Isnin, 20 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


“PAS tidak penting di dalam Islam, sebaliknya dilebihkan taqwa kepada Allah…”

Posted: 19 Sep 2010 03:06 PM PDT

Satu Syawwal baru saja berlalu, namun "Pok Nik Ajis" kita sekali lagi mencetus konstroversi. Nik Aziz Nik Mat telah dilaporkan media bahawa "dia tidak bangga dilahirkan berbangsa Melayu". Nik Aziz dengan bangganya memberi alasan bahawa "bangsa Melayu yang ada pada dirinya hanyalah kebetulan dan diterima secara automatik sejak lahir". Dengan penuh rasa "Islamik", Nik Aziz menerangkan bahawa "bangsa tidak penting di dalam Islam, sebaliknya yang dilebihkan ialah taqwa kepada Allah S.W.T". Selain itu, Nik Aziz dengan bangga memberitahu bahawa Kerajaan pimpinannya baru saja menghabiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid di Rantau Panjang dengan reka bentuk "Chinese style" untuk menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat. Nik Aziz dilaporkan berkata begitu kepada wartawan yang bertanyakan tentang masalah perkauman yang semakin melanda masyarakat majmuk sehingga mencacatkan keharmonian kaum di negara kita.

Begitulah sifat seorang "Tok Guru" yang dijulang oleh penyokong-penyokong PAS. "Tok Guru" yang dikatakan "maksum" dan "tiada yang tidak betul, melainkan yang betul-betul belaka"! Tidak sedikit pun rasa syukur untuk dilahirkan sebagai bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini. Tidak sedikit pun dipanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai Melayu di dalam sebuah negara yang memberikan hak keistimewaan yang tidak ternilai ini. Alangkah baiknya jika Nik Aziz dilahirkan sebagai seorang "bangla" atau "nepal", tahulah nasibnya!

Islam mengajar supaya umatnya bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Nik Aziz mendakwa bahawa bangsa Melayu yang ada padanya diperolehi secara automatik sejak lahir. Ya, benar. Namun, tidakkah ada sedikit pun rasa syukur dan bangga kerana dilahirkan berbangsa Melayu? Bagaimana dengan "title Islam" yang ada padanya? Apakah agama Islam yang dianutinya itu diperolehi sejak lahir? Atau apakah Islam itu hanya Nik Aziz perolehi setelah dia memeluknya ketika dia berusia 12 tahun? Kenapa begitu benci sekali Nik Aziz pada bangsanya sendiri sehingga enggan berbangga dengannya? Di mana sifat "kebangsaan" padanya? Di mana sifat cintakan bangsa dan tanahairnya? Bersyukurlah wahai Pok Nik…

Sememangnya penulis bersetuju dengan Nik Aziz bahawa "bangsa itu tidak penting berbanding taqwa kepada Allah S.W.T". Penulis bersetuju 100%. Namun, penulis tidak menafikan bahawa bangsa itu juga penting selain iman dan taqwa kepada Allah. Iman dan taqwa itu adalah kepada Allah. Manakala bangsa dan tanahair ini penting juga dalam menentukan kerakyatan, hak dan kedaulatan negara. Ini adalah dua perkara yang berbeza. Bangsa Melayu adalah sangat penting untuk sosio-politik negara. Jika Melayu kuat dan bersatu, maka insyaAllah, lanskap politik negara akan menjadi sangat stabil dan pembangunan Islam dapat dilaksanakan dengan aman. Usahlah Nik Aziz cuba "memancing" rakyat dengan mempergunakan kalimah "iman dan taqwa" kerana Islam bukanlah lahir untuk dipergunakan oleh ahli politik seperti Nik Aziz.

Penulis ingin berkongsi persoalan dengan para pembaca, "apakah PAS itu dikira lebih penting berbanding iman dan taqwa kepada Allah S.W.T?". Penulis sokong dengan kata-kata Nik Aziz bahawa "bangsa itu tidak penting dan sebaliknya yang dilebihkan itu ialah taqwa kepada Allah S.W.T". Jadi, penulis juga boleh membuat kenyataan bahawa "PAS juga tidak penting, sebaliknya yang dilebihkan itu adalah iman dan taqwa kepada Allah S.W.T". Ternyata Nik Aziz kurang bijak berbahasa politik. Hujahnya lemah dan sangat mudah untuk dipatahkan.

Untuk mengatasi masalah perkauman dikalangan masyarakat, maka Nik Aziz habiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid "ala Chinese style" di Rantau Panjang, Kelantan. Astaghfirullah al-Azim. "Innamal aq'malu binniyyat, wa innama likullimriin ma nawa…", ingatkah Nik Aziz kepada sabda Rasulullah S.A.W tersebut? Hadith 40? Tak ingat? Astaghfirullah al-Azim. Nik Aziz secara tidak sedar telah melakukan pembaziran wang rakyat Kelantan sebanyak RM7 juta! Cuba fikirkan "niat sebenar" Nik Aziz membina masjid tersebut. Bukankah secara jelas bahawa Nik Aziz membina masjid tersebut untuk menangani masalah perkauman dikalangan masyarakat. Sebab itu dia bina masjid itu dengan rekaan "Chinese style". Jadi, dia bina masjid itu bukan untuk umat Islam beribadahkah? Astagfirullah al-Azim.

Justeru itu, dengan semangat politik umat Islam se-Malaysia, ana menyeru semua anta-anta penyokong-penyokong PAS supaya melakukan sesuatu untuk memastikan Nik Aziz "bersara" terus dari parti politik "antum" semua. Bukan apa, kewujudan Nik Aziz akan menjadikan parti "antum" semua "caca merba" dan "huru hara". Pada penulis, sudah sampai masanya untuk Pok Nik yang sangat uzur itu "dibersarakan" sahaja dari kancah politik Malaysia. Usah terus menjadikan Nik Aziz sebagai "liabiliti" kepada perjuangan PAS. Bukan apa, pada penulis, Nik Aziz kelihatan lebih berkiblatkan "politik" dari berkiblatkan "Islam" sebagai pegangannya. Sama-samalah kita mentasykilkan diri sendiri. Wallahua'alam.

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut