Sabtu, 4 September 2010

Razlan's

Razlan's

Posted: 04 Sep 2010 07:54 PM PDT

Assalamualaikum saudara Pengarang,

Hari Raya sering kita dihiburkan oleh cerita-carita yang menarik di Sistem
Television tempatan, kerana ramai sanak saudara mengunjung ke rumah-rumah dan ramai
yang duduk di rumah menghabiskan masa dengan keluarga sambil menonton TV.

Banyak juga syarikat-syarikat yang akan membuat iklan raya untuk di tontonkan
kepada penonton. Tidak lari juga stesyen-stesyen tv yang sudah pastinya mereka berkariya untuk mencipta iklan yang mesejnya berkongsi kegemiran di hari lembaran.

Didalam kita ghairah mereka dan mendeklamasi karya kita kekadang kita terlupa
menjaga dan membawa impirasi ini sehingga kita terlupa budaya dan adat resam sesebuah agama.

Saya agak terperanjat apabila melihat iklan TV3 yang dipratontonkan kepada umum
untuk tahun ini. Iklan ini megambarkan ada seorang budak lelaki yang duduk di rumah
dan dikunjungi seorang tua menggunakan beca dan membawa beliau terbang seperti
santa cloas.

Orang tua yang memakai kopiah itu kemudiannya mejemput kanak-kanak lain dan membawa
mereka ke satu destinasi yang dikumpulkan untuk menunjukkan kegemiraan menyambut raya.

Saya melihat didalam kita ghairah menggunakan teknologi tinggi didalam pembikinan
iklan ini, penciptanya lupa akan budaya orang Islam, sehigga membawa budaya Hari
Natal didalam berkarya.

Saya berharap agar pihak TV3 lebih sensitif didalam mencipta iklan-iklan dimasa
akan datang. Iklan 1 minit ini sudah tentunya akan memberi kesan yang buruk kepada
kanak-kanak yang mana mereka akan disalahtafsirkan diantara hari natal dan hari
raya.

TV3 perlu bersama menyemai budaya ketimuran dan menjaga adat resam orang islam dan
TV3 juga perlu lebih bertanggunjawab untuk mengekalkan budaya setiap agama agar
kita tidak terikut-ikut budaya orang lain.

Kewujudan bunga teratai pada akhir iklan itu langsung tidak menunjukkan semangat
hari raya dan berkait dengan orang-orang islam. Ia lebih kepada simbol agama Budha.

Iklan ini juga sudah menjadi bahan cercaan didalam laman-laman sosial dan mendapat
komen yang negatif yang banyak. Sebanyak 498 komen yang mengkritik iklan ini
di laman facebook.

Jesteru itu, eloklah tv3 menarik balik iklan ini dari ditonton. Dan jangan kita
ulangi kesilapan kita dengan tidak menjaga budaya dan senstitiviti setiap bangsa
dan agama yang menginap di Malaysia.

Selamagt Hari Raya
Mohd Razlan Bin Muhammad rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: 04 Sep 2010 08:50 PM PDT

Share/Save/Bookmark

Pemuda UMNO JB Bersahur Bersama Warga Emas Rumah Seri Kenangan

Posted: 04 Sep 2010 06:39 PM PDT

Share/Save/Bookmark

Program Pengedaran Jalur Gemilang Kepada Pemandu Teksi, Bas & Penumpang Terminal Larkin

Posted: 30 Aug 2010 06:41 PM PDT

Share/Save/Bookmark

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

KEMPEN MELAYU BANTU MELAYU

Posted: 03 Sep 2010 09:51 PM PDT

Oleh : Tun Teja Millenia

Sudah masanya untuk orang Melayu bangun dan bersatu untuk menjaga kepentingan bersama mulai saat ini. Mengambil sikap tidak acuh dan selesa serta leka akan mengakibatkan anak cucu kita kehilangan segala kemudahan yang telah kita nikmati sejak kita merdeka. Apalah ertinya kemerdekaan jika kita tidak mampu bertuan di tanah sendiri? Apalah ertinya kemerdekaan jika kita terus diasak dengan bertubi-tubi supaya melepaskan hak kita sebagai orang Melayu? Dan apalah ertinya kemerdekaan jika kita membiarkan bangsa kita ditindas oleh bangsa lain?

Dimana silap kita? Apakah kerana sikap kita orang Melayu yang sangat pemurah? Sikap yang sangat bertolak ansur? Atau sikap yang terlalu menjaga hati hingga menyusahkan diri sendiri? Tidak ingatkah kita kepada pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali" yang sering dilupakan? Sejauh manakah kita memahami pepatah ini?

Jelas sungguh oleh kerana sikap terlalu bertoleransi yang sentiasa kita amalkan mengakibatkan orang lain mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah bangsa dan seterusnya merosakkan masa depan anak-anak kita. Apakah tindakan kita hari ini? Apakah kita hanya akan menunggu saudara-saudara kita memulakan perjuangan dan kita hanya menurut dari belakang? Atau kita hanya mengambil sikap orang lain akan membetulkan keadaan ini, lebih selamat jika kita hanya tunggu dan lihat…..jika ini sikap kita…maka tiada ertilah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu untuk kita hari ini.

Sekali lagi ingin saya sentuh tentang perpaduan orang Melayu yang tidak keterlaluan jika kita katakan sangat tenat. Masih degil dengan pendirian masing-masing, masih degil dengan fahaman ideologi masing-masing dan makin rancak menjatuhkan sesama sendiri serta masih tidak mahu mengenepikan ego masing-masing. Bila kita akan sedar bahawa sikap ini akan membawa kehancuran maksima? Kenapa kita masih membiarkan perkara ini berlaku walhal akal kita yang bijak tahu akan akibatnya nanti? Kita bukan lagi orang yang tidak terpelajar dan mengkaji sejarah. Kita bukan lagi buta huruf. Kita bukan lagi miskin bahkan sudah kaya dengan segala-galanya. Kehidupan kita jauh lebih mewah sekarang jika dibandingkan dengan 53 tahun dahulu. Pernahkah kita bersyukur? Pernahkah kita berterima kasih diatas segala kenikmatan yang kita kecapi? Tetapi hari ini kita hanya tahu merungut dan kita hanya tahu menyalahkan serta kita hanya tahu menerima tidak memberi. Kita hanya mementingkan diri sendiri tidak orang lain. Inikah orang Melayu? Itukah jati diri kita?

Bangkitlah wahai bangsa Melayu. Hari ini perjuangan anda perlu bermula untuk menjaga agama kita, menjaga kedaulatan bangsa kita, menjaga masa depan anak cucu bangsa kita dan menjaga keamanan negara kita. Jangan tunggu orang lain untuk memulakannya. Kita terhutang kepada diri kita untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Mulakan dengan menyatu-padukan bangsa kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada ruginya jika kita bersama mengganding bahu memulihkan jambatan silaturahim yang kian hancur. Tepikan perbezaaan fahaman kita dan raikan persamaan kita. Kasihanilah bangsa kita yang kian menuju kehancuran dan serba kekurangan di dalam semua bidang. Hentikan semua persengketaan dan mulakan sokongan terhadap bangsa kita. Mari kita mulakan dengan kempen Melayu Menghidupkan Melayu dan bukan mengamalkan sikap Melayu menjatuhkan Melayu. Berikan teguran yang ikhlas dan membina bukan teguran menghina. Bantu saudara kita yang susah dan mulakan kempen membeli barangan keluaran orang Melayu. Bantu perusahaan orang Melayu. Pendek kata sokonglah orang Melayu didalam segala bidang selagi ia tidak membawa musibah dan memudaratkan.

Berkat di bulan yang mulia Ramadhan ini dan kebetulan kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53, marilah kita sama-sama memulakan usaha untuk menuju penyatuan dan bersama-sama memperjuangkan kedaulatan bangsa kita. Buang sikap kita yang tidak wajar diamalkan. Jangan biarkan bangsa lain mengambil kesempatan di atas kealpaan kita untuk memijak kita di bumi sendiri.

Wang ringgit dan pangkat itu perlu. Perlu kita terus menjana dan pertahankan untuk kepentingan semua bukan sekadar untuk diri kita atau keluarga kita sahaja. Dan kita wajib berjuang untuk merpertahankan itu semua kerana apa yang kita nikmati hari ini adalah berkat hasil perjuangan pemimpin Melayu terdahulu. Didiklah anak bangsa kita tentang sejarah masa lalu dan kepayahan yang terpaksa diharungi supaya mereka faham dan menghargai apa yang dinikmati hari ini bukanlah sesuatu yang terhasil dengan mudah. Terapkan nilai-nilai murni dan semangat untuk berkhidmat kepada semua dan bukan sekadar menunggu untuk diberi makan dan sentiasa memerlukan bantuan. Apa yang jelas hari ini bangsa Melayu lebih mampu untuk berdaya saing jika sama-sama memainkan peranan bukannya merebahkan bangsa sendiri semata-mata untuk wang, pangkat dan harta untuk kepentingan sendiri. Perlu ada sikap ingin menyumbang kepada bangsa sendiri tanpa mengira fahaman, ideologi atau darjat.

Jika kita terus memekik dan melaung-laungkan kempen fitnah dan nista terhadap bangsa sendiri, apakah ianya dapat menjamin kesejahteraan negara dan bangsa kita? Dapatkah ia membantu kita semua hari ini, esok atau lusa? Masa lena sudah berlalu. Sudah tiba masanya untuk kita sedar dan memulakan pembaharuan yang positif yang seiring dengan tuntutan ugama kita, Islam.

KEMPEN MELAYU BANTU MELAYU

Posted: 03 Sep 2010 09:50 PM PDT

HUDUD : DI MANA PENDIRIAN PAS?

Posted: 03 Sep 2010 09:46 PM PDT

PAS hari ini secara terang-terangan mengesahkan bahawa parti PAS adalah sebuah parti yang hanya memperguna dan memperalatkan agama Islam dalam usaha untuk mendapatkan kuasa politik. Pada 2 September 2010 lalu, bertempat di Kota Bharu, Kelantan, negeri ysang dikuasai PAS sejak tahun 1990 lagi, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui bahawa hukum Hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang ( DAP, PAS dan PKR ) menang PRU 13 kelak. Beliau menegaskan bahawa mereka dalam pakatan pembangkang telah sebulat suara dan bersetuju untuk tidak membincangkan perlaksanaaan hukum Hudud. Ironinya, para pemimpin PAS seperti Haji Hadi, Nik Aziz, Nasarudin, Harun Din, Hassan Ali, Mustafa Ali, Ahmad Sabu dan ramai lagi, yang dilihat garang dan berani mati untuk menegakkan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum Hudud, juga bersetuju tanpa bantahan terhadap 'halangan' besar dalam kerjasama pakatan pembangkang.

Persoalan yang timbul di kotak fikiran umat Islam di Malaysia ekoran daripada kenyataan Datuk Mohd Amar ialah "Apakah sejak awal penubuhannya, para pemimpin PAS telah menggunakan pendekatan menipu pengikut taksub mereka dengan memaparkan imej Islam pada diri di samping memomok-momokkan mereka memperjuangkan undang-undang Islam?'

Penulis ingin mengimbas kembali PAS pada tahun-tahun 80-an. Pada masa tu PAS amat aggresif dan menggunapakai pendekatan sadisitik bukan Islamik. Amanat Haji Hadi dijadikan rujukan bagi 'menghalalkan' darah orang UMNO kepada ahli PAS. Orang PAS boleh bunuh orang UMNO, tak salah dari segi hukum Islam PAS. Memusuhi dan memerangi orang UMNO yang dh sa-sah Melayu dan Islam, itu dikatan jihad PAS.

Pada tahun-tahun 80-an membawa sampai 1990-an, PAS juga menggalakkan ahli dan pengikut mereka memutuskan hubungan kekeluargaan mahupun silaturrahim sesama agama dan bangsa hanya kerana mahu mengketengahkan dan merelevankan PAS dalam senario politik tanahair. Nikah yang dijalankan oleh Kadhi kerajaan BN tak sah. Dapat anak, anak tu tarafnya anak luar nikah. Berjimak dengan isteri yang dinikahkan oleh Kadhi kerajaan BN adakah dikategorikan zina. Porak peranda rumahtangga orang Melayu/Islam pada masa tu. Ada yang dah berpuluh-puluhtahun beerkahwin dan dah ada cucu-cicit, bercerai berai. Besan dengan besan bertelagah dan tak bertegur sapa. Suadara kandung dan sanak saudara juga bermusuhan dan rengang. Macam-mcam lagi.

Semua tindakan mereka, 'kononnya' adalah lebih Islamik dan hanya mereka mampu melaksanakan hukum Islam/ Hudud. Mereka juga telah 'menakut-nakut' umat Islam di negara kita ini khususnya penduduk luar bandar dan golongan 'kurang arif' dengan ucapan-ucapan seperti 'Kalau Undi PAS, masuk Syurga, Undi BN, masuk Neraka'.

Berhubung dengan ungkapan dalam ucapan para pemimpin PAS ini, mula wujud sebaik sahaja dua tiga orang pemuda PAS pada masa tu iaitu Haji Hadi, Fadhil Noor dan beberapa orang lagi rakan dalam PAS, yang pendidikan mereka ditanggung kerajaan BN yang menghantar mereka belajar, terbaca potongan ayat Al_Quran yang menyentuh perlaksanaan undang-undang dan hukum Islam. Mereka terus gunakan ayat ini untuk kata kononnya kerajaan BN/UMNO sekular dan tak mau laksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran. Antara maksud terjemhan ayat-ayat tersebut adalah '……sekiranya pemerintah tak menghukum selain daripada hukum Allah swt, maka orang itu adalah munafikun, fasikun dan kafirun…..' Inilah ayat yang dijaja dan dijadikan senjata untuk memecahkan belahkan umat Islam/Melayu di Malaysia.

Dulu PAS kat UMNO tu bukan kita tak trima dia pasa diaUMNO, tapi pasal pemimpin mereka bersama-sama dan bersekongkol dengan MCA,MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Melayu adalah kafir harbi. Sebab tu PAS kat jangan undi BN/UMNO. Sebab kalu buat lagu tu, sah-sah kata Nik Aziz, HajI Hadi ke semua tempah neraka dah.

Itu semuanya kita boleh kata cerita PAS dulu-dulu. PAS kini da lain. PAS kini lebih terbuka. Dah moden. Ikut trend semasa. Tapi yang herannya, PAS duduk semeja dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin bukan Islam dalam rakan pakatan mereka dari DAP seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi yang secara terbuka menyatakan bahawa mereka menentang perlaksanaan undang-undang Islam/Hudud khususnya. Ayat terglamor yang digunakan oleh Karpal Singh '…….What!!! Islamic Law???? Over my dead body…….' (Apaaaa… Hukum Hudud???? Langkah mayat aku dulu….')

Pada mulanya penulis hairan bin pelik jugak melihat tak seorang pemimpin PAS yang begitu lantang suara mereka tapi dalam soal ini, semuanya senyap aje. Tak berani bersuara. Ada kata takut Nik Aziz sumpah. Ada kata takut Haji Hadi Pecat, Dan macam-macam lagi. Kalau gitu le gamaknya, mereka ini lebih takut kat Nik Aziz dan Haji Hadi dariapada Allah swt. Mereka takut hilang jawatan/kuasa – gila duniawi le juga kategorinya. Tapi penulis percaya mereka ni tak gitu.

Pada firasat penulis le, perubahan ketara PAS sejak akhir-akhir ni berlaku selepas PRU 12 2008 lalu. PAS yang Selama ini hanya dapat kuasai Kelantan, tapi dengan bergabung dan bekerjasama walaupun dengan Syaitan sekali pun tak pe (bak kata Nik Aziz), mereka dapat Kedah dan sedikit masa lalu Perak. Gula-gula ni telah termakan oleh PAS. Pemimpin PAS dah kena cucuk hidung. Mereka dah diikat dengan perjanjian seperti yang baru-baru ini dinyatakan oleh Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Walau apa pun, pemimpin PAS ni ada pegangan mereka sendiri-

Depan penyokong/fanatik PAS cakap….

…….Ni Cuma helah politik je, kita ambik dulu apa yang boleh kita kuasai, depan diaorang kita kata kita faham. Tapi belakang diaorang kita bagi ceramah suruh buat undang-undang hudud.

Depan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang…..

Kita kan kena bagi ajar sama diaorang. Kasi diaorang atak faham dulu. Sudah atak paham nanti baru boleh kasi bikin itu hukum hudud…..Sikalang tak boleh bikin punya.

Begitulah lakon layar pemimpin PAS. Kuasa politik pakatan pembangkang sebenar bukan terletak pada PAS. Mereka cuma ada 23 kerusi Parl;imen sahaja. Di negeri, jumlah mereka juga agak lebih kecil berbanding dengan DAP dan PKR kecuali di Kelantan dan Kedah. PAS amat berharap dengan 'melupakan' seketika mengenai Hukum Hudud ini akan memberikan mereka laluan besar dalam mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina. Mereka merasakan bahawa dengan sokongan pengundi DAP, memungkinkan mereka untuk menambah jumlah wakil rakyat mereka di negeri dan Parlimen. PRU 13 mungkin dah tak lama lagi. Justeru itu, buat masa ni PAS kenalah tahankan diri dan tebalkan muka walaupun tersimpan jutaan rahsia dilubuk sanubari mereka. (Yang geli hatinya, pemimpin dan penyokong fanatik PAS ni fikir Karpal, Lim Kit Siang (and families) dan yang lain tu tak tahu). Sebab diorang tau le diaorang perlekeh pemimpin PAS di Kedah dan Selangor.

MESTI BACA : HUDUD PAS KEMANA DAN DI MANA?

Posted: 03 Sep 2010 06:27 PM PDT

Friday, September 3, 2010

PAS Tidak Hendak Buat Hudud?

"Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya. Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat" kata Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada 2 September 2010.

PAS sudah tidak hendak laksanakan hudud? Selama ini, PAS berkata UMNO yang tolak hudud. Semalam, pemimpin PAS sendiri yang tidak mahu hudud laksanakan. Apakah keputusan ini keputusan peribadi Nik Amar atau keputusan "dalaman" PAS. Atau PAS sudah terikut dengan polisi DAP. 22 Ogos 2010, Kit Siang menyatakan dalam blognya, hudud dan negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Pembangkang. Kit Siang menyatakan tiada kata sepakat dalam pakatan pembangkang untuk laksana hudud jika berjaya memerintah Malaysia.

Nampaknya sudah terserlah tujuan sebenar PAS adalah semata-mata untuk jatuhkan BN, bukan untuk laksanakan hudud jika memerintah. PAS nyatakan perjuangan sebenarnya adalah untuk menegakkan syiar Islam. Apakah BN selama ini tidak menegakkan syiar Islam? PAS bukan parti teras dalam pakatan pembangkang, DAP yang majoriti, yang kedua adalah PKR. Kalaulah ditakdirkan pakatan pembangkang menang, sudah pasti parti majoriti adalah DAP. Mahukah DAP laksanakan syiar Islam bersama PAS?

HUDUD PAS : DULU YA SEKARANG TIDAK.

Posted: 03 Sep 2010 06:13 PM PDT

Perjuangan Tanpa Batasan

Perjuangan Tanpa Batasan

Kenyataan Ketua Perg Pemuda UMNO Lembah Pantai diatas tindakan Nurul Izzah yg mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Posted: 03 Sep 2010 03:35 PM PDT

Wakil Rakyat PKR itu sewajarnya diambil tindakan undang-undang kerana menpersoalkan Perkara 153.Menurut Sdr Sazali, pihak Perg Pemuda UMNO Lembah Pantai berasa sungguh malu kerana masih ada org Melayu yang mempertikaikan hak kaum sendiri.Beliau mungkin tidak berasa susah payah berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan atau membentuk Negara ini.Oleh Kerana itulah ia dipersoalkan sewenang-wenangnya.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Lagi pakatan lompat parti!

Posted: 04 Sep 2010 02:02 AM PDT

Mat Arop Selamat (tengah) menyerahkan borang kemasukan ahli Umno kepada Dr. Zambry Abd. Kadir sambil diperhatikan ADUN Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin (kiri) ketika majlis rahmat ramadan di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, Selama, Perak, semalam.

Pakatan pembangkang di negeri ini terus menerima tamparan apabila 756 ahli Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah bertindak keluar daripada parti tersebut untuk menyertai UMNO.

Tindakan ahli Pas daripada 42 cawangan itu diketuai bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bagan Baru, Mat Arop Selamat, 65, yang menyerahkan borang keahlian kemasukan UMNO kepada Ketua Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Penyerahan borang keahlian yang penuh bermakna itu dibuat pada Majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, Selama di sini.

Menurut Mat Arop, keputusan keluar daripada Pas itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan daripada mana-mana pihak.

Jelasnya, ahli Pas terlibat memilih untuk menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap Pas dan pakatan pembangkang bagi membela nasib dan perjuangan mereka.

"Saya sudah 32 tahun bersama Pas iaitu sejak tahun 1969 lagi dan telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan Bagan Baru selama 22 tahun.

"Namun saya dapati parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan asal dan saya sudah hilang kepercayaan. Saya keluar parti ini dengan rela dan bukan sebab mendapat sogokan wang atau apa-apa imbuhan lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mat Arop, kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar yang berwibawa juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.

Ujarnya, Zambry berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa.

"Cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang. Semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Tegasnya, bagi membuktikan perjuangannya bersama UMNO ikhlas, dia bersama bekas ahli Pas yang lain akan mengadakan kempen menarik lebih ramai ahli menyertai UMNO.

Sementara itu, Zambry berkata, tindakan ahli-ahli Pas tersebut yang memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.

"Apa yang terjadi hari ini menunjukkan perubahan besar di Parlimen Larut. Ia menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) makin teguh dan kita mengalu-alukan mereka ini," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!

Anwar dan PR percayakan orang gila!

Posted: 04 Sep 2010 05:11 AM PDT

Demi menjaga kreadibiliti sebuah stesen televisyen terkemuka di dunia BBC yang menerbitkan sebuah program yang diberi nama HARDtalk telah membatalkan satu wawancara dengan seorang penulis pro-Anwar dan Pakatan Rakyat dari Malaysia iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK). Wawancara HARDtalk bersama RPK itu dibatalkan oleh BBC setelah stesen televisyen itu berjaya mengesan rekod RPK yang pernah mendapat rawatan mental di London!

Jadi, tidak hairanlah apabila ada laporan memberitahu RPK telah mabuk-mabuk dan terjatuh ke dalam longkang setelah mendapat berita bahawa wawancaranya bersama HARDtalk telah dibatalkan BBC. Siapa yang tidak kecewa. Gendang sudah dipalu, berita sudah dicanang, "RPK to appear on HARDtalk". Sekali tak jadi keluar! Sudahlah kecewa dan malu tidak keluar di program oleh BBC, penulis kepercayaan Anwar itu juga di dapati sakit mental atau gila, dan disebabkan itulah program bersama RPK itu dibatalkan!

Jelaslah bahawa RPK ini seorang pesakit jiwa atau "gila"! Menurut sumber, mereka telah mendapat berita bahawa penulis kesayangan Anwar ini pernah mendapat rawatan sakit mental. Salah seorang rakan kepada sumber berita ini, En. Pravin Santosh, memberitahu bahawa RPK dikesan oleh BBC telah mendapat rawatan sakit mental itu di London dan ini telah menyebabkan wawancara HARDtalk bersama RPK itu dibatalkan serta merta.

Pada saya, pembatalan wawancara dari program BBC ini tidaklah mengejutkan. Tentulah sebuah setesen TV terkemuka seperti BBC perlu menjaga kreadibiliti rancangan terbitannya. Namun, yang paling mengejutkan ialah ketelitian BBC untuk mewawancara seseorang sehingga menyiasat latar belakang individu yang bakal diwawancara tersebut. Ternyata RPK telah "kantoi" apabila rekod sakit mentalnya ditemui oleh BBC, dan BBC tidak mahu menemuramah seorang orang gila dari Malaysia!

Ya. Kini satu Malaysia sudah tahu apa "siapa" dan "apa masalah"nya dengan Raja Petra yang diburu oleh pihak berkuasa di Malaysia ini. Selama ini penulisannya dipuja dan dijadikan bahan bukti dalam "mahkamah media" Anwar yang sememangnya berniat memburuk-burukkan Perdana Menteri & Isteri, Malaysia, hakim-hakim mahkamah, sistem kehakiman dan institusi DiRaja. Penulis inilah yang dipandang tinggi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dengan pandangan dan penulisan yang terbit dari "ilham" yang "istimewa".

Dan sekarang, barulah seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa penulis dan perencana yang dilindungi Anwar dan Pakatan Rakyat di London itu ialah orang gila dan sakit mentalnya! Selama ini Anwar mempercayai "Statutory Declaration" dari seorang yang "gila"! Selama ini Pakatan Rakyat yang dipercayai membiayai kos sara hidup RPK di London itu hanyalah kerja bodoh dan memalukan apabila individu yang dilindungi mereka itu adalah "gila"! Penulis masih teringat ketika pelancaran sebuah kelab pro-Pakatan Rakyat di London, "orang gila" yang bernama RPK itu dilayan seperti VVIP oleh rombongan Pakatan Rakyat!

Setelah disahkan RPK sebagai "orang gila" secara tidak lansung oleh BBC ini, maka jelaslah bahawa kreadibiliti Pakatan Rakyat bolehlah di"tong sampah"kan oleh seluruh rakyat jelata. Adalah jelas segala fakta dan pandangan dari Pakatan Rakyat itu diambilkan dari sumber "orang gila"! Memang memalukan Pakatan Rakyat! Memang memalukan Anwar. Selama ini mereka mempercayai "orang gila"! Jadi perlukah kita terus mempercayai orang gila dan Pakatan Rakyat lagi? Sendiri fikir la…

(Oleh: dukeofmontecristo)

Pengikut