umno bahagian cheras |
- Syed Ali bidas Mahfuz hina Tengku Razaleigh
- Tengku Razaleigh tidak sesuai bertanding di Galas – Syed Mehdhar
- 'Ingatan Sultan Johor perlu dijadikan iktibar ' - Syed Ali
Syed Ali bidas Mahfuz hina Tengku Razaleigh Posted: 05 Oct 2010 01:50 AM PDT DAKWAAN Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa UMNO memperalatkan Tengku Razaleigh Hamzah hanya rekaan dan perang saraf parti itu menjelang pilihan raya kecil DUN Galas. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebagai tidak masuk akal dan sengaja direka untuk mengalih perhatian pengundi. "Sepatutnya Mahfuz membetulkan terlebih dahulu kepincangan dalam PAS terutama dalam isu perebutan wakil mereka untuk menjadi calon," katanya. Beliau menjelaskan, UMNO tidak pernah memperalatkan Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang bagi memenangi pilihan raya kecil di kawasan berkenaan. Katanya, UMNO tidak pernah mengetepikan sumbangan mana-mana pemimpin UMNO malah pengorbanan mereka sentiasa dihargai. Oleh sebab itu katanya, Tengku Razaleigh juga boleh diletakkan sebagai calon di DUN Galas berdasarkan kepada pengalaman dan ketokohan beliau. "Apa yang penting, UMNO mesti menang di Galas dan jika keadaan memerlukan Tengku Razaleigh adalah calon yang dilihat berkemampuan memberikan kemenangan," ujarnya. Syed Ali menyifatkan dakwaan Mahfuz bahawa UMNO menjadikan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa merupakan penghinaan keterlaluan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu. Katanya, sikap angkuh Mahfuz yang menjadikan Tengku Razaleigh sebagai bahan perbandingan merupakan perbuatan yang tidak mencerminkan kematangan beliau berpolitik. Mengulas kenyataan Mahfuz seperti disiarkan oleh portal berita Harakahdaily hari ini (Selasa), Syed Ali menegaskan bekas Menteri Kewangan itu bukan pemimpin 'murahan' yang sanggup membiarkan dirinya dipergunakan. "Saya melihat Tengku Razaleigh adalah pemimpin UMNO yang banyak pengalaman, berprinsip dan sentiasa komited kepada perjuangan parti dan rakyat," katanya. Oleh sebab itu kata beliau, Tengku Razaleigh sanggup menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya UMNO bagi DUN Galas kerana beliau ingin melihat UMNO sentiasa kekal di hati rakyat. Katanya, jika Tengku Razaleigh berkecil hati dengan UMNO, sudah tentu beliau tidak akan menerima perlantikan tersebut yang dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. "Ini menunjukkan beliau mempunyai prinsip yang jelas demi kebaikan UMNO dan rakyat Kelantan," ujarnya. "Sudah menjadi tabiat pemimpin PAS terutama Mahfuz yang sentiasa berprasangka buruk terhadap pemimpin UMNO walaupun parti mereka sendiri bergemulang dengan pelbagai kekotoran. Menurut Syed Ali lagi, PAS sebenarnya mahu menghalang Tengku Razaleigh mengetuai jentera pilihan raya UMNO di Galas kerana bimbang pengundi di Galas akan menolak calon mereka. |
Tengku Razaleigh tidak sesuai bertanding di Galas – Syed Mehdhar Posted: 04 Oct 2010 10:47 PM PDT "HENTIKAN spekulasi Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Galas," kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah. Beliau berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak sesuai diletakkan bertanding di peringkat DUN Galas kerana ketokohan, karisma dan pengalamannya masih diperlukan di peringkat nasional. Katanya, pihak pembangkang terutama PAS sengaja menyebarkan cerita kononnya hanya Tengku Razaleigh layak bertanding di DUN Galas jika UMNO ingin meraih kemenangan. "Ini semua taktik Pas untuk pecahbelahkan UMNO dan malangnya kita (pemimpin UMNO) terus terikut-ikut dengan dakyah yang mereka sebarkan itu," ujarnya lagi. Sebaliknya kata beliau, peluang sebagai calon DUN Galas sewajarnya diberikan kepada tokoh muda yang memiliki ciri-cri kepimpinan terpuji dan disenangi masyarakat setempat. "Saya kurang bersetuju jika Tengku Razaleigh bertanding di DUN Galas, sebaliknya berikanlah peluang kepada tokoh muda yang berktrampilan, amanah dan mempunyai moral yang baik," tambahnya. Malah Syed Mehdhar yakin Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu juga tidak akan bersetuju jika dirinya dinamakan sebagai calon UMNO di Galas. Katanya, calon muda UMNO bagaimanapun perlu menepati ciri-ciri pemimpin Islam yang baik dan tinggi akhlaknya supaya mampu memberi saingan sengit kepada calon PAS. Sebagai contohnya jelas beliau, calon berkenaan harus dilihat cara bagaimana dia memimpin keluarga dan mendampingi masyarakat. "Bukan bermakna Tengku Razaleigh tidak diperlukan, tetapi beliau adalah tokoh hebat UMNO yang sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beliau sebenarnya lebih berperanan di peringkat pusat. Bagaimanapun katanya, Tengku Razaleigh yang dilantik sebagai pengarah jentera Pilihan Raya DUN Galas mempunyai pertimbangan terbaik dalam soal menentukan calon. "Tengku Razaleigh merupakan tokoh beriwabawa,disegani, banyak pengalaman dan tahu selok-belok politik di Gua Musang dan Galas amnya, berikan rang kepada beliau membuat apa jua keputusan," katanya. Dalam pada itu Syed Mehdhar mengingatkan jentera pilihan raya UMNO supaya tidak keterlaluan dalam berkempen dan elakkan daripada melakukan serangan peribadi. "UMNO tidak perlu meniru cara PAS berkempen yang dipenuhi dengan unsur ganas, fitnah dan penuh dengan provokasi," jelasnya. Katanya, iklim politik di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan pendekatan UMNO di DUN Galas hendaklah berhemah dan disenangi pengundi tempatan. |
'Ingatan Sultan Johor perlu dijadikan iktibar ' - Syed Ali Posted: 04 Oct 2010 08:21 PM PDT ORANG Melayu digesa menolak segera golongan 'cetek akal' yang berselindung disebalik pertubuhan politik memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Katanya, orang Melayu tidak harus berterusan berdiam diri apabila ada usaha dilakukan pihak tertentu mencabuli Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan hak Melayu dan mempersoalkan kuasa serta kedudukan Raja-Raja Melayu. "Orang Melayu perlu segera bangkit mempertahankan hak mereka kerana sejak akhir-akhir ini ada usaha terancang pihak tertentu untuk melenyapkan kekuasaan Melayu menerusi gerakan politik," tegasnya. Menurut beliau, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegaskan golongan 'cetek akal ' sebagai dalang yang merosakkan kedamaian sesebuah negara perlu diberikan perhatian serius. Sehubungan itu katanya, pemimpin politik perlu menerima peringatan tersebut secara positif dengan mengelak daripada berterusan mempersoalkan Perlembagaan sedia ada. "Titah baginda merupakan amanat dan ingatan kepada seluruh bangsa Melayu supaya berwaspada dan seterusnya menolak kumpulan yang memperjuangkan kepentingan kaum dan cuba mengubah Perlembagaan sedia ada," tegasnya. Katanya, ingatan itu juga mencerminkan sikap baginda yang amat prihatin terhadap masa depan orang Melayu dan kestabilan politik di negara ini. Sambil menyifatkan titah Sultan Johor itu sebagai kena pada masanya, Syed Ali menambah bukan Melayu juga harus mengambil iktibar daripada peringatan tersebut dengan berpegang kepada falsafah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'. "Bukan Melayu juga harus memahami konsep perpaduan dengan turut berpegang kepada Perlembagan Persekutuan bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada negara ini tidak dipertikaikan," katanya. Beliau bagaimanapun menyelar sikap pemimpin pembangkang yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih kuasa politik tanpa mengambilkira perpaduan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Ketika berucap merasmikan Seminar Perlembagaan Malaysia Peringjkat Negeri Johor di Johor Bharu semalam, baginda mengingatkan jangan mudah sangat demi untuk kepentingan sesuatu pihak, Perlembagaan dipinda sesuka hati. Kerana akhirnya nanti Perlembagaan ini akan menjadi tidak bermakna dan mungkin tinggal sekeping kertas sahaja. Menurut Syed Ali, Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sehingga ke hari ini dibuat dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu dan ianya tidak boleh dipinda sesuka hati. "Bukan Melayu yang masih tebal dengan sikap rasis diingatkan bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang Sultan atau Raja mereka dan sebarang usaha untuk mengugugat kedudukan itu pasti akan ditentang habis-habisan," tegasnya. Beliau berkata, kebimbangan Sultan Johor itu dikhuatiri suatu hari kelak akan menjadi kenyataan jika pemimpin Melayu masih lagi bersikapin pentingkan diri sendiri dan mengutamakan agenda politik perkauman. Katanya, sebelum ini Raja-Raja Melayu telah tampil dengan memberi pelbagai peringatan terhadap kepentinganmasa depan Melayu yang semakin terjejas berikutan sikap sesetengah pihak yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan