PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
Posted: 27 Nov 2010 11:53 AM PST Link artikel: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm PRESTASI sukan negara sepanjang tahun 2010 boleh dianggap yang terbaik berdasarkan pencapaian cemerlang kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, skuad negara berjaya menepati indeks petunjuk prestasi (KPI) serta bidang keberhasilan utama (KRA) pada kedua-dua temasya itu. "KPI kita adalah meraih 10 pingat emas di Sukan Komanwel dan sembi- lan pingat emas di Sukan Asia, kedua- duanya berjaya dicapai. "KRA kita pula ialah mencatat pungutan pingat terbaik dalam sejarah penyertaan kedua-dua temasya itu. Ia juga berjaya," katanya pada sidang media di Guangzhou, China pagi semalam. Zolkples yang juga ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2010 turut mendedahkan lima faktor yang menyumbang kepada kejayaan atlet-atlet negara. "Pertama, program pembangunan jangka panjang yang diatur. Kedua, hubungan baik kita (MSN) dengan persatuan sukan kebangsaan kecuali satu atau dua persatuan tertentu. "Ketiga, sistem sokongan kebajikan kepada atlet bagi memastikan mereka tidak ada masalah. Keempat, penggunaan jurulatih asing terutama dalam sukan teknikal seperti terjun, menembak dan gimnastik. "Akhir sekali, yang kelima ialah khidmat sokongan sains sukan yang diusahakan Institut Sukan Negara (ISN)," jelas Zolkples. Tambahnya, faktor kewangan tetap menjadi kekangan terbesar dalam usaha meningkatkan prestasi sukan negara di peringkat antarabangsa. "Kita jangan banding dengan China, cukuplah kita banding dulu pela- buran yang dibuat oleh Thailand. "Apa pun, Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) masih cuba meminta Kabinet menambah bajet untuk pembangunan sukan negara," ujarnya Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Posted: 27 Nov 2010 11:52 AM PST Link artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm PULAU PINANG - Tiada sebarang syarat dikenakan kepada mana-mana pemimpin dalam persatuan atau badan sukan supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal menunaikan janji menyumbang pingat untuk negara dalam temasya sukan yang disertai. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya ada, ia dibuat oleh individu berkenaan secara peribadi dan terpulang kepada persatuan atau badan sukan berkaitan mengambil tindakan selanjutnya. Jelas beliau, ini kerana kementerian berpendapat, pasukan yang gagal atau tercicir tidak patut dibebankan kepada mana-mana individu sahaja sebaliknya semua pihak perlu bertanggungjawab. ''Rasa tanggungjawab pemegang jawatan dalam persatuan dan badan sukan soal masing-masing. "Kita memang tidak pernah kenakan apa-apa syarat sekalipun jika mereka gagal tunai janji sumbang pingat seperti yang disasarkan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pertandingan paintball anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini, semalam. Beliau mengulas hasrat Datuk Ahmad Ismail yang bersedia untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekiranya pasukan kebangsaan gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan Asia 2010 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China. Pasukan negara hanya berjaya memperoleh dua pingat perak menerusi acara lelaki berpasukan dan regu. Sementara itu, Razali berkata, kementeriannya akan melakukan kajian serta penelitian menyeluruh terhadap prestasi hambar yang dipamerkan oleh pasukan kebangsaan dalam acara sukan tertentu seperti boling dan boling padang yang sebelum ini dilihat mampu menyumbangkan pingat untuk negara. Katanya, tindakan tersebut amat perlu bagi memastikan prestasi atlet berada pada landasan betul Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan