RASIS : ANTARA REALITI DAN PERSEPSI. Posted: 29 Sep 2010 08:08 AM PDT 随着媒体揭发国家干训局副总监哈敏胡先(Hamim Husin)发表种族性言论,内阁今日指示政府首席秘书西迪哈山彻查此事。
内阁深感失望遗憾 人力资源部长苏巴马廉(右图)今午出席内阁会议后,向媒体转述内阁这项决定。
根据《马新社》报道,苏巴马廉表示,内阁对于哈敏胡先被指发表种族性言论,深表失望及遗憾。
"内阁指示西迪哈山彻查此事是否属实,我们现在只有一个网站的报道,声称干训局副总监发表种族性言论,这还不足以让当局采取行动对付他。"
指华人是"丹凤眼" 哈敏胡先是被指在巫统女青年团闭门会议中发表种族歧视言论,称呼华人是"丹凤眼"(si sepet),而印度人则是"酒徒"(si botol),结果掀起朝野讨伐。
除了在野党竞相发表文告抨击干训局外,就连马华、民政与印度国大党等国阵成员党,都促请政府全面检讨国家干训局课程,并对付哈敏胡先。
马华总会长蔡细历昨日即说,任何人发出极端的种族与宗教言论,就应该受到国家法律的对付,包括哈敏胡先与之前发表"回中国论"的两名校长都不能例外。
他表示,如哈敏胡先之辈,显然不知道到底是人 民投票决定谁是政府的事实。
| rasis | Sejarah | | | | Orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung pendukung utama kepada bangsa-bangsa lain di dunia. |
penganut faham rasisme atau rasis. Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. " RASISME adalah kepercayaan dan manifestasinya dalam bentuk tindakan seperti perkataan, penulisan, prinsip, perbuatan dan budaya yang tidak adil oleh suatu bangsa terhadap bangsa lain yang tinggal di dalam satu daerah atau kawasan yang sama. Tindakan tidak adil termasuklah MENGHINA, MENCACI, MEMALUKAN, MENGABAIKAN, MEMINGGIRKAN, MERUGIKAN, MEROSAKKAN dan MENYAKITKAN. Tindakan tidak adil tersebut dilakukan samada bersendirian atau secara kumpulan. Tindakan tersebut mendapat keredaan budaya setempat dan tiada tindakan serius untuk menghentikannya." Siapa sebenarnya yang rasis?- UM 07/09/2008
| Orang melayu bersikap toleransi demi keamanan dan kestabilan negara. |
"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.
Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang.
Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah.
Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.
Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka.
Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?
Isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai "pendatang" memberi peluang terbaru untuk melabelkan orang Melayu sebagai rasis. Ahmad Ismail "diserang" bertalu-talu oleh parti Gerakan, sebuah parti yang duduk bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN).
Gerakan yakni orang Cina menuntut Ahmad Ismail meminta maaf kerana menganggap orang Cina sebagai pendatang. Gerakan melabelkan Ahmad Ismail sebagai rasis dan kecinaan Gerakan pun semakin terserlah apabila mahu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN. Label rasis begitu mudah digunakan untuk merujuk tindak tanduk orang Melayu yang menyebut asal usul orang Cina di negara ini. Padahal dalam konteks sejarah apa yang disebut oleh Ahmad Ismail itu memang tertulis kebenarannya.
Dalam sebuah kampung yang dihuni oleh orang Melayu bukanlah suatu fenomena yang luar biasa kalau ada sebuah kedai runcit Cina yang begitu maju perniagaannya. Siapakah yang memajukan perniagaan kedai runcit ini kalau bukan semua orang Melayu di kampung berkenaan? Kalau benar orang Melayu mengamalkan racisme, percayalah tidak ada kedai India atau Cina di kampung-kampung Melayu. Orang Melayu tidak ada masalah untuk berurusan jual beli di kedai milik Cina dan sikap ini bukan dibuat-buat sebaliknya memang menjadi amalan sejak dulu lagi.
Sikap terbuka
Di pekan atau bandar-bandar pula, sebahagian besar kedai dimiliki oleh orang Cina dan segelintir saja dimiliki orang Melayu. Orang Cina tidak pergi ke kedai orang Melayu seperti orang Melayu berduyun-duyun ke kedai Cina. Malah sikap terbuka orang Melayu ini juga banyak membunuh perniagaan orang Melayu di pekan dan bandar-bandar besar apabila orang Melayu pilih kedai Cina dan orang Cina pilih kedai kaumnya. Itu pun orang Melayu tetap dianggap kaum yang mengamalkan racisme terhadap kaum lain.
Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan.
Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.
Isu Ketua UMNO Bukit Bendera ini perlu dijadikan titik penting untuk orang Melayu bangun menangkis sikap honar sesetengah pihak yang membakar api kaum di negara ini. Tentu banyak yang masih ingat kenyataan seorang anggota Gerakan ketika Hindraf melancarkan demonstrasi besar-besaran di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dulu.
Katanya, memang benar dasar UMNO menjadikan orang India di negara ini hidup terpinggir. UMNO itu Melayu dan menuduh dasar UMNO dengan sendirinya mengaitkan kononnya amalan rasis dilakukan oleh orang Melayu ke atas orang India di negara ini. Malangnya UMNO tidak agresif seperti yang dilakukan
Gerakan dalam isu Ahmad Ismail. Ini satu kegagalan UMNO menangani isu yang dijuruskan kepada rasis. Tolong tanya kepada Gerakan, apakah tindakan yang diambil ke atas anggota Gerakan berkenaan yang bukan saja bertentangan dengan amalan Barisan Nasional tetapi lebih bahaya lagi menyalakan api rasis antara Melayu dengan India.
Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis.
Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO.
Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis? MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India.
Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis.
Toleransi
Di Selangor pula misalnya terdapat 700,000 orang beragama Hindu tetapi mereka mempunyai lebih 1,000 buah kuil. Padahal orang Islam di Selangor berjumlah empat juta orang tetapi hanya mempunyai 380 buah masjid. Sekiranya orang Melayu rasis, sudah tentu di Selangor tidak akan ada 700 kuil kalau melihat nisbah dengan jumlah masjid dan orang Islam. Semua ini berjalan lancar kerana toleransi orang Melayu yang faham peri pentingnya agama lain kepada kaum lain.
Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.
Toleransi orang Melayu sebenarnya hingga ke peringkat memakan diri. Semua ini tentunya dilakukan demi keamanan dan kestabilan politik di negara yang dihuni oleh pelbagai kaum ini. Apa lagi yang perlu orang Melayu korbankan supaya tidak dianggap rasis oleh orang bukan Melayu? Hinggakan menghunus keris yang menjadi salah satu daripada resam budaya Melayu tidak boleh dilakukan kerana orang Cina mentafsirkan keris itu melambangkan keganasan. Dalam budaya Melayu menghunus keris tidak ada kena mengena dengan mengamuk atau rasis terhadap kaum lain. Maka berkorbanlah orang Melayu memohon maaf kerana menghunus keris. Sebenarnya cerita tentang keris ini sangat sukar dipercayai tetapi begitulah realitinya yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu bagi menjaga keharmonian hidup di negara ini.
Kaum lain kena ingat, orang Melayu adalah manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang sama dengan orang lain. Sekiranya terlalu banyak provokasi yang melabelkan Melayu seolah-olah kaum yang rasis, sudah tentu suatu perasaan yang tidak baik wujud di antara pelbagai kaum di negara ini. Orang Melayu sebenarnya sangat terbuka. Lihatlah apabila ada anak muda Melayu yang membakar bendera Jalur Gemilang dalam kejadian di Batu Buruk, Terengganu, anak-anak muda itu menerima hukuman dan orang Melayu menerima dengan hati terbuka.
Tetapi hati mereka remuk apabila seorang remaja Cina yang berada di luar negara menghina lagu Negaraku dengan mengubah lirik yang membawa maksud buruk tidak dikenakan apa-apa tindakan. Anak muda Melayu membakar Jalur Gemilang hanya disaksikan segelintir penduduk di Batu Buruk, tetapi lirik lagu Negaraku yang diubah dapat diakses di seluruh dunia menerusi Internet. MCA dan Gerakan juga mengkritik tindakan yang paling tidak patriotik itu tetapi nadanya sangat lembut dan akhirnya isu itu selesai tanpa penyudah.
Maka kepada isu Ahmad Ismail di Bukit Bendera, ketegasan untuk tidak memohon maaf perlu dihormati serta difahami oleh Gerakan. Hanya baru sekali ini orang Melayu bertegas, selepas banyak kali orang Melayu mengorbankan perasaan mereka untuk menjaga hati kaum lain. Kenyataan bahawa kedudukan kaum lain tidak sama dengan bumiputera di negara ini bukanlah luar biasa. Malah dalam Perlembagaan juga ada peruntukkan tertentu yang tidak diberikan kepada kaum lain. Mempertikaikan kenyataan Ahmad Ismail sama dengan mempertikaikan Perlembagaan.
Adakah Gerakan cukup besar untuk mempertikaikan Perlembagaan? Sebaliknya Gerakan yang kelihatan sangat rasis apabila tidak melihat kenyataan Ahmad Ismail dalam konteks yang menyeluruh. Gerakan sengaja memetik frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan seluruh kenyataan itu menjurus kepada rasis. Sebenarnya ini adalah satu contoh tindakan yang rasis.
RENCANA ARKIB : 03/09/2008
Melayu bukan bangsa rasisOleh Dr. Hassan Ahmad KALAU ada orang di Malaysia yang menuduh orang Melayu sebagai bangsa rasis, saya kira ini tuduhan melulu dan sama sekali tidak benar. Kalau ada dua tiga orang politik Melayu, baik dari UM- NO mahu pun mana-mana pihak yang lain dicabar oleh orang bukan Melayu kerana membuat kenyataan yang dianggap bersifat 'rasis', maka orang itulah yang salah, bukan bangsa Melayu. Mereka tidak mewakili watak Melayu yang benar.
Saya bersetuju dan menyokong pandangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa orang Melayu tidak pernah rasis ketika beliau berucap merasmikan Forum Sambutan Merdeka - Pelaksanaan Undang- Undang Fasal 152 dan 153 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu.
Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bang- sa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'. Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga agama yang sama.
Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak nenek moyang mereka. Tetapi sifat rasis bukan begitu. Sifat rasis atau rasisme wujud dalam minda dan sanubari sesuatu bangsa kerana mempercayai bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih, bangsa yang 'murni', yang tidak sama dengan bangsa lain.
Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama 'eksklusif'; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka.
Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain.
Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi. Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna 'pemusnahan' atau 'rusuhan', khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi, seperti yang tersebut tadi.
Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai 'dunia yang maju', perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan 'Swastika' di Jerman yang berikrar dengan sumpah 'Hai Hitler' apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya.
Di Britain ada kumpulan rasis seperti 'Skinheads' yang membenci kaum 'kulit hitam', kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti 'Klu Klux Klan' yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika. Di Australia pernah ada 'dasar kulit putih' atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini.
Tetapi sepanjang sejarah bangsa Melayu di Tanah Melayu atau di rantau Melayu ini, sejak dari zaman Melaka diserang oleh bangsa Portugis dan sejak mencurah-curahnya masuk pendatang dari Cina dan India dan juga dari kawasan lain di Asia, tidak pernah berlaku apa-apa serangan secara teratur, secara berkumpulan, terhadap kaum-kaum bukan Melayu itu. Tidak pernah wujud kumpulan rasis atau nasionalis ultra Melayu yang membenci kaum bukan Melayu.
Tidak ada pogrom, tidak ada 'swastika', tidak ada 'skinheads' dan tidak ada 'klu klux klan' di Tanah Melayu. Kalau pun pernah berlaku peristiwa 'pergaduhan kaum' antara orang Melayu dengan kaum lain, terus terang saya katakan (ini kebenaran, bukan ciptaan saya) bahawa yang memulakannya bukan orang Melayu tetapi ialah kaum pendatang atau kaum bukan Melayu.
Contoh yang terkenal ialah peristiwa gerombolan Bintang Tiga yang mengganas terhadap orang Melayu dalam percubaan mereka untuk merampas kuasa Tanah Melayu setelah askar-askar Jepun kalah dan sebelum British sempat kembali ke Tanah Melayu untuk meneruskan pemerintahannya.
Apabila askar-askar Bintang Tiga itu bermaharajalela melakukan keganasannya terhadap orang Melayu, misalnya di Johor, barulah orang Melayu bertindak balas menentang keganasan itu. Maka berlakulah apa yang dikatakan 'pergaduhan kaum'.
ToleransOrang Melayu dikatakan terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, bangsa yang sangat tolerans terhadap kaum lain, bangsa yang sangat suka bertolak ansur, sehingga diam tidak diam banyak hak mereka di negara ini jatuh ke tangan orang lain.
Hari ini politik perkaumanlah yang banyak merosakkan budaya dan kelakuan bangsa kita. Apabila orang Melayu bersuara untuk mempertahankan hak dan warisan mereka di negara ini mereka dianggap 'rasis' atau 'perkauman'. Segala dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka, misalnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, semuanya sering dikritik sebagai dasar pro- Melayu dan antikaum lain. Padahal faedah semua dasar ini tidaklah dibolot oleh orang Melayu sahaja tetapi sebahagian besarnya pergi kepada orang bukan Melayu juga.
Hari ini kaum yang tidak habis-habis membahaskan tentang masalah mereka ialah orang Melayu. Mereka berkata, bahasa Melayu makin tidak penting lagi di negara ini, ekonomi orang Melayu makin tidak setara dengan kemajuan ekonomi kaum lain, kemiskinan di kalangan orang Melayu makin merebak
Kalau hanya satu kaum sahaja yang memonopoli ekonomi negara atau maju dalam bidang pendidikan, meminggirkan kaum lain, maka itu bererti pembangunan negara tidak adil kepada kaum yang terpinggir itu, tidak kira apakah kaumnya. Maka kerajaan wajib memastikan bahawa jurang itu tidak berterusan sehingga akhirnya boleh menjadi punca berlakunya pergaduhan kaum atau menimbulkan pelbagai masalah dan krisis sosial yang rumit. Itulah tujuan dasar-dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka itu. Tujuannya bukan untuk menguntungkan mana-mana kaum dan merugikan mana-mana kaum lain. Inilah matlamat yang patut difahami oleh semua rakyat. Semangat tolak ansur, toleransi, faham memahami antara kaum mesti diamalkan oleh semua kaum, tidak hanya satu-satu kaum sahaja.
Kalau ada orang Melayu atau orang Cina atau India di Malaysia yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kemarahan satu kaum kerana menghina kaum itu, jangan kita jadikan itu sebagai isu besar sehingga boleh merebak menjadi api yang boleh membakar perasaan lebih banyak rakyat yang selama ini sangat memahami dan toleran terhadap keadaan, masalah dan keperluan kaum masing-masing.
Kesimpulannya, di Malaysia, sejak mer- deka, tidak ada dasar negara yang dengan mudah sahaja boleh kita tuduh sebagai dasar rasis. Nah, kalau masih ada orang atau pihak atau kaum tertentu yang tidak berhenti-henti menuduh, berdasarkan sentimen perkauman, bahawa dasar-dasar itu rasis, perkauman, pro-Melayu dan anti bukan Melayu, ini boleh menimbulkan sentimen perkauman yang lebih merebak lagi, daripada seorang atau dua orang sahaja yang mengeluarkan kata- kata yang dianggap oleh orang daripada kaum lain sebagai 'rasis'. Orang Melayu dan orang bukan Melayu yang tidak rasis akhirnya akan terpengaruh dengan debat atau tuduhan itu lalu mereka akan terdorong untuk menyebelahi pihak yang dituduh dan pihak yang menuduh.
Itulah, jangan jadikan isu yang kecil itu iaitu isu yang bersifat peribadi orang berkenaan, sebagai isu negara, isu seluruh rakyat. Carilah cara yang sebaik- baiknya untuk memadamkan api yang kecil itu supaya ia tidak merebak membakar seluruh perasaan rakyat.
|
|
AMK MUAR BERGOLAK!!!!!!!!!!!!!!! Posted: 28 Sep 2010 11:07 PM PDT Published: Saturday March 27, 2010 MYT 7:07:00 PM 50 PKR members quit, move to Umno By FARIK ZOLKEPLI
MUAR: A total of 50 members from Muar PKR division resigned and joined UMNO.
Muar PKR Youth vice chief Razali Jaafar, who represented the defecting members, handed their Umno membership forms to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin here on Saturday after the grand 'nasi ambang' ceremony in Kampung Parit Tengah.
Also present was Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Gempar : Giliran ahli AMK Muar pula keluar PKR!!! (updated) pada 3/27/2010 11:22:00 PM Dicatat oleh Aspirasi
Tamparan buat PKR... kini PKR Muar pula tempang.. Sedang PKR nak hadapi Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor!!!
Mengetuai beberapa ahli AMK Muar, Razali Jaafar telah keluar bersama 50 ahli dari Parti Kelantong Rakyat (PKR) dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO di Kg Parit Tengah, Muar..
Semakin ramai ahli PKR yang keluar Parti menunjukkan ketidak yakinan mereka kepada kepimpinan PKR khasnya ANUwar ALjuburi yang mempunyai masalah moral dan juga benka DAP dan Yahudi!!!
PKR bukanlah parti perjuangan.. banyak kurap terselindung oleh pemimpin PKR.. oleh itu kurap-kurap ini perlu didedahkan supaya rakyat kenal dengan jelas siapa itu Aljuburi dan Parti Kelentong Rakyat!!
PKR adalah parti memperjuangkan individu tertentu semata-mata, dalam kes Liwat Aljuburi.. kita lihat bagaimana ALjuburi 'melobi' rakan mereka di peringkat antarabangsa supaya kes ini digugurkan kerajaan.. Siapakah rakan Aljuburi ini, Michael Danby seorang yang pro GAY.. jadi tidak pelik dia mempertahankan Aljuburi kerana mereka sama 'jenis'...
Mereka mendesak kerajaan Malaysia supaya gugurkan kes liwat sedangkan kesnya ialah antara Saiful yang diliwat oleh Aljuburi.. Saiful yang buat laporan polis.. fakta kes liwat ini bukanlah antara Kerajaan Malaysia diliwat ANuwar.... tetapi saiful.. mereka patut minta saiful gugurkan kes.. kenapa minta kerajaan Malaysia yang tiada kena mengena...
PKR adalah mengenai Aljuburi.. dulu kini dan selamanya.. itulah perjuangan PKR.. jika rakyat faham apakah PKR mereka akan sedar bahawa PKR hanya memperbodohkan rakyat Malaysia yang kononnya berjuang atas dasar keadilan...
Jadi bila anda mahu keluar dari PKR!!!
keluar sekarang sebelum ter'liwat'!!
JAWAPAN AMK MUAR....
ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR menafikan dan mengutuk sekeras – kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK MUAR. Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK MUAR yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak dan bacul UMNO / Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami.
Hanya 3 orang anggota AMK MUAR yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar – gemburkan oleh media iaitu Razali Bin Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta dan pembeli – pembeli tertipu sebagai "Zali Allright" atau "Zali Confirm", Bekas Naib Ketua 1 AMK MUAR dan 2 lagi anggota.
Daripada sumber – sumber yang dekat dengan Saudara Razali Jaafar mengesahkan bahawa 50 orang lagi itu adalah merupakan ahli baru UMNO dan bukannya anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG MUAR. Juga, Saudara Razali ini memang telahpun giat mengedar borang keahlian UMNO kepada penduduk sekitar yang bukan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mahupun AMK MUAR. Ini adalah merupakan satu bentuk pembohongan dan publisiti murahan UMNO / Barisan Nasional Muar. AMK MUAR dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk memberikan bukti atau Nombor Keahlian 50 orang ini. Jangan hanya bercakap tanpa di iringi bukti sahih.
Saudara Razali Bin Jaafar bukanlah anggota yang aktif. Juga, beliau bukanlah seorang Naib Ketua yang baik dan bertanggungjawab malahan kehadiran beliau ke majlis – majlis atau program – program anjuran parti atau AMK MUAR juga boleh dihitung. Ramai anggota AMK MUAR dan PKR Cabang Muar tidak mengenali beliau. Jadi, mana mungkin AMK MUAR menjadi tempang tau lumpuh oleh kerana pembelotan 3 orang anggota yang tidak pernah aktif, tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dan berjuang untuk parti dan rakyat.
ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak sesekali terjejas dengan perbuatan tidak bermaruah 3 orang katak ini sebaliknya AMK MUAR semakin kukuh dan mantap oleh kerana berlakunya proses pemutihan keanggotaan yang sedang berlaku di dalam kepimpinan dan keanggotaan AMK MUAR.
Ini merupakan usaha terdesak UMNO/Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Sewaktu mereka semakin ditolak rakyat, AMK MUAR telah pun menjadi pemangkin wadah perjuangan rakyat yang menjadi harapan masyarakat Muar. Juga, ini adalah bukti ataupun dalil bahawa ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR semakin digeruni UMNO/Barisan Nasional Muar. Walaupun jumlah anggota kami tidak seramai mereka, tetapi usaha dan suara kami benar – benar menyusahkan mereka. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini adalah langkah – langkah dan usaha berterusan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR telah menjadi igauan ngeri UMNO/Barisan Nasional Muar, Muhyiddin Yassin dan Razali Ibrahim.
Ini juga membuktikan mereka telah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kemaraan ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang semakin diterima oleh rakyat Muar tidak kira golongan muda ataupun veteran sehingga mewajarkan tindakan bebal membeli 3 anggota AMK MUAR yang bermasalah, tiada kredibiliti, lemah semangat perjuangan dan ditolak oleh AMK MUAR dan rakyat Muar.
Jadi, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR sekali lagi dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk membuktikan bahawa 50 orang yang didakwa anggota AMK MUAR itu sememangnya anggota berdaftar. Sila serahkan nombor keahlian mereka. UMNO/Barisan Nasional Muar, kalau benar mahu bertempur, bertempur seperti pejuang sejati bukan dengan gaya sumbang dan lembik seperti ini.
Di kesempatan ini juga, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR mengecam dan membidas usaha – usaha beberapa pihak untuk menghalang dan mengagalkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar daripada diadakan pada 27 Mac 2010 dengan mensabotaj dan memulangkan semula notis Jemputan Mesyuarat pada hari Jumaat yang lepas. Ini sekaligus membuktikan betapa keupayaan PKR MUAR dalam meraih restu dan sokongan masyarakat Muar. Juga, ini merupakan petanda jelas betapa tempoh hayat UMNO/Barisan Nasional untuk menguasai kerusi Parlimen P146 Muar semakin pendek dan malap.
ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR dengan ini menegaskan bahawa sebarang usaha – usaha bebal ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk membebaskan rakyat Muar daripada pemerintah zalim, korup dan rakus. ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR tidak akan dan tidak pernah gentar dengan permainan politik sakai dan murahan UMNO/Barisan Nasional. Hari ini kamu merompak 3 anggota ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR yang bermasalah tetapi kami sedikitpun tidak merasa tergugat malahan kami amat yakin bahawa akan muncul lagi 300 anak muda Muar yang kukuh semangat perjuangan menentang UMNO/Barisan Nasional.
Pimpinan UMNO/Barisan Nasional jangan suka bersembunyi di belakang punggung Saiful Bukhari. Kalau benar perjuangkan rakyat, ANGKATAN MUDA KEADILAN MUAR MENCABAR RAZALI JAAFAR ATAU YB RAZALI IBRAHIM, AHLI PARLIMEN MUAR UNTUK TURUN BERDEBAT DI MANA – MANA PADA BILA – BILA MASA. Kami ANGKATAN MUDA KEADILAN tidak pernah gentar dan takut menentang kezaliman dan kerakusan Penguasa.
Sekian,
"AMK MUAR PENCETUS REVOLUSI"
Ahmad Anwar Asyraf Bin Ismail
Pemangku Ketua,
Angkatan Muda Keadilan Muar
Kepada ahli-ahli AMK Muar - Cuba anda semua amati sedalam-dalam nya tidakkah ini juga bakal berlaku kepada anda. Sebagai pendukung domekrasi tulen, mengapa mereka begitu marah kepada ahli-ahli AMK Muar yang keluar dari parti tersebut. Terimalah dengan hati dan minda yang terbuka. Semasa mereka berada dalam PKR dahulu tak pun semua kekurangan dan kelemahan di buka untuk tatapan umum sebaik sahaja keluar PKR semuanya di buka. Adakah ini satu lagi kelemahan yang ingin disorok oleh pemimpin AMK Muar....
EKORAN DARI ITU.....
AMK Muar ajak Razali debat isu rakyat Harakahdaily
MUAR, 2 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar mengajak Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berdebat secara terbuka berhubung pendirian AMK dan Pemuda Umno mengenai pelbagai isu rakyat khususnya kes Kampung Desa Pinggiran, Kempas, Johor Bahru yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.
Debat itu juga bagi mendengar pandangan Pemuda Umno berhubung isu gagasan 1Malaysia yang tidak senada dengan pendirian Umno selama ini.
