Jumaat, 24 September 2010

Razlan's

Razlan's


Kembalikan Kegemilangan Pemuda – Razlan

Posted: 24 Sep 2010 02:04 AM PDT


Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.

KUALA LUMPUR 24 Sept – Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.

Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.

" Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.

"Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian," katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.

"Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara," katanya.

Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.

"Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing," katanya.

Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.

Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.

Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


ULASAN UNTUK KENYATAAN TUN M DALAM UTUSAN HARI INI (24/9/2010)

Posted: 24 Sep 2010 06:29 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


FAKTA : FACE BOOK

Posted: 23 Sep 2010 08:21 PM PDT

Tahukah anda...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak terus lead jumlah rakan Facebook kalangan pimpinan politik dengan 381,830 rakan.Datuk Seri Anwar Ibrahim 173,048,Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat 169,397 manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 62,875.Itu angka diperolehi mengikut semakan Agendadaily pada akaun para pemimpin politik Jumaat.Sementara itu mengikut statistik Facebook jumlah akaun Facebook kalangan rakyat Malaysia sehingga 1 Julai 2010 ialah 7,317,520 yakni peningkatan sebanyak 266 % berbanding Julai 2009.Ini juga mengambil kira kemungkinan seseorang itu mempunyai dua,tiga atau lebih akaun peribadi atas nama berlainan.- 24/9/2010

'HADIAH' DARI DAP KEPADA RAKYAT PENANG !

Posted: 23 Sep 2010 06:41 PM PDT















Ingatkan air naik ni banjir tetapi bukan !!!!!!!!!!!!!!!!

mesti baca : Adakah Melayu ke hadapan jika PAS berkuasa ?

Posted: 23 Sep 2010 06:18 PM PDT

Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa

Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau.

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau.

Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan.

Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah

PANDANGAN PENULIS.

Tidak dinafikan bahawa Melayu masih lagi perlukan pembelaan dari kerajaan. Tak kiralah kerajaan Pusat mahu pun kerajaan negeri. Selain daripada mereka adalah golongan majoriti dalam negara ini serta kekurangan penyertaan bangsa ini dalam aktiviti ekonomi. Ini ditambah pula dengan penjajahan mental dan psikologi selama 448 tahun bermula 1511 hingga 1957.

Dakwaan Naib Presiden PAS bahawa Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika UMNO terus berkuasa ternyata beliau sendiri lupa bahawa PAS juga adalah parti Melayu. Soalnya adakah jaminan yang dapat diberikan oleh PAS bahawa kedua-duanya akan terpelihara jika mereka ini diberikan kuasa. Ini adalah janji manis sebelum berkuasa. Apabila berkuasa belum tentu janji ini dapat ditunaikan.

Kita sendiri telah lihat bagaimana PAS yang diberikan kuasa mentadbir sebuah negeri ternyata masih lagi terkial-kial untuk mentadbir. Sebarang kegagalan mereka tujukan kepada UMNO sedangkan yang memerintah negeri adalah parti mereka. Soal nepotisme, rasuah turut juga berlaku pada semua individu, tidak kira parti apa pun.

Untuk bersaing dengan bangsa lain yang telah pun mendahului kita sudah pasti memerlukan masa, modal, peluang, ruang. Dasar affirmatif yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun, walau pun tidak mencapai sasaran sepenuhnya tetapi telah berjaya mengeluarkan sebahagian daripada kemelut kemiskinan yang melanda orang Melayu selama ini. Bagi meningkatkan ekonomi Melayu, pelbagai dasar telah dilakukan. tetapi kita perlu ingat walau sebaik mana pun sesuatu dasar, perangcangan, sistem dan pelaksananya tetapi jika golongan sasaran itu sendiri mempunyai masalah sudah pasti segala matlamat yang digariskan tidak tercapai. Bukan sahaja UMNO malah jika PAS sendiri pun akan menghadapi masalah yang sama.

Dalam masa yang sama juga persekitaran, serantau dan dunia khususnya ekonomi bergerak dan berubah dengan begitu pantas memerlukan satu anjakan paradigma. Sewajarnya jika PAS sendiri telah perasaan masalah yang melanda, apakah usaha dan perancangan mereka untuk mengeluarkan orang Melayu dari wabak ini? Apa yang kita perhatikan selama ini, PAS hanya pandai berpolitik dengan mencari kesalahan dan kegagalan orang lain! Orang-orang Melayu juga, tidak lagi memerlukan pembangkang yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan tanpa ada perancangan yang hanya mahukan KUASA. /td>

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Melayu hilang kuasa ; ingatan Dr. Mahathir boleh menjadi realiti jika pemimpin Melayu masih leka – Syed Ali

Posted: 23 Sep 2010 07:32 PM PDT

INGATAN Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara merupakan realiti yang harus dipandang serius oleh pemimpin Melayu khususnya UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee percaya peringatan itu yang boleh disifatkan 'satu amaran' oleh bekas Perdana Menteri berasaskan kepada persekitaran politik masa kini.

Katanya, dengan mengambilkira keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu jelas menunjukkan tahap sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) semakin terhakis.

"Realitinya hari ini rakyat terutama orang Melayu mula mempersoalkan sejauhmana komitmen pemimpin Melayu terutama UMNO dalam menangani permasalahan rakyat terutama di peringkat akar umbi," tegasnya.

Beliau berkata, hakikat itu perlu diterima oleh pemimpin UMNO dan mereka tidak harus sentiasa berasa selesa, sebaliknya perlu bekerja keras mengembalikan semula sokongan pengundi kepada parti.

Sekaligus beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, menegaskan ingatan Dr. Mahathir itu bukan merupakan campurtangan bekas Presiden UMNO di dalam hal ehwal parti dan kerajaan BN.

Sehubungan itu beliau menyarankan pemimpin UMNO di semua peringkat melupakan agenda politik peribadi sebaliknya melakukan transformasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat.

"Ingatan Dr. Mahathir akan menjadi kenyataan dan UMNO pula bakal berada di barisan pembangkang jika pemimpinnya masih leka dan tidak ikhlas kepada prinsip perjuangan parti" tegasnya.

Pada ketika itu katanya, orang Melayu sudah tidak lagi mempunyai kekuatan mempertahankan hak dan ketuanan mereka termasuk mengekalkan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau mengulas peringatan Dr. Mahathir yang antara menjelaskan Melayu kehilangan kuasa sudah terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas PRU-ke12 lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada PAS, seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata walaupun Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar tetapi dia mengikut arahan DAP sehingga pakatan pembangkang jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

Menurut Syed Ali lagi, kejadian yang berlaku di Perak sebelum ini seperti disebut Dr. Mahathir boleh berulang di negeri-negeri lain jika reformasi politik secara drastik gagal dilakukan pemimpin UMNO.
Beliau bimbang akibat perpecahan orang Melayu kerana masing-masing menjuarai agenda kepartian, kesempatan itu akan dipergunakan oleh bukan Melayu untuk berkuasa.

"Orang Melayu tidak boleh lagi bergantung kepada PAS dan PKR yang jelas sanggup bertuankan DAP dalam usaha mereka mengekalkan kuasa di beberapa negeri tertentu," katanya.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kes Bunuh Feb 2010 Dah Selesai, Kes Liwat 2008 Tak Selesai Lagi

Posted: 24 Sep 2010 12:19 AM PDT

Keadilan ditegakkan dan pembunuh dalam kes kematian kanak-kanak berusia 3 tahun, Syafiah Humaira telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun si pembunuh, Mohd Azri Jamil boleh merayu ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi sehingga ke tahap Lembaga Pengampunan Diraja (dalam erti kata lain belum selesai sepenuhnya) tapi proses yang sepatutnya telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Kita memang mengharapkan agar proses keadilan berjalan seperti mana sepatutnya supaya perhatian dapat diberikan kepada kes-kes lain juga. Pemindahan kes tertuduh dari Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru ke Mahkamah Tinggi Shah Alam juga berjalan dengan lancar tanpa ada timbul masalah.

Inilah yang kita katakan proses keadilan di negara kita memang lancar dan tidak ada masalah sebenarnya, yang buat jadi masalah bila ada pihak-pihak yang memanipulasi undang-undang sehinggakan ada kes liwat yang berlaku pada 2008 pun tidak selesai lagi proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi sehingga sekarang, jangan cakaplah soal nak merayu ke peringkat yang seterusnya. Perbicaraan yang sering terganggu dengan permohonan-permohonan tertentu sebagai alasan untuk melewatkan proses bicara ini adalah sebenarnya perkara yang perlu menjadi keutamaan pihak berkaitan. Nak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah lebih rendah yang tidak ada masalah dalam kes-kes lain juga (seperti contoh kes di atas) tiba-tiba menjadi masalah besar dalam kes yang SATU ini.

Jika dalam kebanyakkan kes-kes lain, Mahkamah yang lebih tinggi terlibat dalam hal berkaitan rayuan ke atas hukuman yang sudah dijatuhkan oleh Mahkamah yang lebih rendah sahaja, ada satu kes di Malaysia yang mana hebatnya, hukuman belum dijatuhkan (sebab bicara pun belum habis) tetapi sudah ada perkara-perkara di dalam kesnya yang dirujuk ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi untuk penentuan, seterusnya melewatkan perbicaraan kerana mahkamah lebih rendah (dimana kes dibicarakan) tidak mahu membuang masa meneruskan perbicaraan, mana tahu jika Mahkamah yang lebih tinggi menerima rayuan tersebut.

Rakyat sebenarnya menuntut perubahan dalam bidang kehakiman terutamanya dalam kes-kes dimana pesalah dilepaskan atas sebab perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal. Contohnya, dalam satu kes liwat, walaupun para hakim percaya kegiatan liwat memang berlaku tetapi kerana tarikh-tarikh yang diberikan mangsa tidak konsisten, maka pesalah dibebaskan. Malangnya, ada beberapa kejadian bila mana pesalah yang dibebaskan ini mengulangi semula kesalahannya. Tidak tercapai maksud keadilan yang sebenarnya jika perkara-perkara ini sering berlaku dalam sistem kehakiman kita. Mangsa, setelah melalui proses turun naik mahkamah yang panjang tiba-tiba mendapati pelaku dalam kesnya dilepaskan hanya kerana tarikh yang tidak konsisten lantaran perkara yang telah berlaku beberapa lama. Dalam masa yang sama, ada pula diantara panel hakim sama yang berpendapat tarikh dan masa kejadian bukanlah sesuatu yang mandatori dalam membuat penentuan atas kesalah berkaitan liwat dan rogol.

Tindakan melengah-lengahkan proses keadilan ini juga mampu menyebabkan para saksi yang terlibat, hilang tumpuan dalam memberi keterangan. Jadual hidup dan kerja mereka mungkin menjadi huru hara akibat pertukaran tarikh-tarikh perbicaraan ini. Pihak pendakwaan mungkin tiada masalah sebab itu memang sudah kerja mereka, begitu juga dengan pihak pembelaan tetapi para saksi yang biasanya terdiri daripada orang biasa ini memang akan mendapat kesulitan tersendiri. Bukan sedikit kes-kes yang sepatutnya kuat tetapi menjadi lemah kerana keterangan saksi yang tidak meyakinkan, tidak konsisten dan sebagainya sedangkan lain pula halnya semasa kes diperingkat siasatan oleh pihak polis.

Jadi tercapaikah maksud keadilan itu jika kes kalah di mahkamah hanya kerana saksi terlupa atau tertekan?

Kita yakin, sebahagian besar rakyat tidak berapa faham dengan proses undang-undang yang penuh kerumitan ini. Pada mereka, yang penting hanyalah keputusan yang dibuat hakim sama ada bersalah atau tidak, bebas atau menerima hukuman, itu saja. Jarang adanya yang mengambil masa meneliti alasan-alasan perundangan yang ditulis secara panjang lebar oleh para hakim bagi menjustifikasikan keputusan yang dibuat mereka.

Kita akui kebelakangan ini memang banyak kes-kes yang berjaya diselesaikan dengan cepat oleh pihak mahkamah selepas pengenalan peraturan-peraturan baru yang lebih sistematik melalui perintah Ketua Hakim Negara dan sebagainya, keadilan bagaimanapun tidak akan tercapai sekiranya terdapat 'loop hole' yang boleh digunakan para manipulator undang-undang ini bagi melengahkan kes. Atas alasan 'terikat kepada undang-undang' pula kebanyakkan kes-kes ini dibenarkan para hakim untuk penangguhan. Walaupun penangguhan dipohon oleh peguam tertuduh tetapi yang akan disalahkan kerana memanjangkan kes ialah para hakim kerana membenarkan penangguhan tersebut. Kita banyak lihat ini dalam kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin politik tertentu.

Kita harap kementerian yang bertanggungjawab dan Menterinya dapat meneliti perkara ini agar tidak berlaku lagi masa mahkamah dihabiskan dengan mendengar permohonan-permohonan yang melambatkan proses keadilan berlangsung.

Tugas ini sepatutnya menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan peranan membela parti/kerajaan di dalam parlimen yang dibanggakan sangat Menteri terbabit, sehingga lupa bahawa ada tanggungjawab berat lain, sesuai dengan jawatan dalam kabinet. Serahkanlah tugas bertegang urat di Parlimen ini kepada MP lain yang tidak mempunyai jawatan dalam kabinet. Lagipun dalam satu tahun bukan hari-hari pun parlimen bersidang.

Jika perlu menukar sistem keadilan sekarang yang lebih mirip kepada amalan-amalan perundangan yang dilaksanakan di Britan dan Komanwel, lakukanlah ia dengan penuh bijaksana.

(Oleh: Adamyan)

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


JANGAN BIKIN PANAS!

Posted: 24 Sep 2010 12:23 AM PDT


(Antara sahabat2 yg smpat hadir d IPD K.LGT untuk sama2 bangkit brsatu tanpa mengira fahaman politik)

Seorang India Ahli Majlis Perbandaran Selayang yg mmg selalu membuat kecoh telah mengetuai bantahan terhadap tindakan Majlis Daerah K.Langat yg telah membunuh 10 ekor anjing suspek dgn ubat pelali berdos tinggi kerana telah mengganas membaham ayam, kambing dan menyerang mereka yg berada d Ldg Gadong. Mereka telah beramai2 dtg ke MDKL dan membuat kekecohan dan nyaris2 berlaku pergaduhan kerana telah mencabar org MELAYU yg berada di situ supaya jika berani supaya memukul beliau.
Setelah itu mereka telah ke IPD K.Lgt dan dpercayai cuba membuat laporan Polis dan ini telah juga menimbulkan kekecohan yg nyaris2 menyebabkan berlaku pergadohan sekali lagi kali ini di perkarangan IPD K.Lgt pula dgn org Melayu yg telah mula berkumpul di IPD. Tindakan segera pihak Polis telah berjaya meredakan keadaan. Ironinya kejadian ini telah turut d saksikan oleh suspek utama yg berada di dlm Waja Polis yg berada betul2 d sebelah kejadian kekecohan itu..
Amat menyedihkan mereka telah membawa dan mengunakan OKU yg berkerusi roda yg menaiki 2 buah Van sebagai sebhgian dari yg dtg membuat bantahan. Terdapat juga OKU berbangsa Melayu mungkin dipergunakan tanpa tahu apa tujuan mereka dtg. Menyedihkan juga terdpt seorg wanita Melayu bertudung turut mempertahankan India tersebut..
Jika di biarkan benda2 ini berlaku ia akan dan boleh menjadi seperti bom jangka yg boleh meletus bila2 masa...

Melampau betul....kerana apa ye!Janganlah datang ke Banting hanya semata-mata hendak huru-harakan keadaan,cukuplah dengan apa yang telah berlaku. ORANG LUAR jangan nak tunjuk dan jadi HERO Tamil kat Banting. Benda yang tak logik diketengahkan..dasar politik murahan! Akibatnya MDKL diserang,IPD Kuala Langat pun kecoh..dan org2 Melayu yg selama ini bersabar mula merasa tercabar..
Mungkin pada mereka nyawa anjing lebih mulia drpada nyawa manusia yg dibunuh dgn begitu kejam sekali.. apa juga kena mengena OKU dgn anjing2 itu jika di fikir secara logik. Jika ini mentaliti mereka sdra2 fikir2 dan bayang2kan lah sendiri pada masa hadapan....

(Suasana tegang antara org Melayu n India (dlm van) di perkarangan IPD K.Lgt setelah kaum India yg di ketua oleh seorg ahli Majlis Perbandaran Selayang sebelum itu telah hampir mencetuskan juga pergaduhan d MDKL)

Terima kasih krew PUctD-CiKaDaK

Pengikut