Selasa, 28 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Guan Eng Tersimpul Lidah

Posted: 28 Sep 2010 09:54 PM PDT


Jangan Hina Fakir Miskin Pulau Pinang?


1. Guan Eng wajar menerima hakikat bahawa rakyat semakin menyedari bahawa perjuangan membela nasib mereka tidak lagi boleh dinilai berlandaskan slogan-slogan yang sekadar sedap didengar sebaliknya diukur berlandaskan amalan dan tindakan.

2. Rakyat mula bertanya inikah pemimpin yang begitu megah memperjuangkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya? Orang juga mempersoalkan kredibiliti Guan Eng di sebalik ungkapan-ungkapan amar makruf nahi mungkar yang sering dilaung-laungkan

3. Peliknya, kerajaan negeri begitu 'mulia' apabila menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum ini, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian - malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya.

4. Guan Eng bertegas menyatakan wang yang diagihkan bagi program kebajikan di negeri ini adalah hasil penjimatan poket kerajaan negeri, bagaimana pula timbul soal kerajaan negeri mendapat dana daripada pihak lain?

5. Pendedahan sepucuk surat mengenai penerimaan wang RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang baru-baru ini ternyata memberi tamparan cukup hebat kepada kepimpinan Guan Eng yang berulang kali menafikannya.

6. Kredibiliti Guan Eng semakin tercalar kesan daripada beberapa penafian sebelum ini yang akhirnya terbongkar menjadi pembohongan.

7. Rakyat Pulau Pinang juga tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan ada mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus sehinggalah perkara itu didedahkan secara meluas di Internet

8. Guan Eng bersungguh- sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa dana yang diperuntukkan bagi program kebajikan di negeri itu adalah hasil dasar berjimat-cermat yang diamalkan pentadbirannya.

9. Kalau benar dana judi ini diasingkan, kita minta tunjuk statistik jumlah keseluruhan bagi program basmi kemiskinan, isytihar berapa dana daripada sumber judi dan dari mana pula sumber dana yang diagihkan untuk orang Islam.


10 . Kalau dulu isu judi bolesepak bukan main melenting PAS berjuang di pentas ceramah, hari ini Kerajaan Pulau pinang memberi duit judi untuk membantu fakir miskin kenapa sunyi sepi?.

11. Apakah pendirian PAS dalam hal ini? Apakah akan ada fatwa baru yang akan menghalalkan judi pulak selepas ini?. Mentakbir sebuah negeri bukanlah mudah seperti berceramah di pentas parti.

Wasalam

Kak Midah
Ipoh

Razlan's

Razlan's


Jangan ikut rentak Pembangkang

Posted: 28 Sep 2010 03:59 AM PDT

"Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya."

Utusan Malaysia Muka 2.
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.

''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.

"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.

Menurut Mohd. Razlan, banyak juga isu kaum Cina dan India yang membabitkan pemimpin pembangkang melakukan kesilapan, tetapi apabila mereka memohon maaf ia diterima.

''Apabila memohon maaf kita boleh menerima dan tidak pula membuat demonstrasi atau desakan bertubi-tubi," katanya.

Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.

''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya.

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Kekecohan pemilihan PKR

Posted: 28 Sep 2010 05:43 AM PDT

Hasut peneroka saman Felda masih berlaku

Posted: 28 Sep 2010 05:38 AM PDT

Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

Posted: 28 Sep 2010 05:37 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INFO PRK : DUN GALAS

Posted: 27 Sep 2010 07:51 PM PDT


Galas by-election: Religion vs Race
分享 139
NONE由于结肠癌病情恶化,回教党籍的吉兰丹加腊士(Galas)州议员仄哈欣苏莱玛(Che Hashim Sulaima,右图)今午病逝,令我国即将迎来第12场补选。

两日前才送入吉隆坡甘榜巴鲁医院救治的仄哈欣,是在今午4点半宣告不治,享年48岁。

根据《马新社》报道,回教党吉兰丹州联委会秘书莫哈末查基受询时,证实这项噩耗。

曾到中国进行化疗10天

仄哈欣在7月26日被送入吉兰丹哥打巴鲁的专科医院加护病房,不过随后获准出院。

他在7月中曾到中国进行为期10天的化疗,不料返国3天后,就因健康不佳而需要到哥打巴鲁的专科医院求诊。

他在去年5月由于咳嗽出血,因此入院检查发现罹患结肠癌。在吉隆坡一家医院接受治疗3个月之后,他转往中国北京动手术。

仄哈欣是在2008年大选,以646张多数票击败国阵候选人夺得有关议席。当时仄哈欣的得票是4399张,其对手国阵候选人绍菲(Saufi Deraman)获得3753张。

加腊士是在话望生国会议席底下的其中一个州议席,另外2个州席分别是能吉里及巴罗。
该选区的种族比例是马来人65.4%,华裔22.3%,印裔1.8%和其他种族10.5%。现任话望生国会议员是来自巫统的东姑拉沙里。
议席悬空就开会择期补选

另一方面,选举委员会证实,随着仄哈欣的去世,我国将迎来308全国大选后的第12场补选。

选委会副主席旺阿末今日对《马新社》说,选委会一旦接获丹州议长宣布加拉斯州席悬空后,便会召开特别会议择期举行补选。

"当选委会接获正式通知,我们才会召开特别会议择期举行加拉斯州席补选。

"鉴于全国大选至今的3年期限未过,因此,有必要举行补选。若事情是发生在明年的5月之后,则没有必要补选。"

议长:接获死亡证就悬空

另一方面,目前在兰斗班让的丹州议会议长莫哈末纳苏鲁丁受询时说,一旦接获仄哈欣的死亡证,他便会致函选委会通知议席悬空。

"和往常一样,在接获死者家属或有关方面发出的死亡证,我们便会尽速处理书面报告。

"我们先等候已故的死亡证,然后才会致函选委会作出州席悬空的通知。"
遗体日落前将运回家乡安葬

此外,丹州巴西富地士玛勒区州议员旺哈山旺依布拉欣受《马新社》询问时说,仄哈欣是在今午约4时30分,咽下最后一口气。

"已故的(仄哈欣)遗体预料会在日落后运返他位于话望生(吉兰丹)的住家,并安葬在其家乡。

"若领尸的手续顺利,便可以加速将遗体运回那里(话望生)。"

仄哈欣遗下2名夫人,即仄卜素及艾达查卡里亚,以及11名孩子。

今午到医院探访仄哈欣的旺哈山形容,仄哈欣的离世对他而言是一大损失,因为两人已相交20年。

"我所认识的他是一名好人,亲切及乐于助人

ADUN GALAS MENINGGAL.

Posted: 27 Sep 2010 07:26 PM PDT

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM

PEMILIHAN 2010...SATU ANALISIS...

Posted: 27 Sep 2010 07:14 PM PDT



Memang benar selepas 166 cabang daripada 205 cabang bermesyuarat Azmin mendapat 78 pencalonan dan Zaid 29 pencalonan tetapi itu pencalonan, pengundian kita kira lain, sebab ada pencalonan dilakukan secara tidak telus dan penuh kontroversi.

 

POSITIF. (SUMBER : MALAYSIA KINI)

"Di samping itu, terdapat keghairahan luar biasa di kalangan anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti yang memperkenalkan sistem pemilihan langsung tahun ini,"

Ditanya mengenai punca kekecohan itu beliau mendakwa bahawa terdapat perbuatan provokasi oleh kalangan tertentu dari bukan anggota parti yang mahu menimbulkan kekacauan dan memburukkan imej parti.

Vandalisme, teknikal, 7 cabang PKR ditangguh

Terlalu ramai ahli, Kapar, PJS tangguh pemilihan.



NEGATIF

Jelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

 

Menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi PKR.

 

 

Ahli-ahli semakin sedar bahawa Anwar dan Azmin adalah liabiliti bagi parti.

 

PKR kini bukan lagi parti membela rakyat sebaliknya ia merupakan parti pengaut kekayaan dan kekuasaan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

 'Tidak dinafikan kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada kekalahan calon-calon Anwar dan Azmin, tetapi sebab paling utama ialah kerakusan dan ketamakan mereka untuk merebut jawatan.

'Ia juga berpunca daripada kegagalan Azmin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor mentadbir urus parti di peringkat negeri selain kegagalannya mendisiplinkan ahli parti,''

Eli Wong bantah kekalahannya di PJU
Abdul Rahim Sabri
Sep 26, 10 8:12pm
 
Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.
Sedangkan, katanya, ia melepasi tarikh akhir kelayakan - Jun - dan mendakwa pemindahan keahlian Lee itutidak mematuhi peraturan.
Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.
Menurut beliau, pemilihan PKR kali ini bukan sahaja tidak demokratik malah langsung tidak mengikut undang-undang.

Ahli PKR kini semakin meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azmin mengatur calon pilihan mereka pada pemilihan kali ini.



Calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim sendiri bahawa parti itu sebenarnya belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya.




'Ini adalah bukti pemusatan kuasa oleh Anwar dan Azmin. Kini kuasa rakyat yang mereka laung-laungkan selama ini terpercik ke muka Anwar dan Azmin apabila ahli-ahli PKR sedar bahawa selama ini mereka telah dipergunakan untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin parti,''
 Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution cuba menutup kelemahan dengan menyatakan apa yang berlaku kerana ada unsur luar cuba mensabotaj parti tersebut, ia boleh dianggap 'dijangkiti' sindrom penafian.

JAWAPAN: ANASIR LUAR.
 
Mesyuarat dan pemilihan PKR yang dikawal sepenuhnya oleh mekanisme parti itu tidak mungkin dengan mudah diceroboh oleh orang luar. Jadi telahan paling hampir anasir pengacau itu ialah orang PKR sendiri. Mungkin sikap agresif itu murni sebagai reaksi tidak puas hati dan protes ahli-ahli terhadap proses pemilihan. Insiden seperti ini bukan pertama kali berlaku melibatkan ahli-ahli parti ini.

Mungkin juga mereka daripada kelompok penyokong calon tertentu yang tidak berpuas hati lantaran merasakan calon yang disokong bakal kalah. Atau ada ahli yang merasakan hak mereka diabaikan.
Siapa pula kemungkinan anasir luar yang dianggap oleh kepimpinan PKR mahu mencemarkan imej parti? Ia mungkin orang upahan yang mempunyai kaitan dengan pimpinan PKR di cabang berkenaan. Mereka sengaja menimbulkan kekecohan sehingga memungkinkan mesyuarat ditangguhkan kerana peluang untuk menang yang tipis.

Atau mungkin maksud anasir luar itu ialah orang upahan daripada parti lain? Manakah parti lain yang berminat dengan urusan dalaman PKR yang semakin ditinggalkan oleh ahli dan pemimpinnya?

Atau ia hanya ilusi atau satu lagi teori konspirasi yang selalu ditiupkan oleh pemimpin tertinggi parti ini? Begitu sekali terdesaknya kepimpinan PKR untuk menonjolkan imej pelopor demokrasi yang serba bersih itu
Isyarat-isyarat awal kekecohan akan melanda, apabila ada cabang-cabang diberi peringatan jangan mengundi calon tertentu.
 Pertembungan antara kumpulan yang benar-benar menyertai PKR demi untuk memperjuangkan nasib rakyat dan kumpulan yang masuk PKR semata-mata kepentingan peribadi.

  

Ahli pulau mesyuarat agung PKR Parit Sulong
Abdul Rahim Sabri
Sep 26, 10 4:15pm
Kongsi 14
Mesyuarat agung Cabang PKR Parit Sulong, Johor pagi ini tergendala apabila sekumpulan ahli bertindak memulaukannya.
Mereka bertindak demikian antaranya kerana meragui tindakan mengadakan mesyuarat itu di rumah salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan ketua cabang tersebut.





Namun apa yang malangnya, ketika protes ahli-ahli PKR semakin jelas terhadap Anwar- Azmin sehingga mendorong kekecohan berlaku di sana sini,


Nurul Izzah terkejut dicalon timbalan
Abdul Rahim Sabri
Sep 26, 10 2:28pm
 
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terkejut apabila ada cabang yang mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan PKR November ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR lebih selesa untuk berada di Indonesia bagi memburuk-burukkan negara.

Adalah sesuatu yang melucukan apabila Anwar bercakap soal memimpin negara sedangkan partinya sendiri berebut jawatan bagaikan dunia mahu kiamat. 

Kalaulah parti pun sudah tunggang terbalik dan penuh kacau bilau, bayangkan apa akan terjadi jika PKR memerintah?

Ia sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah corak kepimpinan yang bakal dibawa oleh pemimpin dan ahli PKR.

Bak kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya, begitulah juga PKR yang ditubuhkan pada tahun 1998 atas dasar kemarahan, kebencian dan kekecewaan akibat hilang kuasa.

Perasaan berkenaan berterusan sehingga ke hari ini sehingga memungkinkan ahli-ahli parti itu bergaduh dan berperang sesama sendiri semata-mata untuk meraih kuasa dan kedudukan. 

Apakah golongan pemimpin dan ahli seperti ini yang mahu kita serahkan kuasa memimpin negara? Fikirkanlah.




umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali desak kerajaan tegas tangani isu perkauman dan agama

Posted: 27 Sep 2010 10:55 PM PDT

SIKAP berlembut pihak berkuasa menangani isu perkauman dan agama terutama membabitkan penghinaan terhadap orang Melayu dan umat Islam dikhuatiri akan menimbulkan kesukaran kepada pemimpin UMNO di peringkat akar umbi untuk berhadapan dengan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, rakyat di bawah semakin lantang mempersoalkan sejauhmana ketegasan kerajaan menangani isu yang membabitkan sensiviti kaum yang sedang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

"Apabila kita turun ke bawah menemui rakyat, mereka bertanya kenapa kerajaan terlalu berlembut terhadap puak pelampau dan mereka yang sengaja mencetuskan api perkauman termasuk menghina kesucian agama Islam dan mempersoalkan ketuanan Melayu," tegasnya.

Beliau mengakui kesukaran itu dikhuatiri akan menghakis keyakinan dan sokongan orang Melayu kepada kerajaan yang didokong oleh UMNO dan akhirnya Melayu kehilangan kuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, sepertimana turut dibimbangi mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan terutama Kementeria Dalam Negeri (KDN) perlu lebih tegas dan jelaskan
secara terbuka kepada rakyat berhubung apa jua tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk kepentingan politik.

Sebagai contohnya kata beliau, pelbagai bentuk cacian dan penghinaan telah dilemparkan terhadap pemimpin Islam termasuk Dr. Mahathir menerusi laman-laman internet dan facebook dengan karikatur yang mengaibkan.

Dalam isu terbaru jelas beliau, KDN juga masih belum bertindak keatas seorang paderi Kristian, Benjamin Stephen yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini dan ucapan tersebut dipercayai sudah tersebar luas menerusi klip video laman web youtube.
Beliau berkata, tindakan paderi berkenaan amat serius kerana sengaja menghina dan memperlekehkan agama Islam dan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Katanya, walaupun KDN sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes paderi berkenaan, tetapi tindakannya perlu disegerakan tanpa ada unsur-unsur kepentingan politik.

Beberapa akhbar semalam telah melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mengenai seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Menurut Syed Ali lagi, kes mencerca dan menghina kesucian agama Islam, kemuliaan Nabi Muhamamd s.a.w. dan mencemarkan surau dan masjid dengan pelbagai bahan najis bukan perkara baru malah sudah beberapa kali berlaku.

Bagaimanapun jelas beliau, daripada maklumbalas yang diperolehi, rata-rata orang Melayu berasa terkilan dan kecewa kerana mereka yang melakukan dan mendalangi perbuatan tersebut tidak dikenakan hukuman yang setimpal.

Beliau menyebut contoh betapa kecewanya orang Melayu apabila kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Wee Meng Chee atau "Namewee" yang telah menghasilkan klip-klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, ini adalah perbuatan melampau kali kedua dilakukan pemuda tersebut selepas menghasilkan klip video 'negaraku' tetapi tidak mendapat hukuman sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukannya.

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya dengan sikap seorang jutawan tersohor dunia daripada United Kingdom (UK), Sir Richard Branson yang secara terbuka meminta Perdana Menteri campur tangan menggugurkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohd. Saiful Bukhari.

"Kenyataan Branson itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati Datuk Seri Mohd. Najib dan sengaja untuk campur tangan dalam sistem perundangan negara ini terutama membabitkan kes liwat Anwar," tegasnya.

Branson kata beliau, sepatutnya apabila berada di negara ini atas sifatnya sebagai tokoh perniagaan hendaklah berperangai baik dan menghormati negara ini, bukannya bersikap kurang ajar, biadab dan berlagak seperti penjajah.

Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa kes liwat Anwar tidak ada kena-mengenai dengan kerajaan dan pemimpin UMNO, sebaliknya Anwar diheret ke mahkamah kerana dakwaan yang dibuat oleh pengadu kes tesrebut, Mohd. Saiful Bukhari yang beliau telah diliwat.
Syed Ali tidak menolak kemungkinan ianya telah diatur oleh Anwar supaya pihak asing campur tangan dalam kes beliau, sepertimana rekod beliau ketika berada di dalam kerajaan yang suka campurtangan dalam pelbagai aspek pentadbiran demi untuk kepentingan peribadi.
"Semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar adalah orang yang dikatakan bertanggungjawab merancang pelbagai konspirasi, nepotisma, kronisma, fitnah, korupsi dan bersifat dikatator dalam kepimpinannya," tegas beliau lagi.

‘Sumbat paderi hina Islam di bawah ISA’ – Syed Mehdhar

Posted: 27 Sep 2010 09:15 PM PDT

KERAJAAN didesak mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap paderi Kristian yang dikatakan menghina agama Islam disebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

"Paderi berkenaan sengaja menghina kesucian agama dan umat Islam di negara ini. Perbuatan itu amat serius dan wajar beliau disumbatkan di bawah ISA," tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menyiasat pita rakaman ucapan tersebut dan tidak teragak-agak untuk bertindak menggunakan undang-undang sedia ada terhadap paderi berkenaan.

Menurutnya, pederi berkenaan telah melakukan kesalahan yang amat besar kerana menghina Islam di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

"KDN tidak perlu berikan pelbagai alasan atau jawapan meragukan, perbuatan itu sudah jelas mencabar dan menghina kebenaran ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata, jika kerajaan tegas memerangi gerakan pelampau Islam seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI), maka mereka yang menghina Islam juga menyamai kumpulan berkenaan.

Katanya, tidak ada bezanya kumpulan pelampau agama dengan mereka yang ada di negara ini yang sengaja mencetuskan api perkauman dan agama termasuk seperti dilakukan oleh paderi berkenaan.

"Kita mengaku Islam adalah agama rasmi Malaysia, maka tidak ada sebab KDN masih lagi mahu melakukan pemantauan terhadap pihak yang menghina Islam," ujarnya.

Syed Mehdhar yang juga Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberitahu, ketika zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, mereka yang menghina (memerangi Islam) maka kumpulan itu akan diperangi habis-habisan oleh umat Islam.

"Tetapi oleh kerana sekarang ini kita mempunyai undang-undang, maka sewajarnya paderi berkenaan segera di tahan di bawah ISA," katanya.

Mengulas kenyataan jutawan dan usahawan terkemuka dunia, Sir Richard Branson yang mahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, beliau berkata perbuatan itu merupakan campurtangan pihak luar dalam proses perundangan di negara ini.

Katanya, walaupun Branson berhak untuk menyatakan pandangannya, tetapi beliau masih jahil dengan latar belakang isu liwat Anwar.

"Tidak ada sebab untuk Branson mendesak kerajaan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes liwat Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu," katanya.

Sebaliknya kata beliau, pengadu, Mohd. Saiful Bukhari sendiri yang membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar dan ini merupakan kes peribadi pemimpin berkenaan.

Sebagai bukti kata beliau, kerajaan tidak campur tangan dalam kes berkenaan walaupun perbicaraannya telah ditangguhkan beberapa kali atas permintaan barisan peguam yang mewakili Anwar.

"Mungkin Anwar menggunakan Branson untuk memberitahu dunia bahawa beliau telah dianiayai oleh kerajaan (UMNO) walaupun isu meliwat adalah kes peribadi beliau dengan Saiful," uajrnya.

Katanya, perbuatan Anwar itu bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau telah menjelajah dunia dan menggunakan media barat untuk mencemarkan imej negara disamping 'mempromosikan' isu liwat sebagai konspirasi untuk mematikan kerjaya politik beliau.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS

Posted: 27 Sep 2010 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Adun Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Al Islam Kampung Baru di ibunegara kira-kira jam 4,25 petang semalam.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkannya.

"Jenazahnya akan dibawa ke kampung halamannya di Gua Musang malam ini untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam twitter juga mengesahkan kematian Adun Galas tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu FMT, SPR akan abdulazizsprbermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi memutuskan tarikh pilihanraya kecil DUN Galas.

Beliau meramalkan pilihan raya kecil memandangkan tempoh masa dua pertiga daripada penggal pilihanraya umum lalu masih lagi belum berakhir.

"Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim .…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan.

Saya baru dapat tahu tentang kematian Che Hashim .…maknanya setakat ini saya masih belum terima laporan rasmi tentang kematian daripada pejabat DUN negeri Kelantan.

"Hanya jika selepas itu, pegawai SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi menentukan keputusan sebarang pilihan raya.

"Mengikut teknikal, tempoh dua pertiga itu berakhir antara Mac hingga Mei 2011, jadi masih ada masa untuk kita adakan pilihan raya kecil," katanya.

Che Hashim memenangi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN) dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman dari Umno.






YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH

Posted: 28 Sep 2010 12:28 AM PDT

Bersama isteri tercinta

memotong kek sempena majlis Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus

Isteru (berbaju hijau) melayan tetamu yang hadir.


Assalamualaikum.


Alhamdulillah saya bersyukur, pada 25 September lalu, majlis Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus telah diadakan dengan jayanya. Sebenarnya saya amat terharu dengan sambutan masyarakat terhadap majlis saya itu.


Kemeriahan itu dapat saya lihat apabila majlis seumpama itu telah dapat dijadikan sebagai tempat untuk kita semua bertemu bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai hal-hal semasa.


Jelas sekali, majlis Rumah Terbuka telah membawa kesan yang cukup besar kepada masyarakat setempat dan seharusnya menjadi aktiviti yang wajar diteruskan.


Dalam suasana kehidupan kita yang panas dengan isu-isu tertentu, majlis Rumah Terbuka telah menjadi sebahagian daripada kaedah untuk "meredakan" keadaan itu.


Jujurnya, saya begitu gembira dengan kehadiran anda semua ke majlis Rumah Terbuka saya baru-baru ini. Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis itu berlangsung.


Saya juga bersyukur apabila pada sebelah malamnya, di tempat yang sama diadakan majlis tahlil untuk arwah ayahanda saya, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad. Dalam diam, sudah 37 tahun Allahyarham yang juga bekas Menteri Besar Terengganu telah meninggalkan kita semua.

Semoga Allah s.w.t menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai.


Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-handai yang telah sudi hadir ke majlis ringkas itu.


Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak

Posted: 27 Sep 2010 06:31 PM PDT

Pengikut