Hamidah Osman |
Posted: 20 Sep 2010 01:15 AM PDT Terima Kasih Kesempatan ini Kak Midah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Rumah Terbuka yang diadakan. Terima Kasih pada semua rakan media yang sudi hadir dan menghebahkan majlis yang sederhana ini dan sambutan amat luar biasa. Kak Midah tidak menjangkakan yang hadir sebegini ramai (17 000) dan mohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Rumah saya terus dikunjungi hingga jam dan 6 petang dan yang datang dari pelbagai kaum dan seluruh daerah. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis tersebut, insyallah jika berkesempatan kita akan bertemu lagi di tahun hadapan. Salam Aidilfitri Kak Midah Sekeluarga |
You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan