umno bahagian cheras |
Fitnah jahat terhadap Rosmah : Azmin Ali kaki pembohong – Syed Ali Posted: 18 Jan 2011 08:25 PM PST DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mengecam keras tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ai yang berterusan memfitnahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menyifatkan serangan jahat dilakukan oleh Azmin itu hanya ingin mencemarkan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. "PKR tidak ada isu untuk menyerang Najib, maka mereka mula memfitnahkan Rosmah dengan pelbagai tuduhan karut dan tidak berasas," katanya. Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan tuduhan terbaru Azmin kononnya Rosmah menginap di hotel mewah di Dubai dengan kos RM100 ribu semalam adalah cerita rekaan untuk kepentingan politik. Ini berdasarkan pengakuan Azmin sendiri bahawa beliau mendapat berita tersebut daripada rakannya di Dubai yang kononnya mengesahkan Najib dan Rosmah menginap di hotel berkenaan. "Dia mendapat berita tak sahih daripada rakannya kemudian tabur fitnah burukkan Rosmah, ini bermakna beliau seorang pendusta," tegasnya. Dalam ceramah politiknya di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa Rosmah membelanjakan RM100 ribu semalam untuk bilik hotel paling mahal di dunia. Azmin juga mendakwa kunjungan Najib dan Rosmah ke Dubai telah 'dijaga' oleh jutawan kasino negara berkenaan, sepertimana disiarkan oleh sebuah akhbar tabloid pro-pembangkang dalam keluaran terbarunya. "Ini hanya fitnah dan tohmohan jahat Azmin untuk memburukkan Rosmah, lagi pun Azmin mengakui mendapat maklumat itu daripada rakannya di Dubai, katanya. Khuatir timbul anggapan kononnya Azmin 'lelaki simpanan' Anwar Dalam hal ini beliau menjelaskan, lawatan kerja Najib dan Rosmah ke luar negara lazimnya atas perbelanjaan kerajaan dan akan mendapat beberapa kemudahan setaraf kedudukannya selaku pemimpin utama negara. "Oleh sebab itu, saya tidak terfikir Najib mahupun Rosmah sanggup berbuat demikian hanya untuk kepentingan peribadi, ini propaganda kahat pembangkang" jelasnya. Beliau turut mencabar Azmin supaya mendedahkan kepada umum perbelanjaan mewah Anwar ke luar negara ketika menjadi Menteri Kewangan sewaktu berada di dalam UMNO. "Sebagai bekas Setiausaha Sulit, beliau tentu tahu rekod perbelanjaan mewah Anwar ketika berada di dalam kabinet," katanya. Menurut Syed Ali lagi, jika Azmin boleh berbohong dengan fakta yang tidak sahih, rakyat juga ingin tahu sejauhmana pula hubungan isteri beliau, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jangan kelak Azmin akan dilebelkan sebagai pemimpin dayus kerana membiarkan tuduhan mengenai hubungan sulit isteri beliau dengan Anwar berterusan," ujarnya. Beliau berkata, adik Azmin, Ummi Hafilda sendiri pernah menuduh Anwar dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya hingga melahirkan seorang anak dan sehingga kini tiada DNA dibuat bagi menafikan tuduhan tersebut. "Orang ramai juga boleh membuat andaian, anak siapakah itu ? anak Anwar ataupun anak Azmin ? Lagipun Hafilda juga mendakwa isteri Anwar, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail amat membenci Shamsidar. Menurut Syed Ali lagi, isu hubungan sulit Azmin dan isteri beliau dengan Anwar bukan cerita rekaan kerana mereka yang terbabit tidak menafikannya. "Saya khuatir orang ramai juga akan menimbulkan tuduhan kononnya Azmin adalah 'lelaki simpanan' Anwar sepertimana beliau melemparkan pelbagai fitnah terhadap Rosmah," tegasnya. |
