Persepsi Politik Posted: 18 Oct 2010 08:53 PM PDT Politik Dan Persepsi ; Membina atau Membunuh Pemikiran Rakyat
1. Pertembungan politik menjadikan udara politik Malaysia dipenuhi dengan isu-isu dan agenda yang menjadi aliran perdana cara berfikir rakyat. Perkara-perkara yang kecil pun sekarang dipolitikkan untuk mencipta persepsi.
2. Persepsi rakyat terhadap BN adalah orang-orang BN umumnya sebagai kaki gaduh , kumpul harta , tikam belakang, ugut, berebut jawatan, memperkudakan institusi-institusi seperti SPR, SPRM, polis dsb, akhbar, mahkamah, bank, singkirkan orang bijak, politik wang, memilih melepak di lobi-lobi hotel dari berjama'ah di masjid/surau, fitnah menjadi lauk harian (lebih-lebih lagi di dalam media massa), gadai harta negara/rakyat, rasuah dsb.
3. Persepsi ini telah 'dicipta' bagi mensuburkan keyakinan masyarakat bahawa parti kerajaan hari ini tidak relevan dan perlukan pembaharuan. Media yang ada hari ini sangat membantu dalam menciptakan persepsi sebegini.
4. Keyakinan dan kepercayaan masyarakat jugak semakin tipis terhadap agensi kerajaan apabila agensi seperti Polis diperlekehkan malah dijadikan bahan jenaka dalam beberapa blog demi kelangsungan politik mereka. SPRM jugak tidak lepas dari diberikan persepsi negative ini.
5. Jika sebelum ini timbul persepsi bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikuasai, dikongkong dan di bawah telunjuk kerajaan. Tetapi apabila dalam pilihan raya umum lalu, rakyat menggunakan hak dengan memberi kemenangan kepada pembangkang di lima buah negeri, ia membuktikan persepsi berkenaan tidak betul.
6. Undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang dipercayai bukanlah kerana kewibawaan pembangkang tetapi sebagai protes hasil daripada persepsi negatif itu.
7. Pilihan raya umum lalu telah membuka satu lembaran baru dalam landskap politik negara. Selain kita mengakui bahawa ada kelemahan-kelemahan dalam UMNO dan BN yang perlu diperbaiki, fenomena politik negara kini dipengaruhi oleh politik persepsi dan politik 'menakut-nakutkan'
8. Bukan mudah menguruskan politik persepsi sebenarnya. paling ketara ialah kejayaan Anwar memainkan isu Altantuya terhadap Dato' Sri Najib. Biarpun bersumpah dan penafian demi penafian dibuat, masih terdapat segelintir rakyat masih percaya bahawa Dato' Sri Najib terlibat dalam skandal Altantuya. Lebih malang lagi mereka ini hanya suka mendengar tetapi tidak suka mengkaji.
9. Sekarang kita dilanda fenomena politik persepsi, pembunuhan karektor dan politik menakut-nakutkan.Fikirkan betapa dahsyatnya politik persepsi ini.
10. Gejala persepsi ini tidak sihat dalam berpolitik seperti pembunuhan karaktor dan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin kita
11. fenomena politik menggunakan ICT ini berlaku di seluruh dunia dan kita harus mengkaji bagaimana hendak mempertahankan agama, identiti dan bahasa kita dalam berhadapan dengannya
12. Dalam berhadapan dengan situasi ini, pemimpin dan ahli UMNO dan BN harus menanganinya dengan berhemah dan tidak melatah. Mungkin 10 tahun lagi, kaedah lain pula wujud bagi menimbulkan persepsi dan ketika itu sama ada UMNO mampu bertahan atau tidak, ia terserah kepada ahli-ahlinya. Kak Midah Kuala Lumpur Persidangan UMNO 2010 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan