwar boleh janji macam-macam sebab beliau sedar bahawa dirinya tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kalau sekadar janji sesiapa pun boleh janji. Saya sendiri boleh janji macam-macam.

"Dah macam-macam dia tabur kepada rakyat dan pelbagai janji yang telah kita dengar sejak daripada dulu lagi. Apa yang dia telah laksanakan. Dengan janji 16 September yang sehingga ke hari ini tidak nampak batang hidung….Terpulanglah kepada rakyat," katanya.

Justeru tegas beliau, terpulanglah kepada warga Felda untuk membuat penilaian sewajarnya dan percaya masyarakat Felda cukup bijak untuk membuat perbandingan yang mana baik dan yang mana buruk. -MediaUMNO
/td>

TERKINI : KISAH HARIMAU PENAKUT

Posted: 18 Jan 2011 03:47 PM PST

Isu liwat: Karpal Singh makin 'terperangkap'

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KENAPA jadi tikus menyorok belakang almari, bapa segala hipokrit dan harimau penakut. Itulah beberapa gelaran yang diberikan oleh penulis-penulis blog dan ahli-ahli Parlimen Bebas kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Gelaran itu diberikan, sebagai luahan kekesalan apabila peguam veteran itu enggan menjadi saksi pihak pendakwaan dalam kes liwat kedua Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dikatakan mengetahui perbuatan itu sejak 1997.

Isu berkenaan mula tercetus pada 16 Disember tahun lalu, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan dalam blognya bahawa Karpal mengetahui aktiviti liwat Anwar lebih awal iaitu pada 1997.

Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 menunjukkan Karpal yang ketika itu Ahli Parlimen DAP di Jelutong telah mendesak kerajaan menyiasat akuan bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

''Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan Karpal sebelum itu dan pada tahun sama dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur, Karpal sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Anwar. Tapi sekarang lain pula cerita Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pusing 360 darjah!'' katanya.

Ekoran pendedahan Zahrain itu, sebuah blog, AIDC, mendedahkan secara terperinci rekod prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember 1998 yang mencatatkan pengakuan Azizan bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Karpal.

''Saya dan Ummi Hafilda berasa amat takut apabila diekori oleh orang-orang yang tidak dikenali. Berkemungkinan ada kaitan dengan surat yang kami buat bertarikh 5 Ogos 1997.

''Sebelum itu saya ada menerima panggilan telefon daripada Anwar yang bertanya bagaimana saya boleh terlibat dengan pengakuan bersumpah dan perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri. Anwar amat memarahi saya. Setiap malam dan waktu siang, rumah saya di Rawang sentiasa diperhatikan oleh orang yang tidak dikenali," kata Azizan.

Bekas pemandu peribadi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama Ummi Hafilda telah menemui Karpal di pejabatnya di Lorong Pudu, Kuala Lumpur untuk mendapatkan nasihat undang-undang kerana mereka sentiasa diekori selepas menghantar surat perihal salah laku Anwar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Blog yang sama turut menyiarkan petikan hansard bertarikh 6 Oktober 1997 apabila Karpal pernah bertanya soalan nombor 29 pada sesi soal jawab Dewan Rakyat yang berbunyi: ''Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya."

Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, mencatatkan cabaran Karpal supaya Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat mengenai salah lakunya:

''Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu (Azizan) dan seorang lagi adik kepada setiausaha politik beliau (Ummi Hafilda). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam bahaya."

Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan yang mengaku diliwat serta mendesak mangsa dipanggil ke Parlimen bagi membuktikan kata-katanya adalah benar.

Walaupun pelbagai bukti telah dikemukakan, peguam veteran berkenaan telah mengambil sikap berdiam diri sehingga menyebabkan Zahrain sekali lagi mendesak pada 3 Januari lalu supaya Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Anwar.

Tambah beliau, sukar diterima akal apabila Karpal sudi menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat kedua sedangkan pada 1997, Pengerusi DAP itulah yang mengkritik kerajaan, kononnya lambat bertindak terhadap salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tegasnya lagi, Karpal tidak layak melabelkan pihak lain sebagai hipokrit kerana beliau ialah 'bapa segala hipokrit' kerana cuba menyembunyikan rahsia besar semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Turut memberi komen mengenai keengganan Karpal menjadi saksi itu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Zulkifli yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat pertama dalam blognya pada 8 Januari lalu berkata, Karpal 'wajib' disapina sebagai saksi pendakwa raya dalam kes liwat kedua kerana beliau mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti liwat Anwar dalam kes pertamanya.

Katanya, Pengerusi DAP itu juga boleh dikenakan tindakan menghina Parlimen sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.

Dalam pada itu, Choo Keong melalui entri terbaru dalam blognya http://weechookeong.wordpress.com bertajuk "Adakah ia seekor harimau dengan lidah bercabang" pula menggelar Karpal sebagai 'harimau pengecut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip walaupun mempunyai bukti mengenai perlakuan seks songsang anak guamnya.

Katanya, Karpal juga sanggup membuat 'pusingan U' dengan mengeluar kenyataan seolah-olah 'bersetuju' dengan pendirian Dr. Mahathir pada 1997 yang menolak desakannya supaya Anwar disiasat.

Setelah diasak bertalu-talu, Karpal baru-baru ini menjelaskan keengganan beliau untuk menjadi saksi pendakwa dalam kes liwat kedua adalah kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan kes liwatnya yang pertama.

Jawapan Karpal itu, kemudiannya ditempelak oleh Zahrain yang menyifatkan Pengerusi DAP berkenaan sebenarnya cuba mengelirukan rakyat. Jelas Zahrain, penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ) mendedahkan bahawa memang terbukti berlaku aktiviti liwat tetapi Anwar 'dibebaskan' atas faktor teknikal.

Walaupun ditempelak, Karpal masih berdolak-dalik dengan memberikan alasan lain pada Ahad lalu, bahawa kes liwat kedua Anwar yang melibatkan Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997. Katanya, kes liwat pertama yang melibatkan Azizan itu telah selesai dan pihak yang membuat desakan berkenaan tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang.

Alasan demi alasan terus diberikan bagi mengelak menjadi saksi.

ANGAN-ANGAN MENJADI YANG BERHORMAT

Posted: 18 Jan 2011 03:32 PM PST

Memilih calon boleh menang

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEMUA ahli politik sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri bercita-cita menjadi wakil rakyat atau yang berhormat atau lebih tepat lagi bertanding dalam pilihan raya.

Biarpun ada antara mereka baru setahun jagung dalam politik, tetapi mereka sudah ada impian menjadi wakil rakyat tanpa menilai sejauh manakah rakyat menerima mereka. Masalahnya, kelompok yang mempunyai cita-cita ini sentiasa sahaja merasakan mereka layak dan berhak dipilih oleh parti untuk bertanding.

Pelbagai usaha mereka lakukan bagi menonjolkan diri manakala pemilihan parti di peringkat bahagian dijadikan platform utama bagi mengorak langkah bagi mencapai cita-cita mereka menjadi 'Yang Berhormat'.

Kononnya dengan memegang jawatan di dalam parti, ia akan menjadi 'kad jaminan' bahawa merekalah paling layak menjadi calon berbanding dengan orang yang tidak berjawatan.

Tetapi mereka terlupa senario politik negara sudah berubah. Memiliki jawatan dalam parti dan berasa popular melalui publisiti bukanlah bermaksud ia calon pilihan rakyat.

Sebab itulah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi isyarat awal kepada mereka yang terlalu bercita-cita menjadi wakil rakyat bahawa parti itu mahu mengetengahkan mereka yang boleh menang sahaja dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib juga 'melenyapkan' angan-angan mereka yang berasa begitu berkuasa apabila mempunyai jawatan dalam parti dengan menegaskan, ''Pemilihan calon yang boleh menang itu tidak semestinya seseorang yang mempunyai kedudukan atau popular dalam parti, sebaliknya mereka yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya.''

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin BN di semua peringkat terutama dalam UMNO yang masih lagi merasakan jawatan dalam parti adalah 'tiket ekspres' untuk dipilih sebagai calon pilihan raya, lupakan sahaja hasrat itu.

Kalau benar mereka pemimpin yang baik dan berkhidmat demi rakyat melalui perjuangan dalam BN, maka lupa dahulu soal akan dipilih sebagai calon atau tidak.

Turunlah ke padang berbakti kepada rakyat, dampingi mereka setiap masa dan selesaikan masalah mereka. Jangan hanya muncul ketika musim pilihan raya, sedangkan pada waktu-waktu lain lebih banyak masa dihabiskan di luar kawasan.

Populariti di kalangan rakyat adalah lebih penting berbanding dengan popular di dalam parti. Tiada gunanya kita hanya popular di dalam parti sedangkan apabila berakhirnya pilihan raya, rakyat menolak mentah-mentah.

Berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Najib itu, maka semua pemimpin BN perlu bekerja bersungguh-sungguh meraih sokongan rakyat supaya apabila menjelang pilihan raya, nama mereka akan terpilih.

Kriteria calon boleh menang itu adalah satu pendekatan yang akan menghapuskan perasaan kebal yang selama ini wujud di kalangan sesetengah pemimpin di peringkat bahagian.

Selama ini, dalam beberapa pilihan raya kita sudah muak untuk mendengar ada di kalangan pemimpin bahagian tertentu merajuk atau berkecil hati kerana tidak terpilih. Puncanya kerana menganggap dia paling layak memandangkan dia ada jawatan.

Tetapi soalnya yang akan mengundi ialah rakyat. Mereka lebih bijak menilai siapa yang paling layak menjadi wakil rakyat mereka. Oleh itu, dalam soal ini, Najib dan kepimpinan UMNO serta BN tidak perlu lagi mempunyai perasaan bimbang apatah lagi takut untuk membuat keputusan.

Jika pucuk pimpinan parti merasakan ada calon lebih layak berbanding dengan pemimpin yang ada jawatan dalam parti, maka pilihlah calon yang tidak berjawatan tersebut.

Matlamat utama adalah untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang bukanlah zaman untuk pujuk memujuk atau rajuk merajuk. Kalau ada pemimpin yang awal-awal lagi sudah melahirkan hasrat untuk tidak mahu bertanding dalam pilihan raya, maka hormatilah keputusan beliau.

Begitu juga jika ada pemimpin yang dirasakan oleh pucuk pimpinan parti sudah sampai masanya berundur diri memandangkan populariti di kalangan rakyat semakin merudum, mereka juga perlu 'direhatkan'.

Pilihan Raya Umum Ke-13 amat penting untuk survival politik BN. Ia bukanlah masa bagi menentukan karier politik sesiapa. Jika seseorang ahli politik itu masih diterima oleh rakyat, maka pilihlah dia tetapi kalau dia sudah ditolak oleh rakyat atau mempunyai persepsi tidak baik di kalangan rakyat, maka jangan perjudikan nasib parti dengan memilihnya sebagai calon dalam pilihan raya.

Sejarah pilihan raya sudah membuktikan dengan pelbagai senario politik yang berlaku tidak boleh ada lagi tanggapan bahawa ada mana-mana kawasan yang selamat untuk mana-mana juga parti.

Ada parti yang tewas di kubu kuat sendiri, malahan ada wakil rakyat yang berpenggal-penggal di sesuatu kawasan turut tewas akibat ditolak oleh rakyat. Justeru, jelaslah syarat calon yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya adalah syarat wajib dalam penentuan calon bagi BN selepas ini, tiada lagi kompromi apatah lagi pujuk memujuk.

Jika seseorang ahli politik itu berdegar-degar bercakap dia berjuang untuk parti, bangsa dan agama maka sudah pastilah dia akan reda jika tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya.

Dalam soal memilih calon yang diterima oleh rakyat pula, pucuk pimpinan seharusnya tidak seharusnya merujuk 100 peratus cadangan yang dikemukakan oleh bahagian.

Malahan komponen BN juga harus menerima hakikat bahawa mereka tidak ada kuasa 100 peratus menentukan siapa calon yang mereka mahu. Jika calon yang mereka cadangkan dilihat tidak berupaya menang tetapi disenaraikan hanya kerana dia popular dalam parti, maka pucuk pimpinan BN berhak menolaknya.

Atas sebab itu, input pihak ketiga atau berkecuali amat penting. Ia kerana pemilihan calon tidak boleh lagi berdasarkan kepada pilihan bahagian semata-mata. Apa yang lebih mustahak ialah penerimaan rakyat kerana merekalah yang akan mengundi. Jika calon yang dipilih oleh parti dilihat tidak sesuai dengan mereka, maka sudah pasti mereka menolak calon berkenaan, biarpun calon itu dilihat cukup popular di kalangan ahli parti.

Selain itu, perlu juga ada keberanian untuk tidak menyenaraikan ahli politik yang berkali-kali bertanding dalam pilihan raya tetapi kalah hatta dalam kubu kuat pembangkang sekali pun.

Dalam politik segala-galanya berkemungkinan, siapa tahu kalau muka baru dipilih ia mampu meranapkan kubu kuat pembangkang tersebut.

Justeru sudah sampai masanya, semua ahli politik menerima syarat yang ditetapkan oleh Najib dengan hati terbuka. Apa yang beliau lakukan bukan sahaja demi kepentingan parti BN tetapi juga demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Ia kerana melalui penyenaraian calon yang diterima oleh rakyat sahaja, BN mampu mewujudkan satu barisan wakil rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen yang benar-benar mampu melaksanakan agenda untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Oleh itu, semua ahli politik di dalam BN perlu berjiwa besar dan bersedia berjuang dengan ikhlas, bukan semata-mata ingin menjadi wakil rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut