Sabtu, 27 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jawatan Ketua Umum Kekal dan Abadi

Posted: 27 Nov 2010 08:25 PM PST

Pakatan Untuk Rakyat atau Pakatan Untuk Anwar

1. Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum - jawatan baru dalam parti - bagi mengukuhkan lagi kedudukan Penasihat PKR itu.


2. Zuraida Kamaruddin,Ketua Wanita PKR. pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.

3. Jawatan Ketua Umum yang akan diwujudkan itu tidak boleh dipertandingkan dan hanya Anwar sahaja yang berhak ke atas jawatan tersebut di atas peranan serta pengaruhnya dalam pembangunan parti itu.

4.
PKR diwujudkan atas nama dan suara untuk melaungkan 'demokrasi yang mati' yang dikatakan wujud dalam tubuh UMNO. UMNO dikritik hebat kerana tidak mahu mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden satu ketika dahulu.

5. UMNO kini telah membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan. Kita menjadi lebih demokratik kini dan senantiasa terbuka.

6. Apakah masih ada pemikiran lapuk dan ketinggalan seperti ini lahir dari Ketua Wanita PKR untuk mengembalikan sokongan kepada Anwar yang semakin hilang?

7. Atau mungkin pemikiran ini lahir dari sikap ingin mengampu Anwar agar Zuraida senantiasa di hati Anwar ?

8. Kemungkinan jugak ada 'tangan' lain yang mengarahkan diwujudkan cadangan ini, demi menutup mulut ramai yang seringkali mempersoalkan kedudukan Anwar yang dilihat melebihi suara Presiden PKR.

9. Kekalutan PKR semakin dipenghujung garisan, talian hayat sangat diperlukan bagi membantu sisa-sisa kehidupan mereka. Kenyataan Presiden PKR Wan Azizah, bahawa konsep "Ketuanan Melayu" wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri juga menguris hati Kak Midah.

Kak Midah

Ipoh, Perak


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


2010 tahun cemerlang

Posted: 27 Nov 2010 11:53 AM PST

Link artikel: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

PRESTASI sukan negara sepanjang tahun 2010 boleh dianggap yang terbaik berdasarkan pencapaian cemerlang kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, skuad negara berjaya menepati indeks petunjuk prestasi (KPI) serta bidang keberhasilan utama (KRA) pada kedua-dua temasya itu.

"KPI kita adalah meraih 10 pingat emas di Sukan Komanwel dan sembi- lan pingat emas di Sukan Asia, kedua- duanya berjaya dicapai.

"KRA kita pula ialah mencatat pungutan pingat terbaik dalam sejarah penyertaan kedua-dua temasya itu. Ia juga berjaya," katanya pada sidang media di Guangzhou, China pagi semalam.

Zolkples yang juga ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2010 turut mendedahkan lima faktor yang menyumbang kepada kejayaan atlet-atlet negara.

"Pertama, program pembangunan jangka panjang yang diatur. Kedua, hubungan baik kita (MSN) dengan persatuan sukan kebangsaan kecuali satu atau dua persatuan tertentu.

"Ketiga, sistem sokongan kebajikan kepada atlet bagi memastikan mereka tidak ada masalah. Keempat, penggunaan jurulatih asing terutama dalam sukan teknikal seperti terjun, menembak dan gimnastik.

"Akhir sekali, yang kelima ialah khidmat sokongan sains sukan yang diusahakan Institut Sukan Negara (ISN)," jelas Zolkples.

Tambahnya, faktor kewangan tetap menjadi kekangan terbesar dalam usaha meningkatkan prestasi sukan negara di peringkat antarabangsa.

"Kita jangan banding dengan China, cukuplah kita banding dulu pela- buran yang dibuat oleh Thailand.

"Apa pun, Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) masih cuba meminta Kabinet menambah bajet untuk pembangunan sukan negara," ujarnya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Letak jawatan hak individu

Posted: 27 Nov 2010 11:52 AM PST

Link artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm

PULAU PINANG - Tiada sebarang syarat dikenakan kepada mana-mana pemimpin dalam persatuan atau badan sukan supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal menunaikan janji menyumbang pingat untuk negara dalam temasya sukan yang disertai.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia dibuat oleh individu berkenaan secara peribadi dan terpulang kepada persatuan atau badan sukan berkaitan mengambil tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, ini kerana kementerian berpendapat, pasukan yang gagal atau tercicir tidak patut dibebankan kepada mana-mana individu sahaja sebaliknya semua pihak perlu bertanggungjawab.

''Rasa tanggungjawab pemegang jawatan dalam persatuan dan badan sukan soal masing-masing.

"Kita memang tidak pernah kenakan apa-apa syarat sekalipun jika mereka gagal tunai janji sumbang pingat seperti yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pertandingan paintball anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini, semalam.

Beliau mengulas hasrat Datuk Ahmad Ismail yang bersedia untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekiranya pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan Asia 2010 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China.

Pasukan negara hanya berjaya memperoleh dua pingat perak menerusi acara lelaki berpasukan dan regu.

Sementara itu, Razali berkata, kementeriannya akan melakukan kajian serta penelitian menyeluruh terhadap prestasi hambar yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan dalam acara sukan tertentu seperti boling dan boling padang yang sebelum ini dilihat mampu menyumbangkan pingat untuk negara.

Katanya, tindakan tersebut amat perlu bagi memastikan prestasi atlet berada pada landasan betul
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


KP Yang Berjiwa Rakyat

Posted: 27 Nov 2010 03:08 AM PST


Walaupun sibuk dengan tugasan hariannya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Langat,saudara Zurihan Yusop sempat juga melapangkan masa hampir 1 jam digerai milik salah seorang ahli PUcTD yang baru dibuka dalam minggu ini..Kehadiran beliau memang diluar jangkaan .Terima kasih diucapkan kepada Tuan KP di atas kesudian singgah ke gerai milik ahli PUcTD..

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

Posted: 26 Nov 2010 08:06 PM PST

Persidangan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa telah berlangsung pada 4hb Julai 2010 bertempat di Hotel Nikko.

DunSemarang

DunSemarang


SONGKOK?

Posted: 26 Nov 2010 07:28 PM PST

Songkok Pemberian Kami

Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu

lantas

kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut

membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa

ingatlah


songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang

jangan kau kotori
dengan tahi hidungmu yang semakin meninggi.

.by KhXXX JoXXX A M on Tuesday, November , 2010 at 12:13pm.

(Gambar hiasan sahaja..tiada kaitan dengan Pejuang Bangsa Melayu di atas)
(Nukilan ini di kirim oleh seorang pembaca blog dunsemarang kepada saya untuk di Upload. Saya ucapkan terima kasih..banyak yang tersirat khasnya untuk Ahli UMNO.Kepada siapa di tujukan..Ahli akar Umbi. Ketua Cawangan..AJK...samalah kita fikir..Semuga anak bangsaku dari UMNO tidak terus leka...)
ByM69

Pengikut