Umno dilihat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu sedangkan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih selari dengan manifesto dan dasar Pakatan Rakyat.
Untuk tujuan itu, AMK Muar menghantar satu surat jemputan rasmi program Pentas Anak Muda-Debat Perdana ke pejabat Razali di Pusat Khidmat Parlimen Muar, Parit Jawa dan diterima pembantu khas Razali, Zulkifli petang semalam.
Debat perdana bertajuk 'Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat' akan diadakan pada 8 Mei 2010 dan akan menemukan dua orang pemimpin pemuda nasional iaitu Razali sendiri yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Fariz Musa, Timbalan AMK Malaysia.
Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail dalam satu kenyataan berkata, AMK Muar berharap agar Razali bersetuju dan berani menerima pelawaan itu.
Dalam pada itu, AMK Cabang Muar turut mengutuk keras tindakan tiga orang bekas Ahli Jawatankuasa AMK Muar yang rela diperkudakan Umno/BN Muar dalam menabur fitnah kononnya 50 orang anggota AMK Muar telah keluar parti.
"AMK Muar menafikan fitnah tersebut dan sedang mengkaji bentuk tindakan yang akan diambil dalam masa terdekat, termasuk juga tindakan undang-undang terhadap Razali Jaafar terhadap tindakan beliau yang mencemar kredibiliti dan nama AMK Muar," katanya.
AMK Muar juga memaklumkan, pada 28 Mac yang lepas, Notis Mesyuarat Agung PKR Muar yang telah diposkan dikembalikan semula oleh Pejabat Pos Daerah Muar.
AMK Muar bimbang perbuatan itu mempunyai unsur-unsur sabotaj.
Oleh itu, mereka menyeru agar agensi-agensi kerajaan tidak bersifat bias.
RUMUSAN:
Pelbagai peristiwa yang melanda parti PKR sekarang ternyata menarik minat ramai pihak. Usia parti yang terlalu muda, pengalaman kurang, emosi para pemimpin , ahli ternyata membawa padah sewaktu ranting dan cabang PKR menghadapi persidangan tahunannya.
AMK Muar tidak ketinggalan. Ternyata kini ahli-ahli mereka telah pun tersedar dari lamunan mereka selama ini yang didendangkan dengan lagu retrorik pemimpin mereka.
Adakah ini hanya untuk menyorokkan masalah yang dihadapi dengan mengajak Datuk Razali untuk berdebat. Dicadangkan agar AMK Muar berdebat dengan pimpinan mereka sendiri untuk menyelesaikan isu tersebut. Ataupun nak lari dari isu sebenar? |
|
DIMANA ADA NABERANI MAWEE, DISITU ADA PEMUDA MELAYU GAGAH Posted: 28 Sep 2010 10:01 PM PDT Semalam kira-kira 100 orang pemuda hadir ke Selangor Chinese Assembly Hall tempat namwee melancarkan album racisnya, tujuannya perhimpunan itu hanya satu, mereka datang untuk bersua wajah dengan namewee dan meminta dia memohon maaf kerana selama ini dia terlalu banyak menghina bangsa melayu. Tetapi malangnya namewee yang kita lihat gagah memaki hamun orang didalam setiap klip videonya dalam youtube rupa-rupanya seorang yang penakut dan bacul macam pondan, walau pun sudah berkali-kali polis memberikan jaminan kepada dia melalui pa nya untuk berjumpa dengan ketua wira PERKASA untuk dia memohon maaf atas kebiadapannya menghina bangsa melayu. Namewee dilihat lintang pukang lari menggunakan sebuah kereta BMW warna silver melalui pintu belakang dewan itu, akibat ketakutan namewee yang amat sangat, majlis pelancaran albumnya yang sepatutnya akan tamat pada jam 11 malam terpaksa di ditamatkan lebih awal iaitu kira-kira jam 9.30 malam. Walau bagaimana pun wira PERKASA masih lagi menuntut permohonan maaf dari namewee, desakan itu tidak berakhir setakat malam semalam, selagi namewee tak minta maaf secara terbuka pada bangsa melayu yang kerap di hinanya, selagi itu kita akan tuntut.
| Apa ke jadah pelancaran album klu ada bunting hasutan camni?? Dah tentu DAPigs skali bersekongkol dengan namawee babi. - Gambar Ihsan dari Papa Gomo
kah kah kah malam tadi arman ketua pemuda perkasa dan NGO lain serbu namawee namawee lari lintang pukang.. kah kah kah
nampak macam hebat dalam youtube baru jumpa kat gate je dah masuk kereta cabut.. kah kah kah
tahniah aku ucap kepada semua pemuda melayu yang hadir aku hargai semangat juang pertahankan islam dan melayu yang ada dalam diri kamu
kepada yang tak sempat hadir jangan risau ? lepas ni kita akan dedahkan setiap lokasi namawee berada KITA PERGI SERBU DAN KACAU NAMAWEE tak kira utara,selatan timur dan barat..
kempen kita DIMANA ADA NABERANI MAWEE, DISITU ADA PEMUDA MELAYU GAGAH !jangan risau, keris-mudin bagi amaran je !! | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
|
MEI 13, 1969 - THE TRUTH STORY Posted: 28 Sep 2010 09:39 PM PDT tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969".buku tersebut menyatakan bahawa :- Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.
- Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.
- Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.
Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.
Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei : - Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.
Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."
Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar. 2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.
3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.
4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.
5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan 'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar. nota : ada blogger pro pembangkang menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda beliau?! Tunku mengaitkan -
"The communists however, never left us alone. If they couldn't carry out open aggression they at least carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed. But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government, declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…
So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency, and they were taken completely by surprise."
Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.
6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas dijalan-jalan yang sibuk.
7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).
Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.
Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.
PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:
En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)
Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru. (sila Klik Gambar)
slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi jalan (sila klik Gambar) slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan Komunis dan Rasis Extremis. (Sila Klik Gambar)
Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.
Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.
Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan (sila Klik Gambar)
Seperti kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan memasuki kawasan penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.
antara provokasi penyokong Gerakan dan DAP (Sila Klik Gambar)
Mesej terakhir pembangkang sebelum tragedi tercetus (sila Klik Gambar) Ejekan terakhir (Sila Klik Gambar)
Tragedi bermula. Aku lampirkan keratan dari buku Tunku.
Bab X
Mabok "Kemenangan"
Muka 87 ... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak. Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.
Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.
Muka 90 ...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.
Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.
Bab XI Api Menyala Malam
Muka 98
... Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.
Muka 99
... Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.
Muka 100
... Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.
Muka 101
Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.
Muka 106
... Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.
Muka 109
... Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.
Impian DAP untuk Melayu.Dulu Kini dan Selamanya.
Tidak lupa juga ingin aku nyatakan, Jika DAP,Gerakan dan Parti Buruh berusaha memburukan imej melayu dan Umno dimata masyarakat cina ketika itu, PAS adalah petualang yang memburukkan imej melayu Umno dan Islam Umno dimata orang melayu sendiri. Mereka juga secara tidak langsung menjadi ejen menghancur bangsa dan negara dengan membuat pakatan rahsia dengan DAP. Itu adalah fakta. Jika ada orang PAS yang tidak percaya, silalah rujuk kemana-mana perpustakaan dan carilah topik berkenaan 13 Mei yang ditulis oleh pejuang negara. Kalau bukak harakah atau buku tulisan penulis pro komunis memang sampai kiamat takan jumpa punya.
Sebenarnya banyak lagi perbuatan keji DAP dan Parti Buruh menghina bangsa aku ketika itu yang aku tak nak tulis di sini kerana aku terlalu marah terhadap kezaliman mereka. Aku bukan rasis tapi aku tetap akan marah jika bangsa aku dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Buat kalian yang membaca, hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari bangsat-bangsat negara ini. amin.
Tatap dan renungi gambar terakhir diatas. Pilihan ditangan anda.
sumber:- http://dozzvader.blogspot.com |
|
SATU UNTUK KAU, DUA UNTUK AKU.... Posted: 28 Sep 2010 09:34 PM PDT Apabila pkr ditubuhkan pada tahun 1999, sukar nak dapat calon ketua bahagian. Kesukaran cari calon ketua bahagian itu berterusan hingga tahun 2008. Masing-masing takut nak jadi ketua bahagian kerana kuasa, emas tidak ada di depan mata.
Waktu itu nama nya masih bahagian dan cawangan lagi. Hanya pada tahun 2004 bahagian ditukar ke cabang dan cawangan ditukar ke ranting, perhimpunan agung ditukar ke kongres. Ini berlaku untuk mengambil semangat sosialis apabila PKN yang bergabung dengan PRM. Sejak dari itu semangat sosialis kuat dalam Pkr. Sosialis adalah adik kepada komunis.
Bila Pkr menang banyak kerusi dalam pru 13, maka kuasa dapat dan harta depan mata pun berebut. Mereka berebut nak jadi MB. Ingat tak bagaimana Azmin yang sepatutnya jadi MB tapi di kalis oleh Khalid ? Polemik itu berterusan hingga kini.
Mereka juga berebut nak jadi ahli majlis PBT. Pulau memulau berlaku. Ada penyamun tarbus yang dilantik jadi ahli majlis, semata-mata sebab dia rapat dengan Khalid.
Dua tahun memerintah, macam-macam ada. Di Selangor semua boleh jadi duit. Meniaga babi boleh jadi duit, ingat kisah projek ladang babi moden? Meniaga rumah urut boleh jadi duit, diselangor sekarang ada 5911 lesen pusat hiburan. Meniaga pasir pun boleh jadi duit, pergi ke Dengkil dan wet land, tengok selangor berlubang.
Ramai orang kenal YB-YB Pkr ni, dulu naik saga buruk, sekarang sudah pakai Alphard, dulu duduk rumah murah sekarang duduk rumah bungalow, semuanya berlaku dalam tempoh 2 tahun.
Bila ada pemilihan parti, YB-YB yang tak sedar diri inilah yang menjadi target ahli. Maka pelbagai kem wujud. Di banyak cabang, pertandingan ketua adalah empat atau lima penjuru. Masing-masing mahu berebut harta rampasan perang.
Resam penyamun hanya bersatu ketika mereka hendak menyamun, tetapi bila samunan telah berjaya maka mereka akan berebut, berkelahi dan bergaduh malah baling kerusi untuk dapatkan harta samunan.
Penyamun tetap penyamun. |
|
Posted: 28 Sep 2010 09:31 PM PDT
Kuala Lumpur 28 September: Pagi semalam jam 11am bertempat di Balai Polis Dang Wangi satu laporan Polis telah di buat oleh Presiden Blogger Muslim Malaysia Tuan Mahaguru58 Blogspot. Turut mengiringi Blogger Mahaguru adalah Ketua Wira Perkasa Malaysia, Saudara Armand dan Juga Bendahari Wira Perkasa Saudara Wan. Laporan Polis di buat ke atas Kuching Christian Preacher Benjamin Stephens yang mana dalam satu Klip Videonya telah menghina Islam dan juga Nabi Muhammad SAW junjungan kita. Hal penghinaan sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam Malaysia memandangkan kita selama ini sentiasa bersikap bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Kebiadapan Stephens ini sungguh jelek sama sekali walaupun perbuatannya itu di lakukan di dalam Gereja di Kuching Sarawak. Di harapkan Pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengambil siasatan sepenuhnya hal ini dan jika terbukti Stephen Paderi ini melakukan kesalahan di minta agar tindakan undang undang di kenakan ke atasnya. Semakin lama semakin biadap mereka ini dalam menjahankam Malaysia! Apakah kita masih tidak sedar? Bila kah titik pertemuan kita umat Islam di Malaysia akan bersatu |
|
PPUBJ KATA : PENGUNDI YANG MENENTUKAN ..... Posted: 28 Sep 2010 09:22 PM PDT PAS yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas jika pilihan raya kecil diadakan.
Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas. (rujuk di sini)
Dalam HarakahDaily pula, Salahuddin menganggap usaha mempertahan kerusi Dun Galas dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS kerana UMNO-BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.
Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah, DUN Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani semuanya dari UMNO.
Takiyuddin Hasan, Timbalan Setiausaha Agung PAS pula menyarankan agar BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi DUN Galas kepada PAS. demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu. (rujuk di sini)
AYG ; parti PAS, dalam yakin ada juga kebimbangan tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Galas. Mana tidaknya, suasana Pilihan Raya Kecil amat berbeza dengan suasana Pilihan Raya Umum……. Kalau dulu calon PAS boleh menang dengan majority 646 undi, mungkin kali ini akan menerima kekalahan lebih dari itu……
Tertarik juga dengan saranan Takiyuddin Hasan supaya UMNO-BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS dengan alasan untuk perpaduan Melayu.
Bagus sangatlah kalau semua kepimpinan PAS sedar dan berfikiran begitu……. Berpuluh tahun pergeseran poltik telah berlaku dikalangan orang Melayu PAS dan UMNO.
Tidakkah kerana sikap keegoan sesetengah kepimpinan PAS yang menyebabkan orang-orang Melayu terus bergeseran sehingga kekuatan kuasa Melayu itu semakin lemah seterusnya bakal tunduk kepada kekuatan kaum-kaum bukan Melayu…….
Kerana keegoan itulah juga, maka PAS memperlekehkan undangan agar UMNO-PAS bergabung dan kerana keegoan itulah lahir dalil-dalil dari mulut kepimpinan PAS bahawa UMNO itu kafir….. menyokong UMNO tidak membawa ke syurga……
PAS lebih redha bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak kewujudan Negara serta undang-undang Islam, malah berterusan memperlekehkan Islam itu sendiri…..
Lihat sahajalah nanti, bila sampainya masa Pilihan Raya Kecil DUN Galas, akan terkeluarlah ungkapan-ungkapan kafir terhadap UMNO, penyokong-penyokong UMNO yang dibawa tukang-tukang kempen PAS untuk mengelirukan orang Melayu Islam, mimbar-mimbar Masjid juga tidak akan terkecuali menjadi bahan-bahan kempen oleh pihak PAS….
Sedar atau tidak, secara langsungnya PASlah punca segalanya menyebabkan orang-orang Melayu Islam terusan berpecah, pergeseran politik yang berpanjangan kerana keegoan PAS sendiri…. Baguslah kalau ada dikalangan kepimpinan PAS sedar….
Sementara itu, UMNO akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon BN bagi PRK DUN Galas, begitulah kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (rujuk di sini)
Calon yang bakal diletakkan, datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Ku Li, dan pengharapan juga Ku Li akan membantu sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Ketua Perhubungan UMNO Kelantan bagi memastikan kemenangan UMNO-BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.
Dibawah ini ada sedikit info yang diterima dari sahabat di Gua Musang berkenaan kawasan N45 DUN Galas, Gua Musang :
Dun Galas mempunyai 13 Peti Undi yang terdiri daripada, 6 Peti Undi majoritinya Orang Asli, 2 Peti Undi majoriti Cina dan 5 Peti Undi majoriti Melayu.
Mengikut bilangan jumlah pengundi yang tercatat semasa Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, jumlah pengundi bagi DUN Galas seramai 10,330 yang terdiri daripada 6,255 Melayu, 1,903 Cina, 172 India dan 2,000 Orang Asli.
Kawasan Dun Galas juga merupakan pusat pentadbiran dalam Parlimen Gua Musang, yang sedang berkembang pesat dari segi pembangunan yang juga dikenali sebagai bandar transit yang merupakan jalan pintu masuk dari Kuala Lipis, Negeri Pahang dan Simpang Pulai, Negeri Perak dan juga Cameron Highland, Pahang.
Pada PRU ke 11 (2004), BN memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti 1,729 undi dan pada PRU ke 12 (2008), PAS memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 646 undi, sedangkan calon dari UMNO-BN adalah orang yang sama iaitu Mohamad Saufi Deraman.
Mengapa berlaku kekalahan pada PRU ke 13 ?
Segala-galanya terletak kepada pengundi-pengundi DUN Galas, kekuatan serta kegigihan jentera UMNO-BN dan yang paling penting, adalah kewibawaan Ku Li selaku Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menawan kembali kerusi N45 DUN Galas…. |
|
DUN GALAS SEKALI IMBAS... Posted: 28 Sep 2010 09:13 PM PDT Parti mana yang menang PRK DUN Galas, Gua Musang Kelantan?
Jumlah PRK selepas PRU-12 adalah 11. Daripada 11 itu, 8 PRK dimenangi Pakatan dan 3 oleh UMNO-BN.
PRK DUN Galas yang kosong akibat kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman daripada PAS 2 hari lalu akibat kanser kolon di Kuala Lumpur.
Pada PRU-12 lalu, Che Hashim telah mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi.
Sebelum ini, pihak Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengatakan bahawa peluang BN di DUN tersebut adalah 50:50.
Sementara itu, PAS yakin akan mempertahan kerusi tersebut.
Yang menarik dalam PRK kali ini adalah untuk mengetahui kedudukan wakil Rakyatnya yakni pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
KU LI mewakil parlimen Gua Musang telahpun berdekad lamanya, samada bersama UMNO ataupun S-46.
Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan "situasi paling sukar" dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.
Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS. Manakala 2 kerusi lagi ditangan BN.
Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.
Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.
Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.
"Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.
"Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya," katanya.
Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh. |
|
PEMBOHONGAN, PERGADUHAN, BERAT SEBELAH POLITIK WANG ? - SEMUA ADA.. Posted: 28 Sep 2010 07:51 PM PDT Pembohongan besar Anwar
KUALA LUMPUR 28 Sept. – Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh media negara ini bersikap berat sebelah dalam menyiarkan berita mengenai Indonesia ketika berada di Jakarta kelmarin jelas membuktikan pembohongan besar yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.
Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha yang cuba dilakukan oleh Penasihat PKR itu hanyalah semata-mata untuk mempengaruhi rakyat Indonesia demi kepentingan politiknya .
Beliau berkata, selama ini media di Malaysia amat bertanggungjawab dalam menyiarkan berita-berita mengenai Indonesia khususnya melibatkan soal hubungan republik itu dengan negara ini tanpa ada usaha untuk mensensasikan apa jua isu berbanding media di negara terbabit.
''Saya percaya media di Malaysia amat bertanggungjawab. Media Malaysia tidak menggembar-gemburkan hal seperti ini berbanding apa yang digembar- gemburkan oleh pihak Indonesia.
''Sebagai rakyat Malaysia Anwar Ibrahim janganlah mengkhianati negara kita dengan membuat pembohongan yang besar hanya kerana mahu menarik sokongan rakyat Indonesia.
''Beliau juga mengaku memperjuangkan nasib pekerja Indonesia di Malaysia dengan membawa isu tersebut ke Parlimen. Semuanya ini juga pembohongan besar, dosa besar dan dosa kering yang dibuat di sana,'' katanya di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas dakwaan Anwar bahawa media di Malaysia bersikap berat sebelah dalam penerbitan berita mengenai Indonesia
Anwar tidak disenangi ahli parti
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA shofi.isa@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kekecohan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah berpunca daripada ahli parti itu yang tidak berpuas hati dengan pakatan Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ia bukan membabitkan orang luar seperti yang didakwa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyifatkan Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang sebagai seorang yang pengecut kerana menyalahkan pihak luar berhubung masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu.
"Saya cabar Saifuddin supaya segera tampil mengemukakan bukti dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan kerana mendakwa mempunyai rakaman video mengenai kekecohan yang berlaku.
"Saya yakin beliau (Saifuddin) tidak akan melakukannya kerana ini hanyalah taktik basi PKR yang mahu mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan yang wujud dalam kepimpinan parti itu sekarang," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Saifuddin semalam bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan gambar yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.
Menurut Saifuddin, melalui rakaman itu disahkan bahawa individu yang dikenal pasti terlibat dalam kekecohan itu bukan ahli PKR selain mendakwa wujud elemen provokasi bertujuan mencemarkan imej parti tersebut.
Proses pemilihan peringkat cabang PKR mengalami kekecohan apabila terdapat pertelingkahan antara pemimpin dan ahli parti itu di tujuh cabang melibatkan Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat di Selangor selain Jerai dan Merbok di Kedah dan Kuala Nerus, Terengganu.
Anuar seterusnya melontarkan pertanyaan kepada Saifuddin adakah beliau terlibat dalam adegan 'lakonan' Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin yang skripnya diatur oleh Anwar apabila cuba mengalih isu mengenai ketidakpuasan hati ahli PKR terhadap kepimpinan parti yang diterajui Anwar-Azmin.
"Di Terengganu, Datuk Zaid Ibrahim langsung tidak mendapat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden sedangkan Wan Azizah (yang dikatakan gandingan Zaid) memperoleh pencalonan dari semua cabang.
"Sebaliknya, Azmin mendapat pencalonan penuh di Terengganu bagi mengisi jawatan timbalan presiden manakala Nurul Izzah mendapat pencalonan di hampir semua cabang untuk jawatan naib presiden," katanya.
Beliau juga mempersoalkan adakah kenyataan Saifuddin itu bertujuan menutup pekung sentimen anti Anwar-Azmin dalam PKR serta memanipulasi simpati penyokong Zaid melalui 'watak baik' yang dilakonkan oleh Wan Azizah.
"Ini adalah bukti sandiwara 3A (Anwar, Azmin, Azizah) dalam proses mereka untuk terus mendominasi kepimpinan PKR," katanya.
Risiko besar jika PKR memerintah negara
PUTRAJAYA 28 Sept. - Ramai percaya PKR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminda Perlembagaan Persekutuan dan negeri seandainya parti itu dan sekutunya dalam pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
Sambil secara sinis menyifatkan PKR memang berselera besar 'nak jadi kerajaan' dan sedia berbuat apa sahaja asalkan Anwar 'boleh jadi PM', Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) bagaimanapun mengingatkan semua pihak bahawa PKR sebenarnya langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.
Beliau menarik perhatian bahawa imej PKR sebagai sebuah parti kasar dari segi bahasa dan perbuatan sudah tertanam kuat dalam persepsi masyarakat Malaysia.
Malah, katanya, keadaan huru-hara dalam parti itu sekarang menokok lagi kepada imej buruk tersebut.
"Imej parti dinasti keluarga Anwar juga amat jelas. PKR memuja individu melalui dasar sosialis moden mereka. Demikian juga kerja memburukkan negara sendiri bukan perkara baru.
"Memburukkan negara sendiri di negara orang mencerminkan sahsiah keji dan lemah. Anwar fikir dia saja yang hebat manakala orang lain termasuk negara sendiri dianggap buruk," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais mengulas tindak tanduk Anwar yang memburuk-burukkan negara di Indonesia yang antaranya menyalahkan kerajaan sedia ada dan UMNO sebagai cuba menjejaskan hubungan Indonesia-Malaysia.
Ketua Pembangkang itu juga menyatakan kekecewaan terhadap media di Malaysia yang didakwanya bersikap berat sebelah dalam penerbitan berita mengenai Indonesia.
Anwar membangkitkan perkara itu ketika berucap pada majlis 'Reformasi Politik dan Demokrasi' di Malaysia, Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia di Hotel Four Seasons di Setiabudi, Jakarta Selatan kelmarin.
Rais berkata, pendirian Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia sedemikian rupa bukan sahaja akan menghancurkan negara tetapi juga melupuskan imejnya sebagai pemimpin ikhlas dan berpotensi.
"PKR bersedia menenggelamkan kepentingan Melayu dan bumiputera asalkan belaan sosialisnya berjalan dan Anwar jadi PM.
"Parti yang mengutamakan individu tak kekal," kata Rais.
Bukti PKR tidak layak memerintah negara
MELAKA 28 Sept. - Kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan parti itu tidak layak untuk menerajui kepimpinan negara.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jika pakatan pembangkang diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk memerintah, sudah pasti negara akan menjadi huru-hara dan kelam kabut.
Menurutnya, jika dalam PKR wujud kroni yang menentukan siapa pemimpin yang diperlukan untuk mengemudi parti dan keadaan itu tidak mustahil berlaku jika mereka memerintah negara.
Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, PKR bukanlah parti yang mengamalkan demokrasi seperti UMNO dan situasi itu menjadi punca kekecohan pada mesyuarat tahunan cabang parti itu yang berlaku baru-baru ini.
''Pemilihan dalam PKR mengikut kroni dan ia bergantung kepada orang yang dikehendaki atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Situasi itu menyebabkan orang bawahan parti ini tidak suka dengan cara menentukan siapa yang layak duduk di jawatan tertinggi dalam parti itu.
''Penentangan ini melambangkan situasi sebenar yang wujud dalam PKR yang tidak demokrasi jika dalam pemilihan menjadi kecoh bagaimanapun pula jika mereka memerintah negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke tapak pembinaan kolam anjing laut di Pulau Melaka di sini hari ini.
Sehubungan itu Mohd. Ali berkata, segala kepincangan yang berlaku dalam parti itu adalah berpunca daripada sikap kroni dan tidak wujud amalan demokrasi seperti yang dilaung-laungkan ketika penubuhan awal parti itu.
''Jika dalam pentadbiran parti pun berlaku kecoh dan tidak mungkin PKR boleh memerintah negara seperti mana yang diamalkan oleh UMNO dan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam PKR dan menilai masa depan negara jika masih berharap parti itu untuk memerintah. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan