Pengikut

Nuffnang

Rabu, 19 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

sumber :-

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


AZAHAR IBRAHIM CALON BN UNTUK PRK DUN TENANG !!!

Posted: 19 Jan 2011 05:03 PM PST


Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim dipilih sebagai calon bagi menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis di sini petang ini.

Mohd. Azahar, 39, yang dilahirkan di Labis dan anak kepada bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.Beliau akan menentang Ketua Muslimat Pas Labis, Normala Sudirman,39, yang dipilih parti itu sebagai calonnya.

Muhyiddin pada sidang akhbar selepas itu memberitahu, Mohd. Azahar diletakkan sebagai calon setelah diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kira kriteria-kriteria seorang pemimpin yang mampu melaksanakan amanah dengan baik.Beliau yakin pemuda itu akan menjadi calon yang disenangi para pengundi.Menurutnya, calon itu yang merupakan anak jati Labis merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat setempat dan prihatin mengenai keperluan pembangunan di kawasan itu.

"Mengambil kira semua faktor positif, saya kira calon BN yang ditampilkan ini akan diterima baik oleh para pengundi dan disenangi ramai kerana beliau bukan orang asing di sini dan saya dimaklumkan semua kepimpinan (BN) di Labis akan memberi sokongan.

"Saya memohon sokongan para pengundi di Tenang, tidak kira orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli. Saya kira pada usia 39 tahun, beliau banyak tenaga dan boleh bergerak ke semua kawasan," katanya.

Beliau seterusnya meminta para pimpinan jentera BN untuk bekerja dengan rapat kerana tempoh masa lapan hari kempen adalah tidak panjang dan memerlukan kerjasama serta pelaksanaan tugas oleh semua pihak.Muhyiddin turut mengingatkan jentera parti agar tidak memandang mudah cabaran pembangkang dan bekerja bermati-matian untuk memastikan kemenangan BN.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Disember lepas.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian