Apo Kono Eh Jang! |
Kekecohan Pemilihan PKR, Pembaharuan Yang Tidak Menjadi Posted: 29 Sep 2010 03:03 AM PDT Diwar-warkan bahawa pemilihan PKR 2010 bakal mencatat sejarah, pemilihan yang terbaik, demokrasi subur dan entah apa lagi yang digebang sesama mereka. Kita yang diuar ini menanti saja akan kebenaran laungan-laungan ini semua sebab tak payah pemilihan pun kita tahu siapa yang akan jadi Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Dengan ada jawatan ini semua pun, kita dah tahu dah siapa sebenarnya yang memegang kuasa mutlak dalam PKR. Jadi bukan keputusan itu yang penting, sebaliknya warna warninya itu yang ditunggu-tunggu sangat. Hanya orang PKR saja yang masih bercakap dalam mimpi soal demokrasi, nak sangat percaya PKR itu memperjuangkan keadilan. Sampaikan berbuih mulut Anwar kata taknak jadi Presiden pun, masih ada cabang yang terus calonkannya lagi, memang kelakar. Seperti yang dijangka, kerusi terbang, kertas undi kena buang, pergaduhan guna samseng, itu adalah antara senario yang mewarnai pemilihan PKR 2010. Ada beberapa persidangan yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan yang tidak boleh dikawal dan polis terpaksa dipanggil. Ulang sekali lagi, polis terpaksa dipanggil, dia tak panggil Unit Amal atau kedutaan Turki, tapi polis. Betullah muka pemimpin PKR ni muka sardin, depa dok hentam polis kiri kanan depan belakang dengan pelbagai dakyah dan fitnah, bila berlaku huru hara dalam parti mereka, polis juga yang diharapkan untuk mengembalikan keamanan. Balik pada cerita pemilihan tadi. Cerita kertas undi tidak cukup, dimanipulasi dan sebagainya ini memang biasa kita dengar keluar dari mulut pemimpin PKR setiap kali mereka kalah dalam pilihanraya. Hak yang dia menang itu, dia tidak cakap apa walaupun proses pengundian dikendalikan pihak yang sama. Pelik atau memang Allah swt nak tunjuk kepada PKR, isu sama juga yang dihadapi dalam pemilihan PKR 2010, dan kali ini tiada pun SPR yang terlibat, sebaliknya diurus oleh Jawatankuaa Pemilihan parti mereka sendiri. Konon pemilihan kali ini yang bakal mencatat sejarah kerana adanya proses pemilihan terus oleh ahli yang bakal jadi ikutan semua parti politik di Malaysia serta bukti demokrasi sebenar, hanya indah khabar dari rupa. Kekecohan banyak dilapurkan berlaku di Selangor iaitu negeri dimana pemimpin PKR menjadi MBnya. Kita yakin, semua kekecohan ini adalah kerana masing-masing terlalu ingin merebut jawatan supaya dengan jawatan itu nanti, akan adalah habuan dari kerajaan negeri yang akan diberikan kepada mereka atas kapasiti sebagai pemimpin cabang, kurang-kurang pun Ahli Majlis. Pendek kata, ini bukan sebab perjuangan parti, tapi perjuangan individu. Masing-masing nak jawatan parti untuk balasan lain daripada kerajaan negeri. Dulu UMNO sering dituduh sedemikian, sekarang ambik balik bahagian. Bayangkanlah pula kalau PKR memerintah beberapa negeri yang lain, tentu meriah negara ini dengan kerusi terbang setiap kali ada pemilihan PKR ye! Macam mana nak suburkan demokrasi dalam PKR kalau semua perkara pun ditentukan satu orang manusia bernama Anwar Ibrahim? Presiden mesti isterinya, Timbalan Presiden, penyokong setianya, Naib Presiden, anaknya, semua ini dah jelas walaupun sebelum pemilihan berlangsung lagi pun. Ini betul-betul kerja sia-sia, takde lain tujuan melainkan nak mengaburi mata rakyat bahawa PKR tidak jauh bezanya dengan parti politik lain dalam Malaysia walaupun hakikatnya tidak begitu. Tapi dalam berlaku kekecohan ini, pemimpin PKR seperti Saifudin Nasution tidak mahu melihat masalah yang berlaku disebabkan oleh kelemahannya sendiri sebagai Setiausaha Agung parti. Sebaliknya Saifudin Nasution menganggap kejadian yang berlaku ini adalah disebabkan oleh provokator daripada luar bagi mendatangkan imej buruk kepada PKR. Itu nak tuduh UMNOlah tu, takdelah cerita lain. Dah faham sangat dah dengan PKR, sendiri yang berlubang di sana sini, tetap orang lain jugak yang dicari untuk dipersalahkan. Itu hari, cabang-cabang yang calon Anwar sebagai Presiden, UMNO juga yang dikaitkan. Jenis apa lah manusia macam Saifuddin ni yang setakat ini gagal menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung PKR yang baru menggantikan Datuk Salehuddin yang kini berubah kapal dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional pula. Beberapa pemilihan PKR sebelum ini tidak ada pun berlaku kekecohan seperti mana yang berlaku sekarang, menunjukkan kegagalan Saifuddin sebagai Setiausaha Agung menjalankan tugasnya dan toksahla membuat rumusan mudah dengan menyalahkan orang lain sedangkan masalah itu datang dari dalam PKR sendiri! Kita cabar Saifuddin, namakan pihak mana yang terlibat mencetus kekecohan itu dan buat lapuran polis, itu pun kalau berani. Sehingga itu, Saifuddin perlu bertanggungjawab atas kekecohan yang berlaku sepanjang pemilihan tahun ini, dan biasanya untuk kegagalan yang sedemikian, tiadalah penyelesaian lain melainkan dengan meletakkan jawatan secara bermaruah, itupun kalau ada maruah. Ada berani ka? Ini baru pemilihan peringkat Cabang ya tuan-tuan, tunggulah nanti bulan November bila berlaku pemilihan peringkat nasional pulak. Ntah apa pulak lagi yang bakal terbang melayang. (Oleh: Adamyan) |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan