Selasa, 28 September 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali desak kerajaan tegas tangani isu perkauman dan agama

Posted: 27 Sep 2010 10:55 PM PDT

SIKAP berlembut pihak berkuasa menangani isu perkauman dan agama terutama membabitkan penghinaan terhadap orang Melayu dan umat Islam dikhuatiri akan menimbulkan kesukaran kepada pemimpin UMNO di peringkat akar umbi untuk berhadapan dengan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, rakyat di bawah semakin lantang mempersoalkan sejauhmana ketegasan kerajaan menangani isu yang membabitkan sensiviti kaum yang sedang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

"Apabila kita turun ke bawah menemui rakyat, mereka bertanya kenapa kerajaan terlalu berlembut terhadap puak pelampau dan mereka yang sengaja mencetuskan api perkauman termasuk menghina kesucian agama Islam dan mempersoalkan ketuanan Melayu," tegasnya.

Beliau mengakui kesukaran itu dikhuatiri akan menghakis keyakinan dan sokongan orang Melayu kepada kerajaan yang didokong oleh UMNO dan akhirnya Melayu kehilangan kuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, sepertimana turut dibimbangi mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan terutama Kementeria Dalam Negeri (KDN) perlu lebih tegas dan jelaskan
secara terbuka kepada rakyat berhubung apa jua tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk kepentingan politik.

Sebagai contohnya kata beliau, pelbagai bentuk cacian dan penghinaan telah dilemparkan terhadap pemimpin Islam termasuk Dr. Mahathir menerusi laman-laman internet dan facebook dengan karikatur yang mengaibkan.

Dalam isu terbaru jelas beliau, KDN juga masih belum bertindak keatas seorang paderi Kristian, Benjamin Stephen yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini dan ucapan tersebut dipercayai sudah tersebar luas menerusi klip video laman web youtube.
Beliau berkata, tindakan paderi berkenaan amat serius kerana sengaja menghina dan memperlekehkan agama Islam dan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Katanya, walaupun KDN sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes paderi berkenaan, tetapi tindakannya perlu disegerakan tanpa ada unsur-unsur kepentingan politik.

Beberapa akhbar semalam telah melaporkan pendedahan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen mengenai seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Menurut Syed Ali lagi, kes mencerca dan menghina kesucian agama Islam, kemuliaan Nabi Muhamamd s.a.w. dan mencemarkan surau dan masjid dengan pelbagai bahan najis bukan perkara baru malah sudah beberapa kali berlaku.

Bagaimanapun jelas beliau, daripada maklumbalas yang diperolehi, rata-rata orang Melayu berasa terkilan dan kecewa kerana mereka yang melakukan dan mendalangi perbuatan tersebut tidak dikenakan hukuman yang setimpal.

Beliau menyebut contoh betapa kecewanya orang Melayu apabila kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Wee Meng Chee atau "Namewee" yang telah menghasilkan klip-klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Katanya, ini adalah perbuatan melampau kali kedua dilakukan pemuda tersebut selepas menghasilkan klip video 'negaraku' tetapi tidak mendapat hukuman sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukannya.

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya dengan sikap seorang jutawan tersohor dunia daripada United Kingdom (UK), Sir Richard Branson yang secara terbuka meminta Perdana Menteri campur tangan menggugurkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohd. Saiful Bukhari.

"Kenyataan Branson itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati Datuk Seri Mohd. Najib dan sengaja untuk campur tangan dalam sistem perundangan negara ini terutama membabitkan kes liwat Anwar," tegasnya.

Branson kata beliau, sepatutnya apabila berada di negara ini atas sifatnya sebagai tokoh perniagaan hendaklah berperangai baik dan menghormati negara ini, bukannya bersikap kurang ajar, biadab dan berlagak seperti penjajah.

Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa kes liwat Anwar tidak ada kena-mengenai dengan kerajaan dan pemimpin UMNO, sebaliknya Anwar diheret ke mahkamah kerana dakwaan yang dibuat oleh pengadu kes tesrebut, Mohd. Saiful Bukhari yang beliau telah diliwat.
Syed Ali tidak menolak kemungkinan ianya telah diatur oleh Anwar supaya pihak asing campur tangan dalam kes beliau, sepertimana rekod beliau ketika berada di dalam kerajaan yang suka campurtangan dalam pelbagai aspek pentadbiran demi untuk kepentingan peribadi.
"Semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar adalah orang yang dikatakan bertanggungjawab merancang pelbagai konspirasi, nepotisma, kronisma, fitnah, korupsi dan bersifat dikatator dalam kepimpinannya," tegas beliau lagi.

‘Sumbat paderi hina Islam di bawah ISA’ – Syed Mehdhar

Posted: 27 Sep 2010 09:15 PM PDT

KERAJAAN didesak mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap paderi Kristian yang dikatakan menghina agama Islam disebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

"Paderi berkenaan sengaja menghina kesucian agama dan umat Islam di negara ini. Perbuatan itu amat serius dan wajar beliau disumbatkan di bawah ISA," tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menyiasat pita rakaman ucapan tersebut dan tidak teragak-agak untuk bertindak menggunakan undang-undang sedia ada terhadap paderi berkenaan.

Menurutnya, pederi berkenaan telah melakukan kesalahan yang amat besar kerana menghina Islam di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

"KDN tidak perlu berikan pelbagai alasan atau jawapan meragukan, perbuatan itu sudah jelas mencabar dan menghina kebenaran ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata, jika kerajaan tegas memerangi gerakan pelampau Islam seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI), maka mereka yang menghina Islam juga menyamai kumpulan berkenaan.

Katanya, tidak ada bezanya kumpulan pelampau agama dengan mereka yang ada di negara ini yang sengaja mencetuskan api perkauman dan agama termasuk seperti dilakukan oleh paderi berkenaan.

"Kita mengaku Islam adalah agama rasmi Malaysia, maka tidak ada sebab KDN masih lagi mahu melakukan pemantauan terhadap pihak yang menghina Islam," ujarnya.

Syed Mehdhar yang juga Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberitahu, ketika zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, mereka yang menghina (memerangi Islam) maka kumpulan itu akan diperangi habis-habisan oleh umat Islam.

"Tetapi oleh kerana sekarang ini kita mempunyai undang-undang, maka sewajarnya paderi berkenaan segera di tahan di bawah ISA," katanya.

Mengulas kenyataan jutawan dan usahawan terkemuka dunia, Sir Richard Branson yang mahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, beliau berkata perbuatan itu merupakan campurtangan pihak luar dalam proses perundangan di negara ini.

Katanya, walaupun Branson berhak untuk menyatakan pandangannya, tetapi beliau masih jahil dengan latar belakang isu liwat Anwar.

"Tidak ada sebab untuk Branson mendesak kerajaan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes liwat Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu," katanya.

Sebaliknya kata beliau, pengadu, Mohd. Saiful Bukhari sendiri yang membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar dan ini merupakan kes peribadi pemimpin berkenaan.

Sebagai bukti kata beliau, kerajaan tidak campur tangan dalam kes berkenaan walaupun perbicaraannya telah ditangguhkan beberapa kali atas permintaan barisan peguam yang mewakili Anwar.

"Mungkin Anwar menggunakan Branson untuk memberitahu dunia bahawa beliau telah dianiayai oleh kerajaan (UMNO) walaupun isu meliwat adalah kes peribadi beliau dengan Saiful," uajrnya.

Katanya, perbuatan Anwar itu bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau telah menjelajah dunia dan menggunakan media barat untuk mencemarkan imej negara disamping 'mempromosikan' isu liwat sebagai konspirasi untuk mematikan kerjaya politik beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut