Apo Kono Eh Jang! |
Tak Patut – Lelaki ‘Bermadu’ Sindir Negarawan Sakit Posted: 05 Oct 2010 04:55 AM PDT Azmin. azmin..kerusi terbang. samseng, tumbuk menumbuk dan segala macam huru hara dalam pemilihan Cabang PKR di seluruh negara terutama di sekitar Selangor nampaknya tidak mendapat perhatian Azmin sebagai Naib Presiden dan bakal Timbalan Presiden. Sebaliknya keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri nun jauh beribu batu di Australia pula yang menjadi intipati kandungan ucapannya. Apa kait mengait pun kita tak dapat nak mengagak. Setakat jadi hulubalang kepada seseorang dan seluruh tenaga ditumpukan kepada memperjuangkannya saja, takde sebesar kuman pun jasa Azmin kepada rakyat dan negara ini dibanding dengan orang yang disiniskannya sebagai 'tersungkur di Australia itu. Oleh itu usahlah berlaku biadap dengan menyindir seorang negarawan yang terlalu besar jasanya kepada negara ini. Hari ini banyak pihak yang menghentam Azmin atas sikap kurang ajarnya kepada Tun Dr Mahathir, daripada PERKASA sendiri sampai kepada NGO=NGO melayu yang kebelakangan ini tumbuh macam cendawan pula, tidak seperti sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu. Politik pembangkang kebelakangan ini memang sudah memasuki era tidak beretika, habis semua perkara berkaitan kematian, pembunuhan sehingga kepada keadaan kesihatan bekas pemimpin dijadikan isu politik asalkan ada peluang untuk menghentam kerajaan. Sejauh mana taktik ini berjaya menimbulkan kebencian kepada kerajaan, kita masih belum pasti lagi sebab setakat yang kita nampak, strategi politik sedemikian hanya menguntungkan pembangkang untuk jangka masa pendek tetapi bukan untuk jangka masa panjang. Sikap keterlaluan dalam mempolitikkan hal hal kematian dan keadaan kesihatan pemimpin apatah lagi yang berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir hanya akan menjerat diri sendiri juga nanti. Yang menjadi pelik kepada kita semua, dengan Tun Dr Mahathir tidak lagi aktif dalam politik mahupun dalam kerajaan selepas persaraannya, kenapa beliau masih menjadi saluran untuk Azmin melepaskan kemarahannya? Jika pun Azmin marah kepada PERKASA, kenapa kemarahan itu dilempar kepada Tun Dr Mahathir, kenapa tidak dilemparkan kepada Ibrahim Ali yang mengasaskan PERKASA? Jadi kita berpendirian, Azmin memang sengaja menyebut keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir ini dengan maksud untuk menghinanya. Tun Dr Mahathir sudah berusia 85 tahun kini, menjalani 2 kali pembedahan pintasan jantung, dengan masing-masing pada 1989 dan 2007. Sudah tentu dengan latar belakang kesihatannya itu disamping faktor umur, kita tidak mengharap Tun Dr Mahathir untuk sentiasa kelihatan cergas sepanjang masa. Pendek kata, bila beliau jatuh sakit, itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya memang biasa bagi orang dengan usia sepertinya. Tapi apa tiada hati perut langsungkah Azmin Ali untuk menghina Tun Dr Mahathir bila berada dalam keadaan yang sedemikian? Apa pun masalah peribadi antara 'madu' Azmin dengan Tun Dr Mahathir, itu tidak sepatutnya berkenaan apatah lagi menjadi peribadi kepada Azmin sebab awak yang memilih jalan untuk sehidup semati dengannya, bukan ada sapa yang paksa pun. Malah ramai pejuang asal reformasi seperti Ruslan Kasim, Ezam dan beberapa ramai lagi yang sudah meninggalkan perjuangan individu dalam PKR dan kembali menyokong BN/UMNO – menunjukkan ada ruang untuk buat pilihan. Oleh itu kenapa Azmin mengambil personal pertelingkahan peribadi 'madu'nya dengan Tun Dr Mahathir pun tidak dapat dipastikan, politik, politik sajalah. Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin berjiwa besar lebih pandai membezakan masalah peribadi dengan pertelingkahan pendapat. Sebab itu bila arwah Fadhil Nor meninggal dunia, beliau yang juga Perdana Menteri ketika itu membenarkan sebuah penerbangan ehsan TUDM untuk menghantar jenazah arwah balik ke Kedah. Bila Karpal Singh mengalami masalah kecing manis ketika di tahan di bawah ISA, Tun Dr Mahathir mengizinkan Karpal Singh dirawat di sebuah hospital yang lebih baik di Kuala Lumpur atas permintaan mendiang Manjeet Singh (adik Karpal). Walau pernah ditahan dibawah ISA dan bertelingkah pendapat dengan Tunku Abdul Rahman atas krisis UMNO 1987, Tun Dr. Mahathir masih mengisyhtiharkan hari kelepasan umum apabila Tunku meningal dunia pada 1990. Itu tanda Tun Dr. Mahathir ahli politik yang matang, boleh membezakan antara perjuangan politik dengan masalah peribadi. Kita tahu, Azmin mahu beli hati pemimpin DAP agar dapat duduk jawatan Menteri Besar Selangor dalam masa akan datang, sesuai dengan kedudukkannya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Sekarang semua pimpinan DAP tidak nampak Azmin sebagai melayu liberal sebagaimana Zaid Ibrahim sebab itu mereka lebih selesa dengan Khalid gagap sebagai MB walaupun tanpa jawatan Pengerusi PKR Selangor. Sebab itu PERKASA jadi modal Azmin Ali untuk menonjolkan keliberalannya sedangkan semua pun tahu imej Azmin sebagai pejuang melayu zaman 'madunya' berkuasa dulu masih tidak dapat dihakis lagi. Tapi, jika mahu beli hati sekalipun, kenapa orang sakit dhina sedemikian rupa? Politik tak matang dan tanpa moral ini makin menjadi-jadi dalam pembangkang terutama PKR. Dengan jawatan Timbalan Presiden PKR hampir dalam tangan. bila agaknya Azmin nak matang? |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan