PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
Posted: 27 Sep 2010 07:51 PM PDT
| ||||||||||||||||||
Posted: 27 Sep 2010 07:26 PM PDT | ||||||||||||||||||
PEMILIHAN 2010...SATU ANALISIS... Posted: 27 Sep 2010 07:14 PM PDT Memang benar selepas 166 cabang daripada 205 cabang bermesyuarat Azmin mendapat 78 pencalonan dan Zaid 29 pencalonan tetapi itu pencalonan, pengundian kita kira lain, sebab ada pencalonan dilakukan secara tidak telus dan penuh kontroversi. POSITIF. (SUMBER : MALAYSIA KINI)"Di samping itu, terdapat keghairahan luar biasa di kalangan anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti yang memperkenalkan sistem pemilihan langsung tahun ini,"Ditanya mengenai punca kekecohan itu beliau mendakwa bahawa terdapat perbuatan provokasi oleh kalangan tertentu dari bukan anggota parti yang mahu menimbulkan kekacauan dan memburukkan imej parti.Vandalisme, teknikal, 7 cabang PKR ditangguh Terlalu ramai ahli, Kapar, PJS tangguh pemilihan. NEGATIFJelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.Menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi PKR.Ahli-ahli semakin sedar bahawa Anwar dan Azmin adalah liabiliti bagi parti.PKR kini bukan lagi parti membela rakyat sebaliknya ia merupakan parti pengaut kekayaan dan kekuasaan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.'Tidak dinafikan kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada kekalahan calon-calon Anwar dan Azmin, tetapi sebab paling utama ialah kerakusan dan ketamakan mereka untuk merebut jawatan.'Ia juga berpunca daripada kegagalan Azmin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor mentadbir urus parti di peringkat negeri selain kegagalannya mendisiplinkan ahli parti,''
Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos. Sedangkan, katanya, ia melepasi tarikh akhir kelayakan - Jun - dan mendakwa pemindahan keahlian Lee itutidak mematuhi peraturan. Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru. Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi. Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini. Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat. Menurut beliau, pemilihan PKR kali ini bukan sahaja tidak demokratik malah langsung tidak mengikut undang-undang. Ahli PKR kini semakin meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azmin mengatur calon pilihan mereka pada pemilihan kali ini. Calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim sendiri bahawa parti itu sebenarnya belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution cuba menutup kelemahan dengan menyatakan apa yang berlaku kerana ada unsur luar cuba mensabotaj parti tersebut, ia boleh dianggap 'dijangkiti' sindrom penafian. JAWAPAN: ANASIR LUAR. Mesyuarat dan pemilihan PKR yang dikawal sepenuhnya oleh mekanisme parti itu tidak mungkin dengan mudah diceroboh oleh orang luar. Jadi telahan paling hampir anasir pengacau itu ialah orang PKR sendiri. Mungkin sikap agresif itu murni sebagai reaksi tidak puas hati dan protes ahli-ahli terhadap proses pemilihan. Insiden seperti ini bukan pertama kali berlaku melibatkan ahli-ahli parti ini. Mungkin juga mereka daripada kelompok penyokong calon tertentu yang tidak berpuas hati lantaran merasakan calon yang disokong bakal kalah. Atau ada ahli yang merasakan hak mereka diabaikan. Siapa pula kemungkinan anasir luar yang dianggap oleh kepimpinan PKR mahu mencemarkan imej parti? Ia mungkin orang upahan yang mempunyai kaitan dengan pimpinan PKR di cabang berkenaan. Mereka sengaja menimbulkan kekecohan sehingga memungkinkan mesyuarat ditangguhkan kerana peluang untuk menang yang tipis. Atau mungkin maksud anasir luar itu ialah orang upahan daripada parti lain? Manakah parti lain yang berminat dengan urusan dalaman PKR yang semakin ditinggalkan oleh ahli dan pemimpinnya? Atau ia hanya ilusi atau satu lagi teori konspirasi yang selalu ditiupkan oleh pemimpin tertinggi parti ini? Begitu sekali terdesaknya kepimpinan PKR untuk menonjolkan imej pelopor demokrasi yang serba bersih itu Isyarat-isyarat awal kekecohan akan melanda, apabila ada cabang-cabang diberi peringatan jangan mengundi calon tertentu. Pertembungan antara kumpulan yang benar-benar menyertai PKR demi untuk memperjuangkan nasib rakyat dan kumpulan yang masuk PKR semata-mata kepentingan peribadi.
Namun apa yang malangnya, ketika protes ahli-ahli PKR semakin jelas terhadap Anwar- Azmin sehingga mendorong kekecohan berlaku di sana sini,
Anwar yang juga Ketua Umum PKR lebih selesa untuk berada di Indonesia bagi memburuk-burukkan negara. Adalah sesuatu yang melucukan apabila Anwar bercakap soal memimpin negara sedangkan partinya sendiri berebut jawatan bagaikan dunia mahu kiamat. Kalaulah parti pun sudah tunggang terbalik dan penuh kacau bilau, bayangkan apa akan terjadi jika PKR memerintah? Ia sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah corak kepimpinan yang bakal dibawa oleh pemimpin dan ahli PKR. Bak kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya, begitulah juga PKR yang ditubuhkan pada tahun 1998 atas dasar kemarahan, kebencian dan kekecewaan akibat hilang kuasa. Perasaan berkenaan berterusan sehingga ke hari ini sehingga memungkinkan ahli-ahli parti itu bergaduh dan berperang sesama sendiri semata-mata untuk meraih kuasa dan kedudukan. Apakah golongan pemimpin dan ahli seperti ini yang mahu kita serahkan kuasa memimpin negara? Fikirkanlah. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan