SONGKOK? Posted: 26 Nov 2010 07:28 PM PST
Songkok Pemberian Kami Songkok tinggi pemberian kami yang kau pakai di kepala bahlol itu menunjuk-nunjuk pandainya di hadapan kami yang kau sangka sama bahlolnya dengan kepalamu itu lantas kau menjaja songkok tinggi pemberian kami bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi ke sana ke mari ke darat ke baruh ke laut membuka pekung dengan baju bangang yang terbukadi dada dari dalam pekung itu keluar nanah khianat yang melemaskan bangsa ingatlah songkok itu pemberian kami diperbuat daripada darah nenek moyang
jangan kau kotori dengan tahi hidungmu yang semakin meninggi.
.by KhXXX JoXXX A M on Tuesday, November , 2010 at 12:13pm.
(Gambar hiasan sahaja..tiada kaitan dengan Pejuang Bangsa Melayu di atas) (Nukilan ini di kirim oleh seorang pembaca blog dunsemarang kepada saya untuk di Upload. Saya ucapkan terima kasih..banyak yang tersirat khasnya untuk Ahli UMNO.Kepada siapa di tujukan..Ahli akar Umbi. Ketua Cawangan..AJK...samalah kita fikir..Semuga anak bangsaku dari UMNO tidak terus leka...) ByM69 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan