Isnin, 20 September 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Terima kasih semua

Posted: 20 Sep 2010 01:15 AM PDT

Terima Kasih



Kesempatan ini Kak Midah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Rumah Terbuka yang diadakan. Terima Kasih pada semua rakan media yang sudi hadir dan menghebahkan majlis yang sederhana ini dan sambutan amat luar biasa.



Kak Midah tidak menjangkakan yang hadir sebegini ramai (17 000) dan mohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Rumah saya terus dikunjungi hingga jam dan 6 petang dan yang datang dari pelbagai kaum dan seluruh daerah. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.



Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis tersebut, insyallah jika berkesempatan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan.



Salam Aidilfitri

Kak Midah Sekeluarga

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘Nik Aziz sanggup gadai harga diri kerana politik’

Posted: 20 Sep 2010 01:09 AM PDT

TIDAK ada sesiapa pun yang berasa kerugian apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata bahawa beliau tidak bangga menjadi bangsa Melayu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Orang Melayu tak berasa terkilan dengan kenyataan itu, sebaliknya mereka kasihan kepada Nik Aziz yang sanggup menjadi kuda politik DAP," katanya.

Malah jelas beliau, kenyataan Mursyidul Am PAS itu mencerminkan sikap sebenar seorang pemimpin agama yang tergamak menggadaikan prinsip kemalayuan kerana agenda politik.

"Untuk dilihat setia dengan DAP, Nik Aziz sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan harga diri dan maruah bangsanya sendiri," tegasnya.

Bagaiamanapun katanya, DAP hanya bermain sandiwara dengan PAS kerana parti perkauman itu mempunyai agenda jangka panjang yang lebih besar.

Katanya, pemimpin politik tidak sepatutnya menggadaikan maruah bangsanya hanya semata-mata untuk kekal berkuasa dengan sokongan parti yang mengamalkan dasar perkauman.

Beliau hairan bagaimana Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan jawatan Menteri Besar yang disandangnya sekarang adalah hasil sokongan pengundi Melayu di Kelantan.

"Ini bermakna Nik Aziz seperti tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang beliau dilahirkan sebagai bangsa Melayu," tegasnya.

Sehubungan itu kata beliau, orang Melayu dan umat Islam tidak perlu berasa terkejut jika selepas ini Nik Aziz akan mengeluarkan kenyataan yang semakin 'pelik' dan mengelirukan.

"Sebelum ini pun banyak kenyataan-kenyataan pelik Nik Aziz dilihat menyesatkan pemikiran orang Melayu," ujarnya.

Tetapi kata beliau, apa sahaja yang keluar daripada mulut Nik Aziz akan disokong oleh pengikut PAS yang taksub kepadanya.

Menurutnya, perbuatan seperti itu sebenarnya menggambarkan keangkuhan dan sikap takbur Nik Aziz yang sudah berada di kemuncaknya.

Nik Aziz dalam satu majlis dialog bersama wartawan di Kota Bharu baru-baru ini dilaporkan berkata beliau tidak bangga berbangsa Melayu kerana bangsa itu datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Hentikan segera pertikaian hubungan Perkasa,UMNO - Syed Ali

Posted: 19 Sep 2010 11:10 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mahu pertikaian berhubung isu kerjasama UMNO dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad dihentikan segera.

Beliau khuatir isu berkenaan sengaja digembar-gemburkan menerusi akhbar oleh pihak tertentu bertujuan menggambarkan perpecahan di kalangan orang Melayu di negara ini berada pada tahap paling kritikal.

"Realitinya orang Melayu masih bersatu atas semangat persaudaraan Islam, cuma berlaku sedikit pergeseran yang diakibatkan oleh perbezaan anutan politik," tegasnya.

Kerana pergeseran itu jelas beliau, pihak tertentu termasuk yang mewakili parti politik bukan Melayu mengambil kesempatan melaga-lagakan pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan Melayu.

Katanya, sasaran sebenarnya adalah untuk menghancurkan perpaduan Melayu bagi membolehkan pihak berkepetingan mengaut keuntungan politik untuk berkuasa.

"Inilah agenda puak pelampau dan yang berpegang kepada fahaman politik rasis yang disokong pula seorang-dua pengkhianat Melayu," katanya.

Beliau mahu semua pihak berwaspada dengan strategi jangka panjang pihak tertentu yang berselindung di sebalik parti politik perkauman untuk melenyapkan kepentingan, ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Oleh sebab itu tegas beliau, semua pihak perlu menghentikan segera pertikaian kepentingan Perkasa dan UMNO kerana kedua-duanya dilihat berperanan untuk masa depan orang Melayu.

Syed Ali tidak menafikan Perkasa juga berperanan melindungi kepentingan orang Melayu disamping UMNO pula tetap utuh sebagai parti yang menjuarai masa depan orang Melayu dengan tetap mempertahankan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh sebab itu, selagi sesama pemimpin Melayu bertikam lidah berhubung isu Perkasa dan UMNO sedangkan konflik itu boleh diselesaikan, saya pasti bukan Melayu akan bertepuk tangan melihat telatah tersebut," ujarnya.

"Dalam isu ini, saya beranggapan seperti ada perancangan halus pihak tertentu untuk melaga-lagakan Perkasa dan UMNO yang mewakili kepentingan umat Melayu disamping cubaan mengaitkan nama Dr. Mahathir dalam konflik tersebut," tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut kesal dengan perlakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz yang dilihat masih berdendam kepada Dr. Mahathir.

Beliau berkata, serangan Nazri terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri langsung tidak berasas.

"Saya berasa hairan kenapa Nazri amat membenci Dr. Mahathir dan perlakuan sebegitu tidak sepatutnya dipamerkan kepada khalayak terutama untuk tontonan generasi muda," katanya.

Diminta mengulas kenyataan keras Nazri menerusi surat yang dihantar kepada portal-portal berita hari ini bahawa beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh Dr. Mahathir, Syed Ali berkata;

"Nazri berhak berbuat demikian tetapi cara beliau mengkritik Dr. Mahathir dilihat lebih cenderung kepada penghinaan dan rasa benci yang amat sangat kepada bekas Perdana Menteri itu," tegasnya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana Nazri tidak pula lantang mengkritik bukan Melayu yang secara terbuka menghina bekas Perdana Menteri (Dr. Mahathir) dan mempertikaikan kepentingan Melayu.

Beliau juga menyifatkan kecaman Nazri terhadap akhbar Utusan Malaysia sebagai tidak bijak kerana akhbar arus perdana itu sebelum ini telah banyak berjasa kepada kemantapan UMNO dan perjuangan orang Melayu.

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


Program "Kami Prihatin " di zaman Globalisasi 17/7/2010

Posted: 20 Sep 2010 03:01 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


“PAS tidak penting di dalam Islam, sebaliknya dilebihkan taqwa kepada Allah…”

Posted: 19 Sep 2010 03:06 PM PDT

Satu Syawwal baru saja berlalu, namun "Pok Nik Ajis" kita sekali lagi mencetus konstroversi. Nik Aziz Nik Mat telah dilaporkan media bahawa "dia tidak bangga dilahirkan berbangsa Melayu". Nik Aziz dengan bangganya memberi alasan bahawa "bangsa Melayu yang ada pada dirinya hanyalah kebetulan dan diterima secara automatik sejak lahir". Dengan penuh rasa "Islamik", Nik Aziz menerangkan bahawa "bangsa tidak penting di dalam Islam, sebaliknya yang dilebihkan ialah taqwa kepada Allah S.W.T". Selain itu, Nik Aziz dengan bangga memberitahu bahawa Kerajaan pimpinannya baru saja menghabiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid di Rantau Panjang dengan reka bentuk "Chinese style" untuk menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat. Nik Aziz dilaporkan berkata begitu kepada wartawan yang bertanyakan tentang masalah perkauman yang semakin melanda masyarakat majmuk sehingga mencacatkan keharmonian kaum di negara kita.

Begitulah sifat seorang "Tok Guru" yang dijulang oleh penyokong-penyokong PAS. "Tok Guru" yang dikatakan "maksum" dan "tiada yang tidak betul, melainkan yang betul-betul belaka"! Tidak sedikit pun rasa syukur untuk dilahirkan sebagai bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini. Tidak sedikit pun dipanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai Melayu di dalam sebuah negara yang memberikan hak keistimewaan yang tidak ternilai ini. Alangkah baiknya jika Nik Aziz dilahirkan sebagai seorang "bangla" atau "nepal", tahulah nasibnya!

Islam mengajar supaya umatnya bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Nik Aziz mendakwa bahawa bangsa Melayu yang ada padanya diperolehi secara automatik sejak lahir. Ya, benar. Namun, tidakkah ada sedikit pun rasa syukur dan bangga kerana dilahirkan berbangsa Melayu? Bagaimana dengan "title Islam" yang ada padanya? Apakah agama Islam yang dianutinya itu diperolehi sejak lahir? Atau apakah Islam itu hanya Nik Aziz perolehi setelah dia memeluknya ketika dia berusia 12 tahun? Kenapa begitu benci sekali Nik Aziz pada bangsanya sendiri sehingga enggan berbangga dengannya? Di mana sifat "kebangsaan" padanya? Di mana sifat cintakan bangsa dan tanahairnya? Bersyukurlah wahai Pok Nik…

Sememangnya penulis bersetuju dengan Nik Aziz bahawa "bangsa itu tidak penting berbanding taqwa kepada Allah S.W.T". Penulis bersetuju 100%. Namun, penulis tidak menafikan bahawa bangsa itu juga penting selain iman dan taqwa kepada Allah. Iman dan taqwa itu adalah kepada Allah. Manakala bangsa dan tanahair ini penting juga dalam menentukan kerakyatan, hak dan kedaulatan negara. Ini adalah dua perkara yang berbeza. Bangsa Melayu adalah sangat penting untuk sosio-politik negara. Jika Melayu kuat dan bersatu, maka insyaAllah, lanskap politik negara akan menjadi sangat stabil dan pembangunan Islam dapat dilaksanakan dengan aman. Usahlah Nik Aziz cuba "memancing" rakyat dengan mempergunakan kalimah "iman dan taqwa" kerana Islam bukanlah lahir untuk dipergunakan oleh ahli politik seperti Nik Aziz.

Penulis ingin berkongsi persoalan dengan para pembaca, "apakah PAS itu dikira lebih penting berbanding iman dan taqwa kepada Allah S.W.T?". Penulis sokong dengan kata-kata Nik Aziz bahawa "bangsa itu tidak penting dan sebaliknya yang dilebihkan itu ialah taqwa kepada Allah S.W.T". Jadi, penulis juga boleh membuat kenyataan bahawa "PAS juga tidak penting, sebaliknya yang dilebihkan itu adalah iman dan taqwa kepada Allah S.W.T". Ternyata Nik Aziz kurang bijak berbahasa politik. Hujahnya lemah dan sangat mudah untuk dipatahkan.

Untuk mengatasi masalah perkauman dikalangan masyarakat, maka Nik Aziz habiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid "ala Chinese style" di Rantau Panjang, Kelantan. Astaghfirullah al-Azim. "Innamal aq'malu binniyyat, wa innama likullimriin ma nawa…", ingatkah Nik Aziz kepada sabda Rasulullah S.A.W tersebut? Hadith 40? Tak ingat? Astaghfirullah al-Azim. Nik Aziz secara tidak sedar telah melakukan pembaziran wang rakyat Kelantan sebanyak RM7 juta! Cuba fikirkan "niat sebenar" Nik Aziz membina masjid tersebut. Bukankah secara jelas bahawa Nik Aziz membina masjid tersebut untuk menangani masalah perkauman dikalangan masyarakat. Sebab itu dia bina masjid itu dengan rekaan "Chinese style". Jadi, dia bina masjid itu bukan untuk umat Islam beribadahkah? Astagfirullah al-Azim.

Justeru itu, dengan semangat politik umat Islam se-Malaysia, ana menyeru semua anta-anta penyokong-penyokong PAS supaya melakukan sesuatu untuk memastikan Nik Aziz "bersara" terus dari parti politik "antum" semua. Bukan apa, kewujudan Nik Aziz akan menjadikan parti "antum" semua "caca merba" dan "huru hara". Pada penulis, sudah sampai masanya untuk Pok Nik yang sangat uzur itu "dibersarakan" sahaja dari kancah politik Malaysia. Usah terus menjadikan Nik Aziz sebagai "liabiliti" kepada perjuangan PAS. Bukan apa, pada penulis, Nik Aziz kelihatan lebih berkiblatkan "politik" dari berkiblatkan "Islam" sebagai pegangannya. Sama-samalah kita mentasykilkan diri sendiri. Wallahua'alam.

(Oleh: dukeofmontecristo)

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


apa kes...

Posted: 20 Sep 2010 06:02 AM PDT


Kira-kira 30 penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan ketidakpuasan mereka, dan berhimpun di situ selama kira-kira sejam. Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ.

Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu Malaysiakini bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.

"Bahkan prestasi (bekas ADUN MCA) Teh Kim Poo lebih baik. Kami menyesal mengundi Ronnie," tegas Tew. Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.

sumber: garamanis.

alahai..lawak betul bila tonton berita tv 3 malam tadi..sorang kata BUKAN ahli,satu pihak kata AHLI SEUMUR HIDUP (siap tunjuk kad ahli lagi tu)...kepada pemimpin berkenaan,udah-udahlah tu...raknyat dah nampak mana intan mana kaca..

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


A moral obligation the government must fulfil

Posted: 18 Sep 2010 05:00 PM PDT

(this post appears as a column in the latest edition of The Edge)

In life, reality almost always trumps dogma. Not just because dogma is rigid and arrogant but also because reality has a human face and dimension.

Pengikut