Ummi Hafilda, perjuangannya belum selesai... Posted: 18 Jan 2011 05:55 PM PST UMMI Hafilda ialah wanita berhati waja. Perjuangannya belum padam-padam. Walaupun berjihad seorang diri, beliau cukup tabah. Hakikatnya, beliaulah wanita yang telah menggagalkan impian seorang pemimpin, yang dicipta oleh Dr. Mahathir Mohamad, untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika tidak kerana Ummi Hafilda binti Ali, Anwar bin Ibrahim sudah pun memenuhi cita-citanya menerajui negara ini. Namun, Allah Maha Agung, Anwar dihalang oleh wanita itu. Secara berdepan, saya tidak pernah bertemu dengan wanita ini. Namun, kerana mahu menyelami isi hatinya, juga atas naluri sebagai seorang wartawan, Ahad lalu saya telah bertemu dengannya. Saya mahu tahu mengapa beliau bangkit kembali untuk menggodam Anwar. Pertemuan yang diatur oleh seorang rakan berlaku di sebuah restoran kegemarannya di Mont Kiara Solaris, sebuah perbandaran baru ultra-moden dekat Hartamas, Kuala Lumpur. Beliau tiba kira-kira pukul 3.30 petang dengan blaus serba coklat bersulam kehitaman. Inilah wanita yang cukup dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia – dan dunia, gara-gara perjuangan dan prinsip kentalnya. Dia duduk berdepan dengan saya. Senyumannya manis. Kulitnya kuning langsat. Arwah bapanya ialah seorang guru mengaji al-Quran. Ummi ialah adik kepada ahli politik kesayangan dan ciptaan Anwar, Azmin Ali. Dia juga adik kepada pengacara popular Azwan Ali, adik ipar kepada Shamsidar Taharin yang dikatakan cukup dibenci oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar. Mengikut rekod, Ummi pernah menuduh Anwar berzina dengan kakak iparnya itu hingga mendapat anak bernama Hafifah. Tiada DNA yang dibuat sehingga ini bagi menafikan dakwaan itu. Serba ringkas, itulah keluarganya. Dan itulah maruahnya. Ummi ialah anak bongsu daripada enam beradik, tiga lelaki, tiga perempuan. Lahir pada Jun 1967 di Kampung Klang Gate dekat Ulu Klang. Ummi mendapat pendidikan agama lebih daripada mencukupi. Umur enam tahun sudah boleh membaca al-Quran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membaca jawi dan belajar ilmu feqah dan hadis. Senyumannya, wajahnya dalam pertemuan kami menggambarkan wanita ini cukup yakin kepada dirinya. Beliau mempunyai karekter yang kuat. Jika tidak masakan beliau boleh bertahan dengan pelbagai macam rintangan, serangan, asakan, tekanan dan sebagainya. Lawannya Anwar bukan calang-calang orang. Setelah 10 minit memanas badan bersembang kosong dan berkenalan, saya bertanya: ''Ummi tak takutkah dengan keselamatan diri?'' Jari telunjuknya pantas menuding ke langit. ''Allah. Saya serahkan diri saya kepada-Nya." Beliau tidak dikawal oleh mana-mana pengawal keselamatan. Itu yang menghairankan saya. Saya tanya soalan itu lagi. Dia menjawab sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. ''Saya tiada pengawal keselamatan. Saya tahu saya memerlukan pengawal. Tapi saya serahkan kepada Yang Maha Esa," katanya sambil tersenyum kecil. Tudung yang melitupi rambutnya dibetulkan ''saya tahu nyawa saya berada di hujung tanduk... tapi itu tidak menjadi halangan untuk perjuangan saya." Pelbagai dokumen rahsia berada dalam tangannya. Itu tidak kira lagi apa yang ada dalam otaknya, apa yang dilihat dengan matanya sendiri. Benar. Ummi berjuang untuk maruah. Maruah kepada keluarganya, dan yang paling penting ialah maruah kepada agama, bangsa dan negara. Setakat ini beliau berjaya dalam perjuangannya. Anwar gagal menjadi Perdana Menteri. Tapi, Anwar masih menyimpan cita-citanya. Cita-citanya masih membara. Perbicaraan di mahkamah membabitkan kes liwat Anwar cukup perlahan. Pelbagai taktik digunakan untuk memperlahankan kes liwat membabitkan Saiful Bukhari Azlan. Kes membabitkan Saiful ialah kes liwat kedua membabitkan Anwar. Jika kes liwat dulu membabitkan pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar, Dr. Mahathir dikatakan sebagai perancang konspirasi, tapi kes Saiful berlaku semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang dikenali sebagai ''Mr. Nice Man." Ummi sangat-sangat bimbang ia akan menjangkaui ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kelak. Walaupun beliau tahu Anwar akan terbabit secara langsung dalam PRU 13 ini, namun keazaman Ummi akan diteruskan hingga ke detik terakhir. Ummi merasakan beliau bertanggungjawab untuk satu lagi cubaan. Cita-cita Anwar perlu dihentikan. Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan parti-partinya tidak boleh dibiarkan menang dalam pilihan raya itu bagi mengangkatkan martabat individu itu. Jika Anwar akhirnya menjadi Perdana Menteri atau pakatan pembangkang menang kelak, sudah tentu kesnya akan digugurkan. Maka, rahsia maha besar Anwar juga akan turut dikuburkan. Itulah yang Anwar mahu dan oleh kerana itulah beliau begitu beria-ia mahu menang dalam pilihan raya umum kelak. ''Anwar tidak boleh dibiarkan. Negara ini akan hancur, diaibkan, dimurkai, dihina– jika bukan pada mata manusia, tapi di hadapan Yang Maha Esa..." Rakyat harus tahu mengenai gelagat dan sifat sebenar Anwar. Ummi turut menyebut mengenai S. Nallakarupan yang menjadi orang suruhan dan sahabat karib Anwar pada ketika kemuncaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ummi tahu mengenai pergerakan Nalla bersama Anwar pada masa itu. Kerana ia juga membabitkan abangnya dan kakak iparnya. Namun, Nalla akhirnya 'bertaubat.' Dia pun tahu dosa pahala. Kini Nalla ialah musuh Anwar seperti Ummi juga. Baru-baru ini Nalla mempertahankan Ummi dengan berkata: ''Bagi saya apa yang Ummi Hafilda katakan betul. Semua itu betul. Tidak boleh dinafikan lagi. Dia tahu segalanya termasuk abangnya, Azmin. Wan Azizah tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan kepada awam ketika ini hanyalah satu lakonan..." Ummi juga menyebut mengenai bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang kini berganding dengan Nalla dan Ummi untuk membongkar kemungkaran nafsu-nafsi Anwar. Baginya, Nalla dan Anuar -- mereka mengetahui terlalu banyak kemungkaran Anwar. Individu itu harus dihentikan. Saya bertemu dengan Ummi lebih empat jam di restoran itu. Pelbagai muslihat, peristiwa, onar, maksiat dan apatah lagi kemungkaran manusia bernama Anwar itu diceritakannya. Sudah tentu saya tidak boleh menceritakannya kepada pembaca. Tapi ia terlalu meyakinkan. Ummi Hafilda bukan calang-calang orang. Rahsia yang diketahuinya terlalu besar. Kerana itulah Anwar telah dipaksa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir pada 1998. Seperti saya yang baru tahu mengenai jalan cerita yang cukup meloyakan itu daripada mulut Ummi sendiri, Dr. Mahathir telah mengetahuinya awal-awal lagi. Sebagai khalifah Malaysia pada masa itu, Dr. Mahathir wajib (ulang: wajib) melakukan sesuatu untuk menghentikan cita-cita besar lagi rakus Anwar bin Ibrahim itu. Mengapa Ummi kembali bersuara, setelah bertahun-tahun menyepi diri, tanya saya? ''Saya tidak boleh tahan dengan tindak-tanduknya sekarang. Soal bangsa pun sudah disentuhnya. Enough is enough. Saya mahu hentikannya once and for all," katanya. Saya bertanya apakah itu bermakna Ummi mempunyai niat peribadi? ''Ya, tapi untuk negara saya dan keluarga saya. Manusia seperti itu perlu dihentikan. Saya tahu terlalu banyak mengenainya. Setakat ini beliau terlepas. Saya tidak mahu dia terlepas lagi." Saya bertanya siapa di belakang Ummi sekarang ini? ''Tiada siapa." Saya bertanya lagi UMNOkah? ''UMNO tak boleh pakai. Mereka tidak membantu saya langsung." Lagi pertanyaan saya, takkah pihak keselamatan atau SB yang menjagai Ummi, beliau menjawab ''Tidak. Saya bergerak sendiri. Mereka tidak kisah dengan saya," katanya. Saya menyarankan beliau menulis buku mengenai kisah-kisah yang dialaminya. Katanya: ''Saya sedang menulisnya. Saya juga mahu membuat satu filem dokumentari mengenai kisah diri saya bertarung dengan Anwar." Ibunya akan keluar menyokongnya. Kak Longnya dan kakaknya yang lain serta sanak-saudara menyokongnya. ''Ia adalah jihad keluarga untuk mempertahankan keluarga kami juga." Jika UMNO tidak membantunya menceritakan kepada rakyat – satu demi satu – gelagat Anwar, ''saya akan menggerakkan sendiri gerakan untuk menganyang Anwar. Saya akan masuk ke kampung-kampung menceritakan siapa itu Anwar. Jika orang tidak tahu, saya akan menceritakannya. Tiada selindung-selindung lagi." Dalam satu ketika pertemuan itu, air mata Ummi kelihatan bergenangan. Namun sebagai wanita yang cekal beliau cuba bertahan. ''Saya kini digelar sebagai wanita jalang, pelacur, sundal dan sebagainya. Saya tabah menghadapi semua ini. Perkara yang lebih besar berada di hadapan saya. Saya perlu kuat." Karekternya cuba dibunuh dari segenap hala, sebagaimana karekter Dr. Mahathir dilanyak dulu. Semasa mula-mula Ummi membongkarkan kemungkaran Anwar sekitar 1997-1998 dulu, hidupnya cukup azab. Semasa itu Anwar masih memegang jawatannya. Ummi diperlakukan seperti musuh nombor satu negara. Keretanya pernah dilanggar dan dilontar dengan kepala kucing yang baru dipenggal. Diekori oleh lelaki-lelaki yang disifatkannya sebagai gengster, terpaksa menyembunyikan diri di Janda Baik, Bentong. Serta disoal siasat polis dalam bilik hotel dengan herdikan-herdikan yang kasar. ''Saya cukup takut ketika itu." Namun itu semua bagi Ummi Hafilda tidak melemahkan jiwa dan semangatnya. Hari ini beliau muncul kembali. Jika benarlah beliau sudah kaya-raya – lebih baik duduk sahaja diam-diam. Tapi itu bukan persoalannya. Beliau tidaklah kaya. Beliau kini hanya usahawan yang menjalankan perniagaan mengeksport makanan beku ke Iran. Namun perjuangannya perlu diteruskan. Terbaru Ummi mencabar Anwar berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks. Tapi dengan pelbagai 'peluru' yang Ummi ada, beranikah Anwar? Selama ini pun Anwar tidak pernah menyaman Ummi terhadap pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh wanita itu. Anwar tahu dengan siapa yang beliau hadapi. Ummi bukan calang-calang orang. Dalam tangannya ada rahsia besar Anwar. Sebaliknya Anwar menganggap cabaran itu ''hanya soal nyamuk''. Ummi menjawab: ''Raja Namrud yang angkuh mati hanya kerana gigitan seekor nyamuk. Jadi, jangan pandang remeh soal nyamuk kerana ia boleh menghancurkan. ''Nampak sangat dia (Anwar) gerun dengan saya. Nampak sangat dia tak berani. Kalau dia tak nak berdebat pun tak apa. Cuma, saya nak tengok sejauh mana dia menghadapi perkara ini sebab saya tidak cakap kosong. Saya ada bukti di tangan. ''Kalau tak mahu berdebat, saya cabar (Anwar) masuk masjid dan buat sumpah laknat. Saya cabar Azmin, Shamsidar dan Wan Azizah sekali. Sumpah bukan perkara suka-suka. Saya buat kerana saya yakin saya benar. Kalau nak kata saya nyamuk, dia nyamuk aedes yang hanya tahu gigit orang itu, gigit orang ini dan merosakkan ummah. ''Kerana lakonan dan kemunafikannya, orang Pas pun tak boleh buka minda, buka mata," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini. Wanita ini akan terus hidup. Suaranya kini boleh diikuti dalam blognya http://srikandi7.blogspot.com. Blog itu kini berada di tangga ke-25 paling popular di negara ini. Banyak lagi kisah wanita waja ini. Ummi juga akan menyaman Anwar, abangnya Azmin, Dr. Wan Azizah dan Karpal Singh. Beliau akan membuat apa sahaja untuk mempastikan cita-cita Anwar dihentikan. Ummi, sebenarnya tahu terlalu banyak mengenai kemungkaran Anwar. Kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar cukup-cukup menghantuinya. Sebagai wanita luar biasa, Ummi akan terus berjuang. Selagi hayat dikandung badan, Ummi akan terus berjuang. Musuh nombor satu beliau ialah Anwar bin Ibrahim. Dalam pertemuan itu, saya boleh menyimpulkan wanita bernama Ummi Hafilda binti Ali ini ialah wanita Malaysia yang cukup luar biasa (pada abad ini). (Petikan daripada Utusan Malaysia : 19 Januari, 2011) |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan