Rabu, 29 September 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Soalan saya dalam sidang parlimen bulan oktober ini.

Posted: 29 Sep 2010 11:05 AM PDT

Berikut adalah soalan-soalan yang saya akan ajukan dalam sidang Parlimen bulan hadapan.

Salam, DARD


SOALAN LISAN:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Perdana Menteri menjelaskan apakah kesan dan kejayaan program-program integrasi dan perpaduan negara dalam pembentukan negara yang mana kerajaan telah memperuntukkan bajet yang besar?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta PERDANA MENTERI menjelaskan apakah tindakan spesifik kerajaan untuk memberi lebih ramai lagi rakyat Malaysia di Sabah menjawat jawatan tinggi perkhidmatan awam persekutuan dan GLC di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI LUAR menjelas apakah usaha spesifik kerajaan untuk memastikan kerajaan Filipina mengujudkan pejabat konsulat mereka di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan samaada Kerajaan berhasrat mengkaji sukatan mata pelajaran dan juga keberkesanan sistem pengajaran sedia ada berhubung aspek pendidikan reproduktif di sekolah menengah?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARAN menjelaskan tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memulihara bahasa etnik memandangkan ianya semakin pupus dan jarang digunapakai?


SOALAN BERTULIS:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah mekanisme perlaksanaan yang akan diambil oleh Kerajaan melalui Akta Persaingan bagi memastikan penetapan harga di kalangan industri yang bermonopoli dapat dikekang dan
dibenteras?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pencapaian langkah-langkah sedia ada bagi membenteras gejala rokok seludup, yang meningkat selaras dengan kenaikan cukai
rokok, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan lagi keberkesanannya.

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk member kebenaran kepada pasaraya dan pengedar barangan untuk mengimport terus barangan jualan mereka tanpa melalui pengimport yang mempunyai Approved Permit (AP)?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Kerja Raya menjelaskan apakah tindakan kementerian kepada kontraktor-kontraktor yang merosakkan permukaan jalan semasa membuat pembaikan atau mengorek lubang kerana ianya membahayakan pengguna jalanraya?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Pertanian menjelaskan apakah kerajaan akan mengadakan sistem musim berbuah bergilir-gilir sepanjang tahun memandangkan sekarang ini musim berbuah sesetengah buah adakah serentak dan mengakibatkan lambakan yang merugikan?

Tiada ulasan:

Pengikut