Selasa, 5 Oktober 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Sakit sihat ajal maut atas kuasa Allah

Posted: 05 Oct 2010 09:01 AM PDT

Jadi pengarah PRK: UMNO tidak pernah pinggirkan Ku Li

Posted: 05 Oct 2010 06:57 AM PDT

Galas jadi medan tebus kekalahan BN

Posted: 05 Oct 2010 06:55 AM PDT

Jadikan iktibar - Najib

Posted: 05 Oct 2010 06:50 AM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali bidas Mahfuz hina Tengku Razaleigh

Posted: 05 Oct 2010 01:50 AM PDT

DAKWAAN Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa UMNO memperalatkan Tengku Razaleigh Hamzah hanya rekaan dan perang saraf parti itu menjelang pilihan raya kecil DUN Galas.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebagai tidak masuk akal dan sengaja direka untuk mengalih perhatian pengundi.

"Sepatutnya Mahfuz membetulkan terlebih dahulu kepincangan dalam PAS terutama dalam isu perebutan wakil mereka untuk menjadi calon," katanya.

Beliau menjelaskan, UMNO tidak pernah memperalatkan Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang bagi memenangi pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.

Katanya, UMNO tidak pernah mengetepikan sumbangan mana-mana pemimpin UMNO malah pengorbanan mereka sentiasa dihargai.

Oleh sebab itu katanya, Tengku Razaleigh juga boleh diletakkan sebagai calon di DUN Galas berdasarkan kepada pengalaman dan ketokohan beliau.

"Apa yang penting, UMNO mesti menang di Galas dan jika keadaan memerlukan Tengku Razaleigh adalah calon yang dilihat berkemampuan memberikan kemenangan," ujarnya.

Syed Ali menyifatkan dakwaan Mahfuz bahawa UMNO menjadikan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa merupakan penghinaan keterlaluan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Katanya, sikap angkuh Mahfuz yang menjadikan Tengku Razaleigh sebagai bahan perbandingan merupakan perbuatan yang tidak mencerminkan kematangan beliau berpolitik.

Mengulas kenyataan Mahfuz seperti disiarkan oleh portal berita Harakahdaily hari ini (Selasa), Syed Ali menegaskan bekas Menteri Kewangan itu bukan pemimpin 'murahan' yang sanggup membiarkan dirinya dipergunakan.

"Saya melihat Tengku Razaleigh adalah pemimpin UMNO yang banyak pengalaman, berprinsip dan sentiasa komited kepada perjuangan parti dan rakyat," katanya.

Oleh sebab itu kata beliau, Tengku Razaleigh sanggup menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya UMNO bagi DUN Galas kerana beliau ingin melihat UMNO sentiasa kekal di hati rakyat.

Katanya, jika Tengku Razaleigh berkecil hati dengan UMNO, sudah tentu beliau tidak akan menerima perlantikan tersebut yang dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Ini menunjukkan beliau mempunyai prinsip yang jelas demi kebaikan UMNO dan rakyat Kelantan," ujarnya.

"Sudah menjadi tabiat pemimpin PAS terutama Mahfuz yang sentiasa berprasangka buruk terhadap pemimpin UMNO walaupun parti mereka sendiri bergemulang dengan pelbagai kekotoran.

Menurut Syed Ali lagi, PAS sebenarnya mahu menghalang Tengku Razaleigh mengetuai jentera pilihan raya UMNO di Galas kerana bimbang pengundi di Galas akan menolak calon mereka.

Tengku Razaleigh tidak sesuai bertanding di Galas – Syed Mehdhar

Posted: 04 Oct 2010 10:47 PM PDT

"HENTIKAN spekulasi Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Galas," kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak sesuai diletakkan bertanding di peringkat DUN Galas kerana ketokohan, karisma dan pengalamannya masih diperlukan di peringkat nasional.

Katanya, pihak pembangkang terutama PAS sengaja menyebarkan cerita kononnya hanya Tengku Razaleigh layak bertanding di DUN Galas jika UMNO ingin meraih kemenangan.

"Ini semua taktik Pas untuk pecahbelahkan UMNO dan malangnya kita (pemimpin UMNO) terus terikut-ikut dengan dakyah yang mereka sebarkan itu," ujarnya lagi.

Sebaliknya kata beliau, peluang sebagai calon DUN Galas sewajarnya diberikan kepada tokoh muda yang memiliki ciri-cri kepimpinan terpuji dan disenangi masyarakat setempat.

"Saya kurang bersetuju jika Tengku Razaleigh bertanding di DUN Galas, sebaliknya berikanlah peluang kepada tokoh muda yang berktrampilan, amanah dan mempunyai moral yang baik," tambahnya.

Malah Syed Mehdhar yakin Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu juga tidak akan bersetuju jika dirinya dinamakan sebagai calon UMNO di Galas.

Katanya, calon muda UMNO bagaimanapun perlu menepati ciri-ciri pemimpin Islam yang baik dan tinggi akhlaknya supaya mampu memberi saingan sengit kepada calon PAS.
Sebagai contohnya jelas beliau, calon berkenaan harus dilihat cara bagaimana dia memimpin keluarga dan mendampingi masyarakat.

"Bukan bermakna Tengku Razaleigh tidak diperlukan, tetapi beliau adalah tokoh hebat UMNO yang sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau sebenarnya lebih berperanan di peringkat pusat.

Bagaimanapun katanya, Tengku Razaleigh yang dilantik sebagai pengarah jentera Pilihan Raya DUN Galas mempunyai pertimbangan terbaik dalam soal menentukan calon.

"Tengku Razaleigh merupakan tokoh beriwabawa,disegani, banyak pengalaman dan tahu selok-belok politik di Gua Musang dan Galas amnya, berikan rang kepada beliau membuat apa jua keputusan," katanya.

Dalam pada itu Syed Mehdhar mengingatkan jentera pilihan raya UMNO supaya tidak keterlaluan dalam berkempen dan elakkan daripada melakukan serangan peribadi.

"UMNO tidak perlu meniru cara PAS berkempen yang dipenuhi dengan unsur ganas, fitnah dan penuh dengan provokasi," jelasnya.

Katanya, iklim politik di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan pendekatan UMNO di DUN Galas hendaklah berhemah dan disenangi pengundi tempatan.

'Ingatan Sultan Johor perlu dijadikan iktibar ' - Syed Ali

Posted: 04 Oct 2010 08:21 PM PDT

ORANG Melayu digesa menolak segera golongan 'cetek akal' yang berselindung disebalik pertubuhan politik memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, orang Melayu tidak harus berterusan berdiam diri apabila ada usaha dilakukan pihak tertentu mencabuli Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan hak Melayu dan mempersoalkan kuasa serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Orang Melayu perlu segera bangkit mempertahankan hak mereka kerana sejak akhir-akhir ini ada usaha terancang pihak tertentu untuk melenyapkan kekuasaan Melayu menerusi gerakan politik," tegasnya.

Menurut beliau, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegaskan golongan 'cetek akal ' sebagai dalang yang merosakkan kedamaian sesebuah negara perlu diberikan perhatian serius.

Sehubungan itu katanya, pemimpin politik perlu menerima peringatan tersebut secara positif dengan mengelak daripada berterusan mempersoalkan Perlembagaan sedia ada.

"Titah baginda merupakan amanat dan ingatan kepada seluruh bangsa Melayu supaya berwaspada dan seterusnya menolak kumpulan yang memperjuangkan kepentingan kaum dan cuba mengubah Perlembagaan sedia ada," tegasnya.

Katanya, ingatan itu juga mencerminkan sikap baginda yang amat prihatin terhadap masa depan orang Melayu dan kestabilan politik di negara ini.

Sambil menyifatkan titah Sultan Johor itu sebagai kena pada masanya, Syed Ali menambah bukan Melayu juga harus mengambil iktibar daripada peringatan tersebut dengan berpegang kepada falsafah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

"Bukan Melayu juga harus memahami konsep perpaduan dengan turut berpegang kepada Perlembagan Persekutuan bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada negara ini tidak dipertikaikan," katanya.

Beliau bagaimanapun menyelar sikap pemimpin pembangkang yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih kuasa politik tanpa mengambilkira perpaduan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ketika berucap merasmikan Seminar Perlembagaan Malaysia Peringjkat Negeri Johor di Johor Bharu semalam, baginda mengingatkan jangan mudah sangat demi untuk kepentingan sesuatu pihak, Perlembagaan dipinda sesuka hati. Kerana akhirnya nanti Perlembagaan ini akan menjadi tidak bermakna dan mungkin tinggal sekeping kertas sahaja.

Menurut Syed Ali, Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sehingga ke hari ini dibuat dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu dan ianya tidak boleh dipinda sesuka hati.

"Bukan Melayu yang masih tebal dengan sikap rasis diingatkan bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang Sultan atau Raja mereka dan sebarang usaha untuk mengugugat kedudukan itu pasti akan ditentang habis-habisan," tegasnya.
Beliau berkata, kebimbangan Sultan Johor itu dikhuatiri suatu hari kelak akan menjadi kenyataan jika pemimpin Melayu masih lagi bersikapin pentingkan diri sendiri dan mengutamakan agenda politik perkauman.
Katanya, sebelum ini Raja-Raja Melayu telah tampil dengan memberi pelbagai peringatan terhadap kepentinganmasa depan Melayu yang semakin terjejas berikutan sikap sesetengah pihak yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAKYAT 1 MALAYSIA

Posted: 05 Oct 2010 12:21 AM PDT

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA RAKYAT 1MALAYSIA, UMNO BAHAGIAN CHERAS & YPC

UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Rakyat 1Malaysia.

Tarikh : 9hb. Oktober 2010
Hari : Sabtu
Waktu : 7.30 malam hingga 11.30 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Cheras, Jalan Peel,
Kuala Lumpur.

Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengalu-alukan seluruh warga UMNO Bahagian Cheras, guru-guru dan pelajar sekolah serta orang ramai termasuk di sekitar kawasan Parlimen Cheras tanpa mengira agama dan bangsa hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara tetamu dijangka hadir ialah menteri-menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin UMNO termasuk rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN).

MENERUSKAN LEGASI PEMIMPIN YANG TERDAHULU

Posted: 04 Oct 2010 08:24 PM PDT

Pihak yang mengambil kesempatan terus memperbesar-besarkan perang mulut yang berlaku antara sebuah akhbar dengan seorang pemimpin yang disukainya. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang menahan lukah di pergentingan. Perkara ini adalah suatu yang biasa dalam politik. Saling ingat mengingati barulah ada check and balance. Tetapi ia terus berlarutan seolah-olah tidak kesudahan. Orang lain bertepuk tangan melihat kita bertelingkah dalam serba-serbi.

Sikap terlalu defensif tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih baik dibawa berbincang, kerana itu lebih menepati kehendak Islam dan membawa banyak manfaat kepada perpaduan umat Islam. Cukup sudahlah kita berpecah disebabkan oleh perbezaan parti politik dan ideologi, janganlah pula terbawa-bawa kepada sentimen sebegini. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Cerminlah diri masing-masing, apakah sumbangan kita selama ini?

Sudahkah kita lupa kata-kata seorang ahli falsafah Cina yang berbunyi, jika anda mahu menjadi pemimpin negara, terlebih dahulu pastikan keluarga sendiri berada dalam keadaan baik. Bagi memastikan keluarga sendiri baik, pastikan diri sendiri perlu baik. Bagi memastikan diri sendiri baik, pastikan hati dijaga demgan baik. Bagi memastikan hati sentiasa baik, ia perlu bermula dengan keikhlasan. Cuba tanya pada diri kita, apakah kita ikhlas menjadi seorang pemimpin?

Nilai balik apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Atau mungkinkan penyertaan kita dalam politik sekadar untuk membuncitkan perut dan membesarkan poket? Inilah pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin yang diberikan amanah oleh rakyat hari, tidak kira sama ada pemerintah atau pembangkang. Jika ada jawapannya, tidak perlulah terlalu risau akan pilihan raya umum akan datang.

Seringkali kita dengar, mereka yang menyertai politik, tidak ada agenda agama, bangsa dan negara. Agenda utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, setelah itu mudah untuk mendapatkan tender dan projek melalui kroni-kroni yang akan dibela. Pemikiran seperti ini perlu dibuang jauh-jauh jika ada.

Tagline Gagasan 1Malaysia, "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan", perlu difahami oleh setiap wakil rakyat tanpa berkecuali. Rakyat perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin kerana kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat (dengan izin Allah). Itulah falsafah demokrasi yang saya fikir tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan perlembagaan. Janganlah memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk menutupi atau mengaburi tindakan kita, tetapi laksanakan gagasan tersebut sebagaimana yang dicitrakan oleh Perdana Menteri.

Malangnya, ketika Perdana Menteri mengajak rakyat memahami keutamaan, masih ramai umat Islam lebih menekankan hal remeh temeh daripada isu pokok. Bergaduh tidak tentu pasal. Mempertahankan kepentingan peribadi daripada kepentingan umum. Niat tidak lain, supaya dirinya nampak hebat, wal hal diri dan sumbangannya tidak seberapa. Ada kalanya kita menjadi pemimpin, bukan kerana kita bagus atau berwibawa, tetapi kadangkala kerana bernasib baik. Sedangkan ramai yang lebih layak daripada kita. Tetapi disebabkan mereka tidak pandai membodek dan mengampu, mereka tidak terpilih sebagai pemimpin.

Sedangkan mereka yang berfikiran seperti pandir dan tidak ada daya intelektual, begitu cepat naik dan berkuasa kerana nasib menyebelahi mereka, bukan kewibawaan dirinya. Sedangkan orang sebegini, boleh dikatakan kosong. Keluarga tidak terjaga dan terbela. Diri sendiri penuh dengan kontroversi dan sebagainya. Jika dikorek-korek nanti, keburukan yang dilakukan, lebih banyak dari kebaikan dan boleh dibuat buku. Bagaimana kita boleh harapkan orang sebegini boleh menjaga rakyat. Justeru, mereka yang ingin menjadi pemimpin atau dipilih menjadi wakil rakyat, mesti pandai menjaga diri dan keluarga terlebih dahulu. Selepas itu, barulah senang untuk bercakap soal menjaga rakyat dan menjaga kerajaan. Inilah aspirasi dan inspirasi 1Malaysia Perdana Menteri.

Jika tidak, kita akan menjadi bahan kutukan orang. Saya sudah tidak mampu lagi mendengar kata-kata seperti, "keluarga sendiri berterabur, tidak terjaga, bagaimana nak jadi pemimpin dan , menjaga rakyat". Inilah kata-kata yang sindiran kerap kedengaran. 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sudah tentu tidak mahu memimpin yang sebegini. 1Malaysia mahukan pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berakhlak mulia untuk meneruskan legasi pemimpin yang terdahulu. Ingatlah wahai saudaraku, rakyat hari ini bukan seperti dahulu, mereka sudah boleh membezakan mata dia intan, mana dia kaca.

Jika dahulu, tunggul kayupun kalau diletakkan sebagai calon mereka akan undi. Hari ini, tunggul kayu tersebut akan campaknya jauh entah ke mana, malah tidak lagi dipandang untuk menjadi kayu api.

Sudah sampai masanya gagasan 1Malaysia meletakkan KPI atau tanda aras untuk mereka yang mahu menjadi pemimpin. Pertama, saya ingin cadangkan supaya pemimpin tersebut boleh memimpin dirinya sendiri, meletakkan Allah ditempat pertama, diikuti dengan Rasulullah dan keluarganya. Setelah dirinya terpimpin berasaskan prinsip tersebut, barulah akan terpancar integritinya, tidak rasuah dan tidak korup.

Kita tidak mahu pemimpin yang rumahtangganya berantakan, anak-anaknya pula bertaburan. Ingatlah pesanan yang mengatakan rakyat (termasuk anak-anak) menilai (lebih terpengaruh) dengan apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Tidak ada gunanya jika cakap tidak serupa bikin. Hanya pandai bercakap tetapi apa yang dicakap tidak ditunaikan atau dikotakan. Kata mesti dikota.

Kedua, pemimpin mereka mempunyai ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah ilmu memahami keutamaan. Keutamaan jamaah (rakyat) berada di hadapan berbanding keutamaan diri. Jangan terlalu menjaga dan mementing diri sendiri atau terlalu mengikut emosi sehingga melupakan kepentingan rakyat. Memperbesarkan perkara kecil sehingga tertinggal perkara besar. Terlalu menjaga politik diri sendiri supaya tercalon lagi, sehingga terlupa akan agenda anak bangsa sendiri. Berikanlah laluan kepada mereka yang benar-benar mahu dan mampu memimpin.

Ketiga, pemimpin sebaik-baiknya mesti bebas atau tidak dilihat daripada dosa besar dan dosa kecil. Paling baik tidak melakukan apa-apa dosa. Sudah tentu ini adalah mustahil sebab kita bukan Rasul atau Malaikat. Kita tidak dapat lari daripada kesalahan. Namun, jangan lah kita terjebak dalam dosa-dosa yang rakyat boleh mempertikaikan kredibiliti kita. Misalnya seperti minum arak, kaki perempuan, kaki judi dan macam-macam kaki lagi. Ingatlah, rakyat melihat apa yang kita buat.

Keempat, pemimpin mesti mempunyai jiwa agama dan dapat menjaga amanah bangsa. Tidak semestinya mereka mempunyai latar belakang agama atau lulusan pengajian Islam. Kepemimpinan Islam boleh terdiri daripada mereka yang professional. Kadangkala sedih juga bila melihat bila ada 'orang agama' menjadi pemimpin, kepemimpinan dan pandangan mereka terlalu jumud dan tidak berpijak di bumi nyata. Sikit-sikit berhujah berbalik kepada Quran dan Hadis, tetapi modus operandi entah di mana. Justeru, orang agama perlu diprofesionalkan.

Apapun jika golongan professional mahu menjadi pemimpin, mereka mesti mempunyai jiwa agama atau mengulamakan professionalism nya itu. Jangan sampai pemimpin kita tidak boleh dilihat menjadi imam. Paling kurangpun pemimpin tersebut mesti boleh memimpin bacaan doa, keupayaan berdoa adalah petanda awal menunjukkan kita mengerjakan sembahyang. Dengan makna, pemimpin tersebut mesti bersolat sebagai asas utama nilaian akhlaknya dengan Tuhan. Ingatlah, sesiapa yang sensitif dengan Allah, pasti dia akan sensitif dengan orang lain (rakyat).

Inilah 'kalahnya' UMNO dengan pemimpin sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam. Pemimpin parti Islam ini telah menarik ramai professional, termasuk orang UMNO yang berjiwa Islam. Profesional ini boleh menjalankan tanggungjawab ulama seperti membaca khutbah, menjadi imam, baca doa, sembahyang mayat dan sebagainya. Banding dengan sebahagian pemimpin UMNO hari ini, ada yang membaca al-Quran pun tidak betul. Bagaimana mereka boleh berdoa? Mungkin ada yang tersinggung dengan tulisan saya ini, saya pohon ampun dan maaf. Hari ini professional parti Islam ini begitu berpengaruh sehingga menimbulkan kebimbangan pemimpin bersifat 'taliban' dalam parti Islam tersebut. Sebenarnya UMNO tidak ketandusan orang agama dan professional, resepinya semua sudah ada. Hasil yang mahu dilihat adalah, laksanakan kata-kata keramat rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berkata benar walaupun pahit. Jika UMNO mahukan meneruskan legasinya pada masa akan datang, UMNO tidak ada pilihan melainkan mesti dapat dilihat bersih, cekap, amanah dan dapat dilihat melaksanakan ciri-ciri kepimpinan Islam tersebut. Di sinilah yang dikatakan 'kekuatan' parti Islam yang sukar ditandingi UMNO.

Mereka sanggup berjemur, berjaga dan bercekang ketika pilihan raya dan melakukan kerja suka rela, tanpa meminta sebarang habuan. Tetapi tidak UMNO. Ada sebahagian mereka yang tidak ikhlas. Wang dan harta telah mengaburi mereka. Kerja sedikit, mereka mahukan habuan. Sudah sampai masanya kita latih mereka yakni kerja kerana Allah demi menjaga amanah agama, bangsa dan negara.

Jika inilah pemimpin UMNO yang bakal lahir, jangan harap parti-parti lain dapat menambah kerusi. Tetapi jika perkara asas ini diabaikan, maka tunggu kekalahan yang bakal menjelma. UMNO mesti serius dalam meletakkan kepentingan agama di hadapan berbanding kepentingan bangsa. Kebaikan mesti diutamakan daripada keburukan. Manakala jika berlaku pertembungan dua keburukan, maka kita mesti tahu memilih antara dua keburukan tersebut, mana satukah yang kurang mudaratnya. Misalnya, antara menyentuh (atau makan) babi dengan makan rasuah (atau riba). Sudah tentu implikasi makan rasuah atau makan riba, lebih buruk daripada menyentuh (makan) babi, sebab makan babi melibatkan dosa individu, sedangkan makan rasuah melibatkan orang ramai dan boleh meruntuhkan agama dan negara, sehingga sampai ke tahap boleh diperangi. Jangan pulak ada yang salah faham sehingga sanggup makan babi selepas ini.

Jika semua ini dapat difahami keadaan tidaklah seteruk hari ini. Teringat saya bila membaca buku Syed Hussein Alatas, bertajuk Mitos Pribumi Malas, antara punca kelemahan umat Islam (Melayu) hari ini, disebabkan oleh ada sebahagian pemimpin yang dipilih itu lemah, tidak ada daya intelektual. Ketiadaan daya keintektualan ini menjadikan mereka ini hanya mampu menjadi pengampu dan pembodek. Justeru, sudah sampai masa kita dapat membezakannya agar boleh bangun menjadi bangsa hebat dan digeruni.

Nukilan : Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis di Mingguan Malaysia 3 Oktober 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Tak Patut – Lelaki ‘Bermadu’ Sindir Negarawan Sakit

Posted: 05 Oct 2010 04:55 AM PDT

Azmin. azmin..kerusi terbang. samseng, tumbuk menumbuk dan segala macam huru hara dalam pemilihan Cabang PKR di seluruh negara terutama di sekitar Selangor nampaknya tidak mendapat perhatian Azmin sebagai Naib Presiden dan bakal Timbalan Presiden. Sebaliknya keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri nun jauh beribu batu di Australia pula yang menjadi intipati kandungan ucapannya. Apa kait mengait pun kita tak dapat nak mengagak. Setakat jadi hulubalang kepada seseorang dan seluruh tenaga ditumpukan kepada memperjuangkannya saja, takde sebesar kuman pun jasa Azmin kepada rakyat dan negara ini dibanding dengan orang yang disiniskannya sebagai 'tersungkur di Australia itu. Oleh itu usahlah berlaku biadap dengan menyindir seorang negarawan yang terlalu besar jasanya kepada negara ini.

Hari ini banyak pihak yang menghentam Azmin atas sikap kurang ajarnya kepada Tun Dr Mahathir, daripada PERKASA sendiri sampai kepada NGO=NGO melayu yang kebelakangan ini tumbuh macam cendawan pula, tidak seperti sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu. Politik pembangkang kebelakangan ini memang sudah memasuki era tidak beretika, habis semua perkara berkaitan kematian, pembunuhan sehingga kepada keadaan kesihatan bekas pemimpin dijadikan isu politik asalkan ada peluang untuk menghentam kerajaan. Sejauh mana taktik ini berjaya menimbulkan kebencian kepada kerajaan, kita masih belum pasti lagi sebab setakat yang kita nampak, strategi politik sedemikian hanya menguntungkan pembangkang untuk jangka masa pendek tetapi bukan untuk jangka masa panjang. Sikap keterlaluan dalam mempolitikkan hal hal kematian dan keadaan kesihatan pemimpin apatah lagi yang berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir hanya akan menjerat diri sendiri juga nanti.

Yang menjadi pelik kepada kita semua, dengan Tun Dr Mahathir tidak lagi aktif dalam politik mahupun dalam kerajaan selepas persaraannya, kenapa beliau masih menjadi saluran untuk Azmin melepaskan kemarahannya? Jika pun Azmin marah kepada PERKASA, kenapa kemarahan itu dilempar kepada Tun Dr Mahathir, kenapa tidak dilemparkan kepada Ibrahim Ali yang mengasaskan PERKASA? Jadi kita berpendirian, Azmin memang sengaja menyebut keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir ini dengan maksud untuk menghinanya.

Tun Dr Mahathir sudah berusia 85 tahun kini, menjalani 2 kali pembedahan pintasan jantung, dengan masing-masing pada 1989 dan 2007. Sudah tentu dengan latar belakang kesihatannya itu disamping faktor umur, kita tidak mengharap Tun Dr Mahathir untuk sentiasa kelihatan cergas sepanjang masa. Pendek kata, bila beliau jatuh sakit, itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya memang biasa bagi orang dengan usia sepertinya. Tapi apa tiada hati perut langsungkah Azmin Ali untuk menghina Tun Dr Mahathir bila berada dalam keadaan yang sedemikian?

Apa pun masalah peribadi antara 'madu' Azmin dengan Tun Dr Mahathir, itu tidak sepatutnya berkenaan apatah lagi menjadi peribadi kepada Azmin sebab awak yang memilih jalan untuk sehidup semati dengannya, bukan ada sapa yang paksa pun. Malah ramai pejuang asal reformasi seperti Ruslan Kasim, Ezam dan beberapa ramai lagi yang sudah meninggalkan perjuangan individu dalam PKR dan kembali menyokong BN/UMNO – menunjukkan ada ruang untuk buat pilihan. Oleh itu kenapa Azmin mengambil personal pertelingkahan peribadi 'madu'nya dengan Tun Dr Mahathir pun tidak dapat dipastikan, politik, politik sajalah.

Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin berjiwa besar lebih pandai membezakan masalah peribadi dengan pertelingkahan pendapat. Sebab itu bila arwah Fadhil Nor meninggal dunia, beliau yang juga Perdana Menteri ketika itu membenarkan sebuah penerbangan ehsan TUDM untuk menghantar jenazah arwah balik ke Kedah. Bila Karpal Singh mengalami masalah kecing manis ketika di tahan di bawah ISA, Tun Dr Mahathir mengizinkan Karpal Singh dirawat di sebuah hospital yang lebih baik di Kuala Lumpur atas permintaan mendiang Manjeet Singh (adik Karpal). Walau pernah ditahan dibawah ISA dan bertelingkah pendapat dengan Tunku Abdul Rahman atas krisis UMNO 1987, Tun Dr. Mahathir masih mengisyhtiharkan hari kelepasan umum apabila Tunku meningal dunia pada 1990. Itu tanda Tun Dr. Mahathir ahli politik yang matang, boleh membezakan antara perjuangan politik dengan masalah peribadi.

Kita tahu, Azmin mahu beli hati pemimpin DAP agar dapat duduk jawatan Menteri Besar Selangor dalam masa akan datang, sesuai dengan kedudukkannya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Sekarang semua pimpinan DAP tidak nampak Azmin sebagai melayu liberal sebagaimana Zaid Ibrahim sebab itu mereka lebih selesa dengan Khalid gagap sebagai MB walaupun tanpa jawatan Pengerusi PKR Selangor. Sebab itu PERKASA jadi modal Azmin Ali untuk menonjolkan keliberalannya sedangkan semua pun tahu imej Azmin sebagai pejuang melayu zaman 'madunya' berkuasa dulu masih tidak dapat dihakis lagi. Tapi, jika mahu beli hati sekalipun, kenapa orang sakit dhina sedemikian rupa?

Politik tak matang dan tanpa moral ini makin menjadi-jadi dalam pembangkang terutama PKR. Dengan jawatan Timbalan Presiden PKR hampir dalam tangan. bila agaknya Azmin nak matang?

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Forum Gaji Minimum

Posted: 04 Oct 2010 05:00 PM PDT

Pemuda Barisan Nasional ("Pemuda BN") bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

Pengikut