Selasa, 28 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Guan Eng Tersimpul Lidah

Posted: 28 Sep 2010 09:54 PM PDT


Jangan Hina Fakir Miskin Pulau Pinang?


1. Guan Eng wajar menerima hakikat bahawa rakyat semakin menyedari bahawa perjuangan membela nasib mereka tidak lagi boleh dinilai berlandaskan slogan-slogan yang sekadar sedap didengar sebaliknya diukur berlandaskan amalan dan tindakan.

2. Rakyat mula bertanya inikah pemimpin yang begitu megah memperjuangkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya? Orang juga mempersoalkan kredibiliti Guan Eng di sebalik ungkapan-ungkapan amar makruf nahi mungkar yang sering dilaung-laungkan

3. Peliknya, kerajaan negeri begitu 'mulia' apabila menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum ini, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian - malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya.

4. Guan Eng bertegas menyatakan wang yang diagihkan bagi program kebajikan di negeri ini adalah hasil penjimatan poket kerajaan negeri, bagaimana pula timbul soal kerajaan negeri mendapat dana daripada pihak lain?

5. Pendedahan sepucuk surat mengenai penerimaan wang RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang baru-baru ini ternyata memberi tamparan cukup hebat kepada kepimpinan Guan Eng yang berulang kali menafikannya.

6. Kredibiliti Guan Eng semakin tercalar kesan daripada beberapa penafian sebelum ini yang akhirnya terbongkar menjadi pembohongan.

7. Rakyat Pulau Pinang juga tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan ada mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus sehinggalah perkara itu didedahkan secara meluas di Internet

8. Guan Eng bersungguh- sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa dana yang diperuntukkan bagi program kebajikan di negeri itu adalah hasil dasar berjimat-cermat yang diamalkan pentadbirannya.

9. Kalau benar dana judi ini diasingkan, kita minta tunjuk statistik jumlah keseluruhan bagi program basmi kemiskinan, isytihar berapa dana daripada sumber judi dan dari mana pula sumber dana yang diagihkan untuk orang Islam.


10 . Kalau dulu isu judi bolesepak bukan main melenting PAS berjuang di pentas ceramah, hari ini Kerajaan Pulau pinang memberi duit judi untuk membantu fakir miskin kenapa sunyi sepi?.

11. Apakah pendirian PAS dalam hal ini? Apakah akan ada fatwa baru yang akan menghalalkan judi pulak selepas ini?. Mentakbir sebuah negeri bukanlah mudah seperti berceramah di pentas parti.

Wasalam

Kak Midah
Ipoh

Tiada ulasan:

Pengikut