Isnin, 18 Oktober 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Persepsi Politik

Posted: 18 Oct 2010 08:53 PM PDT




Politik Dan Persepsi ; Membina atau Membunuh Pemikiran Rakyat

1. Pertembungan politik menjadikan udara politik Malaysia dipenuhi dengan isu-isu dan agenda yang menjadi aliran perdana cara berfikir rakyat. Perkara-perkara yang kecil pun sekarang dipolitikkan untuk mencipta persepsi.

2. Persepsi rakyat terhadap BN adalah orang-orang BN umumnya sebagai kaki gaduh , kumpul harta , tikam belakang, ugut, berebut jawatan, memperkudakan institusi-institusi seperti SPR, SPRM, polis dsb, akhbar, mahkamah, bank, singkirkan orang bijak, politik wang, memilih melepak di lobi-lobi hotel dari berjama'ah di masjid/surau, fitnah menjadi lauk harian (lebih-lebih lagi di dalam media massa), gadai harta negara/rakyat, rasuah dsb.

3. Persepsi ini telah 'dicipta' bagi mensuburkan keyakinan masyarakat bahawa parti kerajaan hari ini tidak relevan dan perlukan pembaharuan. Media yang ada hari ini sangat membantu dalam menciptakan persepsi sebegini.

4. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat jugak semakin tipis terhadap agensi kerajaan apabila agensi seperti Polis diperlekehkan malah dijadikan bahan jenaka dalam beberapa blog demi kelangsungan politik mereka. SPRM jugak tidak lepas dari diberikan persepsi negative ini.

5. Jika sebelum ini timbul persepsi bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikuasai, dikongkong dan di bawah telunjuk kerajaan. Tetapi apabila dalam pilihan raya umum lalu, rakyat menggunakan hak dengan memberi kemenangan kepada pembangkang di lima buah negeri, ia membuktikan persepsi berkenaan tidak betul.

6. Undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang dipercayai bukanlah kerana kewibawaan pembangkang tetapi sebagai protes hasil daripada persepsi negatif itu.

7. Pilihan raya umum lalu telah membuka satu lembaran baru dalam landskap politik negara. Selain kita mengakui bahawa ada kelemahan-kelemahan dalam UMNO dan BN yang perlu diperbaiki, fenomena politik negara kini dipengaruhi oleh politik persepsi dan politik 'menakut-nakutkan'

8. Bukan mudah menguruskan politik persepsi sebenarnya. paling ketara ialah kejayaan Anwar memainkan isu Altantuya terhadap Dato' Sri Najib. Biarpun bersumpah dan penafian demi penafian dibuat, masih terdapat segelintir rakyat masih percaya bahawa Dato' Sri Najib terlibat dalam skandal Altantuya. Lebih malang lagi mereka ini hanya suka mendengar tetapi tidak suka mengkaji.

9. Sekarang kita dilanda fenomena politik persepsi, pembunuhan karektor dan politik menakut-nakutkan.Fikirkan betapa dahsyatnya politik persepsi ini.

10. Gejala persepsi ini tidak sihat dalam berpolitik seperti pembunuhan karaktor dan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kita

11. fenomena politik menggunakan ICT ini berlaku di seluruh dunia dan kita harus mengkaji bagaimana hendak mempertahankan agama, identiti dan bahasa kita dalam berhadapan dengannya

12. Dalam berhadapan dengan situasi ini, pemimpin dan ahli UMNO dan BN harus menanganinya dengan berhemah dan tidak melatah. Mungkin 10 tahun lagi, kaedah lain pula wujud bagi menimbulkan persepsi dan ketika itu sama ada UMNO mampu bertahan atau tidak, ia terserah kepada ahli-ahlinya.


Kak Midah

Kuala Lumpur
Persidangan UMNO 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MEMBERI KEUTAMAAN .......PAU 2010........

Posted: 18 Oct 2010 05:36 AM PDT

Muhyiddin Minta Bahas Isu Penting Demi Parti

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para anggota Umno menggunakan kesempatan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2010 untuk membincang dan membahaskan isu-isu penting demi masa depan
parti dan Barisan Nasional (BN).
"Ini perhimpunan agung yang penting… dan akan memberi ruang dan kesempatan bagi anggota parti membahaskan perkara-perkara yang dianggap penting demi masa depan Umno, BN, bangsa, agama dan negara," katanya selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno di Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, berkata adalah amat penting bagi anggota parti untuk mendengar dan membahaskan Ucapan Dasar Presiden oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.
Semua persiapan untuk perhimpunan itu, yang berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini, sudah disusun dan dijadual berjalan lancar, katanya.
Senarai wakil anggota Majlis Tertinggi (MT) yang akan bertindak sebagai pemerhati pada perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sudah ditetapkan, katanya.
Perhimpunan agung Pergerakan Wanita Umno akan dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dua wakil MT Datuk Azian Osman dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno, pemerhati adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akan menjadi pemerhati perhimpunan agung sayap itu.

Saya Tidak Silap Terhadap Anwar – Dr Mahathir

Posted: 18 Oct 2010 05:34 AM PDT

Saya Tidak Silap Terhadap Anwar – Dr Mahathir
Mohd Nasri Zakariah

KUALA LUMPUR 18 Okt – Pertuduhan baru terhadap kes liwat Anwar Ibrahim membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini bukanlah suatu konspirasi untuk menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika benar apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar sebagai konspirasi untuk menjatuhkannya, mengapa terdapat masih terdapat lagi dakwaan dan pendedahan terhadap salah laku Anwar oleh orang lain.

"Tidak semesti apa saya buat selalu betul, kadangkala saya buat kesilapan tetapi bagi kes Anwar Ibrahim, tindakan saya betul (disambut dengan tepukan gemuruh)

"Saya sudah lama tidak menjadi Perdana Menteri tetap kerajaan itu mengambil keputusan untuk memperbetulkan keputusan saya, tetapi kerajaan itu juga mengenakan dakwaan sama seperti apa yang saya lakukan.

"Mereka kata apa yang berlaku itu adalah suatu konspirasi terhadap sesiapa yang menentang saya tetapi ini bukanlah kepada konspirasi tapi ia adalah suatu kebenaran," katanya menjawab soalan peserta Forum Antarabangsa UMNO selepas menyampaikan ucaptama.

Menurutnya, apa yang diajukan oleh peserta berhubung kes berkenaan bukanlah perkara baru, malah acap kali diajukan oleh sama ada pemberita dan peserta forum atau seminar yang dihadiri di dalam atau luar negara.

Berhubung tuduhan mengatakan kerajaan ketika kepimpinan beliau mencampuri urusan pihak berkuasa dan mahkamah, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan berhubung kes berkenaan.

"Jika polis membuat keputusan tentu orang boleh mempertikaikannya tetapi dengan memperkatakan kerajaan memanipulasi pihak polis, tetapi saya ingin mengingatkan bahawa jika membabitkan kebenaran, kita perlu mempunyai keyakinan," katanya.

Beliau berkata untuk membuat manipulasi dalam apa-apa pertuduhan bukanlah membabitkan suatu kelompok yang kecil tetapi membabitkan ramai orang dan untuk melakukannya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau tidak pernah bertemu dengan pihak kehakiman secara peribadi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak terutama membabitkan kes Anwar Ibrahim. -MediaUMNO....

BONUS : Beri bonus kepada penjawat awam produktif - wakil rakyat

Posted: 18 Oct 2010 05:09 AM PDT


Beri bonus kepada penjawat awam produktif - wakil rakyat
18/10/2010 7:30pm

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Beberapa anggota Parlimen hari ini percaya kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada masa depan jika mereka sentiasa cemerlang dan produktif dalam melaksanakan tugas.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, ini kerana kerajaan memberi jaminan akan melihat kepentingan penjawat awam apabila mereka melipatgandakan usaha masing-masing.

"Semua penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggung jawab. Dengan adanya timbal balas, saya yakin bahawa orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa," katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat di sini.

Sabtu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.

Najib berkata, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. - Bernama/td>

PAS : DULU MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, KINI BERSAMA DAP....

Posted: 18 Oct 2010 04:20 AM PDT

21 Dalil Bukti Pas lidah bercabang kerana lain fatwa dulu dan sekarang
Perkara ini disiar oleh blog DAP Malaysia di sini

http://www.dapmalaysia.net/2010/10/21-dalil-pas-termasuk-dalam-perkara.html

Ternyata PAS bukan Parti Islam bahkan lebih sesuai digelar Parti Peralat Islam !

Lihat bagaimana fatwa yang berubah ubah bukti jelas mereka memutar belit kata kata demi kuasa dan dunia !!!



Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."

PADA MULANYA...

8 PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

PADA MULANYA...

16 PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

SATU ALTERNATIF .....

Posted: 18 Oct 2010 03:39 AM PDT

 

Dr M promotes China model as alternative to democracy

October 18, 2010
Dr Mahathir: If you find good people to run a country, even dictators can make a country develop and develop very well.
KUALA LUMPUR, Oct 18 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today called democracy a "failed" ideology and held up China's model of authoritarianism as an alternative "worth studying". He said China's political model — which he termed the "Beijing Consensus" — showed that a nation could develop well even in the absence of freedom, liberty and equality — ideals fundamental to the rival "Washington Consensus".
"The Beijing Consensus shows that having a non-democratic country can also give a good life for the people," Dr Mahathir told delegates at the "Creation of the Global Citizen: Media Liberalisation and the New Political Realities" forum organised by Umno here.
"If you find good people to run a country, even dictators can make a country develop and develop very well."
He pointed out that China's "correct" application of the Beijing Consensus had allowed the nation of 1.3 billion "very poor" people to become the second richest country in the world.
The former premier also criticised the very premise of democracy, arguing that no issue could achieve total consensus, leading to an electoral split that will promote poor governance.
"Democracy... has failed in many countries," he said.
"It is not the perfect thing it is touted to be. You find that some of these democracies really cannot work. People cannot make up their minds.
Dr Mahathir cited hung parliaments in Britain and Australia as proof that countries cannot progress when a majority of its voters cannot make up their minds, saying frequent changes in leadership were not good for a nation.
"We see a lot of democracies where leaders change every two years and the country cannot make any progress at all," he said.
"Even the countries that have made progress find sometimes that democracies hinder the development of the country, make the country unstable and difficult to develop."
He added that smaller parties roped into ad hoc coalitions to break hung parliaments in democracies will hold the majority hostage to minority demands that were not good for the country as a whole.

2/3 : SUKAR TAPI BUKAN MUSTAHIL -

Posted: 18 Oct 2010 03:29 AM PDT

Najib sukar perolehi majoriti 2/3, kata Dr M
Aidila Razak
Okt 18, 10
3:40pm
Kongsi 88
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini. Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir (kiri) terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu. "Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya. Dr Mahathir bagaimanapun kelihatan lebih berlembut kepada Najib yang disifatkan "cuba membetulkan keadaan". Menyuarakan penghargaannya kepada usaha Najib itu, perdana menteri paling dalam dalam sejarah Malaysa itu turut mengambil peluang menyelar bekas timbalannya yang kini menjadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Beliau lalui masa sukar sekarang. Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus. "Saya harap beliau mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan," kata Dr Mahathir.

PANDANGAN PENULIS : PRU 12 CUMA KURANG 8 KERUSI UNTUK DAPAT 2/3.....KINI LANDSKAP BERUBAH...KERJA KUAT 3 KALI GANDA....SMART WORK JUGA....

KEMBALIKAN ROH PERJUANGAN UMNO.

Posted: 18 Oct 2010 03:19 AM PDT

Minda Pengarang: Model Politik Baru tidak ketepi roh perjuangan UMNO


2010/10/18
APABILA Datuk Seri Najib Razak, bercakap soal Model Politik Baru (MPB) bermakna Presiden UMNO itu bercakap soal satu gagasan baru yang besar. Sebagai acara paling menjadi tumpuan minggu ini, beliau pasti akan menjelmakan pemikiran itu melalui wadah dan landasan parti iaitu Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, mulai Khamis hingga Sabtu ini. Najib yang memulakan gerak kerja era kepemimpinannya dengan program transformasi kerajaan dan kemudian menggariskan Model Baru Ekonomi (MBE), ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di kebanyakan negara.

Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan dan pendapat bahawa sistem politik sedia ada tidak lagi boleh diubah. Pemimpin politik Barat juga tidak pernah bercakap soal itu kerana berpendapat sistem politik yang ada masih relevan. Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak ratusan tahun lalu dan ia adalah penggabungan sistem dalam politik dan kerajaan. Di sini, Najib memperlihatkan keupayaan menyelami perasaan dan mendasari permasalahan mahupun cabaran dengan mengutarakan 'projek transformasi' kerana mungkin berpendapat, tidak ada perkara tidak boleh diubah melainkan al-Quran.
Sistem politik hari ini dibentuk oleh Barat yang mengambil kira pemikiran politik ketika itu. Sistem politik tidak boleh disamakan dengan sistem perundangan, sistem perekonomian, sistem kebudayaan mahupun sistem sosial lain. Barat memperkukuhkan sistem politik sekarang juga difahamkan selepas mengambil jalan tengah antara komunisme dan fascisme. Apapun, MPB yang hendak diketengahkan oleh Najib tidak semestinya mengubah struktur tetapi dari segi pemikiran, pendekatan mahupun cara tindakan.
Click Here
Pemikiran jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya. Melihat kepada senario dan landskap politik di rantau ini khasnya di Negara Dunia Ketiga, setiap negara sewajarnya mula memikirkan corak baru politik bagi menghadapi cabaran akan datang. Najib melihat keperluan dan tuntutan itu lantas mengambil pendekatan awal ini mungkin kerana memikirkan transformasi negara dan ekonomi yang perlu seiring dengan perubahan politik bagi melancarkan pelaksanaannya dan rakyat menikmati kesannya. MPB ternyata seiring dengan MBE yang berasaskan roh Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dan, kita mengharapkan MPB juga mengekalkan roh perjuangan UMNO sekarang yang disejajarkan dengan dinamika serta tuntutan orde mahupun khalayak semasa. Ringkas dan secara logiknya ialah perubahan ekonomi memerlukan perubahan politik. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Najib bukan saja akan diingati sebagai memperkenalkan sebuah model politik baru bagi Malaysia tetapi sebagai model politik di negara pelbagai kaum lain dan dunia. Ia juga akan menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang mendahului parti lain yang bergerak ke arah perubahan radikal. Bagaimanapun, model baru politik yang akan diperkenalkan, tidak lekang daripada sensitivitinya tersendiri.

Pelbagai pendapat, persepsi dan kritik politik akan wujud. Seperti sukarnya untuk mengubah pemikiran politik masyarakat Malaysia, sudah tentulah anjakan politik yang akan dibawa ini memerlukan tugas mendidik bermula daripada ahli dan pemimpin UMNO kemudian dikembangkan secara lebih meluas kepada rakyat. Parti politik dengan perjuangan dan pendapat masing-masing. Apabila model baru politik ini dilaksanakan dan jika diterima rakyat, parti mereka mungkin tidak lagi relevan. Kita menganggap Najib sebagai pemimpin yang berani melakukan perubahan besar – dari pendekatan baru ekonomi kepada politik.

PEMIMPIN DAN AHLI UMNO KENA TURUT MEMBANTU YAB DATUK SERI NAJIB.

Posted: 18 Oct 2010 03:16 AM PDT

Masih banyak lagi perlu dilakukan Najib: Tun M


2010/10/18
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas dua tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Najib yang mewarisi kerajaan lemah, sedang berusaha membetulkan keadaan, dan sedang berdepan dengan waktu-waktu yang sukar untuk melakukannya.
"Anda dapat lihat, adakalanya dia gagal, adakalanya dia berjaya, adakalanya dia ada idea yang baik, dan adakalanya tidak. Ia memang dijangka," kata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" di sini hari ini.
Click Here
Dr Mahathir berkata beliau juga berharap agar Najib dapat meraih sokongan rakyat kerana jika tidak, alternatifnya mungkin seorang pemimpin yang lebih buruk, dan ia akan tambah memburukkan keadaan.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno 2010 yang akan bermula esok hingga Sabtu ini, bekas Presiden Umno itu berharap parti terbesar orang Melayu itu akan dapat pulih sepenuhnya dan mendapat sokongan rakyat semula.

"Mana nak tau apa Umno nak buat. Saya tak ada kuasa sekarang. Saya ada kuasa tegur saja. Itupun kadang-kadang orang tutup mulut saya. Nak bercakap dengan Umno tak boleh cakap, dengan menteri tak boleh. Sekatan menyeluruh di media," katanya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh bagaimanapun mencelah dan berkata sekarang Dr Mahathir tidak lagi disekat.
Mengenai Model Politik Baru yang diusulkan oleh Najib bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara, Dr Mahathir berkata yang penting bukan sistem atau konsensus, tetapi individu yang menguasai keadaan.

Berhubung saranan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) agar mereka diberikan kuasa mengawal selia peraturan anggota sendiri menggunakan mekanisma Majlis Media, dan bukannya hanya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri semata-mata, Dr Mahathir berkata mereka boleh berbuat demikian, tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa sekiranya ada pihak yang melanggar peraturan.

"Itu sebabnya kerajaan perlu ada kuasa dalam perkara ini. Boleh ada kawalan, seperti pengurusan sesebuah kelab di mana anda ada undang-undang kecil dan anda seharusnya mengawal selia aktiviti kelab, tapi apabila anda melanggar peraturan itu, kemudian kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang," katanya.

Ditanya mengenai siasatan kerajaan terhadap penulis blog tertentu, beliau berkata seperti mana ada kebebasan media, kerajaan juga bebas menyiasat dan akhirnya satu badan bebas akan membuat keputusan. - BERNAMA

PANDANGAN PENULIS : KINI USAHA KENA DITUMPUKAN KEPADA KERJA BERPASUKAN. SEMUA SAYAP KENA JUGA BANTU. BILA KITA BERTAHAN, INI BUKAN MENUNJUKKAN KITA LEMAH, KINI MASANYA KITA SERANG, SERANG, SERANG........

BUKAN DEKATI SAHAJA TAPI TURUT JUGA BANTU...

Posted: 18 Oct 2010 03:10 AM PDT


Dekati kawasan pembangkang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.

Perdana Menteri berkata, keutamaan perlu diberikan kepada usaha tersebut kerana sasaran UMNO adalah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, memang tidak dinafikan langkah itu akan menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi ia tidak harus mematahkan semangat mereka demi masa depan parti.

''Jangan fikir hendak cari jalan di kawasan selamat sahaja sebaliknya kita hendakkan kawasan yang lebih mencabar. Tidak kiralah sekiranya kita dikutuk, dititik dan diragut. Asalkan atas nama perjuangan kita tidak akan berundur tetapi kita terus mara ke hadapan.

''Saya hendak semangat ini. Jangan takut kerana kita akan jaga keselamatan semua. Walaupun kawasan pembangkang kita akan perjuangkan apa yang sepatutnya kita perjuangkan. Bahagian Ampang inilah antara kawasan yang kita harapkan akan kembali ke pangkuan BN,'' katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Skuad Sayang 1Malaysia di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Dalam perkembangan berkaitan Najib yang juga Presiden UMNO memuji usaha Wanita UMNO menggerakkan Skuad Sayang 1Malaysia di kawasan pembangkang seperti mana program yang diadakan di Ampang hari ini walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran.

Sementara itu, beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat perlu diberitahu bahawa segala perubahan serta setiap program yang memberi faedah kepada mereka adalah datang daripada usaha kerajaan BN.

''Selama ini BN tidak terlalu menggambar gemburkan program-program yang memberi faedah kepada rakyat. Tidak seperti pembangkang buatnya tidak seberapa riuhnya sekampung.

''Kita buat jasa setinggi gunung namun orang kurang kenang jasa kita. Oleh itu sudah sampai masanya kita beritahu kepada rakyat jelata bahawa yang membuat perubahan, yang berjasa kepada rakyat dan yang berbudi kepada rakyat ialah parti kita BN,'' katanya.

Sebagai contoh, katanya, langkah kerajaan melanjutkan program pemberian elektrik percuma RM20 kepada sejuta pengguna yang layak.

''Di Selangor baru ada program beri air percuma sudah riuh satu negeri sedangkan kita telah buat lebih daripada itu,'' katanya.

Dalam ucapannya, Najib juga menyentuh mengenai kepentingan BN dan UMNO menjaga hati nurani rakyat secara keseluruhan.

''Kita perlu menjadi parti yang disenangi oleh semua rakyat jelata dan bukan hanya melihat soal dalaman atau kumpulan kita sahaja kerana kita harus sedar dalam amalan demokrasi berparlimen rakyat jelata yang akan mendokong kejayaan kita,'' ujar Najib

Mengenai pembentangan Bajet 2011, beliau berkata, asasnya adalah kesejahteraan rakyat.

''Atas sebab itu, di dalam bajet tersebut saya cuba memasukkan kepentingan semua pihak dalam usaha kita untuk mensejahterakan rakyat. Antara langkah kita menaikkan elaun imam, ketua kampung dan guru KAFA.

''Begitu juga langkah kita memperkenalkan skim pemilikan rumah pertama untuk golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah,'' katanya lagi.

PANDANGAN PENULIS : JIKA KITA LARI MAKA PEMBANGKANG AKAN TERTAWA BESAR.... DEKATI, BANTU .....BANYAK MASALAH DIKAWASAN ITU YANG TAK SELESAI.../td>

Tun M ingatkan kerajaan guna media liberal

Posted: 18 Oct 2010 03:07 AM PDT


18/10/2010 5:27pm

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan perlu menggunakan media yang liberal bagi memahami pemikiran orang ramai, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Banyak benda mengarut dilaporkan media sekarang tapi ada juga yang baik.

Jika kerajaan menerima media secara serius barulah ia benar-benar boleh mendapat manfaat daripada apa yang diterbitkan dalam media," kata Dr. Mahathir dalam ucaptamanya pada Forum Antarabangsa yang diadakan hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010, di sini hari ini.

Forum dua hari bertemakan "Pembentukan Warga Global : Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" itu, yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dihadiri 63 wakil 22 parti politik dari 20 negara, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) serta delegasi kedutaan asing dan penganalisis politik.

Dr. Mahathir berkata, media telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi tetapi menurut beliau ia sebenarnya boleh ditangani dengan cara tertentu.

"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal. Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," katanya. - Bernama

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Majlis Mesra AidilFitri 1 Malaysia, Bandar Puncak Alam.

Posted: 18 Oct 2010 09:01 AM PDT











Indonesia tidak terpengaruh dengan Anwar!

Posted: 17 Oct 2010 06:45 PM PDT

WARGA Malaysia dan Indonesia yang menyertai perhimpunan perpaduan Malaysia-Indonesia di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam.

Kerajaan Indonesia tidak akan terpengaruh dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau cuba mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dalam isu pertikaian membabitkan negara itu dengan Malaysia.

Menteri Penasihat Kedutaan Besar Indonesia, Djoko Harjanto berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, republik tersebut tidak akan menghalang Anwar untuk berkunjung dan bertemu media di sana tetapi itu tidak bermakna kerajaan Indonesia bersetuju dengan semua pandangannya.

"Siapa sahaja bebas untuk datang dan bertemu media di Indonesia termasuk Ketua Pembangkang (Anwar). Dia bebas untuk menyatakan pandangan tetapi kita tidak akan terpengaruh jika ia berniat untuk menambah lagi kekusutan dalam hubungan antara kedua-dua negara," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai pendirian Kerajaan Indonesia berhubung kekerapan Anwar berkunjung ke negara itu bagi bertemu dengan media di sana dan mengambil peluang tersebut untuk memburukkan Malaysia serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu Djoko hadir pada Majlis Perhimpunan Perpaduan Malaysia Indonesia (Malindo) anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bertujuan menjernihkan hubungan kedua-dua negara di padang Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Mengenai deklarasi hasil daripada perhimpunan tersebut yang diserahkan kepadanya, beliau berkata, deklarasi itu akan dihantar untuk rujukan kerajaan republik itu esok.Sambil menyambut baik deklarasi yang mahu kedua-dua negara mengekalkan hubungan serumpun, beliau berkata, penduduk di Malaysia tidak perlu terikut-ikut dengan rentak kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dan Laskar Merah Putih.

"Kumpulan yang bertindak melakukan demonstrasi ini hanyalah segelintir sahaja tetapi pihak berkuasa di Indonesia sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, jadi tidak perlu rakyat di sini mengikut rentak yang sama," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar dalam ucapannya berkata, perhimpunan Malindo itu bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia kekal erat.

Pada masa yang sama beliau berkata, Malindo juga mahu membuktikan kepada kumpulan Bendera dan Laskar Merah Putih bahawa semua dakwaan yang dilemparkan kononnya warga Indonesia di Malaysia dizalimi adalah tidak benar.

"Sebaliknya, warga Indonesia yang mencari makan di negara ini menikmati kesenangan hidup yang sukar untuk ditemui di tanah air mereka sendiri, mereka bebas mencari rezeki selagi mengikut undang-undang negara ini," katanya.

Warna-warni politik
Torashah..

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pemimpin UMNO perlu sahut seruan Najib – Syed Ali

Posted: 17 Oct 2010 08:19 PM PDT

UMNO tetap menjiwai perjuangan rakyat jika kesemua pemimpinnya turun padang dan memberikan tumpuan dikawasan yang dikuasai parti pembangkang, kata Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ini katanya, kerana rakyat terutama di kawasan akar umbi tidak ada pilihan lain selain memberikan sokongan padu kepada UMNO yang sudah terbukti membela nasib mereka.

Beliau berkata, rakyat sentiasa menaruh keyakinan kepada UMNO dan Barsian Nasional (BN) kerana menyedari peranan parti pembangkang jauh tersasar daripada matlamat sebenarnya.

"Bagaimanapun, terbentuk sedikit ruang di sesetengah kawasan di mana rakyat kecewa dan mempersoalkan sejauhmana komitmen pemimpin UMNO dan BN terutama di kawasan dikuasai pembangkang," tegasnya.

Beliau menambah, berlaku di mana sesetengah pemimpin UMNO dan BN hanya turun padang dan menunjukkan muka apabila menjelangnya musim pilihan raya.

Syed Ali tidak menafikan di sesetengah kawasan dikuasai parti pembangkang pemimpin UMNO dan BN dilihat seperti tidak ambil kisah dan sekaligus membiarkan rakyat hilang tempat bergantung.

Oleh sebab itu katanya, ingatan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak supaya pemimpin UMNO di semua peringkat mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan pembangkang perlu diberikan perhatian segera.

Menurutnya, ingatan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu sesuatu yang serius bagi memastikan UMNO terus relevan dan BN disenangi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Berucap merasmikan Karnival Skuad 1Malaysia di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang semalam, Najib mengingatkan keutamaan perlu diberikan kepada usaha tersebut kerana sasaran UMNO adalah untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN.

Perdana Menteri berkata, memang tidak dinafikan langkah itu akan menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi ia tidak harus mematahkan semangat mereka demi masa depan parti.

Mengulas lanjut ingatan Najib itu, Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, banyak aktiviti dan pendekatan yang boleh dilakukan di kawasan yang dikuasai pembangkang.

"Sebagai contohnya di kawasan Parlimen Cheras, walaupun dikuasai DAP, tetapi UMNO bahagian berjaya menggerakkan pelbagai aktiviti dan pendekatan bersepadu sehingga turut disenangi oleh bukan Melayu," katanya.

Katanya, UMNO tidak ada masalah untuk mendampingi rakyat di kawasan parlimen tersebut kerana mereka menyedari peranan dan menikmati sumbangan yang telah dmainkan oleh parti selama ini.

Beliau berkata, walaupun UMNO boleh dikatakan tidak berpeluang untuk memenangi kerusi Parlimen Cheras dikuasai DAP kerana majorirti pengundinya kaum Cina, tetapi UMNO tidak pernah mengambil sikap 'lepas tangan'.

"Ia adalah amanah dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan kerana matlamat asal perjuangan UMNO adalah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat," tegasnya.

"Di peringkat bahagian, walaupun UMNO menjuruskan usahanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu, tetapi masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India tetap diberikan perhatian," katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pemimpin UMNO perlu menyahut seruan Perdana Menteri bagi memastikan UMNO dan BN sentiasa dilihat berperanan membela dan memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat di negara ini.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU SAPI

Posted: 17 Oct 2010 07:55 PM PDT


Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. Tan Sri Abdul Aziz berkata keputusan itu berdasarkan faktor undang-undang tidak melarang berbuat demikian dan pengalaman SPR sebelum ini yang mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di tiga tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tahun lalu.

Beliau berkata jika dijalankan serentak, tempoh untuk mengadakan pilihan raya kecil itu menjadi pendek berbanding secara berasingan, sekali gus menjimatkan masa, perbelanjaan SPR dan mengurangkan ketegangan.

Katanya selain itu, SPR melihat tarikh berkenaan sebagai yang terbaik memandangkan faktor ruang yang terhad berikutan banyak peristiwa berlaku menjelang hujung tahun seperti sambutan perayaan Deepavali, Aidiladha, sidang DUN Sabah, awal Muharram, peperiksaan SPM.

"Dan yang paling penting, Sabah telah menyatakan kesediaannya untuk menghadapi pilihan raya kecil.

"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.

Beliau berkata dua DUN di kawasan Parlimen Batu Sapi iaitu masing-masing Sekong dan Karamunting, mempunyai 11,321 dan 14,261 pengundi.

Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

Menurut Abdul Aziz lagi, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Mohamad Hamsan Awang Supain telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan beliau akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus.

"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

SPR, menurut Abdul Aziz menjangkakan pengumuman keputusan akan dibuat serentak bagi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan iaitu kira-kira jam 8 malam.

Pengikut