Razlan's |
Posted: 04 Sep 2010 07:54 PM PDT Assalamualaikum saudara Pengarang, Hari Raya sering kita dihiburkan oleh cerita-carita yang menarik di Sistem Television tempatan, kerana ramai sanak saudara mengunjung ke rumah-rumah dan ramai yang duduk di rumah menghabiskan masa dengan keluarga sambil menonton TV. Banyak juga syarikat-syarikat yang akan membuat iklan raya untuk di tontonkan kepada penonton. Tidak lari juga stesyen-stesyen tv yang sudah pastinya mereka berkariya untuk mencipta iklan yang mesejnya berkongsi kegemiran di hari lembaran. Didalam kita ghairah mereka dan mendeklamasi karya kita kekadang kita terlupa menjaga dan membawa impirasi ini sehingga kita terlupa budaya dan adat resam sesebuah agama. Saya agak terperanjat apabila melihat iklan TV3 yang dipratontonkan kepada umum untuk tahun ini. Iklan ini megambarkan ada seorang budak lelaki yang duduk di rumah dan dikunjungi seorang tua menggunakan beca dan membawa beliau terbang seperti santa cloas. Orang tua yang memakai kopiah itu kemudiannya mejemput kanak-kanak lain dan membawa mereka ke satu destinasi yang dikumpulkan untuk menunjukkan kegemiraan menyambut raya. Saya melihat didalam kita ghairah menggunakan teknologi tinggi didalam pembikinan iklan ini, penciptanya lupa akan budaya orang Islam, sehigga membawa budaya Hari Natal didalam berkarya. Saya berharap agar pihak TV3 lebih sensitif didalam mencipta iklan-iklan dimasa akan datang. Iklan 1 minit ini sudah tentunya akan memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang mana mereka akan disalahtafsirkan diantara hari natal dan hari raya. TV3 perlu bersama menyemai budaya ketimuran dan menjaga adat resam orang islam dan TV3 juga perlu lebih bertanggunjawab untuk mengekalkan budaya setiap agama agar kita tidak terikut-ikut budaya orang lain. Kewujudan bunga teratai pada akhir iklan itu langsung tidak menunjukkan semangat hari raya dan berkait dengan orang-orang islam. Ia lebih kepada simbol agama Budha. Iklan ini juga sudah menjadi bahan cercaan didalam laman-laman sosial dan mendapat komen yang negatif yang banyak. Sebanyak 498 komen yang mengkritik iklan ini di laman facebook. Jesteru itu, eloklah tv3 menarik balik iklan ini dari ditonton. Dan jangan kita ulangi kesilapan kita dengan tidak menjaga budaya dan senstitiviti setiap bangsa dan agama yang menginap di Malaysia. Selamagt Hari Raya Mohd Razlan Bin Muhammad rafii Ketua Pemuda UMNO Seputeh. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan