Sabtu, 27 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Jawatan Ketua Umum Kekal dan Abadi

Posted: 27 Nov 2010 08:25 PM PST

Pakatan Untuk Rakyat atau Pakatan Untuk Anwar

1. Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum - jawatan baru dalam parti - bagi mengukuhkan lagi kedudukan Penasihat PKR itu.


2. Zuraida Kamaruddin,Ketua Wanita PKR. pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.

3. Jawatan Ketua Umum yang akan diwujudkan itu tidak boleh dipertandingkan dan hanya Anwar sahaja yang berhak ke atas jawatan tersebut di atas peranan serta pengaruhnya dalam pembangunan parti itu.

4.
PKR diwujudkan atas nama dan suara untuk melaungkan 'demokrasi yang mati' yang dikatakan wujud dalam tubuh UMNO. UMNO dikritik hebat kerana tidak mahu mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden satu ketika dahulu.

5. UMNO kini telah membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan. Kita menjadi lebih demokratik kini dan senantiasa terbuka.

6. Apakah masih ada pemikiran lapuk dan ketinggalan seperti ini lahir dari Ketua Wanita PKR untuk mengembalikan sokongan kepada Anwar yang semakin hilang?

7. Atau mungkin pemikiran ini lahir dari sikap ingin mengampu Anwar agar Zuraida senantiasa di hati Anwar ?

8. Kemungkinan jugak ada 'tangan' lain yang mengarahkan diwujudkan cadangan ini, demi menutup mulut ramai yang seringkali mempersoalkan kedudukan Anwar yang dilihat melebihi suara Presiden PKR.

9. Kekalutan PKR semakin dipenghujung garisan, talian hayat sangat diperlukan bagi membantu sisa-sisa kehidupan mereka. Kenyataan Presiden PKR Wan Azizah, bahawa konsep "Ketuanan Melayu" wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri juga menguris hati Kak Midah.

Kak Midah

Ipoh, Perak


Tiada ulasan:

Pengikut